Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, April 19, 2007

Ucop Santorion...

Assalamualaikum


Budak2 semuanya tak sabar nak tunggu hari ni. Malam tadi semuanya dah berebut.


"Mak..besok Ucop sampai kan?" , tanya Angah

"Aha..kenapa?"

"Ucop nanti tido ngan sape", Angah tanya lagi.

"Entah..dengan sesapelaa..."

"Alaaaa...dengan Maya laaaa", Maya pulak sampuk

"Alaaa...dengan Maya laa..."

Gasak they all berebut sama sendiri siapa patut tidur dengan Ucop. Sememangnya Ucop ni macam adek yang paling kecik sekalilah pada anak2 maklang. Lagipun masa Ucop kecik2 dulu, masa Alang tak ada pembantu rumah lagi, memang maklang jaga Ucop. Adalah dalam sebulan. Masa tu dah lama tak ada baby, rasanya macam seksanya nak bangun tengah malam nak menyusukan Ucop. Kadang2 dia tak puas isap susu maklang terpaksalah buatkan susu botol untuk dia. Nasib baiklah, masa tu maklang masih menyusu Hakim lagi, so masa Alang tak ada tu, sempat jugak lah Ucop share2 ngan Hakim. Tu agaknya yang kakak2 dia dan abang dia teramatlah sayangnya kat Ucop ni.


Tapi masalahnya sekarang, Ucop ni memangle kurus, tak nak makan. Ciput aje dia makan. Kalau dia duduk dengan anak2 maklang, mak aaai...jauhnya perbezaannya. Bila bibik dengar Wan dan Atok nak bawak Ucop ke sini, langsung Bibik dah beazam nak meng'gemok'kan si Ucop ni. Tadi bila Ucop tiba aje, Bibik awal2 dah ambik Ucop. Di suapnya Ucop. Petang tadi Bibik siap pesan....

"Buuuuuuk....jangan dikasi air oren tu pada Ucop ya...."


"Kenapa Bik?"


"Iya...Nanti Ucop nngak mau makan malaammm"


Punyalah dia semangat nak jaga Ucop. Bibik yang jaga Ucop kat rumah Alang tu macam tak semangat nak jaga Ucop. Agaknya sebab dia sendiri tak ada anak kot. Bibik pun dah siap beritahu kat Wan, nanti nak bagi Ucop makan madu campur dengan kunyit. Bibik kata dia dah pesan kat Bibik Ucop, tapi dia tak buat pun...


Apa2 pun kami bersyukur sebab Bibik memang sayang kan Ucop...dan kami lebih2 lagilaaah...


So, Alang...don't worry...Although Ucop is so far awar from you...he is well taken care of and well loved!. Awak tu belajar aje betul2 and make sure you get good results in your exam. Doa kami untuk Alang and Uncle Jai, moga berjaya. Bukan senang nak senang Alang....ada hikmah dia tu... We love and miss you too...



This N3 is specially dedicated to my one and only darling sister who is currently feeling so down sebab has to be separated from her beloved Son...Ucop Santorion....

handsome tak Ucop....dia dah tak mo dah cakap ngan mummy...
haaaa....ni gambar dia lagi...Mummy jangan rindu eh...
malam ni mummy tenong je laa gambar Ucop...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

16 Comments:

At Thursday, April 19, 2007 8:36:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

alang exam kat msia ke kat UK?

coolnya Ucop mau berenggang dgn Mummynya. Mummy dia yg sedih ya.

 
At Thursday, April 19, 2007 8:50:00 PM, Blogger david santos said...

Here I am again for seeing your work, thanked

 
At Thursday, April 19, 2007 9:17:00 PM, Blogger KakNi said...

Maklang,
David Santos tu sapa? Rasanya dia tu penulis pasal creative thinking ek?

Mak Ucop tu nak exam kat mana maklang? Lama ke Ucop duduk dengan maklang? (byk nyer soalan)

Sepupu memang selalu tu macam best friends masa kecik2

 
At Thursday, April 19, 2007 9:36:00 PM, Blogger maklang said...

mamasarah:

Alang exam kat PJ je. Kalau Ucop ada rumah, Alang susah nak study, dikacau dek Ucop aje.

Ucop happy kat sini, dok meleser ngan Abang Akim aje. Mana Abang Akim, kat situ lah si Uco Santorion tu...tapi jari mesti masuk mulut punya...


David:

Thank you....Thank you for dropping by..


Ahni:

Ni maklang jawab soalan Ahni satu persatu..

Soalan 1:

Maklang tak kenal pun David tu. Dia rajin masuk sini. Dah 2/3 kali dah. Kat Blog kak Elle pun dia masuk.

Soalan 2:

Mak Ucop periksa kat PJ je, jawapan seperti maklang jawab soalan mamasrah.

Soalan 3:

Tak tahulah berapa lama Ucop kat sini. Takut kedua2nya rindu...entahlah...mungkin lama sampai Alang habis exam kot...

Doakan moga2 Alang dan Uncle Jai cepat2 lulus periksa...

 
At Thursday, April 19, 2007 9:52:00 PM, Blogger Kak Elle said...

ok maklang skg baru faham rupa nya ramai kat sana eh?Tak buat BBQ ke?

David Santos tu mmg rajin melawat blog semua orang dan paling hormat mesti ada thank you nya.

Nampak si macho tak tido ngan maklang lah asal ucop ada kan?

 
At Thursday, April 19, 2007 9:53:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Tumpang lalu maklang....

To alang and uncle jai good luck in your exams!!

 
At Friday, April 20, 2007 6:43:00 AM, Blogger Ajzie said...

Good Luck Haireen. Moga berjaya..

Wahh ucop handsome ler... Berapa tahun mak lang ucop nih?

 
At Friday, April 20, 2007 8:52:00 AM, Blogger pB said...

salam Jumaat ...

nasib baik tulih komen tak kena bayaran.
kalau idak, hari tentu pB tak leh tinggalkan komen pada kengkawan dan akak akak semua...

Ucop ni cute lah...

Anak sulong ke nie??? Sebab tak nampak gambor adik lain pun..

 
At Friday, April 20, 2007 1:09:00 PM, Blogger aNIe said...

Alahai...hati ibu manalah yang sedih bila kene berpisah dengan permata hatinya..

Bertuah alang dpt kakak & anak2 sedara yang sayangkan ucop macam anak dan adik sendiri...

Best of Luck to Alang & Jai...do your best...jgn risau2kan Ucop tu...he's in good hands

 
At Friday, April 20, 2007 1:42:00 PM, Blogger Dhirah said...

ucop tu 3 tahun. tgk le sape yg amik gambar ucop...

 
At Friday, April 20, 2007 4:02:00 PM, Blogger Helena said...

ucop ni bila dah besar ni, mmg macho rupa nya ni.... hehe

 
At Friday, April 20, 2007 8:24:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang ramai sekarang kat rumah ni. In total ada 7+4=11 oranglah...

masak memasak pun banyak lah..sebab kalau dah reramai ni memang lah selera jadik sedap...kalaupun masakan tak sedap mana pun!

BBQ rasanya tak lagi kot minggu ni. Tak tahulah kalau Cik Abang terrajin pulak besok
Macho boy tu tak kita ucop ada ke tak de, mesti nak kat mak jugak. Tapi nasib baik ari ni ada Cicak man, so dia tak jadi tidor ngan I sebab nak tido lambat!

Thank you kak elle for the wishes. Moga2 mereka berjaya dengan cemerlang!

Ajzie:

Thank you...nanti InsyaAllah maklang sampaikan..

Ucop ni baru 3 tahun March lepas. Nakal dia boleh tahan!

PB;

Tak pe, kalau tak dok pitih nak bayar untuk nak komen, kita pakai credit card, OK ke?

Ucop anak sulong. Cute dia tu turun dari Maklong dan Paklong dia laaa... I and Cik Abang leee..jangan tak tau!

 
At Friday, April 20, 2007 8:26:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

Memanglaa bertuah..ha..ha...

Ucop memang dah biasa ngan kami semua. Maklang ni pun macam mummy dia laa...

Thanks for the wishes. Kalau Alang call, nanti maklang sampaikan...


Heroes:

Apasal kemachoan Ucop tu ada kena mengena ngan awak laaK?


Helena:

Moga2 kemachoan Ucop tu sampai dia besar nanti, InsyaAllah...

 
At Friday, April 20, 2007 9:47:00 PM, Blogger silversarina said...

Harap mak ucop berjaya dalam exam dan rasanya tak perlu risau tentang ucop sebab semuanya sayang ucop dan dijaga dengan baik....
rasa nak cubit je pipi ucop tu...:P

 
At Saturday, April 21, 2007 9:39:00 AM, Blogger Eddie Putera said...

Pesan Uncle Jin pada Maya

"Lagi 10 tahun Maya dah tak leh tidur ngan ucop tau..."

 
At Saturday, April 21, 2007 2:31:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Mudah2an berjaya dengan cemerlang...

cubitlah pipi Ucop tu...memang geram tengok pipi dia yang loyot tu..


Uncle Jin:

Memang lee tak boleh..dan Maya pun tak nak kot...

P/s: tadi pagi Maya yang mandikan Ucop...

 

Post a Comment

<< Home