Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, April 21, 2007

Makan2, Mejahit dan Relaxing...

Assalamualaikum..........


Wah...wiken kali ni memang maklang sibuk betul. Sampai keletihan. Sebenarnya tak ada plan pun nak sibuk2. Dalam kepala nak relax aje. Tapi lain pulak jadiknya.


As usual, pagi Jumaat menyopping lah kat pasar tani. Beli ayam 5 ekor, beli ikan tenggiri 6 potong, ikan selar kuning se kg, ikan kembong se kg, sotong besar se kg setengah, sotong kecik se kg, bawang merah dan bawang putih, daging kisar dan lain2lah..Bila balik rumah tu, maka maklang pun as usuallah mula siang2 ikan. Bersihkan ayam dan mula menumis untuk nak buat soto. Dalam pada buat kuah soto tu, terus blend bahan2 nak buat rendang ayam. Wan kata Ucop suka makan pulut. Bila dah kata gitu, Bibik kata dia nak buat pulut for today's breakfast. Jadinya sedaplah kalau makan dengan rendang ayam. Masak lah 1.5 ekor. Sambil2 tu, anak2 yang 2 besar tu adalah jugak tolong2 sekerat jalan. Kaklong tolong buang kulit kentang untuk nak buat pergedil. Tu aje. Lepas tu Angah tolonglah goreng daging mince tu untuk nak masukkan dalam pergedil. Bibik pulak buat bawang goreng untuk pergedil. Letakkan jugak daun bawang dan daun sup. Lepas tu Angah pulak adalah sibuk2 sekejap tolong carik2 kan ayam tu. By this time Kak long dia dah hilang entah ke mana! So, tinggallah maklang dan Bibik nak menghabiskan kerja...Mula2 tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga bersama bawang merah yang dihiris halus. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang sudah diblend. Bila naik bau masukkan rempah sup/ satu hingga pecah minyak.Ayam di potong besar2 untuk memudahkan ianya di carik. Cuci dan toskan.
Bila rempah sudah gareng, masukkan air dan lepas tu, masukkan ayam. Masukkan garam secukup rasa. Jika mahu, boleh juga titikkan serai dan m dan rebus dengan ayam tadi. Bila ayam sudah masak, bolehlah diangkat. ayam yang ditoskan...tunggu nak di carik carikkan.



Yang ini pulak, kentang yang dah di mashkan, campurkan dengan bawang goreng, daging cincang goreng , daun bawang, daun sadri dan sedikit garam)



Mee kuning dan mee hoon yang dah di celur. Taugeh tak dicelur sebab bila letakkan kuah yang panas, dia akan lembut.


Ni pergedil yang dah siap digoreng. Tak boleh goreng semuanya, takut tak sempat sampai ke malam


Ni sambal kicap plus cili padi dan bawang putih. Berdengung bila campur dengan kuah soto tu...


Ni ayam yang dah dicarik...








Selesai masak tu, siap2lah nak solat. Cik Abang, Atok Johor dan Datok Kuantan dan ke masjid. By the time they all balik, maklang baru nak mula solat Zohor. Selesai Zohor, barulah turun makan. Ni haa...gambar they all tengah makan tengahari. Berselera nampaknya...





ni the gang tengah makan mee soto....








Bila dah sudah makan tu, macam biasalah, mata ni layu aje. Kalau dilayan mau rugi 1-2 jam sebab melayan mata. Jadinya ambik kain maklang yang dah berzaman dibeli tu, mulalah memotong. Sedap2 nak mencantum kan baju tu, jiran kat depan rumah pulak datang. Jadinya petang semalam tak sempat nak siapkan baju tu, so tadi pagi lepas dah mandi tu, maklang pun cepat2 sambungkan baju tu. Alhamdulillah siap jugak lah baju tu pagi tadi. Tinggal nak kelim lengan dan bawah dan nak tulang belutkan leher baju tu. Kiranya semalam adalah benda yang complete!



Baju kurung yang hampir siap tu...Kalau Wan siap jahit leher dia, by next week dah boleh melaram...










Malam dok relax sebab keletihan...



Pagi ni , lepas dah siap jahit baju tu, maklang cepat turun ke bawah sebab dah plan nak masak lontong hari ni. Petang semalam dah buatkan nasik impit. Senang aje. Letakkan dalam plastic. Rebuskan dan mintak Bibik tunggu lah benda tu. Alhamdulillah jadiknya lembut sangat.

Nasik Impit...tak impit tapi direbus. Senang kalau bungkus sendiri. Jimat pun jimat. Kalau beli yang dah siap tu mahal...
Masak lodeh..dah tinggal separuh, baru teringat nak ambik gambar!
sambal sotong coklat feberet Cik Abang, Hakim dan Along..








Breakfast dah tak payah risau sebab bibik dah kukus pulut dan di makan dengan rendang yang maklang buat semalam. Tumis masak lodeh tu dan buat sambal tumis sotong coklat yang kembang. Siap kerja didapur, maklang pun keluarlaa...today I went to mandi rempah dan berurut. Sedapnya rasa badan....


Tapi part yang best sekali sebelum pergi berurut dan mandi rempah tu, Angah tanya:

"Mak, Mak muat ke nanti nak mandi rempah dalam bath tub dia? Angah tengok masa mak Syana bagi flyers tu, bathtub dia kecik sangat".


Bertuah punya budak. Takkan lah Mak ni besar sangat sampai tak muat bathtub! Kelakar betul. Tapi bila maklang nak mandi rempah tu, memanglah bathtub dia kecik. Tapi masih muatlah badan I yang comei ni...he...he...


Part yang best jugak untuk Cik Abang wiken ni is, dia seronok sangat sebab all his medical results were good. All well controlled except for his cholestrol level. Borderline. Dr. suruh jaga food aje...Suka benar depa...Dan dia dah mula balik hobby dia sebagai tuan tanah kedaung...Apa nak buat, kalau suka gi tengok tanah, maklang tak kisah...cuma kena siap el fulus aje laaa....


Part yang best jugak untuk Hakim is, dia dengan rasmi nya telah mendapat ekor! Sampai dia cakap ngan maklang malam tadi:

"Mak, Hakim nak ber@k...tapi Ucop nak ikut jugak Akim...."


Kesian bujang tu... Ucop ni memang macam ekor rasmi dia....he..he...


ni Ucop and Abang Hakim dia...




Ni petang semalam...payah sangat nak suruh si Ucop mandi, so kakak dan abang dia sekali kena mandi kat bathtub, baru dia nak mandi...so Alang and Uncle Jai, don't worry, be happy...see........... Ucop is enjoying himself ...membuli dan di buli!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

17 Comments:

At Saturday, April 21, 2007 6:42:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam Maklang :D

baru nak aktif balik ni :D

 
At Saturday, April 21, 2007 7:19:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang kempunan tengok makanan yg di hidang tu nak2 sambal sotong my feberetttt.

Eh Maya mandi ngan the boys woo woo...

my dapur tak berasap hari ni tengok lah esok macam mana ... menu belum terfikir lagi.

 
At Saturday, April 21, 2007 8:17:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...keluar air liur tengok soto tu...kak lady memang suka makan soto...

Hahaha...bila ucop datang Hakim 'kluar' ekor ye....

 
At Saturday, April 21, 2007 8:58:00 PM, Blogger silversarina said...

Soto memang feberet kami sekeluarga, sedap :D .

Happynya budak 3 orang tu mandi dalam bathtub..splash, splash.

 
At Sunday, April 22, 2007 12:11:00 AM, Blogger KakNi said...

Wow, macam-macam maklang masak, best nyer....

Hubby saya orang perak, terkedu jugak lah dia bila balik perlis hari tu, dihidangkan dengan pulut sebagai breakfast

 
At Sunday, April 22, 2007 10:44:00 AM, Blogger Ku Keng said...

Maklang,

Lihat dari gambar-gambar dan cerita-cerita lepas pada blog ini, saya yakin Maklang sekeluarga susah nak meningggalkan 'kampung' ini. Selesa betul. Berbeza dengan saya di KL ni.

 
At Sunday, April 22, 2007 7:46:00 PM, Blogger zino said...

soto tu memang feberet mem bila masak utk openhouse.. hehe

maklang tak joint ke berendam dalam bathtub tu hehe

 
At Sunday, April 22, 2007 9:33:00 PM, Blogger maklang said...

kaklong:

selamat kembali kedunia blog...rindu lama tak jumpa! Take care!

Kak elle:

so tak leh lah duduk dengan Along, Abg and HAkim, kang berebut sotong...

Alah si Maya tu kecik lagi tak pe..


Kak Lady:

Nanti datang sini, kita makan2 e...

Ekor si Hakim makin terok!

 
At Sunday, April 22, 2007 9:36:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Sotong tu memang sedap...nak nak kalau maklang yang masak...ha..ha...angkat bakul nih...

Budak2 kalau berendam memang seronok sangat! Pakkal je, tak muat, kalau tak mau mak dia join sekali!

Ahni:

Memang hangin tengah rajin macam2 le masak, kalau hangin malas, goreng je...

 
At Sunday, April 22, 2007 9:39:00 PM, Blogger maklang said...

Ku Keng...rasanya macam tak pindah dari sini. Dah buat rumah kat sini, tapi tak tentu jugak, tengoklah kalaua da better offer di tempat lain, paklang pun nak pindah, so maklang pun ikutlaaa

Apa2 pun kat sini, memanglah best!


Zino:

Oh...maklang berendam le...halus dah kulit maklang sebab mandi dengan rempah...

 
At Monday, April 23, 2007 6:15:00 AM, Blogger Ajzie said...

Lama tak buat lontong...terliur tgk kuah lodeh maklang.. Sambal sotong kembang pun favourite ajzie...sedappp

 
At Monday, April 23, 2007 8:25:00 AM, Blogger Helena said...

sedapnya nampak soto tu.... tadi kat blog kak lady ada kek, sini ada soto .... aduh.... baru pukul 8am pagi ni, puasa Helena dicabar kiri dan kanan! hehe

 
At Monday, April 23, 2007 9:06:00 AM, Blogger Count Byron said...

Maklang.. do i see budu in your first ingredient? Very unlikely..but then.. anything goes in recipes these days. Good to be reading your entries again. May you have great health. May Allah be with you. Salam to cik Abg, and your parents ( Are they still there in Ktn?)

 
At Monday, April 23, 2007 12:03:00 PM, Blogger Mulan said...

auk auk... sedapnya.. maklang, lodeh tu tumis ke tak? why color dia oren, ada cili boh ke?

 
At Monday, April 23, 2007 1:23:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Mak oi sedapnya semua masakan tu, Mak Lang. Kalau makan semua tu dalam sehari, ada chance nanti tak muat bathtub nak mandi rempah tu! Budak2 cakap ikut mulut aje kan, tapi cute :-)

 
At Monday, April 23, 2007 2:13:00 PM, Blogger maklang said...

Ajzie:

Buat le lontong...at least terubat rindu kat Malaysia...

Nanti maklang minta Hakim and Cik abang simpan sotong tu nak tak????

Helena:

Puasa kalau tak banyak dugaan tak bestlah...tak tercabar nanti...ha..ha...ni puasa ganti ke puasa sunat?

Count:

Lamanya tak nampak..Count sihat tak? Maklang tak pernah lah pulak dengar orang makan soto letak budu? Ke Countess mask soto letak budu..kot2 lah version Kelantan!he..he..

 
At Monday, April 23, 2007 2:15:00 PM, Blogger maklang said...

Mulsn:

Lodrh tu tumis pakai cili kering blend...mau kasi warna dia cantek sikit...barulah sedap nak makan bila nampak cantek kann..tak sedap pun boleh jadi sedap


QOTH:

Memang budak2 ni cakap ikut suka aje...sampai hati dia kata mak dia cam tu...he..he...nasib baik tak betul...

Tulah bak kata Angah mulut tu kena insurance sikit...

 

Post a Comment

<< Home