Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, June 26, 2007

syok sendiri

Assalamualaikum...


Semalam entah kenapa rasa macam syok sendiri pulak. Jiwang tak tentu arah...ha.ha..ha.. Masa balik dari office, lebih kurang pukul 5:30 ptag tu, bawak kereta rasa syahdu sangat. Agaknya sebab semalam hujan lebat kot. Jadiknya sejuk aje....(Jap nak hantar anak2 sekolah jap). Ha...ni dah balik dah. Today kena hantar anak2 ke sekolah sebab Cik Abang pergi KL tadi pagi. Dah dekat nak sampai agaknya. Flight dia pukul 7:00pg dari Kerteh...




Ok, sambung balik. Agaknya suasana yang tenteram itulah yang membuat maklang ni jiwang, semonel etc etc.... Balik dari kerja, Cik Abang dah tiba dulu sama Along dan Angah. Tengah bukak surat Cinta dari LHDN...Alamak...kena tambah lagi lebih sebelah tangan...Pengsan le...Tapi tak pe...duit dah memang siap untuk nak bayar utang kerajaan ni. Cik Abang kata nanti dia settlekan...Lega...Itu satu lagi yang buat syok tu...



Lepas tu, suap bujang senang makan...


"Mak...Akim nak makan ikan masak tomato...". Senang aje order kat mak dia. Mak dia yang dari tadi nak exercise kononnya, terpaksa kensel. Taulah kalau nak naik threadmill ni memang payah sikitkan. Lepas suap Akim, Cik Abang nak makan. So, teman dia makan. I makan roti canai dengan kuah masak asam. Tergendala lagi nak naik threadmill....


Lepas dah soru, lebih kurang jam 6 tu, maklang naik ke atas rumah. Tengok mesin sulam I. Siap2 masuk benang, sambil tengok mesin2 itu menjahit, kuatkan hati jugak naik threadmill. Dapatlah jalan 1km. Jadiklaa...daripada tak ada. Nak mula memang payah, tapi bila dah on it, sayang pulak kalau jalan dekat sangat. Lepas exercise, siapkan sikit lagi sulam tu and then mandi and solat maghrib. Masa masuk bilik tu, Cik Abang was already using my PC. Sebab tulah kak Elle, I tak on malam tadi. Kena hijack ngan Cik Abang sampai 10 lebih. Lepas Solat dan buat apa yang patut...sambung lagi sulam2 tu sambil tengok TV and jahit x-stitch lagi. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk bujang senang. Tiap2 hari kena tanya , "Dah siap ke mak, Akim punya????". Tension betul dibuatnya...


About 10 plus baru bukak PC kat tempat TV tu...Dapatlah tengok2 blog ni sat. Tapi masa tengah tengok tu, bujang datang...


"Maaaaaaaakkkk", dengan suara lembut....


"Akim, nak raba..."


"Ha..Nak rubber? Pemadam.....?", maklang tanya dia. Memang ingatkan dia nak rubber/pemadam tu...


"Taklaaa..Hakim nak raba ni...", dia kata, sambil tangan dia masuk dalam baju mak dia...


Agaknya lepas gian lah tu.....Tak dapat tidor dengan mak, tak pe, asal dapat candu dia sudah.....Ok, got to go, dah nak dekat pukul 8 ni...sure tiba ofis lewat...tapi nasib ada flexi time, petang nanti boleh balik lewat sikitlaa...Enjoy your day....


(Cik Abang baru aje call, dia dah sampai KL dah...tapi I masih kat rumah nak updet ni...terok betullaaa...)


Gambar ini sebagai hiasan aje, tak ada kena mengena dgn entry di atas...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

14 Comments:

At Tuesday, June 26, 2007 8:09:00 AM, Blogger Kak Elle said...

OMG maklang mana bolih bagi Hakim buat macam tu lagi dah besar tu...sensored...sensored....

Padan tak nampak smlm kat YM:)sibuk rupa nya...mlm ni my turn pulak balik lambat nak habiskan e-billing tu at work dpt juga OT nanti.

 
At Tuesday, June 26, 2007 10:45:00 AM, Blogger aNIe said...

Hahaha....maklang buat akak gelak....Hakim ni buat entry ni jadi sensored...macam kata kak elle...hehehhe

Bila pikir2 balik...seb baik sikecik kak lady tu tak gian camtu...kalau tak...haru..hahahahah

 
At Tuesday, June 26, 2007 11:11:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang sibuk..malam ni pun sibuk jugak, tapi kalau PC tak di hijack bolehlah I online...he..he..he..

kak lady:

gian sangat tu tak lah...tu kononnya nak manja, kot2 ada rezeki, mak dia ajak tidokat bilik mak lah tu...

 
At Tuesday, June 26, 2007 2:20:00 PM, Blogger IKHWANI said...

hakim hakim...time semonel tu memang datang sekali sekala, especially time hujan!

 
At Tuesday, June 26, 2007 2:33:00 PM, Blogger Mommy Lyna said...

ekeke. anak maklang tu mcm adik bungsu saya la.

:P

 
At Tuesday, June 26, 2007 4:51:00 PM, Blogger maklang said...

oo:

memang time hujan ni memang semonel...tapi ari ni dah panas balik and kalau nak semonel kena tunggu malam, sebab Insyaallah Cik abang sampai maghrib nanti...best..best..

Sitilina:

agaknya anak bungsu memang cam tu kot!

 
At Tuesday, June 26, 2007 5:51:00 PM, Blogger itot said...

heheh adek sy dulu pun camtu maklang..err saya dulu camtu ke ntah yer..
wee dari tadi dok kat blog maklang ni, sbb layan lagu. tangkap leleh mendengar nye.. ;)

 
At Tuesday, June 26, 2007 5:58:00 PM, Blogger KAK DIEDA said...

ish ish ishk mak lang ena raba? kah kah kah

sama cam Si Haziq ler tu..tapi si Haziq kecik lagi

 
At Tuesday, June 26, 2007 9:11:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Part makan bersuap tu, kenapa tak suapkan Cik Abang sekali?

Cuba bagi Akim bantal bucuk. Maybe boleh stop habit dia.

Mak Lang, dah kena tag ke belum? Kalau belum sila ke blog saya.

 
At Tuesday, June 26, 2007 9:51:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

raba??..raba??...ehhh..apernie?? hahhahhhaaa....

 
At Tuesday, June 26, 2007 9:59:00 PM, Blogger maklang said...

itot:

lagu2 tu kak elle yang letakkan..bestkan. Maklang tak pandai nak masukkan..order lagu aje...

eida:

biasalah..mak2 ni memang biasalah kena raba aje..

 
At Tuesday, June 26, 2007 10:02:00 PM, Blogger maklang said...

mamamia:

oh...Cik Abang tu kenkadang nak gak kena suap...

Hakim tu, lebih dari bantal busuk dia dah ada....

Agaknya bila dia grow up a little bit more..dia akan lupa lah tu..InsyaAllah...

UBA:

Laa...macam tak biasa pulak kena raba...maklang ketawa terbahak2 baca cerita sawang kentang tu...

 
At Tuesday, June 26, 2007 11:36:00 PM, Blogger zino said...

seronok nya dia hehe..

 
At Wednesday, June 27, 2007 12:24:00 AM, Blogger maklang said...

zino:

memang seronok....Alhamdulillah..

 

Post a Comment

<< Home