Hadiah Hari Bapa
Assalamualaikum...
Walaupun hari Bapa dah berlalu 3 hari yang lepas, baru tadi pagi Maya bagi kad Hari Bapa untuk Abah tersayang.
Ini kad Hari Bapa yang Maya dan Hakim buat. Berlapis-lapis.
ni first layer
yang ini second layer
ni lagi maya tulis untuk Abah dia..sikit punya panjang lebar...
Ini kad dari Angah untuk Abah tercinta...
Ini dalam kad Angah untuk Abah...
Alhamdulillah..nampaknya anak2 maklang menghargai Abah mereka walaupun dah beberapa hari Terlewat. Kalau mak dia ni, hari Jummat dah bagi hadiah lagi. Alhamdulillah dia suka....
Sejak beberapa hari ini, maklang memang teramatlah sibuk kat pejabat. Nak cilok2 sat pun susah.( Tapi sempat gak lompat2 kat 2-3 blog!) Dari pagi dah kena travel ke bandar Cukai sebab nak jumpa client. Believe it or not, dia call maklang pukul 10:30pm , kata nak meet kat Cukai. So, pagi tadi pukul 7:15pg dah keluar rumah. Alhamdulillah dapat tiba before waktu yang dijanjikan. Lepas meeting dengan mereka, maklang pergi kat authority. Alhamdulillah meeting yang kami tunggu2 itu, akhirnya akan di adakan besok. So, besok will definitely be a busy day again. Hopefully, lepas meeting besok, submission kami itu akan di approvekan, InsyaAllah.
Bila kat pejabat dah sibuk, tentunya kat rumah tak boleh nak sibuk sangat. Macam hari Ahad yang baru lepas ni, maklang pergi jumpa Authority kat KT. Lepas balik tu, letihnya ya amat. Bukannya drive kereta pun. Tapi, malam tu nak tarik jarum untuk nak buat ribbon embroidery pun tak larat betul. Last2 simpan aje and terus tidur.
Malam ini, tak usik langsung embroidery tu. Entah bila nak siap tak tahulah...Kalau asyik kerja aje, memang tak ada rehat le, and mata ini akan mula menjadi kabur sebab kepenatan.
Ini jahitan untuk dihadiahkan untuk anak Wan Noor dan Tok Li. Baru jahit ribbon aje. Untuk nak dijahitkan jadik cushion belum dapat lagi.
Ini jahitan ribbon embroidery maklang yang ke 3. Ini kawan tempah. Masih belum 100% complete.
Ni cushion cover in the process. Baru letak bunga kuning tu. Entah bila dapat nak 100% complete tak tahulaa...Malam ini aje tak berusik pun!
Ini ada sedikit updet untuk baby Alman. Busu kata 2 hari lepas, baby Alman pengsan 2 kali. Sekarang ini, Alman kena pakai oksijen lagi kat hidung dia. Makanan Alman mulanya dah dapat dekat 16 ml kot, tapi dah diturunkan ke 5 ml semula. Harap2 Alman cepatlah besar and tambah berat dia. Alhamdulillah Aunty Leen punya BP dah back to normal...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
14 Comments:
lawa itu ribbon emboidery ...
sya I nak chicken pie tuuuuuuuuuuuu.....mmg tak rezeki nak makan chicken pie dari sya.
all the best to baby aiman semoga beransur baik.
Moga baby Aiman akan segera beransur sembuh...
Embroidery tu memang cantik....suka kak lady tengok
Kah kah kah
sepesen jer kad yang anak pB buat dgn anak mak lang reka...
kot kot sekarang ni musim kad lapis lapis kot.
ingatkan kuih dan kek jer yang berlapis...
mak lang habaq lah kat kak sya, pB pun nak rasa pie tu ....
salam,
selamat hari bapa utk bapa2 dlm keluarga maklang.
moga baby aiman cepat smbuh..ngeri fikirkan kecil2 lagi dah kena duduk wad. moga parent aiman kuat dan tabah.
dah jadi sideincome gak utk ribbon embroidery ni..cantik. teruskan maklang. kalau penat sangat, rehat. jgn paksa diri, takut nanti bp naik lagi..
Kak Elle.. sedihnya nanti ada rezeki kita ke Singapore.
Moga baby Alman cepat sembuh
kesian baby aiman.. hope cepat2 baik..
cantiknya bunga riben tu..!!! camna lah maklang boleh bikin semua tu yek.?? jangan ribut2 tau, kesihatan kena jaga jugak... semput baca entry maklang, macam takde rest langsung..
baru ke blog intan,tengok stitch yg.sama, cantiiiikkk!!! apa namanya tuh?
terliuq nengok ribbon embroidery tu ha..meleleh imagine chicken pie kak sya..
anak siapa sibaby aiman tu...cian kat diaa ekss...
baby aiman tu sakit apa mak lang?
MOga baby Aiman panjang
Mak Lang, semoga baby Aiman cepat sembuh dan bertambah sihat.
Sya...ngiler tengok chicken pie tu!
Kak Elle:
Ialah...moga2 baby Alman akan bertambah besar dan kuat.
Kak Lady:
Moga2 Baby Alman sihat...
Kak...belajarlah...ribbon embroidery...nanti dok frust aje tengok yang maklang dah buat tu..
pB:
agaknya lah musim lapis kot...
kaklong:
terimakaseh doakan baby ALMAN sembuh, maaf kena tulis huruf besar sebab orang semua ingat nama baby is aiman!
sya:
nanti kalau buat kat kak elle di Singapore, jangan lupa singgah kat JB. boleh Wan n atok rasa!
Mulan:
Tak semput pun! Mengah sikit je...tu pun sebab lama tak exercise! anti stress itu benda tau!
Goboklama:
Itu stitch namanya Ribbon embroidery!. Maklang belajar pun dari Kak Intan laa...TQ Kak Intan.
OO:
meleleh dan terliuq boleh di hilangkan dengan menjilat skrin PC..ha..ha..
Eida:
Alman tu anak sedara maklang yang baru dilahirkan akhir bulan lepas.
Cepat2 besarlah si kenit tu....
kek lapis saya dah biasa dengar, kad lapis belum lagik... syabas Maya & Hakim!
Post a Comment
<< Home