Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, April 23, 2007

Rezeki...datang dan pergi...

Assalamualaikum....


Semalam sibuk lagi kat opis. Frust pun iye sebab bila boss balik dari opis semalam, dia kata kena komen, package maklang tu. Masa nak revise package tu maklang buat sikit punya hati2, tapi kena jugak komen. Pelik jugak sebab masa buat correction tu rasanya semuanya dah OK bebenor, tapi bila submit tersalah lagi...Frust jugak sebab rupa2nya yang di updet di PC tu dah OK, tapi yang di copy dan hantar ke Client, masih yang lama. Manalah Client tak hot. Maklang frust betul sebab all the corrections tu dah di type oleh typist and then the PE yang hantar without giving it back to me for checking. Package tu pulak nak kena hantar cepat, tu yang mereka termiss. Nasib baik semuanya dah OK bila dah diclarifykan tadi pagi.... Alhamdulillah....


Suasana kat rumah masih lagi sibuk. Pepagi dah masak. Semalam masak sempoi je. Ikan kembong goreng berlada dan bende rebus asam. Sedap combination ni. Pagi tu Bibik dan buat tuna sandwich.


Hari ni pulak masak kari ikan style nasi kandaq, pucuk ubi dengan sambal asam, dan ikan tenggiri goreng tomato. Makan as usuallah berselera. Tapi kena sekat2 kalau tak buat penat aje dok berjalan atas threadmill tu. Ni nak kena buat selalulah...kalau tak, tak ada stamina and bilalah nak turun berat badan ni...Semangat mau adaa...


Ucop OK. Tak ada nangis2. Cian kat mummy dia call sampai 2-3 kali pun Ucop refused to talk to her...So, InsyaAllah hari Khamis or Jumaat ni, Atok dan Wan nak bawak balik Ucop ke KL sebab katanya nak buat paspot Ucop. Ada rexeki nanti Ucop sefamily nak gi kat tempat mamasarah akhir bulan 5 ni. Untung Ucop, kecik2 dah nak round the world. Bertuah badan. Tak macam maklong ni ( Ucop call maklang, maklong. Maklong is my pangkat on my side). Maklong first time naik plane pun masa nak gi KL nak jemput Wan ngan atok balik dari Mekah. Tulah first time kami adek beradek naik plane. Umur masa tu 14 tahun. Ingat2 balik, kelakar. Masa tu jakun betul. Siap tengok kat cockpit lagi.


Itulah budak2 sekarang, kecik2 dah dapat gi tengok dunia luarkan. Sebenarnya ni semua dah tertulis...Rezeki di tangan Allah, tapi kalau rezeki tu kita tak cari memang lah tak dapat punya...Rezeki tu tak datang bergolek orang kata...ha..macam tulaa..


Tadi pagi pun rezeki maklang terbang. Sebijik periuk vision maklang terkena kat sink kat dapur tu lalu tersumpik. Periuk yang besar 5L pulak tu. Besar jugak lah pecahnya dan tentu sekali tak boleh digunakan lagi...Nasib baik yang pecah tu kat periuk yang dah sumpik lama dulu..Kalau sumpik kat periuk yang satu lagi, lagilah sedih dibuatnya....Itulah redha ajelah...Bila2 Allah boleh menarik rezeki...


Tapi kalau nak rezeki kita sentiasa berterusan, amalkanlah solat Dhuha setiap hari.
Bukan susah sangat pun, cuma kena biasakan, InsyaALlah kalau satu hari tak buat, rasanya lain macam aje...


(Masa tengah jahit baju petang tadi , terdengar Ucop kata "Power Rangers Maiti Poi"...kelakar bunyi dia..Akim kata patutnya, Power Rangers Mystic Force)



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

17 Comments:

At Monday, April 23, 2007 9:51:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Ucop one lucky boy..betul tu maklang rezeki masing2 dah tertulis.

Ala cian nya vision tu ... mine pun sama terlanggar juga kat sink masa nak cuci terus sumbing cam mana nak pakai terus buangkan.

Sunyi agak nanti bila ucop dah balik dan Hakim dah kehilangan ekor nya.

 
At Monday, April 23, 2007 9:51:00 PM, Blogger Kak Elle said...

sedap juga lagu2 kat sini eh?

 
At Monday, April 23, 2007 11:28:00 PM, Blogger aNIe said...

Tu lah yang dinamakan rezeki ye maklang...kalau dah memang rezeki kita...memang dpt punya...kalau tidak...dlm tangan pun boleh hilang...

Rezeki Ucop kan...rezeki kita kat lain pulak...

 
At Tuesday, April 24, 2007 1:08:00 AM, Blogger Tynna said...

Assalamualaikum Maklang!
Saya dah balik dari my travel..I have also written a little of what U asked for..
thanks for dropping by and sorry, I cannot write in malay coz I can't..

jangan marah Maklang saya comment dulu..:D

 
At Tuesday, April 24, 2007 3:01:00 PM, Blogger Arena said...

Mak lang,

Saya memang terliur tengok soto dekat abwah tu rasa nak buat sesangat dah.. adoihhh laponyer.. seb tak mengidam..

 
At Tuesday, April 24, 2007 5:16:00 PM, Blogger silversarina said...

Mesti best ada that power ranger maiti poi ucop....

tak pe ada rezeki beli balik vision 5L tu..... :)

 
At Tuesday, April 24, 2007 8:32:00 PM, Blogger KakNi said...

Saya ni kan maklang, dah kerja kat tempat sekarang ni baru dapat naik flight. Masa tu first time kat KLIA tu tak tahu nak tuju ke mana/nak buat apa, last2 tanya kat orang, kebetulan dia naik flight yang sama, terus aje saya ikut dia. Tiketpun bukan nama saya tapi nama boss. Masa tu tahun 2000, umur saya 28thn. Kelakar pun ada, malu pun ada.

 
At Tuesday, April 24, 2007 9:22:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang sunyilah Hakim kalau ekor dia ilang...

tulah kak, Vision kat sana murah tak? Nasib baik Vision tu dah lama digunakan...ada dekat 10 tahun kot...kiranya berbaloi laa


Memanglaaa...lagu memang sedap2 ...ada orang tu baik hati tolong maklang masukkan lagu2 tu...terimakasehlah bebanyak...


Kak Lady:

Tulah...kalau dah rezeki tak kemana, kalau bukan cubalah macamana pun takkan dapat pun..tapi kalau berusaha, InsyaAllah...

 
At Tuesday, April 24, 2007 9:28:00 PM, Blogger maklang said...

Ice:

Nanti maklang bacalah apa yang Ice tulis tu....mana tahu dapat kebaikan..

Terimakasihlah...


Arena:

Buatlah soto tu...kalau dah buat boleh jemput maklang...

Kalau mengidam pun apa salahnya..


LJ:

Memang best Ucop ada di sini...anak2 tengah seronok menyakat Ucop...


Ahni:


Selepas dah 7 tahun ni kiranya KLIA tu kalau pergi tutup mata pun tahu pintu mana nak pergi...

 
At Tuesday, April 24, 2007 10:27:00 PM, Blogger david santos said...

O dia 25 de Abril de 1974 foi o dia do derrube da ditadura fascista em Portugal, a chamada REVOLUÇÃO DOS CRAVOS, e a queda do (poder) dos inimigos do povo. 25 de Abril, sempre.

Day 25 of April of 1974 was the day of it knocks down of the dictatorship fascist in Portugal, the call REVOLUTION OF the flowers, and the fall of the power of the enemies of the people. 25 of April, forever!
يوم 25 نيسان 1974 كان يوم تقرع عليها من الديكتاتوريه الفاشيه في البرتغال والدعوة للثورة الزهور ، وسقوط سلطة أعداء الشعب. 25 نيسان ، الى الابد!


День 25 апреля 1974 года, в день он постучит в воздухе фашистской диктатуры в Португалии слово О РЕВОЛЮЦИИ цветы, и падение власти враги народа. 25 апреля, навсегда!
Le jour 25 d'avril de 1974 était le jour de lui frappe vers le bas du fasciste de dictature au Portugal, de la RÉVOLUTION d'appel des fleurs, et de la chute de la puissance des ennemis du peuple. 25 d'avril, pour toujours !
Tag 25 von April von 1974 war der Tag von ihm klopft unten vom Diktaturfaschisten in Portugal, von der Anruf REVOLUTION der Blumen und vom Fall der Energie der Feinde von den Leuten. 25 von April, für immer
25天41974年的一天,它拍下來的法西斯獨裁政權,葡萄牙 號召革命的鮮花,秋天的權力得到人民的敵人. 25日,永不停息

 
At Wednesday, April 25, 2007 12:50:00 AM, Blogger zino said...

kat rumah zino ada vision yg tersimpan je dalam kabinet tu.. ada le dulu guna sekali dua hehe..

 
At Wednesday, April 25, 2007 4:15:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

betullah kata maklang. tuah ayam nampak di kaki kan maklang? zaman ni orang tengok kaki ayam lagi ke agaknya? hmmm...

syoknya alang dan keluarga nak ke sini. Saya nak kirim "maklang" datang sama boleh ke?

 
At Wednesday, April 25, 2007 8:25:00 AM, Blogger Zareda Norman said...

Mak lang
memang rezeki bebudak sekarang, baby lagi dah berjalan jauh. Zar ni dah tua bangka baru merasa naik kapal terbang, baru merasa merantau tempat orang..

periuk vision tu, zar ada supplier kat chow kit, dia jual vison 5L tu hanya RM150 jer. Setiap kali ada staf kawin kat opis, memang kitaorang bagi vision 5L tu aje. Ori tau, buka cetak rompak punyerrr... zar siap bisnes lagi..

 
At Wednesday, April 25, 2007 12:50:00 PM, Blogger anggerik merah said...

maklang,

terliur baca pasal masak memasak tu....sedap-sedap..

memang betul..rezeki tu kalau nak ditarik balik oleh tunhan sekejap saja...tapi kita kena redha..

 
At Wednesday, April 25, 2007 3:48:00 PM, Blogger Mulan said...

syoknya ucop... keliling dek akak2 & abang hakim. vision tu merajuk kot maklang... nak yg baru la tu.. spore sale bulan july kan.. ke bulan ogos??

 
At Wednesday, April 25, 2007 8:33:00 PM, Blogger maklang said...

zino:

kalau mem jarang pakai, hantar kat rumah maklang lah..boleh maklang guna setiap hari!

mamasarah:

boleh kalau nak kirim maklang....kirim tiket, nanti maklang pergilaaa... :0)


Zareda,

Masa maklang beli hari dulu, harga nya was like RM85.oo aje, now ni dah tak larat dah, dekat 2 kali ganda!

 
At Wednesday, April 25, 2007 8:37:00 PM, Blogger maklang said...

AM:

Kalau bab makanan kat rumah ni, tak kira apa...semuanya disapu!

Alhamdulillah...rezeki memang budak2 ni tak tolak!

Mulan:

Ucop memang seronok dikelilingi oleh kakak2 dan abang, dan kakak2 dan abang memang seronok mengusik si Ucop tu...kesian Ucop

Kalau nak beli sale yang kat Singapore tu kenalah mintak tolong kat kakak kita kat Singapore tu....

 

Post a Comment

<< Home