Kecewa dan makan2 lagi!
Assalamualaikum....
Hari ni maklang ikut Cik Abang pergi renew permit Bibik. At first tak rancang pun nak pergi. Ingatkan nak pergi besok, tapi tadi pagi2 Cik Abang dah call kata nak ke KT. Kesian pulak kalau dia drive sensorang. So, maklang cakap ngan Boss yang maklang nak keluar jap and nanti hours yang tak ada kat office tu compensate dengan OT yang dah dibuat last weeekend. So, tak payah lah apply leave. After all, OT is paid as 1 to 1 aje.
So, Cik Abang ambik kat office dalam pukul 9:00 pagi and kami tiba kat Imigresen KT dalam pukul 10:30pg. Alhamdulillah the journey was smooth. Kereta tak banyak. Masa ni
lah rasanya dapat berdua2 and dapat berbual dengan aman. Kalau ada anak2 selalu kena stop bercerita sebab they all pun nak cakap sama. And masa kita nak cakap tulah mereka nak cakap jugak!
ALhamdulillah efficient betul Imigresen. It took them less than 10 mins to complete the permit extension. Lepas Cik Abang submit the pasport dia kata dia nak naik tingkat 7. Patutlaa dia nak cepat2 buat permit. Rupa2nya dia ada agenda lain. Agenda nak pergi cari certified plans kat pejabat tanah. Barulah maklang tahu ada kerja lain yang dia tak sabar2 nak buat! Hobi dia...cari tanah! Nasib baik hobi macam tu, kalau hobi yang tak tentu arah dan akan menjadi parah lagi masaalah. So, redha ajelaaa...
Kami balik dari KT about 11:15pagi. Sempat singgah beli keropok lekor 008. Nak bawak ke office. Biasala tu bawak makanan kat kengkawan. Tak sampai hati, bila dah nampak food ni mesti ingat kat member punya. Bila tiba Dungun, maklang singgah kat kedai yang jual barang2 jahitan. Masa on the way to KT dah call tuan kedai tu and tanya if ada tak jual ribbon. Dia kata ada, tapi bila maklang pergi sungguhlah mengecewakan sebab warna hijau yang maklang nak tu tak ada. Singgah pulak kat kedai Chu berdekatan. Tak ada jugak. Pergi Mydin, tak ada jugak. Singgah pulak kat kedai yang jual barangan pengantin, tak ada jugak. Last2 cakap dengan Cik Abang, sudah2laa...Kecewa betul. At times like this I just wish that I am staying in KL. Abis nak buat macamanakan...terpaksalah tunggu sampai next week. Masa ni jugak, kalau Abang ada meeting kat KL bestnya...boleh kirim kat dia tolong belikan...Sedih betul!
Balik opis pulak tadi macam ada makan spree. Pagi tadi we organized a makan. Alaaaah, nasi lemak sambal kerang sorang sebungkus. Some kueh. Then tengahari ada pulak yang belanja satu office. Bubur lambuk and bubuk pulut itam. Dah tu ada keropok lekor pulak. Sampai Client yang datang kat office maklang kata, hai...seronok kat sini asik makan aje...free pulak tu...
Hari ni sempat jugak maklang brisk walk kat Threadmill tu for 2 km plus. Letih tapi badan rasa sedap...
Sekarang ni suara maklang dan Hakim macam rockers! Angah pun kenkadang macam Ella. Kami dah bercadang nak buat group...Kalau buat recording bolehlah pasang masa bulan2 kemarau ni...sure ujan lebat....
Lagi satu, nak mintak kengkawan semua doakan Alang. Dia tengah susah hati sebab periksa dia susah sangat. Moga2 Allah menolong dia untuk lulus periksa dia. Kesian dia study terok sangat...Nak buat macamana...tapi moga2 Alang dan Uncle Jai luluslah peperiksaan mereka dengan cemerlang....Amin
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
8 Comments:
wah konon2 ni berdating lah kan kan kan?
eh keropok pun ada grade number ke? macam durian...D24 lah....hehe
Insya'allah bilang kat Alang dia akan lulus afterall dia dah belajar.
semuga alang lulus dengan cemerlang.. amin..
Kat mana maklang keje ni...Dungun ke? Tinggal kat Terengganu gaks ke? Kuala Lumpur tu...umah ke tempat jalan2 jer Maklang?
Eida ni..tak boleh dengar ler...org sebut pasal Terengganu jer..mesti nak tanya soalan pelik2 punyalaaa...Dah rindu kat kampung (Terengganu kiter)
Doa buat Alang dan Uncle Jai , semoga lulus exam, Amin.
Emmm keropok lekor 008.... tak pernah cuba lagi, 007 pernahlah , james bond keropok lekor, but izzat paling suka keropok cap nelayan , kuala kemaman, balik Al Amin selalu singgah beli... tak pe tak lama lagi boleh makan smeuanya , insyaAllah.
citer kopok lekor terengganu nie.. meleleh plak air liur rasa...dulu kgkwan kat U selalu bwk balik sedap.. ikan dia banyak.. kat Johor nie tepung jer yang banyak..
akak tak tau pun keropok lekor ada brand. selalu pakai beli aje!
insyaAllah, Alang lulus exam.
pesan:kalau boleh, riben beli kat kedai bunga reben d jln tar sebelah nagoya.
kak elle:
memang susah nak dapat berdua2an macam ni..so, bila ada chance why notgrab it...walaupun kena tuang kerja...ha..ha..
Thanks for the dua..
Zino:
Thanks for the doa..ye..
eida:
maklang kerja kat Kerteh...
duduk pun kat Kerteh..
kat KL tu rumah adek maklang...Alang
LJ:
Terimakaseh doakan untuk Alang dan Uncle Jai...
oo8 tu kat Chendering, tak silap. maklang kalau pergi KT entah dah berapa puluk kali, masih tak ingat2!. Nak beli yang 007 terlepas pulak. Sedap ...
lela:
sedap keropok ori ni. kalau yang kat luar dari tengganu ni memang tak sedap laa..
kak intan:
Thank you for the doa..
InsyaAllah nak beli kat kedai Riben tu sebab riben dia cantek!
Keropok tu memang ada macam2 nama. Rasanya ikut suka tuannya kot!
Nanti dah balik sini boleh makan puas2!
Post a Comment
<< Home