Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, June 02, 2007

Jalan2 jumpa kawan...

Assalamualaikum....
30 Mei 2007

Apakabar? Entah macamana, dapat pulak wireless ni kat hotel ni. Entah lekat kat siapa punya signal, tak tahulaa ni...


Lepas dah beberapa hari kami keluar dari Kerteh baru hari ni maklang dapat nak update.Sebenarnya petang Khamis lepas, maklang sekeluarga dah bertolak ke KL. Cik Abang ada meetig hari Jumaat pagi, so kami pun menempek lee...bila lagi nak tidur kat hotel free-free... Kali ni kat Nikko pulak. Oklah tempat tu. Kami tiba agak lewat malam. Lebih kurang pukul 11:00malam. Kalau jalan malam ni, rasanya macam naik kapalterbang pulak...Laju betul Cik Abang memandu. Maklang pulak, dengan tak ada seat beltnya. Rasa gerun pulak. Seat belt belah passenger seat rosak. Jem tak boleh tarik keluar! Suspense betul!! Alhamdulillah kami selamat sampai in one piece!

Jumaat:

Pagi tu tak ada buat apa. Cuma habiskan bunga riben tu. Then pergi beli sedikit materials untuk nak dijual. Seronok tau meniaga kain2 ni. Disamping dapat cuci mata, dapat jugak duit poket. Ni dah second trip maklang buat camni. Gelihati sangat masa nak keluar dari hotel tu, there were like 10 of us in Atok's car!. Ketawa sampai tak leh berenti. Nasib baik tak kena tahan dek polis traffic sebab penuh GILA!



Sabtu:

Pepagi lagi kami dah bersiap nak ke Seremban. Jumpa Mak Enon. Sedap Mak Enon and Baba masak. Kenyang betul perut! Mak Enon ni, kalau jumpa kami sekeluarga pasti berair aje mata...tak semena2 hujan ribut melanda. Baba pun suka usik dia....

Mak Enon dulu duduk Kerteh. Kami rapatlaa. Maya tu macam anak angkat dia sebab masa maklang mengandungkan Maya, mak Enon pun pregnant, tapi dia keguguran. Maklang pulak dapat Maya...tulah Maya tu, dia sayang sangat. Pulak tu dia tak ada anak perempuan. Anak Mak Enon dan Baba ada dua lelaki. Yang no.2 tu sebaya Dhirah, tapi badan Dhirah tu sama besar dengan Along. Dekmi, anak no. 2 tu pun comei dari Faezin!

Lepas perut dah penuh, kami pergi pulak jumpa kawan Alang kat Seremban tu jugak. Pergi tengok dia yang baru pulang ke Malaysia dengan anak2. Makan lagi. Kat sini lagi terok, lepas satu..satu...Memula ada mee goreng, then goreng pisang, then briani kambing...Mak ai....kena diet betul!

Petang tu pulak, kami sempat pergi keMydin...apalagi menyopping rempah2 lagilaaa...


Ahad:

Kami ke Dengkil. Office mate maklang ada khenduri kawin. Sosek jugaklah sebab map yang dia beri tu tak clear. Tapi at last jumpa. Nasib baik nasi beriani dia sedap! Kalau tak sure Cik Abang hangin....

Petang tu balik, rasa dah tak hingin nak keluar sebab penat sangat! Tapi Cik Abang dok ajak pergi join sekali interest baru dia. So, mengekor semuanya ke Desa Park City. Cantek betul rumah kat situ, tapi tak tercapai dek tangan...pandang jelaa...

Balik dari situ kami ke rumah Mak Teh and as usual Mak Teh masak memacam. Wan kata sedap ayam goreng tu!...As usual bebudak ni kalau nampak sepupu2 dia macam tak hingat dunia! Terlompat2 macam terlebih charge aje!

Oklah..nanti maklang sambung lagi...malas pulak nak menaip lagi



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

13 Comments:

At Sunday, June 03, 2007 2:28:00 AM, Blogger Eddie Putera said...

amboi berjalan sakan.Tapi mydin mesti nak pergi..tak pahammm..

 
At Sunday, June 03, 2007 6:15:00 AM, Blogger maklang said...

Adiejin:

Mydin tu kedai bapak sedara...so bila beli barang2 dia harga murah sangat...dapatlah discount...sedaralah katakan! :)

Kenapa tak tidur lagi kol 2:30pagi ni???

 
At Sunday, June 03, 2007 11:05:00 AM, Blogger silversarina said...

salam,

harap semuanya happy dapat jalan, cuti nilah nak berjalan...shopping wajib, kalau tak rasa tak sah je jalan-jalan tu :)

take care !!

 
At Monday, June 04, 2007 2:46:00 AM, Blogger Faizah said...

Selamat bercuti-cuti Malaysia..

 
At Monday, June 04, 2007 7:29:00 AM, Blogger maklang said...

LJ:

Alhamdulillah...semuanya turn out well...TQ

Faizabella:

Terimakase....kat sana cuti juak ke?

 
At Monday, June 04, 2007 9:56:00 AM, Blogger Mulan said...

maklang cuti lama ke? ni program tv3 ke, jom jalan2 & makan2... syok nya.... sini cuti sekolah mid jun hingga mid ogos. kami balik july kot. harap2 dapat jalan kerteh.

 
At Monday, June 04, 2007 11:54:00 AM, Blogger Sya said...

mak lang dr KL ke somban kenapa tak jengah kat rumah??

 
At Monday, June 04, 2007 6:55:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

dah balik ke belum? harap semua ok.

 
At Monday, June 04, 2007 9:23:00 PM, Blogger maklang said...

mulan:

jemputlah datang ke Kerteh...

sya:

nanti ada rezeki, kita datang rumah awak ye....

mamasarah:

belum balik lagi..InsyaAllah besok pagi akan bertolak ke Kerteh..lusa kena kerja...ni pun kena sambung emergency leave 2 days!

 
At Monday, June 04, 2007 11:55:00 PM, Blogger aNIe said...

Mak Lang...kalau cuti sekolah aje maklang mesti Cuti-cuti Malaysia...seronok kan?

 
At Tuesday, June 05, 2007 9:47:00 AM, Blogger IKHWANI said...

laaaaa... dah sampai kat desa park city tu awat tak lompat pi seberang jalan tu, rumah kita kat situ ler (ofis dekat dgn area desa park city tu jer)...kita pun dah raoung2 tengok desa park city, memang cantik kan?? tapi mampu tengok je lah.

-OO-

 
At Tuesday, June 05, 2007 12:31:00 PM, Blogger Idham said...

maklang.....whooarrrr!! sepuluh n a car!!!

mcm mana tu ek...

idham

 
At Tuesday, June 05, 2007 6:06:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

memang seronok, tapi rasa macam nak patah pinggang je...


OO:

Tak tahu pulak awak kat situ...kalau tahu memang kami singgah...

Idham:

Oh ...10 dalam kereta tu ...cuma 4 je orang dewasa, yang lain riba meriba laaa...it was fun thou! Kalau sekejap je...dalam 10 mins Ok le, kalau 1 jam, mau jem ponggong!

 

Post a Comment

<< Home