Rindunya....
Assalamualaikum….
Khamis pagi.
Hari ni dah 3rd day Maklang di KL. Rindunya pada suami dan anak2. Walaupun phone dengan Ym dapat menghubungkan kami tapi tak dapat nak nengok muka and peluk mereka. Rindu sangat.
Sebelum pergi hari Selasa lepas, Hakim demam panas. Berat rasa hati nak tinggalkan dia. Ingatkan nak hangkut sekali. Tapi Cik Abang assured me that Hakim will be alright. Lagipun kalau berjalan jauh, dia tak dapat nak rest. Maklumlah perjalanan 4 jam mungkin memenatkan dia. Tapi alhamdulillah dia dah semakin pulih. Masa dia ke sekolah hari Isnin lepas, dia OK. Malam Isnin tu, Cik Abang baru aje kata, tembam betul Hakim sekarang ni. Tapi nengok2 bagi besok tu dia dah mula develop demam. Kesian betul. Then hari Selasa, badan dia semakin panas. Apalagi kalau bukan tonsil dia membengkak! Dr. kata kalau selalu sangat, nanti kena buanglah tu. Tapi tak tahulah bila nak buat.
Semalam, Risk Review Workshop kat office start pukul 9:00pg. Tak berhenti sampai lebihkurang pukul 5:00ptg. Break pun masa kita pergi toilet je. Penat betul. Lunch sambil discuss. Makan croissant with tuna aje. Letih betul. Nasib baik pinggang tak jem. Nasib baik Ok aje lah, walaupun memula takut sebab takut tak dapat nak jawab kerja2 yang dah diberi pada maklang. Tapi Alhamdulillah semuanya OK. Tapi nanti balik Kerteh, banyaknyalah nak kena buat.
Ingatkan petang semalam nak jugak pergi belikan hadiah untuk anak2. Tapi petang semalam tak sempat pun. Cadangnya malam tadi nak ke IKEA atau Mid Valley, tapi letihnya….Last2 tidur cepat. Nasib baik pagi ni tak payah masuk meeting cepat. PM kata boleh join meeting pukul 10:00pagi. Alhamdulillah…dapatlah nak blog sat! Kalau sempat, bolehlah singgah kat Toys R us kat bawah building office maklang tu…
Khamis malam:
Hari ni meeting tak lah macam semalam. Hectic. Today relax banyak, and banyak break. Tak lah tension sangat dibuatnya. Lega sikit. Petang pun dapat balik awal before pukul 5:00ptg. Hujan lebat betul kat luar tu. Maklang, bila dapat balik awal, langsung rasa nak pergi beli hadiah buat anak2 dan Cik Abang. Bila turun LRT kat KLCC tu boleh tersesat. Macam lain macam aje kat KLCC. Rupa2nya tersalah exit. Terpergi kat MJ area. Bila tanya adek2 yang kerja kat situ, mereka pun tunjukkan jalan. Barulah lega bila nampak kedai2 yang familiar. Terus cari Parkson sebab Hakim dah pesan belikan Lego untuk dia. Bila tengok harga mahal sangat tak jadik nak beli! Bila tengok perfume yang ada offer terus teringat Fathers’ Day is just around the corner. Bila pusing2 terjumpalah one good deal. Memula tu teringat kat my Darling aje, untuk Father’s Day ni. Kes rindulah ni. Cakap kat promoter tu, kalau beli minyak wangi aje OKlah, tak mau deoderent tu. Tapi promoter tu kata, Eh, yang deoderent tu berilah pada Husband. Betul maklang lupa yang Father’s Day adalah untuk All Fathers! Yes…untuk my father jugak. Langsung beli dua sets of perfumes and deoderents. Dapat satu beg kanvas free and 2 miniature minyak wangi free. Best jugak offer dia. Selesai semua tu, maklang terus balik aje, naik LRT. Tapi sempat jugak beli Roti Boy 7 biji. Sure Wan and Atok suka!
Untuk anak2, nanti tengoklah waktu lunch besok. InsyaAllah ada masa sebab besok habis awal, and flight back is around 5pm....Hakim pepagi dah call kata.."Mak, Hakim rindu Maklaaa..". Sedih pulak rasanya...
Tak sabar nak tunggu petang besok. InsyaAllah petang besok terbang ke Kuantan and dapat jumpa anak2 dan suami tercinta. Cik Abang kata dia nak datang ambik sebab pagi Jumaat tu nak servis kereta…
Rindunya….
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
15 Comments:
mesti lah rindu maklang nak2 Hakim tu demam....wah sempat bershopping nampak...huh beli lebih2 tu senang sikit....
kirim salam to all.
yeaayyyy tak hang dah my pc.
amboiii bila berjauhan rindu terasa ya. tak lama lagi dah tu. esok je.
maklang thanks so much for your gifts. salam to the whole family!
kita ni kalau nak jalan jauh mesti serba salah if anak demam kan?
Well, at least poleh compensate dengan goodies when u come back!
rindu2an kalau dok jauh2 kan especially anak2 tak sihat, kita pun tak beli apa lagi hadiah father's day ni...kakak dah bagi kad dia dah..safe journey ya sis. Rotiboy panas2 sedapnyaaaaa..
-OO-
kesian maklang.. ni mesti dah jumpa dah kan. hilang la rindu semua. aiyaa.. roti boy..!!! sedap nya..
bila rindu sebut sebut lah nama nya.. hehe selamat bermeeting..
kak elle:
memang susah hati sangat kalau anak2 tak sihat and kita pulak kena outstation. Ni masih tak sihat lagi tu, gusi bengkak and bibir dia merekah. Takut pulak benda2 lain...Dijauhkan Allah!
Mamasarah:
Patut lama tak komen. PC hang...dia suruh beli barulah tu!
Helena:
Agaknya mak2 semenya macam tu tak?
Nak shopping pun tak sempat, meeting dari pagi sampai petang. Lunch break pun masih dlam meeting room!
OO:
Kita dah bagi dah hadiah untuk father and father anak2.
Sebab penat sangat, lupa nak makan rotiboy yang dibeli itu!
Mulan:
Alhamdulillah dah balik dah ni. Letihnya ya amat!. Sakit pinggang ku!
Zino:
Sebut tu memang sebut. Risau jugak sebab Hakim masih belum kebah demam dia. Ni gusi dia pulak bengkak!
huhu..sian maklang kene berjauhan nagn anak2 dan hubby. moga hakim cepat sembuh ye maklang..
kalu mak sy..bila dia rindukan anak-anaknya, pastu anak2 pun habaq rindu sgt kat dia, mula lah 'hujan' (nangis)..maklang cemana ye? hujan tak kat kl tu? ;)
Itot:
hujan gerimis je sikit....nasib baik wan ngan atok ada...tapi sebab kepenatan lepas balik kerja tu tak adalah nak semonel sendirian...
semonel tu macam jiwang, bahasa masa kat uni dulu tu..
Dulu masa kecik2 ..kalau abah p kursus..dia akan tinggalkan baju dia yg ada bau badan dia kat umah..kalau rindu..ku akan cium baju tu...rasa macam abah sentiasa ada di sisi...;)
lerr..await tak habaq kat klcc..boleh jumper..cek dekat jer kat klcc tuhh..:)
salam maklang,
lepas rindu dapat jumpa darling dan anak2...
phewwwwiiiittt! HeHe.. macam kitorang la jugak. Pergi kerja sehari pun boleh rindu! LOL!
faizabelle79:
memang cam tu petua orang tua2..ikut jugak kenkadang tu
UBA:
Laaa...mana kita tau awak kat situ. Kalau tau mmg kita call awak...boleh kita pi makankan
nurazzah8:
Memang...lama tak jumpa tu rasa ridu sesangat....ni kira dah lepaslah ni
d:
Laaa...ingatkan Amy Search tadi...memang kan rindu kat anak2 ni..and husband jugak...;)
Post a Comment
<< Home