Nak Tidur.............
Assalamualaikum............
Alangkah seronoknya kalau masa dapat cuti yang tak disangka ni, kita boleh tidur. Nasib maklang tak sebaik orang lain sebab besok sampailah ke 30hb ni mungkin tak dapat nak bercuti langsung. Project due 30hb April ni. Sekarang ni tengah tonggang langgang. Dengan Shah nya tak balik lagi dari Sarawak, dengan tak ada designernya...last2 maklang terkejar2 nak buat semua benda. Nasib baik nak buat drawing masih ada draftman/ woman. Kalau tak, maklang kena lukis freehand ajelaa. Nak guna Autocad tu I tak pandai.
Lepas 30hb tu, ada satu lagi projek besar nak kena siap before May 3rd. Yang tu satu lagi belum tengok pun. Tapi nasib baik yang ni ada engineer yang in charge. Bukan tu saje, kena pulak yang nak kena gi mengadap orang buat jalan dan parit kat Kemaman untuk projek loji tu. Aaaaah...memacam ...entah camana nak buat tak tau.
Tapi apa2 pun by 2nd May, tak kiralah..maklang nak gi KL sebab ada PE course kat office di KL. So, buat sementara waktu ni, tengok ajelah Hakim dan Ucop tidor begitu lena sekali...
Sedih sebab besok, Atok , Wan dan Ucop dah nak balik KL. Ucop demam rindu kat mummy dan Abah dia....Sekarang ni dia sibuk kata, "Ucop nak balik...Ucop nak pergi Copenhagen....". Kelakar Ucop ni...pasti kami semua rindukan Ucop, Atok dan Wan bila semuanya dah balik KL...
Goodnite all, ni maklang pun nak tidur...
Sehingga berjumpa lagi...
Wassalam..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
15 Comments:
syiok nya tengok budak 2 tu tido....macam gaya anak kaklady pulak.....hhe
sunyi lah nanti ye maklang bila atok,wan and ucop dah balik KL....kesian sampai sakit rindukan mummy and daddy.
oh nak ke KL bolih lah bershopping nanti kan:)
takde project kat sg ke?
ni yang di katakan tidur satu bantal mimpi lain lain hehe
alamak org tu nak gi kl masa kita plan nak balik melaka lah pulak. kalautak boleh kita jumpa kan. sian tgk ucop pandai pulak merindu..hehe
ladyj
Copenhagen tuh apa maklang? kat sini pun ada juga nama tempat Copenhagen tau..
kak elle:
project yang ada kat SIngapore kena siap duit sendiri, nak beli corelle and vision je...kalau project kat sini, company bayar kita!
Zino:
Most likely mimpinya ialah mimpi kan power rangers kot..he..he...
kak lady:
maklang gi KL sampai hari Jumaat or Sabtu. Akak balik Melaka bila and bila balik KL pulak?
tgk bebudak tu tido mcm nak join sekali...syiok ..
Azi,
Copenhagen...yang kat Denmark tu. Uncle Ucop kerja kat sana. Ada rezeki, InsyaAllah mereka nak ke sana...
Yus,
Jom..join sekali..mesti best!
laa nak balik dah nak Ucop maiti poi tu......
lama tak lepak tido macam budak2 tu....
Busy ya Maklang? Itu hari dengar Kak Elle busy, rasa nak tolong. Ini dengar maklang pulak busy. Pun rasa nak tolong.
Cuma rasa ajelah. Nak tolong betul, mesti tak pandai.
Tapi syok betul tengok anak-anak tu tidur macam tu. Mesti 'aman' sekejap suasana time2 diaorang 'lepak' macam tu kan?
lenanya diaorang tido akak.... memang best kan tido terlentang mcm tu...
kalau kat sini buat mcm tu... mesti ada orang yg akan cakap.. *jgn tido atas lantai.. pi tido atas carpet atau atas couch atau atas katil*... a luxury living in malaysia...
sabar la yea mak lang... lepas habis projek tu nanti mak lang ambik la cuti ker sehari dua...
wa'alaikumsalam!
salam kunjungan balas dari saya. busy nampak?
LJ:
Ucop tu rindu sangat kat mummy dia. Tak sabar dia nak balik...
memang lama tak lepak camtu...
Mamasarah:
Tulaa...kalau orang boleh tolong nak selesaikan masaalah, kan ke bagus...!
Simah:
Nak buat macamana....kerja makan gaji macam nilaa...kalau tak buat kerja kang tak naik pulak gaji..
kc:
TQ...Selamat datang..
Memang sekarang nitengah teramatlah sibuk!
Maklang...kak lady dpt berita terbaru ...cik abang nak balik ahad ni...hehehehe...so tak boleh nak plan apa2 dah...
Lenanya tidur, dibuai mimpi ke copenhagen!
kak lady:
tulaa...tadi petang sya dah cakap...so tak de chance lah nak jumpe kot...
ahni:
yelaaa..mimpi ke Copenagen sambil isap jari!
Post a Comment
<< Home