Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, February 16, 2007

Thank you ALLAH

Assalamualaikum.......


Alhamdulillah kami tiba pukul 11:40 pm malam tadi. Ni baru aje lepas solat Subuh. Terlewat pulak sebab malam tadi tidur entah pukul 2:00pagi agaknya. Bebudak excited sangat sebab tak pernah lagi tinggal kat hotel ni. Hakim kata, Abah ni Hotel kak Maya ke? Maklumlah nama hotel ni sama ngan nama kakak dia…


Kami bertolak lebihkurang pukul 6:30ptg. Kat opis punyalah sibuk. Keluar dari opis nak ke Em Pi Kay pukul 11:45am. Tumpang teksi PM dari KT (flight dia KL-KT) dan tiba kat Kemamang almost 12:30pm. Kami ingatkan kami lewat, tapi nasib baik Pengarah yang kami nak jumpa tu masih dalam meeting lain. So, kami tunggu dekat ½ jam lagi. Kat luar tu pun kami masih berdiskusi lagi apa yang patut dibuat. Banyak nya lah kerja maklang nak kena buat. Kelam kabut lah ni nanti bila balik ke opis lepas habis cuti ni. After the meeting, gi makan and balik opis and sambung lagi meeting lagi sampai dekat2 nak balik. Tapi seronok sangat rasa sebab petang tu dah nak bertolak ke KL.


Apa yang kami plan memulanya nak berconvoy 3 kereta. Maklang, ada Abg P with Shah & Eja. Last2nya dapat message dari Eja kata dia nak balik lewat. So tinggallah 2 kereta aje. Anak sedara Paklang yang pandai masak tu, tumpang kereta maklang untuk nak ke Kontan. Bas dari Dgn ke Kerteh semua penuh dan Alhamdulillah Pak De datang ambik dia and hantar ke rumah maklang. Setibanya kat taman sebelum nak masuk hiway di Sg. Lembing exit tu, maklang turunkan anak sedara tu. Ayah dia mintak turunkan kat Astana, tapi malam2 tu manalah nampak. Golap. Jalan punya jalan terlepas Astana tu….he..he...Kami call Abe We, ayah dia, kami dah terlepas Astana...Sori Abe We...Tapi Alhamdulillah, kami tunggu sampai ayah dia ambik dia, baru kami sambung perjalanan.

Kami berhenti di Perhentian Gambang sebab kawan maklang nak solat dan nak makan. Maklang dan anak2 tak solat. Kami jamak takhir di KL aje. Kami makan mee hoon dan ayam goreng yang bibik bekalkan tu. Hakim memula tidur, bila bangun dok meratah ayam. Entah macamana, tak aleh2 dia muntah. Mencurah2. Nasib baik kat luar kereta. Or else baunya........Sebenarnya Bibik baru jumpa garam agaknya.........Masin bebenor ayam dia tu. Tapi bila makan dengan mee goreng tu , tak lah terok sangat. Kawan2 maklang pulak makan meet tu kat tempat makan, kami makan dalam kereta aje.


Masa pergi ke rest room tu, maklang terserempak dengan wife kawan Cik Abang. Terus bagi tau yang kami nak ke KL jugak. Boleh tak nak saing. Sebabnya Abg P nak keluar kat toll Karak, nak jumpa kawan dia. So lepas tu tak bertemanlah kami. Sebenarnya stretch Exit toll Karak ke KLlah yang maklang suspense sikit nak drive. Allah maha besarkan, doa kita untuk nak selamat di perjalanan di makbulkan. Plan untuk Shah nak ikut maklang tu pun tak menjadi sebab Shah tak sempat nak tiba KL by 11:00pm untuk nak naik bas ke JB. So, Shah kena tumpang tidur rumah Abang P. So, memang lah kami semua tak berteman. Cik Abang pun tak berani lepas kan kami macam tu aje kalau tak ada lelaki yang dewasa, mana tahu kot apa2 tengah jalan. Lelaki kecik yang kememe tu adalah…Itulah Allah Maha Pengahsih, Dia beri pulak pengganti Abg P dah Shah menemani kami sepanjang perjalan. Dlam hati maklang bersyukur sangat2laaa…Thank you Allah…for helping us throughout the trip.


Almost every ½ hr Cik Abang call kami, tanya status. Maklumlah, maklang tak pernah lagi drive sorang2 the whole trip Kerteh-KL. Dan malam pulak. Thanks also to my co-driver sebab tak tidur. Alhamdulillah sesangat…


Masa tiba kat rumah Alang, Ucop was soooooooooooo happy. Dapat truck kecik and t-shirt cerita kesukaan dia. Gambar cars tu…Suka betul dia. Wan dan Atok dah di atas. Wan dah tidur tapi Atok tengah dengan wrestling dia. Kami woke Wan up from her sleep. She was happy too sebab dapat ikan 1 tong. And Alhamdulillah both of them look sihat. Wan especially, nampak dah segar and dah put on a little bit of weight…Alhamdulillah…Thank you Allah…


Can’t wait for today afternoon, Insyaallah nak pi jumpa Mrock….See you guys again.......and Selamat Ber raya....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

13 Comments:

At Friday, February 16, 2007 9:18:00 AM, Blogger pB said...

alhamdulillah , selamat sampai ...


selamat bercuti

selamat berjumpa kwn kwn..

 
At Friday, February 16, 2007 2:21:00 PM, Blogger pekan said...

berani tak berani pun kena paksa jugak drive yer kak..
slowly & carefully..
yg penting selamat sampai..

 
At Friday, February 16, 2007 2:49:00 PM, Blogger Mama Rock said...

hehehe, kita orang dah jumpa :)

 
At Friday, February 16, 2007 4:06:00 PM, Anonymous Anonymous said...

rasa mcm nak temankan aje ml drive...

itulah yg terbayang2 kat kepala otak ni... masa baca n3 ml ni...

dp

 
At Friday, February 16, 2007 5:59:00 PM, Blogger maklang said...

pb:

ALhamdulillah tak apa2. Seram gak drive memalam kat hiway tu...macam2 cerita dah dengar.


pisces:

Ya...nak tak nak terpaksa jugak drive. Kalau tak camana pulak nak ke KL. Nak naik bus tiket memang tak ada dah. And kalau naik bas, kat KL patah kaki pulak!

mamarock:

Terimakaseh bebanyak kerana lunch yang sungguh mengenyangkan tu. Entah berapa kilolah naik tadi. Rasanya macam dah lama kenal aje kita nikan. Walhal, that was the first time. Anak2 pun tak makan saman . Malu ML! Harap2 mama tak serik jumpa ML dan anak2.


Chewey biskut tu sedap. Malu aje, gift maklang tu tak seberapa as compared to the lunch yang mama bagi tu..TQ again!


dp:

Ahad ni temanlah maklang pi jumpa kak elle, Sya dan kak lady! Jom..jom..kita beramai2 jumpa kakak2 kita tu...

 
At Friday, February 16, 2007 6:42:00 PM, Blogger Kak Elle said...

alhamdulillah you dah selamat sampai di KL.besok turn kita pulak drivng from sg to KL ...mesti jam lah kat immigration tu.OK set kita jumpa on sunday......

 
At Friday, February 16, 2007 7:07:00 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang...memang seronok kalau bercerita kit je, boring bebudak tu :) Sunday nanti tengok le macammana, hajat hati macam nak pergi, tapi plan ngan family dah ada. kalau tak tersampai, kirim salam pada semua kakak2 bloggers yang datang nanti. insyaAllah kalau tak sempat this time, lain kali mama try to make it.

 
At Friday, February 16, 2007 10:44:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Waaahhh... syoknya dah jumpa teman bloggers!

Esok nanti, sampaikan salam pada Kak Elle dan yang lain-lain. Dengan pesanan, jangan lupa bergambar-gambar :)

 
At Friday, February 16, 2007 11:47:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdulilah dah selamat sampai..

Selamat bercuti dan selamat berjumpa kawan2 blog..kirim salam pada kak lady, Elle dan kak Sya..

 
At Sunday, February 18, 2007 12:21:00 AM, Blogger cikdinz said...

alhamdullillah....
dapat gak jumpe mama rock..

 
At Sunday, February 18, 2007 10:10:00 AM, Blogger Ku Keng said...

P Ramlee and Saloma just behind the hotel. Our prayers to them and to all buried there.

 
At Sunday, February 18, 2007 4:58:00 PM, Anonymous Anonymous said...

so selfish maklang. holidays are for kids lah. Sesi mengumpat wimax nih .

dedolu jumpa jumpa kat kekampung atau jiran jiran satu taman . Maklang nih tak banyak sedara atau takder jiran kot..terpaksa drive jauh jauh nak sesembang ngan blogger.

 
At Monday, February 19, 2007 9:15:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

We really enjoyed ourselves...thanks to you.

I love my Corelles...nanti kirim lagi eh...tapi kena kompol duit dulu...


MR:

Bebudak tu tak sempat nak boring. Asyik makan aje...Thanks to you...


Mamasarah:

Memang best...sampai berpeluk2an...jangan jeles, nanti ada rezeki, kami jumpa mamasarah lak, boleh maklang belajar masak dari Mamasarah..!InsyaAllah dah sampaikan salam...


Cikdinz:

Alhamdulillah...dapat jugak cari kawan baru...


Kukeng:

Alfatihah...untuk keduanya..

 

Post a Comment

<< Home