Surah Thoha
Assalamualaikum....
Pada pagi Jumaat ni terasa pulak nak share bahan yang boleh memberi manafaat pada kita semua. Ni ada ayat pelembut hati. Ayat ni elok dibaca pada anak2 yang degil, pada suami yang ego atau baran, dan pada siapa2 yang asyik nak marah aje. Tak boleh pendapat dia disangkal atau tak dipersetujui, hangin dia mulalah naik. Kalau anak2 tu dibacakan ayat ni dan ditiup ke ubun2 dia, InsyaAllah akan mendengar kata. Kalau pada suami/isteri pulak, bukan nak suruh jadi bodoh, tapi supaya boleh diajak berbincang dalam segala hal.
Biasalah hidup berumahtangga . Tak semuanya dipersetujui oleh kedua pihak. Ada yang kita suka, dia tak suka. Ada yang kita rasa baik, dia rasa tak. Kenalah bertolak ansur. Sebenarnya, hidup berumahtangga ni kena banyak bersabarkan. Tapi kalau asyik nak sabar aje, makin naik tocang agaknya si suami tu. Maklang ni berceloteh sebab terbawa2 dengan kisah2 yang maklang baca dari majallah MIDI. Kesian pada ibu2 tunggal, sudah habis manis, sepah dibuang. Ada juga bila hidup berumahtangga masih berkira kalau belanja tu duit isteri atau duit suami. Kalau duit nak berkira, kalau kerja rumah, cari duit tu dia sorang tak apalah. Ni siisteri pun membanting tulang jugak. Tapi masing2lah nak timbangkan yang mana baik untuk keluarga....
Walau apa2 pun, kita isteri2 juga suami2 berdoalah semoga pasangan2 kita tak macam tukan. Moga2 semuanya baik2 aje.... Ni maklang letakkan ayat THOHA(ayat 1-5) tu. Mana tau bila sesak2 boleh guna...he..he...(Maaf ye para suami, maklang ni sudah tentu memihak pada yang perempuan sebab maklang pun perempuan...).
Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ni sibuklah nak sulam tudung lagi sebab nak kumpul duit sebab ada pesan barang kat Kak kita kat Singapura tu. Hari kerja tak dapat nak buat sebab sibuk di pejabat dan bila pulang dah letih sangat...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
timakasih maklang.. tambahan ilmu ni. selalu baca ayat lain..
Terima kasih Mak Lang kerana ilmu yang berharga ni.
Mak Lang, Terima Kasih kerana berkongsi.
salam,
maklang begitulah hidup berumahtangga ni ada masa pasang ada masa surutnya kan...terima kasih berkongsi petua ayat ni...bagus gak ni kalau kita amalkan :)
lari topic ni maklang, kawan datang rumah baru ni, dia bawakan satu tupperware sambal ikan bilis. terus teringat kat maklang yg selalu bekalkan sedara mara sambal ikan bilis :)
ML, terimakasih kongsi ilmu.
thank u berkongsi ilmu sesama...alahai maklang kesian bertungkus lumus nak cari duit...haha...alah keluarkan aje yg kat dlm bank tu.
:) suka dpt ilmu macam nie...
sejukkk hati.
tq maklang.
idham
semoga semua mendapat matfaatnyer...
tq ML.
thanks mak lang.Dapat ilmutu satu, satu hal lagi,diamalkan ke tidak?
mulan:
ayat lain tu bolehlah share gak...
norabella:
sama2 kasih...
ajzie:
berkongsi ilmu digalakkan, berkongsi kasih, mintak dijauhkan...
kopi suam:
sedang lidah lagi tergigit, sekali sekala memanglah kena gigit dan di gigit...he..he..
mamasarah:
alhamdulillah...boleh gak tolong2 masak untuk sedara mara. mamasarah pun boleh gak, tolong2 belikan rumah2 kecik tu kat carboot sale...
adah:
kasih mu diterima...
kak elle:
memangkan...kesian I...pasal benda tu kena nak bertungkus lumus mencari duit....nanti I korek tabung i....
abg ig:
sama2 abang Id...
dp:
InsyaAllah...moga2 ada manafaatnya...
EL:
Sama2....ayat ni kalau kita baca pun bagus untuk lembutkan hati kita sendiri, so it works both ways...Insyaallah...
nak bagi ayat nih kat oghang umah. supaya dia leh bacakan kat saya. nanti kurang lah baran saya...
Post a Comment
<< Home