Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, February 13, 2007

Hi....I 'm home.....kak Elle...

ni kak elle, maklang tengah minum air...bila kak elle sebut2, maklang tersedak pulak...


Assalamualaikum...


First sekali nak mintak maaf kat Kak Elle, sebab tak update dah 2 hari. Sibuklah kak, plus Keyboard ni dah gila. Agaknya sebab jatuh malam tu. Ni macam nak kena masuk pusat pemulihan aje. Payah plus lambat nak menaip. Nak cilok2 kat opis tu pun tak sempat lah, kerja melambak2lah....tak sempat. Sempat pun kenkadang tu nak masuk kat blog sat2 aje. Tu pun tak sempat mana. Kat rumah pulak sibuk jahitkan tudung kawan yang nak tunang masa Raya China ni. Ni ada sikit lagi nak siap. Lepas tu nak letak batu2 tu kat tudung. Nak ambik gambar camera entah kat mana. Ni pun tengah mengadap Angah buat homework dia. Bila Cik Abang tak ada kat rumah, maklang lah kena pikul semuanya...so, kena banyak bersabarlaa....


Semalam Alang call beritahu yang Wan punya result memuaskan. Dr. kata Wan tak payah kena chemo. Syukur pada Allah. The whole day my stomach was up side down. Kecut memanjang sebab risau kan result Wan. Tunggu punya tunggu Atok or Alang tak ada call pun. Until almost 5pm, call aje Atok and tanya macamana. And Atok kata everything Ok. Dr kata Wan kena repeat scope dia and kena nak scan in 6 weeks time and kena check pulak every 6 months. Hopefully Wan akan bertamabah sihat dan dapat pergi jenjalan dengan kami cuti sekolah ni nanti. Semuanya dah kami book dan harap2 apa yang di plan menjadi, InsyaAllah....


Cik Abang pulak petang semalam dah terbang ke KL. 4 malam di sana. Mulanya dia ajak maklang pergi sekali tapi memandangkan anak2 sekolah dan maklang for sure tak boleh cuti, baik jangan berharap aje....lupakan ajelaaa....So, InsyaAllah kami anak beranak akan ke KL after office tulah. Kena nak bawak Bibik as well sebab siapa pulak nak tengok bebudak ni kalau maklang tengah drjve kereta. Plan2 nak cabut awal sikit tapi nampak2 gaya macam tak boleh aje sebab ada meeting penting dengan PM dari KL. Tengahari tu pulak ada meeting dengan MpiK. Kadang2 rasa kelam kabut sangat.


Petang tadi after office dah dekat2 pukul 6 tu, sempat jugak ke pasar malam untuk nak beli ikan yang Wan pesan. Nasib baik ikan2 tu fresh2. Kalau tak, malas jugak nak beli. Tadi ada ikan kerisi, ikan selar kuning ( kali ni bulat2 tak macam selalu. Penjual tu kata ikan selar laut dalam, sebab tu dia bulat!). Ada tuka, ikan kembong, udang dan sotong. Ikan2 tu masih keras2 lagi. Tetal, kalau goreng memng sedap ....delicous. Balik pasar dalam 6:45pm dan dalam 7:20pm dah siap bersihkan ikan dan bungkus2 dalam plastic untuk satu kali masak. Nanti hari Khamis ni letakkan kat dalam kotak putih untuk ikan tu and boleh bawak ke KL. Harap2 tak tumpah macam hari tu. Kalau tak puas pulak nak cium bau ikan kat kereta tu. Tapi Insyaallah , kali ni tak kot sebab bawak ikan yang dah beku.


Oklah...sini dulu...nak kena siapkan tudung tu. Mintak2 malam besok ada masa nak update, kalau tak, Selamat bercuti Raya China. Kami nak ke KL, nanti boleh jumpa Kak Elle dan KL dan Sya....Angah dah sibuk nak ikut tu kak....


Good nite! And Wassalam........







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

19 Comments:

At Tuesday, February 13, 2007 11:15:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang bila ke KL drive slowly ok?kalau penat berhenti kejap.Nanti bawa lah along,angah,maya and putera gunung ladang tu...ingin nak jumpa die org juga.
alhamdulillah wan ok.

 
At Tuesday, February 13, 2007 11:40:00 PM, Blogger Kak Elle said...

HAPPY BIRTHDAY TO ANGAH :)
NANTI KITA JUMPA DI KL OK?

 
At Wednesday, February 14, 2007 12:20:00 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...Alhamdulillah dengar wan dah sihat...moga kesihatannya akan bertambah baik...

Dalam sibuk2 pun banyak lah juga maklang taip...heheheh...

Okay see u in KL........

 
At Wednesday, February 14, 2007 3:25:00 AM, Blogger silversarina said...

Maklang,

Drive elok-elok ye....

I rasa macam pernah nampak rumah you... is it jalan ke KG Chabang ke bukan??

Fyi, I dah open my blog 4 comments.

 
At Wednesday, February 14, 2007 6:24:00 AM, Blogger Ajzie said...

Kak Elle nak jumpa Putera Gunung Ledang? hihihi.. Hakim lah nih eik..

Happy Besday Angah.. Mak Lang happy gathering with Kak Lady, Kak Elle, n Kak Sya.. Moga bergumbira yea. Pesan ngan Kak Elle jangan kasi hotel bergegar yea...

 
At Wednesday, February 14, 2007 9:25:00 AM, Blogger KakNi said...

MakLang, selamat bercuti dan memandu lah dengan selamat ye.

 
At Wednesday, February 14, 2007 10:19:00 AM, Anonymous Anonymous said...

semoga ml senang hati sikit.. sbb wan dah tak payah chemo.. alhamdulillah.

ml well come to kl & drive carefully ok.. & have a nice journey.

salam buat k/lady, k/elle & sya. ini pembaca senyap n3 dia org kirim salam.

tak lupa jugak pada angah happy besday to u. semoga panjang umur & murah rezeki.

dp

 
At Wednesday, February 14, 2007 10:20:00 AM, Blogger cikdinz said...

semoga selamat perjalanan nye...

 
At Wednesday, February 14, 2007 11:58:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, hati-hati dijalanraya. Seronok kan nak jumpa Kak Elle. Eh..eh...cawan tu macam ku kenal..kat mana ek?

 
At Wednesday, February 14, 2007 1:00:00 PM, Anonymous Anonymous said...

happy birthday faezin!Belajar rajin-rajin noo..

 
At Wednesday, February 14, 2007 1:49:00 PM, Anonymous Anonymous said...

drive elok2 nanti ya..and happy birthday to you daughter..faezin ya?

 
At Wednesday, February 14, 2007 4:20:00 PM, Blogger Mulan said...

alhamdulillah wan takde apa2 yg serius. selamat bercoti. kalau ngantuk masa drive tu, berhenti tau. byk r&r kat highway tu. sure tak sabar2 nak jumpa kak elle tu. have fun all of u!!

 
At Wednesday, February 14, 2007 7:32:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

ada appointment dengan Kak Elle ke lepas ni? Tentu seronok ni.

Jangan lupa bergambar-gambar.

 
At Wednesday, February 14, 2007 8:28:00 PM, Blogger zino said...

ginseng kacip fatimah ke tu hehe

 
At Wednesday, February 14, 2007 9:14:00 PM, Blogger demonsinme said...

Hate...
(a gift from the demon to be made as a gift to your loved ones)

In my lonely heart,
hate plays a great part,
it wills the my action from the start,
it herd me words with such grand art,
it is the very thing that bounds our two hearts.

I hate the moments when you are not in sight,
coz it is the time that I could not see your plight,
and I can't remedy the things that bring you fright,

I hate the days that my might seeps by,
and when I can't stop your sad cry,
making your smile dry,
making me feel worst than having to die.

I hate the months when draught come to visit,
coz it would hinder my rose seeds,
making me dread the times we meet,
as I have no flower to place on your lovely feet,
and be shied from your smile so sweet.

But, the greatest that I hate,
is the day that you saw me not even as a mate,
and my love has become your hate,
as it is the most dreadfull of my fate.

 
At Wednesday, February 14, 2007 11:48:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle...InsyaAllah...maklang bawakkan satu battallion (?)...kami pun tak sabar nak jumpa kak elle..Set ah...makan kat Lot 10. Alang pun nak ikut..Ucop mesti tag along...


Angah kata...Mak, Aunty Elle tak bagi Angah hadiah ke...Maklang kata..Eh awak tak malu ke? Dia sengih aje...


KL:

Bila datang mood nak taip tu cepat ajelaa...merepek aje banyak....at least ilang gak penat...
InsyaAllah kita jumpa ok...

LJ:

Betullah tekaan anda...Ada masa, bila balik sini, knock2 on my door...silakan masuk ya....

Maklang pun dah komen kat yr blog..


Ajzie:

Thank you...Asal pulak hotel yang bergegar...kang orang ingat tsunami lak..tahulah kami ni cute2 tapi kalau ketawa taklah sampai menggegarkan hotel...:)

Ahni:

TQ...Berhati2 dijalanraya...Kena togok kopi bebanyak ni...


dp:

InsyaAllah maklang sampaikan salam awak...Eh...jomlah join sekali. Kita pun dah dekat 15 tahun tak jumpa kan...

 
At Wednesday, February 14, 2007 11:58:00 PM, Blogger maklang said...

Cik dinz:

Thank you...thank you...boleh tolong bayar duit toll tak?

Nora:

Alah...macam tak biasa lak...cawan tu kan you yang hadiahkan ...hint2...maklang nak cawan baru pulak...kak elle nak hadiahkan...he..he...

EL:

Same question..Angah tanya...Mak teh tak nak bagi Angah hadiah ke?

Now ni angah is under Abah's supervision, mak dia jaga, tak jalan le...


OO:

Ye..Angah = Faezin+ yang mendapat kemengan, InsyaAllah...


Mulan:

Tak sabr nak jumpa kakak kita yang Vogue tu....Thanks for doa untuk Wan...

Mamasarah:

Aha...ada date ngan kak Elle, Kak Lady and Sya..and maybe Mamarock...

Bolehlah rock sekali mamasarah...


Zino:

Takkanlah tengah tengahari nak gi kerja minum kacip fatimah....kan ke I pakai my office tag tu....

Minum kopi tu...takut ngantuk after heavy lunch...


Demonsinme:

Thanks for dropping by.

Thank for the lovely gift of words..

I don't think I can write like you...

Terjiwang sat sebab my beloved is not by my side tonite. Can't wait to meet him tomorrow, InsyaAllah...TQ again...

 
At Friday, February 16, 2007 11:32:00 PM, Anonymous Anonymous said...

MakLang
Kak Elle yg ckp dengan ajzie..kalau ramai2 dah jumpa rasanya boleh gegar kan hotel kalau ketawa nanti...

 
At Sunday, February 18, 2007 12:24:00 AM, Blogger cikdinz said...

boleh...sy ade t&g card. meh lah dtg amek kat sbn...hakhakhak...
rumah sendiri gak best compare ngan tempat lain kan??????

 

Post a Comment

<< Home