Project dan pokok bunga lagi
Assalamualaikum....
Punyalah frust...dah siap taip2 lepas tu lupa nak tekan draft, ilang pulak cerita pasal project tu..ni kena type semula lah ni...
Petang tadi masa nak balik dari ofis, maklang cakap dengan kakak kat ofis tu," Malam ni nak buat project laaa..."
"Ha...project?"
Lain macam aje bunyinya...Mesti pikir lain dah tu. Maklang pun kata, taklah nak buat project jahit beg breakfast untuk Cik Abanglaaa......
So, petang tadi dengan penuh semangatnya maklang potong kain, span, lapik dia and memulakan jahitan maklang. Pin2 semua dan terus tekan dengan mesin aje.. Tak ada lukis line pun, main taram aje. Lagipun ira kain tu nampak. Sebenarnya kain tu dah dikeluarkan dari almari pagi tadi. Lama dah nak jahit kan untuk Cik abang. Kesian lah sebab tiap pagi bila dia bawak bekal, bekalnya diletakkan kat dalam plastic bag Petronas tu. Nampak tak cantek langsung. Tapi beg breakfast ni lama dulu memang maklang pernah buatkan dia.
Masa muda2 duduk kat KL tu memang biasanya kami bawak bekal ke pejabat. Malam sebelum tu, biasanya maklang dah masak main course. So, the next morning kakak akan masakkan nasi dan goreng sayur dan siapkan bekal. Orang kata kalau bawak bekal ni jimat banyak, tapi sebenarnya lebih kurang aje sebab bahan nak masak tu pun kena beli jugak. Bawak bekal ni berlangsung selama 5 tahun kami tinggal di KL.
Semenjak kami pindah ke sini, tak adalah istilah bawak bekal. Sebabnya sempat balik makan tengahari. Ofis Abang is about 5-6 km from the house and mine is about 3km away aje...Bahagia. Tiap kali balik tengahri boleh makan dengan Abang dan anak2. Tapi tahun ni lain pulak ceritanya. All because Cik Nab yang ambik bebudak pergi sekolah since we moved here tu dah retire from chauffering the kids to and from school. Mulai awal tahun ni Cik Abang kenalah hantar bebudak ke sekolah. Kesian pulak nak suruh bebudak naik bus pukul 6:30pg. Jadinya Abang keluar hantar budak2 about7:20am. Lagipun sekolah anak2 tu just across the road aje from his office.Tak sempatlah nak breakfast. Kenalah bawak bekal pulak. So...tadaaa...this is the breakfast beg yang maklang dah jahitkan untuk suami tercinta. Yang sedihnya Cik Abang siap komplen lagi, "Tak cantek reben merah tu!". And silap le, pi cakap ngan bujang maklang. Terus aje sampai kat mak dia."Mak, Abah kata tak cantek reben merah. Pas tu Hakim kata, kan mak suka kale merah. Pas tu Abah kata OKlah..." Yang benarnya maklang tak ada reben kale lain...tapi nasib baik dah siap! Besok boleh guna...
Ni dia span yang maklang gunakan tu..
Then quiltkan dia. Letakkan span diantara kain luar dan dalam tu. Pinkan kemas2 dan mesinkan ikut bentuk/pattern apa kita suka
InsyaAllah after about one hour terbongkok2 kat mesin tu, siaplah menjadi beg ni...
Dan sekarang ni maklang masukkan gambar pokok2 bunga kat laman rumah maklang untuk tatapan Adah, Mulan dan Syikin. Dan sudah tentunya untuk Anti El (spelling Hakim) dan akak Nakal tu dan kawan yang sudi lalu lalang kat sini. LJ kenal tak tempat ni???...Enjoy....
ni nama pokok dia is YTT. Yesterday Today and Tomorrow. Wangi. Banyak ditanam kat laluan nak masuk ke pintu di tepi rumah, if you notice, tepi rumah is facing the road:)
ni maklang panggil pokok giant. Anak pokok ambik kat rumah maklang maklang diKB. Yang kelakarnya maklang maklang tu tak tahu yang anak pokok ni tumbuh kat batang pokok ni...
ni cycus kot...kat small rock garden kat tengah laman tu...
ni pokok jambu batu kat tepi rumah nak menghala ke dapur. Ada jugak 3 batang kelapa botol, maklang panggil, kat situ. Kelapa botol ni pendek aje. Cutelaa jugak..
ha...ni pinang merah and tak tahu pokok apa yang kuning tu. Mengadap garaj tu. Maklang ni suka tengok je...Kerja2 taman ni Pak Omar yang buat..Alhamdulillah Pak Omar dah dengan kami hampir 5 tahunlah, sejak kami duduk rumah ni. Rahmat Allah...
Ni pokok puding dan heliconia( betul ke ejaan dia ni?. macam helikopterlakkk) dan sexy pink. Sexy pink tu dunga di besar dan panjang . Mula2 Dr. kat Kuantan tu kasi maklang cuma ada sepohon je. Le ni, orang pulak datang mintak pokok. Semua berkat tangan sejuk Pak Omarlaa.
Ni pokok kelapa pinang yang membarisi anjung rumah maklang . memula ada 2-3 pokok kecik2 aje, lepas tu Pak Omar belah dan sekarang ada dekat 8 pasu besar...Puas pulak nak beli pasu!
Sekian saje untuk kali ni. Nanti maklang ambik kan gambar orkid dan pokok2 kat belakang rumah lak...ala2 Oliver twist tau...ha..ha...banyak herbs...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
18 Comments:
Wow...maklang...banyaknya pokok...rajinnya maklang menanam...kak lady suka rumah yang banyak pokok camtu...redup aje mata memandang...
Tapi yang paling lawa...beg breakfast bereben merah untuk cik abang tersayang...beruntungnya paklang dpt maklang yang rajin ...cantik ke tak cantik ke...pakai jugak...maklumlah yang buat...isteri tersayang...heheheh...
yeah first!!
nak bag satu bolih?hehe
cantik pemandangan surrounding rumah maklang teringin nak datang tengok sendiri.Hakim aunty El nak datang bolih tak?
hehehe termalu pulak kita. Tengok beg tu teringat langsir tak siap-2 jahit.
salam..seronoknya kalu dpt.laman sebesar tu. Laman qisst sekangkang kera jek dan dah pun jadik mini hutan rimba.
maklang pokok giant tu leh tinggi sesangat tau.. kalau dia naik sebatang aje tinggi. Ada jiran kat area sini tanam rasanya dah lebih 10 kaki tingginya.
Kat rumah sya ada cycrus tu gak tak temetot aje tak tinggi begitu gak pinang merah.. he he bukan salah tanah atau pokok.. salah tuannya tak bagi baja
rajinnya maklang menjahit.. bila le projek jahitan haku ni nak siap.. dah berganti tahun dah
I lurvvvv your home, sooo greeeennnnnnn - damai jerrr..
aduh duh, cannot beat you lah sis, somer pun rajin nih...
luas nyer taman akak.. cantik sungguh..
sejuk mata memandang...
dp
hai bilalah mama nak sampai kerteh ni...
I suka beg bekal yang you buat dan pokok-pokok yang ada di sekeliling rumah, cantik.
I tak berapa cam the exact location of your house, is it yang dekat selekoh...lama dah tak lalu jalan ni.....Apapun I memang rindukan Kerteh(I pernah tinggal di kerteh 4 yrs before moving to Chukai.)
kak lady:
rajin tu tidaklee...semua pak Omar yang kerjakan...maklang tinggal beli baja aje...he..he...
so, tadi Cik Abang dah guna dah beg untuk bawak bekal ke office
kak elle:
nak bag boleh, tapi kena datang sini dulu...
Hakim malam ni malas pulak nak duduk kat PC. Nak main dengan kak maya..
EL:
Apa pulak nak malu...maklang pun beralmari kain tak berjahit. le ni maleh betul unless terpaksa!
Qisst:
Oh...laman tu taklah besar mana...agaknya nampak dalam gambar je kot!
Sya:
Ada satu pokok giant tu dah tumbuh batang dia yang panjang tu...tu fasa nak mati le tu. Anak2 dia yang kat mak pokok tu pun dah besar!
Rajin kerna terpaksa...
OO:
Oh...you are always welcome to enjoy the view...
Oh no...not that rajin. Rajin tang yang suka buat aje...yang tak suka tu malas le...rumah tengah tonggang langgang sebab renovation tu tak siap2 lagi. Penat tunggu dah..
pisces:
tak luas mana, luas lagi taman kat KLCC tu...
dp:
mata sejuk lee...tapi at this time cuaca terik sangat sampai pokok puding merah tu dah jadi coklat. Kesian kat pokok kena berhujan berpanaskan. Kalau kita dah lama kiok!
mamarock:
Bila2 nak datang..just give me a call...dari dok Awana Kijal, baik le duduk rumah maklang. Breakfast, lunch and dinner is on the house...tapi tak delah kolam mandi!
LJ:
Aha..rumah kat selekoh tu lee...atap hijau tu...
Maklang, zup zap zup zap - dah siap bag tu dlm sekelip mata. Well done!
maklang, bila anak u kahwin, senang nyer, kawasan lapang!!
ooo... cycus tu dah besar! Yang tu pokok jambu batu?
Ahha lah MamaSarah...zup zap zup zap..siap satu bag.. MamaSarah apa yg zup zap tuh...bunyi mesin ker? kihkihkih
Wow!!! Ini betul-betul santapan penyejuk mata. Think I'll retire in Trengganu. Mak Lang, you have a lovely garden. Boleh I datang tengok?
salam,
eh..tqlah tunjukkan gambar2 bunga tu. cantik2lah. untung ada pak omar tolong jagakan, bertambah serinya laman maklangkan. bestnyala dpt rumah laman luas terbentang, anak2 nak main pun senang.
kat kl tak taulah ebrapa ratus ribu regenya kalau rumah ngan laman luas camtu. kat satu area selayang ni, ada rumah unit terhad, nilai setengah juta, tp laman..alahai, cinonit aje.
maklang, span jenis macam tu org guna utk buat comforter gak ke atau ada span jenis lain?
adah:
sila..silalah datang...
waktu musim hujan lagi sejuk mata memandang...ni dah musim panas, kale daun pun dah jadik brown!
kaklong:
kat Kerteh ni masih murah. Kalu dulu tanah ni 11K kaki persegi baru 40K, tapi sekarang dah naik almost double. Harga rumah pun dah naik 2 kali ganda. Memang tak terbuat kalau nak buat rumah now.
Kalau buat comforter biasa orang guna fiber. Ada jual kat kedai2 jahit....
ishhhh manyak nyer bunga2 mak lang ni... gumuk2 plak tuh, geram..! pokok giant tu lawo ler mak lang.. tanam guna anak dia ke tu?
salam kenal dr ayumkay :)
*dr blog kak lady, mampir sini jap. teruja sungguhs nengoks pokok bunga mak lang ni.
Post a Comment
<< Home