Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, February 14, 2007

Happy Birthday Angah Sayang....

Assalamualaikum....

Tak sampai hati kalau tak update. Takut2 Kak Elle merajuk nanti, tak dapat pulak nak jumpa kakak kita yang vogue tu, dan tak dapat pulak nak ambik barang yang maklang dah pesan tu.


Hari ni rasa macam zero output aje kat opis tadi. Pepagi tadi dah masuk opis. Balik dari hantar bebudak kesekolah terus aje pergi ofis. Entahlah, macam tak ada mood aje hari ni. Dok baca mails from office diKL and prepare apa yang patut untuk meeting besok. Tapi most of the day dok browse the net nak cari info, tak jumpa2 pulak. Ni nanti nak kena browse lagilah ni. Kalau buat kerja and tak jumpa penyelesaian ni yang tak best ni....Pulak mood low sekali...sebelah jiwa dan raga dah kat KL.


Tengahari masa balik lunch sempat jugak singgah nak ambik specs bebudak ni. Baru aje diganti bulan 7-8, tahun lepas, ni mintak lagi yang baru. Sebelum pergi kedai tu, dia orang kata nak tukar glass aje, and Along cuma nak ketatkan specs aje, tapi tup tup, dia pujuk2 Abah dia, dapat sorang satu. Garu kepala sebab mak dia yang bayar, sebab Abah dah lepas ke KL. Nak buat camanakan...nilah anak2. Rezeki yang kita cari ni pun memang untuk mereka pun. Tapi nasib baik, boleh claim, kalau tak parak jugak nak membayar ni. Pulak2 tengah2 bulan ni. Nasib baik bukan nak dekat Raya kita. Kalau Raya kita mau rabak lagi untuk nak bagi duit Raya.


Lepas dari kedai specs tu singgah pulak belikan si tembam tu kek. Alah kek kecik aje sebab tahu, bbudak ni bukannya suka sangat kek, saje nak potong. Lepas tu terperap dalam fridge berminggu2. Tengahari tadi sembunyikan kat dalam fridge. Tak sempat nak sembunyikan specs dia pun. Dia dah jumpa dulu. Masa hantar ke sekolah tadi sempat pulak pesan suruh ambikkan specs dia.


Then after lunch, teramatlah panas cuaca hari ni. Maklang punya tempat pulak dekat dengan cermin, lagilah panas. Maka kalau panas2 ni memang lah teramat ngantuk jadiknya....Dalam tak ada mood terus sms kat Cik Abang kata tak ada mood betul nak kerja. Lansung dapat call dari dia. Rupanya member tengah enjoy sebab his meeting was cancelled. Orang penting dalam meeting tu tak ada. Apalagi merondalah dia sampai ke SJ. Nak uruskan apa2 yang patut. Dok turun naik LRT. He definitely was enjoying himself!


Maklang left the office at about 5:15pm tadi. Ajak officemate gi ke Paka and shop ikan lagi untuk nak bawak ke KL. Then shop pakaian dalam bebudak yang banyak dah lusuh tu. Dapat gak baju CARS untuk hadiah kat Ucop. Balik aje dah lewat. Siap siang ikan, and freezekan. Ikan tamban tu maklang singgang kan and freezekan jugak sebab nak bawak ke KL besok. Ikan tamban singgang ni kalau goreng...aduh...SODAP....nak2 dengan nasi panas dan sambal belacang...Boleh bertambahlah....


Malam ni pulak lepas hantar along tuisyen tadi, gi McD belanja bebudak makan. Tak tahu nak bawak Angah ke mana. Tunggu lah nanti di KL. Kot2 Aunties tu nak belanja Angah ...mana taukan...Then kemas baju. About 10 gi ambik Along, beli Foldover untuk along and isi minyak kereta supaya petang besok tak lah kelam kabut.


Nilah sat lagi nak out dah...kenalah tidur awal sikit. Rehat2 sebab besok nak jalan jauh...Doakan keselamatan kami di jalanraya...InsyaAllah ada rezeki nak jumpa Mrock jugak hari Jumaat nanti...Bye for now....(Kat hotel yang Cik Abang duduk ni internet free...bolehlah update nanti ye....)





ni si Tembam tu...dah sebelas tahun today. Malam semalam maklang and kakak dan adek2 dia dok nyanyi lagu besday kat dia. Dia tersengih2 aje...Dia kata mak jangan lupa ambik specs Angah eh...Tu specs barulah tu...dan dia dok perasan dia lawa...
ni pulak kek yang maklang beli tu...Kecik aje. Lepas dah potong tadi, dia packkan dalam tupperware untuk nak bawak ke sekolah besok. Adek2 dia tak makan pun...Entah bilalah nak abis tu....












Angah sayang....Mak doakan Angah berjaya didunia dan akhirat. Doa mak moga Angah menjadi insan yang berguna dan jangan sekali2 tinggal solat tu...Kami sayang Angah. Homework tu jangan lah tak buat...Kalau malas sekolah nanti mak kawinkan awak...he..he...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

14 Comments:

At Thursday, February 15, 2007 1:28:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

Happy birthday ANGAH!!!

p/s maklang, takutnya bab kenakan kahwin tu. Baru 11 tahun lah!

 
At Thursday, February 15, 2007 7:25:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Happy birthday to angah nanti kita jumpa di KL ok?maklang selamat berdriving ke KL and kita jumpa di Federal Hotel.

 
At Thursday, February 15, 2007 9:15:00 AM, Anonymous Anonymous said...

ada rezki adalah hadiah kat angah. Tapi takdelah semahal spec angahtu. hehe..

 
At Thursday, February 15, 2007 10:25:00 AM, Blogger pB said...

selamat hari jadi..

rupa rupa kita ada anak sebaya yer...

moga anak anak dara kita akan jadi anak yg solehah dan membahagiakan ibubapa dunia dan akhirat...amin

 
At Thursday, February 15, 2007 11:46:00 AM, Blogger pekan said...

appy besday angah.. semoga angah menjadi anak yg solehah..

kak, sorry tak dapat jumpa this wiken, sy ader cousin wedding.. enjoy the trip & drive carefully..

 
At Thursday, February 15, 2007 12:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

selamat hari jadi angah!!!
nak kena kawin? hehehe...

i memang dah rindu sangat nak jumpa ni... tapi tak dapat pulak sbb.. ada saudara kat perak sana kahwin... so kena pegilah..

lain kali lah kita jumpa.. inshaallah. malu pulak nak joint ml & the geng..

next time kalau ml ke kl.. apa kata kita jumpa member2 yg secompeny kita dulu..

masa tu mesti meriah.. punya kan..

dp..

 
At Thursday, February 15, 2007 2:11:00 PM, Blogger Mama Rock said...

happy birthday angah!

hehehe, terexcited plak nak jumpa samapai salah hari, dok ingat hari ni maklang sampai. tu yang lepasa jumpa dr tadi terus je call..hehehe

 
At Thursday, February 15, 2007 4:02:00 PM, Blogger silversarina said...

Happy Birthday Angah !!

Wah bestnya weekend jumpa gang di KL ye....salam buat semua...I pulak yang excited ni...

 
At Thursday, February 15, 2007 7:25:00 PM, Blogger aNIe said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY to angah....moga angah akan membesar menjadi anak kebanggan ibu & ayah dan akan menjadi insan yang berguna dunia & akhirat..

Hehehe...Ingat pesan mak tu...pi buat homework...nanti mak kawinkan pulak...

 
At Thursday, February 15, 2007 9:17:00 PM, Blogger Kiah Kardashian said...

Happy bday to angah..

Rajin rajin belajar okay!...jaga spek tu bebaik....;)

so ronggeng ronggeng di kl la mak lang yerk. Enjoy...

 
At Thursday, February 15, 2007 11:11:00 PM, Blogger Anne said...

happy birthday angah!

wah mak lang..saya baca activiti seharian mak lang pun penat...

dengar tu angah..tak mau sekolah nanti kena kawin hehehe

simah

 
At Friday, February 16, 2007 6:11:00 PM, Blogger maklang said...

mamasarah:

saje je usik, kalau dedulu 11-12 tahun tu dekat dah nak kawin..he..he..


kak elle:

InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa ya...


EL:

Angah kata, janji ada..ha..ha...


pb:

anak kita sebaya...tapi kita tak sebaya...ML ni dah tua dah...


dan moga2 anak2 kita jadi orang yang solehah...InsyaAllah...


Pisces:

TQ. Alhamdulillah dah sampai dah.


Mamarock:

Yelaaa...maklang pun evcited sangat. At last boleh jumpa in person!

 
At Friday, February 16, 2007 6:15:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Ialah memang excited sangat. Kak Lady maklang dah pernah jumpa dulu. Yang lain tak pernah jumpa lagi. Tapi seronok, nanti kalau Lj balik Mesia, InsyaAllah kita boleh jumpa jugak!

Kak Lady:

TQ kak. Moga2 anak2 kita menjadi solehah dan solihin...


Zakiah:


Meronggeng tu taklah...mengenyam aje...


Simah:


Memang letih laa Simah...Dok ghork kata orang Ganu.

 
At Sunday, February 18, 2007 12:22:00 AM, Blogger cikdinz said...

hepi besday to angah.

penting supaya kita sesama menyambut hari lahir anak. ia dapat mengeratkan silaturahim keluarga....

 

Post a Comment

<< Home