Macam2 fikir
Assalamualaikum....
Bestnya besok dah wiken kat sini. Entahlah...asal kena wiken rasa best sangat. Tak payah nak worry nak masak apa besok pagi. Besok aje boleh fikir nak masak apa. Sambil2 beli barang kat pasar tani tu pun boleh pikir nak masak apa. Tapi hari ni pun Along dah mintak nak masakkan kan dia sup wontan dan deep fry tauhu lembut. Tapi kalau ikutkan rasanya macam nak ikut aje Cik Abang pergi ke Kontan untuk nak service kereta. Kesian kalau dia balik sorang. Hala pergi ada Datok sebab besok Datok nak balik Kontan besok. Lama jugak dia di sini, 3 minggu dah rasanya.
Wiken ni salah satu kerja yang kena buat is to ambik gambar pasport. Pasport maklang dah mati last month kot. Budak2 punya except Along punya aje masih boleh pakai. Cik Abang punya pun masih ok lagi. Kalau buat untuk 4 orang dah kena 1.2K. Fengsanle...lari budget dah ni. Lepas tu kena pulak nak pergi ambik teko kecik2 yang Wan Sara kirim tu. Lepas tu kena pulak nak sulam tudung kawan yang nak tunang raya Cina ni. Tu aje dah penuh se wiken. Kan best kalau wiken kita 3 hari seminggu. Barulah ada masa nak menghabiskan kerja2 yang tak habis2 tu. Tapikan kalau ada 3 hari ke, 4 hari ke, masih jugak tak mencukupikan. Kan ke best kalau dapat jadi suri rumahtanggga sepenuh masa dan duit allowance masih ada. Tengah sibuk2 banyak kerja ni mulalah memacam nak buat.
Kat rumah ni pulak tengah bersepah sangat especially kat tingkat atas ni. Tukang yang dok pasang cermin tu tak siap2 kerja dia. Dah dekat 3 bulan agaknya. Kenkadang tu ada jugak datang geram kat dia. Rumah macam tak bersiap aje. Kalau dia buat kerja cepat, cepatlah maklang boleh kemas rumah. Ni, ada kerusi kat bilik Wan, ada kat tengah rumah tingkat atas ni, and entah macam2. Bila dah sepah tu, mulalah semuanya malas nak dibuat. Kena banyak bersabar ni kalau renovete rumah. Tapi tu pun nasib baik sebab tak pakai simen langsung. Kalau tak, berdebu betullah rumah ni. Lagi serabut fikiran. Tapi malam ni maklang nak meng'unserabutkan' kepala dengan menjahit manik kat telekung....Selamat berhujung minggu...
ni sebahagian dari balkoni rumah yang nak di pasangkan cermin. Ni masa belum ada
barang2 tukang tu. Waktu sekarang ni tak tergamak nak masukkan gambar dia...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
19 Comments:
happy wiken to you too maklang ....esok ke pasar tani beli lebih2 bawak ke KL next wekin:)maklang at least u kerja 5 day week...I kerja 51/2 days mana ada wiken?
nanti ml datang kl i nak jumpalah... inshallah kalau di izinkan allah.
nanti i confom balik.
dp
hepi wiken...
berhati-hati semasa memasak...heheheeeee...
hi maklang...
saje jer nak tinggal kan jejak. pandai gak menyulam yer.
cam pernah kenal jer bila nengok gambar kat bawah sinun...
-tee-
Maklang...memang betul buat renovation rumah ni memenatkan dan melemaskan....
Dulu masa rumah mertua buat renovation...24 jam rasa nak mengelap...terasa berpasir ke mana aje....
Selamat berhari minggu....
amboi maklang, cam umah yusof haslam dlm drama sembilu dah ha, cantikkk...nak offer diri jadi mak jah tu leh x?? muehehehehe...takpun jadi zetty tu pun bolehhh, x kisah laaa....
sabar la maklang.. lagi besor rumah, lagi la lama depa dok amik masa nak buat. nnti paksa cepat2 buat, tak elok pulak.. nyesal gitu!!
Hihi betul Mulan cakap..tuh..
Anyway selamat berhujung minggu..Ke KL lagi ker? Jumpa Kak Elle, kirim salam yea..
berpasir pasir dulu, bertingkap tingkap kemdian....
happy weekend mak lang. RIndu nak pi pasar tani.
tumpang lalu ye ML...
ajzie bukan jumpa mak lang and family dah buat appt ngan sya and kak lady juga and also miss adorable adik ku..insya'allah satu kita pun berjumpa juga.
bila renovate rumah ni memang kelab kabut di buat nya berabut je nampak..
rasa macam nak pindah duduk hotel je.. tapi sape pulak nak membayar nya hehe
Wah...cantiknya rumah...
Salam perkenalan..
kelakar lah Zakiah! sukahati je buat pepatah sendiri!
happy weekend maklang & family.
hijau betul view dari balcony rumah mak lang.. mesti kat situ cuaca sejuk ja.. kat atas bukit ka rumah mak lang ni?
memang bila rumah bersepah.. spirit pun jatuh.. i know what u mean..
Madam ML:
the chairs, the table and the cloth we dine on
(my gift to those who are fathers, mothers, sons, daughters, brothers and sisters)
On the chairs, the table and the cloth we dine on,
mama serve a sumptuous meal,
a sumptuous meal made form the hunt that papa kill,
the hunt that papa brought back on heavy old wheels.
On the chairs, the table and the cloth we dine on,
papa carved the luscious veal,
while mama kept our hunger vigil,
so that our little tummies feel no shrill,
till we have the night’s fill.
By the chairs, the table and the cloth we dine on,
papa stood on the site with his pipe lit,
cleaning blood that his hunt has spilled,
and chasing out the winter’s chill,
so that we feel no gritting frill,
after we had our night’s fill.
Round the chairs, the table and the cloth we dine on,
mama walks with a clean white cloth,
cleaning our mouth from filthy froth,
while kissing the sleepy eyes under the brows.
To the chairs, the table and the cloth we dine on,
we haste a bow and a cheery bye,
and wish the leftovers tomorrow they will dry,
that tomorrow again on you we dine,
with the meals mama made so fine,
made from the kills that papa find.
O chairs, table and cloth we dine on,
we trust that tomorrow would also be fine,
there you’ll wait for us to dine,
when we wake after the sun comes to shine.
kak elle:
nak buat macamanakan...kesian kena kerja 5.5 hari seminggu. Nasib lah...he...he..he..
dp:
ada rezeki kita jumpa..InsyaAllah...
maklang
cik dinz, wiken dah tamat!...Dah kerja pun today...safety is no. 1!
tee:
oh kenal ye..kat mana agaknya pernah jumpa ek?
Kak lady:
Memang pening kepala. Semalam dok kemas rumah aje. Tadi balik lunch pun sempat bersihkan sawang yang dah banyak. Rasa macam duduk dalam gua lak...
RF:
Alamak...jauhnya rumah maklang ngan Rumah Usof tu....rumah maklang ni macam daput dia aje...
Mulan:
Nak tmabah kaca aje...lama betul nak buat. geram rasanya...
Ajzie:
Terpaksalah sabar bebanyak...
Zakiah:
maklang tak berpasie2, tapi bercermin cermin aje....
kak elle:
Silalah..lalulah...
zino:
Tak adalah sampai nak duduk hotel...
bila lalu kat tempat sepah tu buat tak nampak ajelaah...
Inilah saya:
Alhamdulillah...tu lah rumah saya....biasa2 aje...
Selamat berkenalan jugak...
Mamasarah:
Tu pantun zaman moden....
Simah:
Tengah musim ujan ni nampaklah sejuk, kalau tak coklat aje nampaknya...
demonsinme:
Thanks for dropping by...
mak lang! i'm back!!!!! phuh! lega dah balik rumah, still weak but at least i'm at home! rindunya blogland :)
mamaeock:
welkam back. We miss u too...
Post a Comment
<< Home