Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, June 07, 2007

Cerita panjang...

Assalamualaikum...



Sambung cerita lagi...


Hari Jumaat, pepagi lagi maklang dah bangun. Solat Hajat dan Subuh. Dalam hati sentiasa berdoa moga2 baby Alman sihat. Moga2 dipanjang kan usianya untuk bersama kami.

Anak2 pun macam tau aje, senang aje nak kejut pepagi ni. Selesai mandi, kami angkat beg semua ( separuh dah diangkat dan letak kat kerete malam sebelumnya) dan check out. Sempat jugak singgah kat Kedai mee Bangkok Lane. Cik Abang ordered 5 bungkus of mee goreng with sotong and 2 bungkus pasemboq.
Kat kedai Mee Goreng Bangkok Lane.


Dari situ kami terus mencari jalan keluar dari Penang. Pagi2 di Penang ni memang sibuk. Dahlah kami tak tahu jalan, ikut peta pun kami hampir tersasar. Alhamdulillah, dapat jugak bertemu jalan ke arah Jambatan Pulau Pinang. Akhirnya kami dapat melintasi ke Tanah Besar lebih kurang jam 9:00pagi. Kami makan mee goreng dalam kereta. Laparnya perut sebab malam sebelum nya tak makan malam. As usual, maklang suap Cik abang makan. Wan pulak tak cukup tangan nak menyuap si Ucop dan Hakim. Yang kelakarnya, Ucop makan mee goreng yang pedas tu sampai 1/2 bungkus. Air jangan ceritalah...dekat 3 botol agaknya selamat diminum. Tunggu ajelah pampers dia bocor!


Kami selamat tiba di Perhentian sungai Perak sekitar jam 11:00pagi. Berhenti sekejap sebab ada yang nak ke tandas. Lepas itu kami bergerak semula dan berhenti pulak di Tapah. Masa tu ingatkan Ucop dah bocor. Tapi rupa2nya air tumpah dari botol airnya sebab puting susu dia dah gigit sampai nak terputus 2. Tapi maklang bawak jugak gantikan pampers dia. Memang dah sekilo agaknya berat pampers dia. Dari situ kami terus menuju ke Kuala Lumpur.... Dalam perjalanan kami dapat panggilan dari Busu.Tiap kali nampak nama Busu kat hp tu, rasa takut aje. Tapi Alhamdulillah Busu kata, Baby Alman dah out of the critical zone. ALhamdulillah....Syukur sangat2. Maklang kata kat Busu kami tetap akan pulang. At least dengan adanya kami, dapatlah kami support Busu dan Aunty Leen emotionally, InsyaAllah...

Kereta pulak banyak di highway, jadinya Cik Abang memandu tak lah laju sangat. Kalau boleh nak solat Jumaat di KL lepas dah tinggalkan kami di rumah Alang. Tapi tak sempat. Terpaksa keluar di Rawang. Jalan punyalah sesak. Alhamdulillah jumpa jugak sebuah masjid kat situ. Itupun selepas dah masuk jauh ke arah bandar Rawang.

Ucop show off dengan cantelope dia...sedap sangatlah tu...first time tengok Ucop makan tak berenti2!


Sedapnya Ucop tidur atas pangkuan Maklong dia. Lebih 2 jam...jem kaki Maklong Ucop!
Bujang tengah hot. Tengok telinga dia yang merah tu...Ni masa tunggu Cik Abang berhenti solat Jumaat.




Lepas solat kami terus menuju ke rumah Alang. Tiba disana lebihkurang jam 2:25pm dan kami terus solat dan makan. Bibik2 yang tinggal dah siap masak. Selesai semuanya, angkat barang dan bertolak menuju ke JB. Ketika kami bertolak, hujan turun dengan lebat sekali. Hujan rahmat, hendaknya.

Kami tiba diJB sekitar jam 8 malam. Maklang dah pesan pada Busu mintak belikan nasi ayam 10 bungkus. Jadinya tak perlulah nak masak. Pinggang dah nak patah! Cik Abang, setibanya di rumah Wan, terus aje berbaring kat sofa dan langsung tertidur. Bangun dekat 9 lebih, mandi and makan. Terasa betul letihnya...tapi dalam hati sudah agak lega sebab baby Alman dah nampak lebih baik! ALhamdulillah....

Besoknya, maklang keluar dengan Busu sebab nak cari bekas untuk Aunty Leen nak simpan susu ibu. Maklang dah experience sangat, sebab masa melahirkan Hakim pun lebih kurang macam inilah situasinya. 2-3 tempat kami pergi tapi jumpa bekas yang besar2 aje. Tapi yang jumpanya bedsheet yang melambak2 on sale sampai 70%. Apalagi...borong sakan le...Petang sebelum kami ke hospital nak melawat Aunty Leen, kami singgah kat rumah Tok Li dan Wan Noor. Nak nengok colour scheme untuk wedding anak Wan Noor.
Colour scheme untuk anak Tol Li and Wan Noor wedding.



Wan mintak maklang yang masih ameteur ni buatkan sarung cushion for pengantin pakai ribbon embroidery.

After that we went to the hospital. Muka Aunty Leen masih sembab sebab banyak sangat water retention. BP dia masih very high. Tapi she looked alrite. I told her about Hakim dulu, and not to worry so much sebab Dr. cuma beritahu aje, tapi Allah yang maha berkuasa atas sesuatu. I told her about my feelings when we went thru the ordeal when Hakim was born. How I suffered and how I felt so helpless, not being able to perform solat Hajat. I only depended on the people around me to do the solat for me. All I could do was only to doa and salawat, hoping that Allah will grant my wishes. I know that Aunty Leen and Busu will not stop praying for the health of Baby Alman. And Alhamdulillah up to this hour, Baby Alman has improved so much. It was much easier for Baby Alman as compared to Hakim. The ventilator has been taken off after 2 days he was born (Hakim was like 2 weeks). He improved a lot after the surfactant was injected (Hakim had 3 injections). And yesterday he could even breath on his own. (Hakim could only breath on his own after 72 days!). Alhamdulillah all is well now and hope that baby Alman will put on more weight to his so very skinny body. I hope he will grow up to be as big as Busu. Looking at his tulang2 tu...panjang jugak budak ni...about 40cm. @ 7 months! Cuma kurus aje, sebab tak cukup bulan.


Ok, back to my cerita of this very long holiday...

Ahad tengahari, Norabella tiba with her Intan terpilih and Nabellaa. We served them these.
These were served for lunch. Prepared by Along and Angah..Daud suka the chicken bakar.

Lagi on the food served to Nora and family.



Nora with her family



All prepared by Dhirah and Angah with the help from the two Bibiks. Cik Abang, Wan and myself sempat jugak cilok ke Metro. Nak shopping lagi...Gila betul. Beli bedcover lagi....And I bought a birhday presents for Wan..it was 4th June that day. Wan turned 63. And Alhamdulillah is still in good health!


Cup cakes yang jadik rebutan anak2. Ucop aje bedal dekat 3 bijik and nak lagi
Lagi cupcakes. Yang kelakarnya Nadhirah and Angah berebut kat penguin tu...Apalaaa....


Nora was at our place until almost 4:00pm and we sent her and her family to Kotaraya. Then Cik Abang, myself and Along went to JJ kat Harits (entah betul ke tak spelling dia)..and tambah my collection of bedcovers. ( Mabuk betul bedcover...Nora pulak bagi satu lagi...Thanks Nora!)Dhirah macam biasa tagged along. Nak beli buku cerita lagilaa...Tak habis2 dengan buku cerita!
Dari situ , kami pergi melawat Aunty Leen lagi. Nasib baik tiba jam 6:50pm, kalau tak sure tak dapat masuk punya. Sekejap aje kat situ. Masa balik sempat jugak mintak Busu belikan murtabak Johor yang sedap tu...murtabak Johor...sekali makan sampai 3 keping. Share2lah of course...


We have decided to extend another day of our cuti. Balik Kerteh on Tuesday. Hari Isnin tu shop lagi kat SSF. Ada coupon birthday. Dapat 50% discount for 1 item and 20% on the next 10 items. So, joli lagilah...Maklang pun belikan some artificial flowers for Wan to add to her collections of bunga in the house.
Kami pergi melawat Aunty Leen lagi petang tu and sempat pergi nengok Baby Alman thru the glass window kat NICU. Only parents are allowed to enter, so kami tak dapat masuklaa. Masa nengok Baby Alman tu, maklang taklah rasa sedih sangat sebab what happened to us before was a lot worse. Mak Aunty Leen cried. Kesian kat all the babies katanya...Alhamdulillah again...Alman is improving well...
Tuesday, we arrived in Kerteh safely at about 4 pm. Malam tu maklang pulak kong. Demam , selsema and batuk. MC pulak hari Rabu. Masa MC sempat jugak maklang rehat2 sambil menghabiskan my ribbon embroidery...
yang ni kena letak all the manik dulu...sempat buat kat Penang ari tu...
this is for Tok Li and Wan Noor...almost completed..nanti dah fully completed akan letak lagi...khas untuk tatapan Kak Lady and OO....


Semalam baru masuk ofis. Petang semalam Wan and Atok, Ucop and Bibik Alang tiba...so its a full house again this wiken. Sunday school will reopen and we are back to the usual pace...I hope....

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

21 Comments:

At Friday, June 08, 2007 2:23:00 PM, Blogger IKHWANI said...

cantiknyerrrrr bunga ribbon..tanah hijau bunga striking color!

busu is your brother?
mudah2an dua2 cepat sembuh the ibu and baby..

p/s: thanx for alerting me.

-ondeonde-

 
At Friday, June 08, 2007 2:44:00 PM, Blogger simah said...

wah... cup cakes tu semua comelnyaaaaaaaaa... lauk pun sedap.. dah boleh dah mak lang harapkan kat anak anak masak...

eh bukan norabella tu nak kena operate ker mak lang (if i am not mistaken..saya terbaca kat blog kak elle?)

hopefully baby aiman akan ok... doa kami untuk kesihatan baby tu

 
At Friday, June 08, 2007 3:08:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Panjangnya cerita cuti Mak Lang. Dan Jauhnya berjalan, dari utara ke selatan, timur ke barat!! Tentu letih sakan ni.

Alhamdulillah baby Alman tu dah okay. Risau kan?

I passed by Kerteh on the way back, hari Selasa. Teringat kat you yang tinggal di sana, tapi masa tu I suppose you were still on holiday, betul tak?

Selamat kembali bekerja dan bersekolah!

 
At Friday, June 08, 2007 3:22:00 PM, Blogger silversarina said...

Alhamdulillah baby Aiman is improving.

Cantiknya bunga ribbon tu, seni maklang ni payah nak dapat.

harap sihat dah ...selamat bersekolah semula pada anak-anak maklang.kami di sini minggu depan start our longggg summmer holidays.

 
At Friday, June 08, 2007 3:22:00 PM, Blogger maklang said...

oo:

saje je..nak eksen sikit..kalau dekat2 sini boleh maklang ajarkan...Suka yang hijau eh..tapi Cik Abang suka yang brown tu...

Alhamdulillah both of them are improving in health...hopefully boleh balik cepat2

Simah:

Alhamdulillah dah boleh harap dah...senang sikit!

Norabella nak kena operate today..Moga2 dia Ok...

Alhamdulillah Baby Alman is OK now. Aunty Leen pun dah OK Alhmadulillah...TQ for the doa..

QOTH:

Memang sakit pinggang berjalan dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan...ronda2 Malaysia betul kali ni...lengoh...

Tak boleh tak cerita risaunya Maklang sefamili...Kesian jugak kat Busu and Leen and Adlan, berangan betul dia nak dapat adek. but Alhamdulillah semuanya dah OK, InsyaAllah...

Maklang tiba Kerteh hari Selasa jam 4:00ptg. Queen lalu sini pukul berapa?

Kalau lalu kat sini, next time singgah ye...

 
At Friday, June 08, 2007 3:26:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Alhamdulillah Alman dah nampak OK...

Alhamdulillah seni diberi Allah...syukur sangat2. Tengah buat yang kedua ni..untuk yang brown tu..

Sekejap betul dah nak sekolah semula...

Selamat bercuti ...

 
At Friday, June 08, 2007 7:48:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

ooiii..jalan sakan nampakk!!!...best betull..

mc lepas cuti...oiihh..nie yg mak slalu marah kat staff nieee...hehh..hehhh...

never heard of murtabak johor laaa..must try it biler gie saner.

 
At Saturday, June 09, 2007 2:54:00 AM, Blogger D said...

Maklang,
Seronoknya bebudak (+ bapak budak)bila dapat keropok ikan!!! Semua ni hantu keropok, tapi datang UK mana lah nak carik... A BIG THANK YOU from us all!!! Muah!

 
At Saturday, June 09, 2007 6:29:00 AM, Blogger maklang said...

UBA:

Cuti memang sakan...lepas tu sakit pulak sakan. Ni masih tak sihat lagi. Batuk terok betul. NAsib baik dah tak demam...

Maklang kalau tak iye-ye..malasnya nak MC. Sebab duduk rumah masa cuti sekolah, lagi pening dibuatnya...gaduh memanjang budak2 nih...


D:

Memulanya baca komen...heran jugak mana ada cerita pasal keropok. Lelama baru teringat...oh itu rupanya...

You are most welcome...Muaaahhhh

 
At Saturday, June 09, 2007 9:43:00 AM, Blogger NURAZZAH8 said...

Salam Perkenalan Maklang,
seronok baca blog maklang, dan cantik juga. Hurm .. berjalan sakan ya maklang cuti sekolah nih, saya tak pergi mana2, sorang anak nak UPSR sorang lagi nak PMR, so penuh dgn activiti dan program tambahan sekolah... duk melayan anak2 kat rumah sambil blogging...hehehe

InsyaAllah semoga baby Aiman kembali sihat..
MasyaAllah...... geramnya saya tgk embroidery bunga reben tuh.... saya suka jugak sulam-menyulam nih, cuma tak cukup kaki tangan nak buat...
...
maklang duk mana ya? kalau dekat boleh saya nak belajar? ish...ish kalau buat hantaran atau hiasan kusyen atas katil pengantin mmg cantik betul....
p/s: saya nak link ur blog to my blog ok?

 
At Saturday, June 09, 2007 3:27:00 PM, Blogger D said...

sorry tak de komen pasal entry akak! HeHe.. tulah, orang 'high' makan keropok. LOL

 
At Saturday, June 09, 2007 9:05:00 PM, Blogger demonsinme said...

Madam ML:

A gift for you.

Forgive me if this is too long, it is the only way I know to show repect and awe to thoughts of a friend in this intangible plane.

Seeing Blind

Hello,
I am new here,
I came from a land of the bewildered,
I have no friends nor lover.

Would you come closer to this tired traveler,
so that I can see you a little bit clearer,
please do not have no fear,
as I am a paralized blind from ear to ear,
a gift i got from me deeds in the coming years,
as a sentinel for devilish deers.

Now, now, do not be wary,
as a blind could never see,
there fore I could never pinch your little tootsy,
like what the demonic diety did to me,
so there is nothing for you to worry.

What is that you said in me hands you see?
that makes you head go weepity wee,
ahh, no, no, don't you go awry,
I'll tell you of the things I brought with me,
so you'll see a what a blind man sees.

A wand in my left and and a torch in me right hand,
is much appropriate for a blinded man,
one for shining the routes to thid land,
the other for telling an enemy from a friend.

A straight line crossed with a cresent on my neck,
a sign of me religous pack,
an order of sinning saints,
who seeks the pleasures of pain,
in hope one day I will again,
be a saintly sinner who preaches out pious blasmephemies,
making me an enemy pf the blasphemous piety.

As for this coarse velvet that I wore,
I know it is an eye spre,
but it is a precious gift from me lady whore,
who reminds me we are whoring ladies,
who love to be barbaric gentlemen,
and kill gentlemen barbaricly.

Worry not child,
as i am blind as a blind could be,
and all I know is the darkness that in it you be,
it is the light that helps me see.

 
At Saturday, June 09, 2007 9:44:00 PM, Blogger david santos said...

Pretty pretty boy and fhotos, hav a good weekend

 
At Saturday, June 09, 2007 11:10:00 PM, Blogger maklang said...

Nurazzah8:

Memang le..cuti sakan...lepas tu balik pun sakan batuk and demam

Next year will be my turn...sorang PMR and sorang UPSR. Rasanya kalau nak jalan pun cuti March aje..

Maklang belajar dari Kak Intan . Dia duduk kat Shah Alam. Pegilah blog dia...lagi cantek2 dia buat. Ada link dia, Kak intan kat my blog.

TQ kerana nak link kat blog maklang..:)

d:

Baik2 makan keropok tu...takut tercekek dek seronok!

Demonsinme:

Maklang tak taulah nak kata apa....but thank you for the long poetry...

David:

Thank you for dropping by! You have a good weekend too...

 
At Sunday, June 10, 2007 10:57:00 AM, Blogger Norabella said...

Salam Mak Lang,

Cantik sungguh ribbon embroidery tu..Kita dah try resepi ayam bakar tu...memang sedap..hingga menjilat jari..

Nora dah selamat jalani surgeri tu Jumaat lalu. Syukur alhamdullillah Terima kasih di atas doa semua, sekarang sedang berehat kat rumah.

 
At Sunday, June 10, 2007 4:49:00 PM, Blogger Faizah said...

terliur nye saya tengok lauk pauk atas meja tu...table presentation tu cantik..

ribbon embroidery tu pun lawa..cute..

mak lang buat x tricot?
saya buat jugak masa winter dulu..buat selendang leher..baju x siap lagi..

 
At Sunday, June 10, 2007 6:14:00 PM, Blogger Sya said...

mak lang... bunga reben tu nampak cantik dalam gambar tapi yg paling menarik antara gambar2 adalah gambar2 makanan.. nyam nyam

 
At Sunday, June 10, 2007 9:08:00 PM, Blogger maklang said...

nora:

nanti kita pergi singapore...bolehlah masakkan ayam kot...

Alhamdulillah semuanya dah selamat...berapa lama dapat MC?

 
At Monday, June 11, 2007 9:03:00 AM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam Maklang,

Adeh, panjangnya cerita, tapi seronok baca :)

 
At Monday, June 11, 2007 9:47:00 AM, Blogger maklang said...

faizabelle79:

x tricot tu apa? tak pernah dengar pun...nanti nak cari kat the net..

table stting tu budak2 yang susun. Maklang tinggal kemaskan aje...

sya:

kalau makanan tu cantek tapi tak sedap pun tak guna jugak...he..he..

Bunga Rampai..

Lama tak nmapak! Sibuk ke?

Cik Abang pun baru aje call...suruh rest!. And tanya if dah makan ubat tak? Maklang ni takut makan ubat batuk sebab sure nanti lemah longlai and mengantuk! Tak boleh function langsung!

 
At Wednesday, June 13, 2007 12:02:00 PM, Blogger Izariza said...

Mak Lang,
Amboi ... teruja la tengok gambar dlm entri kali ni! Semuanya menawan kalbu dan selera :D

Tapi Iza palnig gemarkan ribbon embroidery tu!! Cantik sunggh!!! Pandainya Mak Lang buat .. teringin lak nak belajo :)

 

Post a Comment

<< Home