Orkid
Assalamualaikum...........
Hari ni masih sibuk kat office. Dah lama rasa nya tak sempat nak bercakap2 dengan member kat opis sebab kena kerja luar aje. So, hari ni whole day kat opis, tapi mengadap PC aje, nak habiskan tulis minutes, update report dan lain2. Kenkadang ras macam kerja typist pulak. Tapi enjoy jugak bila tak payah nak perah2 otak ni. Cuma kena ingat nak tulis apa kat minutes tu aje and nak kena tulis betul2lah. Maklum le dah jarang cakap omputih ni, sekali sekal nak tulis tu, rasa susah lak. Technical pulak tu... Disebabkan kerja banyak, the day just flew aje..kejap aje dah petang....
Tapi the hi-lite of today was when I came back for lunch. I came back earlier than Cik Abang, and the instance I saw tempat yang kami upgrade tu, terus aje maklang rasa seronok teramat sangat! Entahlaaa.... tak boleh nak cerita macaman seronoknya sebab tengok tempat tu dah nak siap. Cermin warna2 dah dipasang, so tempat tu nampak macam dah siap. Sampai rasa tak sabar2 nak tunggu Cik Abang balik. Taklah nampak sangat extension tu, nampak macam it is part of the house aje. Sempat jugak call Wan nak beritahu pasal tu. Soorrylaa dp, maklang tak dapat nak masukkan gambar tu kat sini. Kalau nak tengok datanglah sini eh...
Petang pulak lepas opis buat date ngan Cik Abang nak jumpa kat pasar malam. Kalau balik rumah dulu, then baru ke pasar malam, alamatlah si bujang nak ikut and kalau ikut mesti nak mencukai. Kalau makanan tak pe gak, tapi mesti nak mainan. Tu yang tak tahan tu.. Nampak2 kereta remote and transformer dia tu dah tak berusik dah. Dah letak kat dalam beg. Kalau ke pasar malam, nampak yang baru, mesti nak beli.
Bila dah buat date, tadi jumpa sat and we went separate ways supaya cepatlah siap nak beli2 barang . cik Abang pergi beli keropok sebab nak kasi kat wan Sara. Ada juga si Sulong maklang sebab dia balik dari sekolah cik Abang ambik. Maklang gi beli ikan, sotong and sikit udang, then ronda pergi belikan Alang baju tidur RM 5.00 yang dia pesan tu and menyinggah jugak tengok pokok bunga. Sekarang ni tengah mabuk bunga orkid pulak. Nak letak kat pergola belakang rumah la pulak. Baru ada 4-5 pasu. Yang dulu2 dah mati. So, ni semangat nak tanam orkid tu datang balik. Awal2 bulan ni bolehlah nak shop untuk orkid sikit, tengah bulan dok senyap2 ajelah...
Sebenarnya maklang nak letak orkid tu kat pergola belakang rumah tu ada sebabnya. Sebab pertama ialah, selalunya pepagi lepas solat subuh tu, maklang akan turun ke dapur untuk nak siapkan breakfast atau lunch. Sejak ada Bibik baru ni kalau turun lambat sikit, ok dah sebab biasanya breakfast dah siap. Maklang tinggal masak lauk aje. Jadinya sambil2 masak tu bolehlah mencuci mata melihat orkid yang sedang berbunga.
Sebab kedua ialah sebab maklang teringat kat arwah mak sedara maklang. Dia paling suka bela orkid. And orkid dia cantek2. Dan dia sangkut jugak kat dapur dia. Itulah maklang ikut dia. Kenkadang teringat jugak kat dia. Maklang pernah tinggal dengan dia masa kerja di KL dulu. Bila dah kawin terus pindah aje. Terkenang semasa dulu ni memang jiwang satkan.... Nantilah ada masa kalau rajin maklang ambikkan gambar orkid2 maklang tu. Bunga kemboja merah yang atok bagi beberapa bulan yang lepas pun dah berbunga tau...Cantek...
Life has been good for all of us....Syukur Alhamdulillah....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
17 Comments:
Askm ML. Mmm orkid tu my fav jugak. Tapi menjaganya juga perlukan passion, baja twice a week, alternating between green and pink.
ML.. you are now tagged. Please come to my blog to read the rules, i.e. if u have not been tagged before.
Enjoy tagging.
MakLang.. obviously you had been tagged by KakLady. Tak per.. it just shows that everybody is in the same circle.. anyway.. if u have more than 6 misfits.. then bley tempek lagi yek? Thanks
CB
I'm the first to comment... (advantage time zone beza 6hrs)
Orkid...memang sesuai dengan rumah maklang , cantik.I memang sukakan orkid, dulu selalu beli orkid makwan kat kemaman dan selalu consult makwan camne nak jaga orkid, bila pindah bagi semua pada kawan-kawan....
tunjuk lah gambar the new balcony tu mesti cantik kan?keropok belum goreng lagi tak sempat mebe this weekend.
suka permandangan orkid di pargola..tentu cantik kalau ambil gambar MakLang...Tergantung di kayu2 pargola tuh..huhhh sure memikat..
Mother in law ajzie pun peminat orkid.. mcm2 jenis ada.
kalau tak silap, rasa macam pernah pergi aje pasar malam di Kerteh...
hehe nak 'terkenang semasa dulu' macam maklang. hehehe jiwang karat...
ML, saya bela pokok semua mati...
Kasi petua boleh?
salam,
alahai..saya ni bukan peminat bunga. suka tgk bunga2 cantik aje, tp nak menanam n membela tak reti.
2 minggu ada problem dengan internet,tak boleh access.. harini boleh access,khatamkan crita-2 mak langni,kuss semangat....
Sabar ajelah mak lang.Yang pasti ipar duai yang lain tak sebegitu.
Maklang, takkanlah tulis minit dan update report tu tak payah perah otak macam typist, wah.. dahsyat lah macam tu ye. Kalau saya ni nak buat minutes tu terkial-kial.
Seronok lah baca pasal orang renovate rumah ni.
pepetang boleh le santai kat balconi tu sambil minum teh tarik hehe..
baby zino langsung tak lulus pegi pasar malam ni.. lalu je tempat jualan ikan/sayur atau makanan.. sure uwekkk.. hehe mengalahkan org mengandung ..
CB...tapi orang yang jual orkid tu kata, baja 2 kali seminggu. Baje organik dari kambing!
MMG tak nak dah buat tag tu..jenuh nak pikir...
LJ:
Laa..buat pae lah tak bagi aje kat maklang, tak payah maklang beli kat China Seong tu....tapi kalau tengok orkid tu memang bestkan..
Tak mahal ke orkid kat kak Wan tu? Maklang pernah perfi, rasa macam mahal je...
kak elle:
malu nak ambik gambar balcony tu...rumah kampung aje, kalau nak tengok datanglaa sini
ajzie:
wah...nanti ajzie ambik gambar lah gambar boleh share2...
tak complete ni, nak gambo maklang, nak tengok gambo!!! baru puas hati. nak simpan dalam album. rumah maklang macam rumah yg diidamkan... bilo la tu..
mamasarah:
dah pergi lah tu kot...tapi tak pe kalau belom, nanti bila datang sini maklang bawak mama pergi sana..
adah:
petuanya ialah...mintak tolong pak Omar jagakan..he..he..sebenarnya maklang pun baru belajar aje ni...
EL:
Memang kena sabolaa...I pun pelik cam tu gaya dia kata dia sayang kat abang dia very much...Cik abang pun kata dia pun heran, tang mana and cara mana yang dia kata sayang sampai kutuk kami sekeluarga sebegitu teruk...
Tapi Alhamdulillah adek beradek yang lain baik2 belaka...mintak2 ada hikmah atas segala yang berlaku dan moga2 dia mendapat petunjuk Allah...Asal kita tak buat macam dia buat kat kita sudah...
kak long: maklang pun suka tengok jugak, bela sikit suka lah...tapi kalau pak Omar tak ada, tak taulah apa jadi:)
ahni:
oh..buat minutes tu pun kenkadang bermasaalah gak sebab nak put into words ni technically pulak tu memang den tak pandai!
zino:
balcony tu kat atas, nak buat bilik tengok TVlaa...
mulan:
oh..rumah kampung den ni kocik yo...tapi alhamdulillah rumah sendiri...Insyaallah, bila furniture dia dah masuk, maklang masukkan gambar ,ok ka?
Hello, Makland!
Good day for you
Thnak you
perrrghhhh Blog ML da ada foreigner yg comment nieee dari Brasil plak tu.... mcm ler dia paham apa ML tulis.....Makland plak tu....wakakakkakakak.... pada Anak Bugis tu tak faham nape dia buat camtu....cara dia tunjuk kasih sayang dia pelik...rasanya dia sorang jek makhluk dlm dunia nie yg tunjukkan dgn cara mengutuk, perli dan hasad dengki.... that shows how inconsiderate he is....pelik dan ajaib...itulah dia manusia...takpernah rasa syukur pada apa yg dia ada....byk2 ler bersabar dgn org yg tak berhati perut...tapi rasayg org tak berhati perut nie org yahudi jek....
good to hear that life is good kat sana.
saya rindu nak gi pasar malam
Post a Comment
<< Home