Kena tag...
Assalamualaikum.....
Alamak..kena tag pulak. Memula ingatkan boleh lepas laa...Zakiah dah inform 2 kali kata kena tag. Ok tak pe...masih boleh lari, tapi baru sat ni, baca entry Kak Lady, dia tag jugak maklang eh...Ok here goes!
1. Maklang ni feberet kemas katil. Kenkadang satu hari samapi 5 -6 kali betulkan katil. Alas mesti kemas and straight aje. Boleh jadi gaduh kalau anak2 lompat atas katil tu. Pantang nengok sepah. Throw pillow kalau sepah atas katil pun is a no-no for me. Masa memula kawin dulu, Cik Abang pun sampai mengeluh sebab kalau dia berbaring and biarkan alas kedut2 maklang mesti cepat2 ratakan. Tapi le ni dah tak heran sebab dah terbiasa. In fact dia pun tak boleh tengok sepah2..
2. Maklang ni lebih kurang Kak Ladylaa... Kalau bangun pagi dah gosok gigi, bila nak mandi gosok lagi. Kenkadang gosok gigi sampai 2 kali masa mandi. Agaknya sebab tu gigi dah nak nipis ni...he..he..
3. Maklang suka sangat bunga. Tak kira plastic ke betul ke, kain ke, batu ke, crystal ke. Tu kat dalam rumah ni penuh bunga. Bila kengkawn datang mesti tegur, banyaknya bunga kat rumah maklang....Bunga rose dan hydranges tu feberet. Kat luar rumah ada lebih 30 batang hyderangea!
ni my rows of hydrangea...
4. Maklang ni tak suka nak MC. Kenkadang dari rumah pikir2 nak MC sebab tak sihat macam pagi ni. Badan cramp betul ni. Nak tunduk lelama pun sakit, pening jugak kepala. Ni dah beritahu Cik Abang nak MC, tapi besar kemungkinan, tak kot. Tapi masih boleh difikirkan...
5. Maklang suka kompol kain ela. Melanbak2 dalam lemari tu. Suka jugak kompol kain2 untuk furnishing, tapi tak tahu bila nak jahit. Kalau kain batik pun suka kompol. Tapi tak pakai2 jugak. Kenkadang bila ada orang datang and tak ada buah tangan, kain batik tu jadi penyelamat...
6. Maklang kalau nak kasi hadiah kat orang, samada dapat baby ke orang kawin ke, atau kawan baru ke, suka bagi hadiah yang dibuat oleh tangan sendiri. Ramai jugak kenkawan dah dapat bantal cross stitch, table runner and entah apa2 lagi. Kalau yang dapat hadiah dari hasil kerja tangan maklang tu, kiranya orang speciallah dalam my heart!. Kalau tak sempat bagi je hadiah2 lain, asal orang tu happy dah..ni cross stitch untuk anak sedara
table runner ni pun, kalau ada stok kat rumah, and ada tetamu jauh, akan jadi mangsa jugak, tapi yang ini untuk rumah sendiri...
Penat jugak nak memikirkan apa nak di tulis....Rasanya jap lagi ke opis jugak ni...Tulah pelikkan. Malas nak MC...tapi kalau MC pun duduk rumah mesti tak rehat, mesti nak jahit.
Ni terlebih satu lagi my weird thing, Maklang ni tak suka tidur. Kalau tidur siang tu rasa ruginya...Tapi kenkadang tu, sampai dah terlelau mengantuk, atas kerusi pun boleh terlelap. Tapi pelik, kalau kat opis tu mudahnya lah nak ngantuk, sampai kena minum kopi, baru segar...
Oklah, better stop now, have to get ready for work. Ciao and wassalam.
Selamat berwiken............:)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
24 Comments:
hebat..hebat..
pelik tapi benar .....
ml.. i pernah dpt hadiah dari ml... baju kurung kedah yg ml jahit sendiri & dpt ang pau raya... dgn kwn kita si z.. tu... teringat sampai skg...
kiranya i ni speciallah in ur heart! hehehe...
cau cin cau... & wassalam.
dp
Mak Lang...Nakkkkkk!...Nak cross stitch & table runner tu....kalau tak dapat nak majuk....heheheh...
Rasa-rasanya Maklang tak lah berapa weird kan?
eloklah tak tido siang. pintu rejki sentiasa terbuka...
bagusnyer kalau sy pun tak suka mc.. hihi..
Respect lah maklang, tak suka MC . mesti boss besar sayang....ada orang tak sakit pun nak MC , tak berkat....
mak lang kalau mc, cuti jangan tak cuti, nanti lagi sakit,
masa kecik2 dulu mama pun tak reti nak tidur siang. belajar nap petang ni pun bila dah kerja kot...rasa cam rugi je bila tidur petang, tak dapat main..hehehe
Wah yg no 3 tu memang mcm langit ngan bumi.. saya ngak suka bunga-bungaan. Kat rumah memang tak de bunga.. bunga kat taman ok tapi dlm rumah halamak.. tak kenan
klu org dtg, esp memember dari singapore,mesti mak saya bagi belacan ngan cencalok. klu ada sambil belacan lebey, siap tapau lagi sebungkos...selain tu, umah saya pantang bakar sampah, mesti pokok2 mangga kat umah tu berbunga lebat. klu dah berbunga mestila berbuah kan pas tu. hah...berdepek2 jatuh ke tanah. Klu org dtg, bergoni2 buah mangga kitaorang gait bagi kat org yg dtg tuh.
kalau maklang datang rumah kami, buah tangan apa yang dapat kami bagi eh? saya ni dah lah keras tangan nak menjahit!
urh... auntie sya, ni dhirah. muffin tu sedap la..yg plg sedap yg ade raisins (yeke?) tu... pastu yg rase pisang and last skali chocolate! alang kate, nak lagi sedap cokolat tu, amik yg utk suntik ubat tu (ape ke namenye)letak cokolat n cucuk kat dlm muffin lepas masak. ntah ye ntah tak. tp yg raisins tu sedap!!
xpuas makan sebab akim n usop makan yg bakinye!!
hehhe...sama la kita tak suka tido siang. Rasa macam rugi plak.
Saya tak leh tanam bunga...hancus. Tak menjadik la
Hihihihi sama dgn Ajzie no 1 tuh.. Pantang & sakit mata betul kalau tgk katil tak kemas dan bedsheet mesti nak rata..hihihihi...
kak elle:
apa yang hebatnya kak ooi???
pb:
tak pelik pb. lain manusia, lain ragamnya...
dp:
laaa...dp, maklang tak ingat dah baju tu, dah lama betul...
eh..you tak tahu lagi ke? youkan memang spesel ...sedap air yang sellau u buat kan I dulu...
kaklady:
kak, tak ada hal kalau nak runner, tapi syaratnya kena ke mari lee...bawak KL tak main le...:)
cikdinz:
alhamdulillah...tapi kalau dah tak leh bukak mata, memang lolap jugakle tu...
pisces:
betul pun semalam. masa tiba ops memang malas rasa nak kerja, badan tak berapa sedap, tapi bila dah buakak PC baca e-mail2 urgent, kensel lak nak MC:)
maklang
LJ:
Tak ada mana nya boss sayang..kita tak reti ampu le...Kerja aje. Kalau kerja tak siap sendiri susah. Lagi pun kerja untuk own satisfaction and to please myself bukan Boss...:)
MR:
Itulaaa... ni tekek dah gatal2, balik rumah pun kerja lagi. Nak kena jahit seluar bebudak pulak, semenya dah ketat!
led:
rumah led ni kat mana? maklang nak pergilah...Cik Abang feberet dia buah mangga!
mamasarah:
Tak pe....tak pandai jahit. Maklang nak rumah2 kecik yang banyak jual kat car boot tu. Amacam boleh tolong belikan tak?
dhi-dhi:
Mak rasa macam panggil itik lak!. Alaaah Sya, anak maklang yang sorang ni memang kuat kolplen sebenarnya , tapi komplen2 pun 3 pinggan tambah!
zakiah:
rugikan tidor siang ni. dah tu bila bangun, letih semacam!
ajzie:
nak buat camana! mak dah train cam tu dari kecik! tapi yang peliknya bebudak ni tak ada sorang yang ikut
Sya:
OOOOppppssss...tersembunyik pulak Sya punya komen!
Maklang suka bunga...nak buat macamana. Kecik2 dulu mak buat bunga and jual bunga. Le ni maklang pulak jual bunga yang maklang gubah sendiri!
maklang, birthday mulan june ni tau. dapat saputangan pun ok le. sulam2 ya.
cv tu?? ahaks, hubby kena rantai kaki la. tengok offer baru camne? kot tipu, ku saman company ni..
birthday maklang mei ni, nanti mulan hantar beg sulam dari Vietnam, okay ka??:)
mulan hantar bag I hantar gelang ok:)
malas nak MC tu kira perangai zino jugak la..sampai marah Dr.. hehe
kak elle:
oh terimakaseh kerana mencadangkan itu...he..he..
zino:
kenapa pulak nak marah DR? Rasanya 2-3 hari memang kena tuang ni, badan sakit2, kepala pening and badan macam dah nak panas je!
Salam Mak Lang!
Nanti bila bunga 3 bulan u berbunga, best nyer!!! Sederet lagi... tanah tu, u ada letak besi atau kapur untuk warna bunga jadi biru dan merah? Itu petua my mum... dia giler gardening.
Teringat masa pergi cameron highland, bunga 3 bulan tu lagi besar dari muka kita!
Saya pun suka menjahit... kalau ada fella warehouse sale, mesti nak pergi... satu grobok penuh kain yang belum kena jahit!
Nanti bulan depan warehouse sale tau d kg subang. Kalau ur living in klang valley lah.
salam,
bestnya org yg tangannya mesra tanah ni :D. tanam apapun menjadi.
apa nak buat ngna org mcm saya yg tak minat menanam bunga ni ya?
Hello!
This work is very good
Thank you
Post a Comment
<< Home