Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, May 24, 2007

Bagai pungguk rindukan bulan...

Assalamualaikum........


Hari ni cuaca panas. Tersangatlah panas. Alhamdulillah hati tak panas. Ceria macam selalu. Dan moga hari mendatang pun akan ceria hendakNya...InsyaAllah...

Di pejabat macam biasa. Sekarang agak relax sedikit. Maklang cuma ada sedikit2 aje kerja yang perlu dibereskan sebelum minggu ini berakhir. DAn berharap hari ini maklang dapat completekan semuanya. Package nak disubmit pada 28hb. Ada drawings yang perlu disign dan discan, ada MTO yang perlu disemak, ada surat dan repot yang perlu disiapkan...Moga2 dapat siap semuanya hari ini, InsyaAllah..

Hakim nampaknya makin sihat. Dia tak kesekolah dah beberapa hari. Kesian tengok batuk dia. Biarlah dia berehat kat rumah aje. Kalau ke sekolah ada main2 kat padang nanti, panas pulak, tonsil akan bengkak lagi. Dan tentunya kan demam lagi. Disekolah tadika dia pun ada peperiksaan. Kakak dia semuanya masih periksa lagi. Along aje dah selesai semalam dah hari ini Cikgu ajak dia ke Besut. Cikgu nak mintak tolong dia ambil gambar dekat sana. Dia ada cakap semalam, tapi tak ingat nak ambik gambar apa.


Dua tiga hari ni maklang asyik sibuk ke Pos Office aje. Maklumlah sedang menanti sesuatu dari kakak tersayang...Tapi menunggu nya macam pungguk rindukan bulan. Dan bula itu tidak jatuh2 ke riba. Jangan tak jatuh terus sudahlaaa... Talipon kesana kemari hendak tahu dimanakah bulan berada sekarang. Tau2 kakak tersayang kata, sekarang bulan kena tahan kat custom. Mungkin kerana mengandungi makanan. Ahhhh...spoyel betul. Tapi masih satu hari lagi..mungkin akan tiba hari ini. Mana tahukan. Kalau tak, besok dah wiken, tentunya tak ada posman.


Dan kakak kita itu pun sedang menunggu jugak. Macam menunggu buah tak jatuh. Tapi InsyaAllah akan jatuh jua. Bungkusan itu pun mengandungi makanan jugak. Entah2 kena tahan dengan custom jugak....Atau custom dah makan cecah dengan lemang...


So, kak...selamat menunggu ye..dan sama2lah kita menunggu...

Selamat bercuti sekolah semuanya...


Updet: 2:25pm

Tadi around 12:45pm, City link talipon nak antar parcel yang Kak Elle hantar tu. Dia kata.." Tak jumpa rumah lah ,kak!". Mak oi...rumah maklang ni dekat hutan agaknya, tu yang dia tak jumpa. Pulak tu dah 2 hari tiba di sini. Tapi tak apa, asal dah selamat sampai semuanya. The nougats tu banyak betul...dan sedap. Sempat jugak makan satu tadi masa balik lunch. Angah and Hakim were so happy to see their presents. And Kak Elle, beg merah tu dah jadik milik Angah. Dia siap pakai lagi. Minah sorang tu kalau pasal bergaya no. 1! Thanks a lot. Kalau sempat petang ni I upload gambar! Angah pesan, thank you so much Aunty Elle...
koala bear fridge magnet, tapi now lekatkan kat my PC. Angah tak kasi letak kat fridge , so maklang bawak kat office...pas tu guna camera kawan untuk nak ambik gambar. Gambar lain2 nanti letak kalau sempat bila balik rumah petang nanti, Insyaallah





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

24 Comments:

At Thursday, May 24, 2007 9:47:00 AM, Blogger Mak Su said...

Salam perkenalan maklang....

 
At Thursday, May 24, 2007 12:14:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

aik..saling tunggu menunggu ni. harap2 dua2 buah tu jatuh ke ribalah..jangan tergantung aje udah. frust nanti :)

syukur Hakim dah beransur sihat.

anak2 saya pun dah abih exam. lega saya.

 
At Thursday, May 24, 2007 12:46:00 PM, Blogger Ella said...

salam maklang,

lama tak menjenguk... makin banyak maklang nya craft sume cantik2 bila ler nak rajin2 mcm maklang nie... ella ni craft mmg jaun ler tgn keras sht hehehe... masak pun jarang2 sejak kat msia ni... ella kena merajinkan diri lebih lah lps ni kan maklang...

 
At Thursday, May 24, 2007 1:51:00 PM, Blogger Intan said...

good to hear you're back to your happy self. bukannya bagus marah lama2, nanti wrinkles cepat datang!

ni cuti sekolah dah hampir, boleh lah hakim rihat banyak2... mungkin main banyak2 kot... budak kan?

 
At Thursday, May 24, 2007 5:45:00 PM, Blogger silversarina said...

sampai pun parcel tu akhirnya...

dah cuti sekolah la pulak..kejap je rasanya dah cuti balik...

selamat bercuti !!

 
At Thursday, May 24, 2007 7:41:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang I am happy at last parcel tu sampai juga ingat dah di hantar AMMAN dah pesan kat RinaJordan simpan kan u....haha

happy juga anak2 suka dengan pemberian yg tak seberapa tu....naugats tu share lah nanti dgn alang,wan and atuk semua ok?

enjoy your holiday in KL kalau I dpt pc mmg akan update in europe tu pun kalau ada masa.

till we meet again online in mid June.....peluk cium sayang dari saya.....muuaaaahhhhhhhhhh.

 
At Thursday, May 24, 2007 10:25:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...orang Ganu dah cuti kan?

So pada anak2 maklang...Selamat bercuti...kemana gerangannya cuti kali ni maklang...?

Wah!! Dah dapat dah parcel tu eh?...Comel koala bear tu...heheheh

 
At Friday, May 25, 2007 6:42:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

glad to hear hakim is better.

syoknya terima parcel. koala bear tu cute sangat. tak sabar tunggu maklang upload gambar lain2 lagi :)

 
At Friday, May 25, 2007 6:57:00 PM, Blogger itot said...

selama bercuti sekolah untuk anak-anak maklang yer..
berjalan ke mana agaknya cuti-cuti ni?

 
At Friday, May 25, 2007 9:52:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang burong pungguk ni masih menunggu dan menunggu....tak tiba lagi.....hehehe

 
At Sunday, May 27, 2007 11:29:00 PM, Blogger zino said...

zaman sekarang ni pungguk masih rindukan bulan ke? hehe

 
At Monday, May 28, 2007 5:35:00 PM, Blogger simah said...

laaa...kesiannya hakim batuk..get well soon yea hakim...

boleh hantar makanan ker pakai pos akak? dry food kan?

 
At Monday, May 28, 2007 5:36:00 PM, Blogger simah said...

lagu joget lambak ni sedap la... suka la saya dengar..ceriaaaaaa aja...

almaklum la saya bab lagu kat malaysia tu dah outdate gilaaaa i dunno most of the songs n sngers kat sana..

 
At Tuesday, May 29, 2007 4:34:00 AM, Blogger Idham said...

:) waz here.

 
At Tuesday, May 29, 2007 10:31:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

oohh...ni yg zeless nieee...tak acii nieee....comeee nyaaa

 
At Tuesday, May 29, 2007 10:55:00 PM, Blogger KakNi said...

Tak terganggu ke pc tu bila letak magnet macam tu maklang?

Cantik bear tu, putih melepak.

 
At Wednesday, May 30, 2007 3:28:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang punggok ni masih menunggu samapi nak terbang mlm ni belum juga sampai.....sedey sekali....

 
At Wednesday, May 30, 2007 4:16:00 PM, Blogger Faizah said...

Selamat bercuti sekolah semueee....

 
At Wednesday, May 30, 2007 11:36:00 PM, Blogger Mulan said...

hope hakim dah sihat walafiat..

sini musim ujan, maklang. ribut topan pun.. ini jam busy sikit dgn AGM persatuan pompuan tu, byk hal la pulak, pulak tu time nak duduk kat pc, time tu la kilat sabung menyabung...

awat cuti sekolah tak mai sini??

 
At Thursday, May 31, 2007 3:06:00 PM, Blogger cikdinz said...

apa kebenda lah yg ditunggu oleh kakak nih. istimewa sgt ke....

 
At Thursday, May 31, 2007 10:24:00 PM, Blogger simah said...

lama mak lang tak update.. ni sebab sibuk ker atau sebab tak sihat..hopefully mak lang sihat.. take care... n selamat cuti cuti malaysia..

 
At Friday, June 01, 2007 2:33:00 AM, Blogger Mami Dini said...

Gud to hear Hakim getting better, Dini pun demam mak lang but malam2 still ader her cough, risau jugak...

Wah...comeinyer koala tue, kalo dapat koala yg idup bela kat umah kan best...abih lah koala tue kene jaga ngan dini...hehehehehe

 
At Saturday, June 02, 2007 1:00:00 AM, Blogger D said...

all's well ends well... HeHe, dapat jugak parcel tu yek?

 
At Saturday, June 02, 2007 8:05:00 AM, Blogger maklang said...

maksu...

selamat berkenalan jugak

syikin...

Alhamdulillah Hakim dah sihat dah. 3 kali jumpa Dr. baru nampak perubahan dia.Dr. yang last tu barulah dapat ubat yang betul!

Ella:

Lembut2kanlah tangan tu...nanti boleh menari joget lambak!

Kak Intan:

Oh..Hakim is improving well..Alhamdulillah...Before cuti sekolah pun Hakim dah berehat kat rumah!. Nasib baik baru tadika aje!

 

Post a Comment

<< Home