macam2 kerja
Assalamualaikum
Letih jugak wiken yang lepas. Tapi hati senang.Buat kerja2 yang kita enjoy, memang le senang hati.
First thing hari Jumaat ni, mesti solat dulukan...ni tak payah cerita laaa... Then ke pasar tani. Beli ikan2 dan ayam dan sayuran... Lepas tu bersihkan untuk nak disimpan. Nora suka agaknya tengok gambar2 ni....Enjoy Nora..
ikan tenggiri, telor ikan dan ikan pelaling yang dah direndam dengan air asam.
ni bahan2 nak buat kari. Tunjuk gambar serai, tomato dan bawang besar aje. Yang lain gambarnya nanti masukkan kat blog masak...kalau minat pergilah ke Dari Dapur Maklang
Then prepare untuk nak masak kari ikan tenggiri, ikan tenggiri with telur ikan masak kicap, tauhu sumbat dan taugeh goreng dengan tauhu dan kucai.
ikan tenggiri and telor ikan tenggiri masak kicap
tauhu sumbat
taugeh goreng
Sorry laa...gambar tak cantek langsung..guna hp I lee...hp yang best tu dah kena bawak lari...bilalah nak dapat hp best supaya tak payah depend on others. Kalau camera pulak asyik2 abis battery.
Mula2 ambik gambar guna hp Cik Abang, then dia nak keluar terpaksalah maklang guna hp I pulak. Gambar kalau pakai hp maklang ni memang le kelabu asap aje. Macam mata kita pulak yang berkabus...Itulaaa...entah bilalah nak dapat hadiah fon ni....( siapa terasa nak bagi tu..cepat2lah materialize kan...!ha..ha...)
Then, maklang buat serunding daging. Rajin pulak pagi Jumaat tu. Lagipun ada kakak kita nak...so why not buat sekali untuk dia....
Mula2 rebus je daging sampai empok. Lepas tu siat2kan. Maklang tak siat2 halus pun. Cuma potong tipis dan lepas tu tumbuk ( dengan harapan supaya bila masak dah lama2 tu dia akan hancur..tapi harapan tinggal harapan aje..)
Daging yang direbus...
Ini kuali yang berisi daging yang dah dicarik bersama santan, lada, bawang merah dan serai yang dah diblend.
serunding daging yang dah siap. rasa dia Ok-Ok je...malu pulak nak kasi orang..
Petang Jumaat, sambil duduk nonton, maklang di'jaga' oleh Hakim supaya siapkan cross stitch dia. Dan Alhamdulillah late that night siaplaa cross stitch dia. Kalau tidak tension betul sebab tak boleh nak pegang benda lain...
Sabtu
Sebenarnya pagi ni ada PIBG kat sekolah tapi Cik Abang hari ni termalas pulak nak pergi. Ni PIBG sekolah kak long. Kalau sekolah Angah dia terpaksa pergi sebab dia Timbalan YDP. Alangkah leganya bila dia kata dia tak nak pergi sebab maklang memanglah malas sangat nak pergi.
Tak tau nak masak apa pagi Sabtu ni. Malam semalam dah mintak Bibik keluarkan ikan siakap. Plan2 nak kukus bersama rempah. So, dalam malas2 tu siaplah ikan siakap sumbat kukus. Maklang makan lauk ni masa di salah satu kedai kat sini. Masa makan tu rasa lah apa2 yang ada, so balik rumah cuba apply and Alhamdulillah jadiklaaa...tapi exact resepi of course tuan kedai tu tak kasi...
Tauhu lada hitam. tak cukup bahan sebab tak ada tomato buah, tapi Cik Abang enjoy this dish. Tauhu lah katakan. Resepi will be posted in the other blog later, InsyaAllah..
Bila dah nak siap masak, datang pulak idea nak buat karipap. Lama betul tak buat. so, dengan perasaan malas-rajin, maklang pun mula menguli tepung dan membuat inti karipap sambil diperhatikan oleh Maya.
Malangnya bila karipap tu dah siap, rasanya..oh tidak...masin bebor. Tapi Cik Abang kata Oklah...taklah masin sangat. Sungguh maklang kecewa...
Tepung gandum, air, garam. telur dan butter yang telah siap di uli. Tunggu untuk di stemrollkan...( betul ke ejaan dia ni...lama tak test spelling!)
inti kentang bersama daging dan daun sadri...alamaaaaak...termasin lah pulak
karipap yang telah siap di kelim. Kalau cerita pasal kelim karipap ni teringat masa kecik2 dulu suka pergi rumah Makcik sebelah. Tengok dia buat karipap. Anak2 dia kawan maklang. Tiap hari anak2 dia tolong mak dia buat karipap. So, kita dapatlah belajar nak kelim karipap. Yang best tu, anak dia kelim karipap kebelakang instead of ke depan. Macam orang reverse kerete. Agakna sebab dah selalu buat karipap, nak kelim karipap pun ada macam2 gaya...Asalkan cantek, sudah.
Karipap yang telah siap di kelim, tunggu turn nak kena celup dalam minyak panas
kesian karipap ni kena goreng dengan minyak panas.
karipap yang telah siap digoreng
yang ini untuk dibekukan selepas dah goreng separuh masak. Senang nanti bila anak2 nak bawak bekal ke sekolah, tinggal goreng lagi sampai garing.
ni penolong maklang. Bibik lah, siapa lagi. Yang sorang lagi tu penolong maklang jugak. Tapi kalau dia tolong kerja makin lambat sebab dia nak tolong sambil main2 sebab adunan tu macam playdoh...
Masa tengah nak buat karipap tu Cik Abang ajak nak pergi ke Kemaman. Cepat2lah maklang buat karipap tu, sebab ingat nak pergi pagi. Siap aje maklang kelim karipap yang terakhir, loceng kat pagar tu berbunyi...
"Mak, Cik Nab datang....". There goes my plan. Jemput Cik Nab and her friend masuk. Jamu dengan karipap and roti canai ( bibik goreng roti canai for breakfast sebab ada kari ikan lebih semalam). Cik Nab ni dulu hantar bebudak pergi sekolah. Dia datang nak hantar kad jemputan anak sedara dia. So, bual2lah dengan Kak Nab ni...sampailah dekat pukul 12:00.Cik Nab ni memang rajin berbual! Kensel lah nak ke Kemaman sebab dah lewat. Takut tak sempat pulak nak ambik Along dan Angah yang ada kelas tambahan pagi Sabtu tu...
After lunch, solat and kami bertiga, maklang, Cik Abang and bujang ke Kemaman sebab maklang nak beli sedikit material for cushion backing and Paklang nak pergi hantar betul wiring laptop dia.
Hakim yang tak berapa ada mood dan tak nak makan nampak boring aje. Maklang memang susah hati nengok dia tak sihat. Umpan dia if dia nak Pizza. So, belikan Pizza untuk nak makan kat rumah. We reached home almost 5:00pm. Solat and I did the following for a friend...
ha...ni dia tempat hp....nak dihadiahkan pada seseorang....malu aje sebab kat dalamnya kemasan tak berapa cantek. Maap lee...
Lepas tu, tak ada kerja, maklang ambik gambar si bujang yang tak berapa sihat ni...
buah hati maklang yang tak berapa sihat sekarang. Batuk dia tak kebah2. Tengah minat pakai kain pelekat. Semua nak macam Abah. Ni pakai kemeja plus kopiah and pelikat sebab nak sama macam abah...(Abah pakai macam ni...)
Dan malam tadi, bawak bujang ke Klinik sebab takut dengar batuk dia semakin terok. Mula2 cek dia dan maklang tak intend pun nak jumpa Dr. Disebabkan batuk maklang yang tak ilang2 dah 2 minggu lebih ni, maka Dr pun mengchek maklang and my Bp...and...tinggi betul. Dan2 tu Dr. suruh makan ubat and had to wait another half hour for him to recheck my BP. Turunlah sikit...Dr. langsung tanya if nak refer ke hospital. Dia bagi MC satu hari...Tak taulah apasal ek...ni sure case stress kat opis sampai terbawak balik ke rumah unintentionally....sebabnya sekarang I bawak project2 ke dalam mimpi...
So, today...melepak lah kat rumah. Boleh sambung cross stitch lagi and diharamkan pikir pasal project kat opis. Come to think of it, its not worth at all if you work so hard trying to meet the deadline for the project when you yourself is not well. Kalau kita sakit, siapa nak jaga anak2 dan suami, tapi kalau kita tak ada kat opis, bila2 opis boleh cari ganti..betul tak???
So, selamat berhari minggu sebab maklang pun masih bercuti sakit ari ni...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...
29 Comments:
maklang, get well soon ya..
maklang rehat maklang rehat banyak2:)
kerana maklang TER rajin buat tu dan ni lah BP pun naik kan?One factor also when you are having bad cough it affects the blood pressure betul tak easylady and alang?
oh serunding daging tu membikin ku menelan liur aje dan juga karipap....in sg kita panggil epok2.
ingat Hakim nak berkhatan tadi.....hehe
lawa hp cover tu untuk I ke???*tak malu eh*tapi thank you lah in advance....hehe
itot:
dari kemana hendak kemana?
itot dari blog mana?
tq...insyaAllah Oklah ni...
Kak elle:
ye..ye.. I rehat lah ni mengadap PC ni...tak jadikkerja lain
Tapi camana nak rehat, ofis dah 2-3 kali call. BENCI betul. Tak boleh betul nak MC. Nak offkan hp ni kang peminat2 yang lain call payah pulak.
Hakim nanti bila dia kena khatna, sure dah expert pakai kain.
Besuk lusa tak payah terliur lagi, InsyaAllah serunding tu ada kat depan rumah. Magic gaknya...ha..ha..
Oh..u perasan ke hp cover tu untuk u Kak L...I nak jahit huruf L kat depat tu tapi tak sempat..
baby kat rumah tu pun demam .. dah dua malam tidur tak lena.. bila dia demam tidur bercakap.. last last suruh dia jaga balik ajak turun bawah tengok TV sampai kol 4.00 pagi!!
ni tengah mamai lagi ni..mengamtukk
menarik betul idea2 masakan tu. boleh cuba. tinggal lagi ikannya pasti tak sama di sini.
bab bp tinggi tu, hihi dapat jugak rest di rumah ya. tp bila office telefon tu, sure naik 'darah' jugak kan!!!
wah macam-macam masakan maklang masak...rajin betul..semua nampak yummy:)
sianlah tengok hero maklang tu sakit tapi comel berkain pelekat..lekat pulak tu kain dia , geram tengok, cute :P
zino:
musim laa sekarang ni...
mamasarah:
memang naik darah kalau tengah2 tido office call.
nak buat macamana kalau dah tu kerja kita!
LJ:
Bukan rajin mana. tapi sebab suka kalau anak2 suka makan.
Kesian bujang I, batuk dia teruk sangat! Nak makan ubat, nak yang dia suka aje...yang rasa lain sikit je dia tak nak..
alamak..serunding tu menikam kalbuku...terliur ni..byknya ikan..dah lama x tengok ikan m'sia..asyik tengok ikan salmon jek..naik muak..
salam,
maklang, minumlah jus mengkudu (mak mertua saya blend buah mengkudu tu, pahitnya tak tercakap. tapi bantu turun banyak bacaan bp nya tu) atau cari jus NONI MEngkudu kalau tak salahnya. ada dipasaran. lagi satu, minum air rebusan misai kucing. pahit gak. atau cari yg siap diuncang, tak salah namanya teh misai kucing ke apa.
kena jaga tau maklang bab tekanan darah tinggi ni, sbb boleh kena serangan sawan. bukan nak takutkan, tp supaya lebih hati2. jiran sblh rumah saya kena. dia lagi kesian, tak tau langsung ada darah tinggi ni sampaikan ada darah beku block salur darah dlm kepala. buat operation dah. tp kesian sampai la ni dia tak leh jalan dn tutur kata sikit2 aje. so, saya harap mklang jaga diri betul2 ya. kalau doktor suruh buat further medical check up, pegilah.
maklang, first time tau ada tauhu masak lada hitam tu..berminat nak belajar resepinya hehe.
Maklang...camaner darah ni boleh naik...tu lah...asyik masak2, kerja2 aje...pi rehat...kerja-kerja tu semua len kali boleh buat...kesihatan kene jadi jugak...
Kak lady tau...tp handphone pink tu untuk saper...heheheheh....
Seronok tgk lauk2 yang maklang beli kat pasar tani tu...mesti segar2 kan...
Harap2 sibujang maklang tu pun dah sihat...hahaha...geli hati tengok muka dia dengan ketayap & pelikat tu...
maklang, my hubby kata, pass lah kat sini sikit! hehehe! bini dia tak rajin masak!
get well!
faizabella:
kalau dekat boleh maklang poskan...tapi kalau pos makanan ke France tu, nak2 daging ni sure kena buang dalam tong sampah
kaklong:
teimakaseh atas nasihat tu...InsyaAllah jaga kesihatan. Mintak simpang dapat penyakit2 ni...
Maklang ni tension kerja ni..lepas ni kena take things easy...
kak lady:
Ye..ye...I tak masak dah by next week. Semua beli kat kedai. Tapi cross stitch ni, tak leh tinggal sebab angin dah bertiuo semula. Kalau tak buat sekarang, nanti angin buat telekong, tertinggal pulak cross stitch ni...
TQ kak...doakan kesihatan kami sekeluarga...
kak intan:
kalau duduk sebelah rumah, boleh maklang hantar sikit..sikit je tau...
heheheh maklang berpantun yer.. kene 'beli' nampaknya pantun maklang ni
dari kiri hendak ke kanan,
dari tepi hendak ke tengah,
salam perkenalan saya hulurkan,
dari blog UBA saya datang menjengah.
(hehehe saya tak reti berpantun lah maklang =) )
Mak Lang....memang le Nora suka menengok...sebenar nya baru nak adjust cermin mata sewaktu terpandang gambar ikan & ayam dalam bekas biru bila terpandang nama Nora kat situ...memang suka sangat. Kita pun dulu packing cam gini tapi skrg dah malas.
Btw, terima kasih atas kiriman cushion cover tu...kita dah pasang kat ofis ni...
masyaallah sedap nyer .....
Maklang,
ish... terliur bila tengok gambar makanan tu.
Comeinya buah hati maklang dengan pelikat & kepiah.
Diharap BP maklang dah back to normal. Take care!
MakLang ni cubalah bawa berehat, asik bekerja aje, masaklah, cros stitch lah, masak lagi, cross stitch lagi...
Kalau BP tinggi kena berehat dan relaxkan fikiran
Chewah, macam bagus saya nasihat... ekekeke
itot:
maklang dah intai blog itot...UBA kasi jalan...he..he..
nora:
tengok jangan tak tengok..
pB:
camana rasa dengan melihat aje..
AM:
BP dah turun, tapi sebab ada orang buat hati ni sakit, naik pulak jadiknya..kena banyak bersabar dengan karenah orang...
aiyoooo....dlm tak sihat niehh..masak pun sodap...
itu sibujang makin hensem laaa..
maklang kena relax byk2 takut BP tu naik kang....
adat resam dunia maklang kalau tak menyakiti sedara sendiri mmg tak sah...pedulikan mereka2 tu maklang.
ni bila nak update?nak tengok products yg makalng buat masa berehat tu....
take care and be happy selalu ok...
ahni:
TQ...maklang ikut nasihat Ahni...
UBA:
Camana ek, baru tengok gambar dah tau yang benda tu sedap ek...
Kak Elle:
Oh..Maklang OK. Tapi BP memang ada naik sikit. Penat kot.
InsyaAllah ada masa nanti I updet.
Maklang,
uish respect betul maklang ni,memang suke and terer masak.. bukan tu jek terer menjahit jugak.. serba-serbi tererlah.. hehehhe..
sabor maklang, slow2 sikit keje2 tu. harap2 dah sihat walafiat. ooo.. karipap nak frozen kena goreng sikit ya? tak tau la pulak. patut la karipap saya hengot bengot.
serunding daging??!!!! nak sikit... Hopefully Mak Lang semakin sihat.
wah sedapnya...!
wah... memang bahagia perut semua ahli keluarga mak lang... kami yg tengok ni terliur aja la...
gamaknya mak lang penat kot tu yg karipap termasin hehe
Arena...
Jangan tak tau, maklang ni tak pandai jaga badan. Tak ada manusia yang pandai segala2nya..ha..ha..
Mulan:
Maklang pun selalu tak goreng pun. Bila keluar fridge buruk benar rupanya...so datang idea nak goreng sikit...
D;
Kalau within Malaysia boleh maklang kasi sikit.Tapi taulah kat sana tu, kang kena buang aje bila Alang bawak pass the immigration!
Kalau nak cuba masak, nanti maklang letak resipi kat Dari Dapur Maklang. Nak ke?
Susun jati:
Cuba cerita sikit caman dapat rasa bila nengok gambar?
Simah:
Bukan pasal penat tu tapi sebab harga gram tak naik2 tu..tu sebab letak banyak2. Kalau gula kena jimat sikit sebab harga asyik naik aje!
Post a Comment
<< Home