Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, February 04, 2007

In the pink of health


Assalamualaikum........


Hari ni sebenarnya maklang bercadang nak bercuti. Tapi memandangkan kalau cuti dari pagi untuk nak attend seminar on 'In the pink of health' yang dianjurkan oleh Petronas dengan usahasama Schlumberger tu, rasa rugi pulak. Sebab waktu pagi tu adalah masa untuk nak buat physical check up dan nak buat pap smear. Kalau dok tunggu aje, rugilah setengah hari. Mintak Cik Abang tolong registerkan nama maklang dulu dan maklang datang tengahari sikit. Jam 10 lebih, call Client yang bersebelahan dengan tempat seminar tu, dan arrange for a meeting pukul 11:30pg. Bila dah sibuk2 tadi, dekat 11:20pg baru keluar. Mengah jugaklah sebab nak kena pergi ke tempat seminar tu sebelum pukul 12:00pm. Takut pulak tempat nak check up dan pap smear tu dah tutup. Alhamdulillah, Client maklang kata dia akan pilih dulu drawing yang mana dia nak kami CADD kan and maklang boleh hantar sesiapa pergi ambik drawings dari dia besok pagi. Alhamdulillah...


Lepas aje dari situ maklang pun berkejar ke opis Cik Abang. Call dia and dia hantar maklang ke tempat nak buat check up tu. Ramai jugak yang menunggu.Semuanya macam malu aje nak masuk bilik check up tu. Memanglah nak buat pap smear ni check up yang paling dibenci. Malunya nak kena buka kaki tu depan orang. Habis nak buat macamana? Terpaksa. Sambil2 misi yang sorang tu buat, maklang berbual dengan misi sorang lagi. Ni semua untuk nak hilangkan rasa malu. Sebelum tu misi sorang tadi tu ajar jugak macamana nak cek payudara kita. Mamografi.Ia boleh dilakukan sendiri. Mamografi ni kena buat setiap bulan.



Bagus betul session tadi tu. Bersyukur maklang dapat attend. Banyak jugak info yang dapat. Di bawah ni maklang nak summarizekan the information untuk kita share bersama. Moga2 akan dapat men'celikkan' kita terhadap 'pembunuh' yang sedang berleluasa ini...Insyaallah...



Speech pertama was given by Prof. Dr Humairah dari International Islamic Universiti Malaysia, Kuantan. Katanya, sekarang ni risiko kanser adalah 1 dalam 4 dan kebanyakkannya adalah perempuan. Dan kaum yang paling tinggi yang kena kanser adalah Cina, India diikuti dengan Melayu. Memang takut dengar statistik yang diberitahu. Kanser yang paling banyak menyerang wanita menurut turutan paling tinggi ialah kanser payudara, servix, usus besar dan uterus.


Menurut Prof tanda2 kanser payudara adalah seperti berikut:

1. ketulan pada payudara ( selalunya tak menyakitkan)
2. leleman pada puting ( berdarah, berwarna coklat)
3. rashes pada puting atau puting masuk kedalam
4. kulit kenggerutu atau tertarik ke dalam
5. ketulan pada ketiak

Prof kata kena cepat pergi cek sebab kanser akan cepat merebak kekelenjar lain.

Orang yang paling tinggi risikonya adalah seperti berikut:

1. Kehamilan pertama adalah selepas berumur lebih 30 tahun
2. Haid awal iaitu sebelum umur 12 tahun dan lambat menopause
3. Saudara terdekat ada yang menghidapi kanser (ibu, kakak, adek )
4. Pernah ada kanser sebelumnya
5. Tak nak ada anak
6. Diet banyak high fat
7. Sosial status tinggi
8. Berat badan
9. Mengambil pil pencegah hamil dan hormon terapi


Prof nasihatkan supaya kita2 yang dah berumur lebih 35 tahun atau 40 tahun, kita hendaklah menjalani mammography seeloknya setahun sekali. Ini adalah untuk mengesan kanser lebih awal. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, maka lebih cepatlah kita dapat mengubatinya. Mammography ni adalah x-ray khas untuk nak cek barah payudara.

Lepas speech dari Prof., ada juga speech pasal macamana mamografi tu dijalankan. Ni nak explain susah sikitlah. Payudara tu akan di'compress'kan dan di xray. Seeloknya mammografi ni dijalankan seminggu selepas haid.


Ada jugak NGO dari Cancer Support center dan Cancer Survivor yang bagi speech. Selang seli ada jugak persembahan dari anak2 kakitangan Petronas. Persembahan terakhir was a song 'My Heart' . Maklang pun suka lagu ni. Bila anak2 ni menyanyikan lagu tu, entah macamana air mata maklang mengalir laju...maklang teringat sangat pada Ibu tercinta. Moga2 Allah beri Wan kesihatan yang baik dan tidak perlu dia di chemo....InsyaAllah....



sempat jugak bergambar dengan Cik Abang





rasa ter'kurus' pulak gambar maklang ni...lepas tu colour gambar tak berapa cantek. Nak adjust colour pun tak reti...















Ni maklang letakkan lyrics lagu My Heart...Khas untuk ibu tercinta....I love you....


Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

23 Comments:

At Sunday, February 04, 2007 11:17:00 PM, Blogger zino said...

nak komen tak pakai cermin mata ni.. kelabu asap je nampaknya..

nak ucap selamat malam je..

 
At Monday, February 05, 2007 12:09:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Maklang,

Terima kasih kerana share info ni. Tergrak hati nak pergi buat mamo. Asyik plan saja tapi takut pun ada jugak..

Suka tengok gambar maklang...berseri-seri.

Didoakan agar ibu maklang bertambah sihat.

Anggerik M

 
At Monday, February 05, 2007 8:04:00 AM, Blogger Kak Elle said...

a very good seminar tu maklang...u mmg kurus apa:)nanti bila u jumpa kakelle I lagi heavier....haha

 
At Monday, February 05, 2007 9:10:00 AM, Blogger pB said...

comelnyer mak lang...

 
At Monday, February 05, 2007 1:31:00 PM, Anonymous Anonymous said...

semua info tu mmg menyedar & mengingatkan... tq.

lawanyer ml & pl.

 
At Monday, February 05, 2007 3:11:00 PM, Blogger Sya said...

maklang

Thanks for the info, kata seorang kawan, kalau belum ada apa2 buat mamogram dan simpan resultnya nanti tiap tahun leh buat comparison

 
At Monday, February 05, 2007 4:31:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salamm,

bagus dpt attend seminar camni. menambah knowledge.

tq maklang share ngan kami, senang pahala amal jariah mengalir :D

 
At Monday, February 05, 2007 5:44:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Siapa yang nyanyi lagu My heart ni maklang?

Tudung yang maklang pakai dalam gambar tu yang maklang jahit sulam sendiri ya?

 
At Monday, February 05, 2007 8:27:00 PM, Blogger aNIe said...

Mak Lang...kak lady ni dah bertahun tak pegi buat check ...last sekali masa bersalinkan Fareez...dah berkali2 nak pergi tapi tertangguh. Nak tunggu hubby balik sekali lagik mesti kene pergi...

 
At Monday, February 05, 2007 11:49:00 PM, Blogger Mulan said...

huwaaakk.. pap smear!!! takut eh. biar beranak rasanya. memang kena selalu pi check up kan.. tapi kenapa kita suka tangguh2.. macam den ni haaa... apa ter'kurus'??? memang kurus la. entah2 kurus dari mulan ni. gambo lama tak sama gambo baru tau maklang.. he he..

 
At Tuesday, February 06, 2007 12:07:00 AM, Blogger Ajzie said...

Yealah bagus dapat attend seminar mcm nih. 'Terkurus' sabar aje lah Mak Lang nih...memang kurus kot.. Cantik tudang Mak Lang..sulam sendiri ker?

 
At Tuesday, February 06, 2007 12:56:00 PM, Blogger cikdinz said...

kaka lang, lagu tuh tuk mak ke tuk pasangan kita haaa....buleh dedua kot....
ceramah macam nih lah yg bagus..
dapat info yg berfaedah....

 
At Tuesday, February 06, 2007 1:18:00 PM, Blogger Shami said...

ha, dah nampak pun tuan rumahnya....hemmm kalau jumpa kat jalan ni belum tentu kenal nih...he..he ..

 
At Tuesday, February 06, 2007 8:19:00 PM, Blogger maklang said...

zino:

Dah tualah tu...tak ada cermin mata tak nampak...

tapi masa attend seminar tu, Prof kata 1% of the men ada yang ken breast cancer jugak...jangan tak tau...


AM:

Berseri2lah...sebab Cik Abang ada kat sebelah. Alhamdulillah dia sentiasa supporting me...

Alhamdulillah Wan pun dah alot better. Mintak pada Allah Wan tak kena chemo...Amin....


Kak Elle:

Don't make me laugh lah...Manalah pernah lah I ni kurus....kita lebihkurang aje...gambar tu banyak menipu...dan kak Elle janganlah tertipu...

pb:

Thank youlah kata maklang comel...lotenya tak kot...

dp:

I have been trying to call you, tapi tak dapt2 apasal aaa??

I kan memang lawa...bukan kelawar!!!he..he...

Sya:

Memang betul. Kena buat mammo masa sihat ni...Tapi mintak2 kita tak kenalah benda2 ni...InsyaAllah...

Mamasarah:

Lagu tu Irwansyah dengan siapa entah...Penyanyi Indonesia.


Ya, tudung tu maklang sulam guna mesin tulah...dan dijahit dengan manik2...


Kak Lady:

Takkan nak gi pap smear pun nak tunggu Cik Abang kot...gi jelah kak...untuk Cik Abang jugak tu...


Mulan:

Oh...gambar tu banyak menipu. Agaknya phone tu kesian kat maklang, biasanya gambar syik kembang aje...:)

 
At Tuesday, February 06, 2007 8:22:00 PM, Blogger maklang said...

Ajzie:

Memang jahit sendiri tudung tu. Kalau nak order bolehlah...

Cik Dinz:

Betul. Lagu tu untuk dua2lah...kan maknanya mendalam

Shami:

Bila pulak kita nak tengok gambar awak???

 
At Tuesday, February 06, 2007 11:04:00 PM, Blogger zino said...

merahnya gambar.. nasib baik maklang tak pakai baju merah hehe

 
At Wednesday, February 07, 2007 7:53:00 AM, Anonymous Anonymous said...

zino:

so, baru nampaklah...tak rabun lagi???

memang terlebih merah, tak pink lak...

 
At Wednesday, February 07, 2007 10:31:00 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...sebenarnya kak lady ni kalau pasal gi check up memang suka cik abang ade...sebab nanti leceh nak pi amik surat dari company dia...malas lah nak ke sana jumpa orang tu orang ni...

 
At Wednesday, February 07, 2007 3:43:00 PM, Blogger cikdinz said...

kira baguih gak lagu nih kan.
mcm nih nak bagi kat mak lah minggu dopan....

 
At Wednesday, February 07, 2007 7:38:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

sebenarnya I pun cam tu...saje nak usik akak...he..he...

cik dinz:

tulah...lain kali kena baca betul2 liriks tu...;)

 
At Wednesday, February 07, 2007 9:09:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Bagus ML sering ingat-mengingati.
Nak pergi mamogram & pap smear tu selalunya mengerunkan, tapi bila dah buat, selalunya tak seteruk yang disangka. ML dah bikin?

My heart tu dinyanyikan Irwansyah & Acha Septrisa.

 
At Wednesday, February 07, 2007 9:10:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Sorry, Acha Septriasa.

 
At Wednesday, February 07, 2007 10:18:00 PM, Blogger maklang said...

adah:

Alhamdulillah dah buat. Last year buat in April, tapi since ni free so buatlah terus....freelah katakan....

 

Post a Comment

<< Home