Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, June 20, 2007

Cerita pasal kerja ...

Assalamualaikum...

Rasa letih hari ini. Lepas balik kerja tadi baru terasa semuanya. Pulak tu malam tadi tidur lewat dan waktu tengah malam dan hampir nak pagi tu asyik terasa ada tangan yang meraba2. Nak tidur pun tak lena. Gangguan betul. Kalau ditepis habis2an kang, ada yang merajuk and terjelir aje lidah kecik tu. Waaa...sure suspense kan. Si tembam maklang yang paling kecik tu, kalau dapat tidur dengan mak dia ni, pasti mak dia tak lena tidur! Lemas jugak , nak2 kalau letih lepas seharian bekerja. kalau tak benarkan, kesian pulak sebab seminggu dua ni, dia asyik tak sihat aje. Sejak dari maklang pergi ke KL, minggu lepas dia dah demam dan bila maklang balik sini, hari Jumaat tu, gusi dia bengkak. Alhamdulillah sekarang ni, gusi dia dah nampak semakin pulih.


Hari ini adalah antara hari maklang balik awal sangat. Tepat pukul 5.ooptg , maklang dah sampai kat depan pagar rumah. Terasa macam ada satu batu besar dah diangkat dari bahu maklang. Lega ya amat. Sebenarnya, petang tadi projek yang maklang jadi Authority Coordinator tu, masuk meeting bulanan dengan majlis. Sejak dari minggu lepas, tarikh meeting tu nak di lewatkan dari 20.6 ke 10.7. Masaalahnya kalau meeting tu di postpone, nampaknya schedule kerja yang kami kejar2 kan itu akan bertambah lewatlaa. Tapi Alhamdulillah setelah perancang bandar yang telah dilantik oleh pejabat maklang untuk menyelesaikan application untuk kelulusan merancang telah menjalankan tugas yang baik dan dapat nak masukkan ke meeting hari ini.

Disebabkan oleh meeting ini jugak, maklang menjadi teramat sibuk di pejabat. Mana tidaknya semuanya kena siap sedialah. Rasa2 macam nak ambik periksa pulak. Ialah..takut nanti di soal dengan benda yang bukan2 oleh pegawai kerajaan nanti. Mana lagi nak furnish information kat the Client.

Tepat jam 3:40ptg tadi, kami dipanggil untuk memasuki bilik mesyuarat. Ada 3 orang mewakili Client (termasuk seorang mat salleh yang merupakan VP dari Company Client), 3 jurutera dari HQ diKL, seorang jurutera awam dari pejabat yang kami lantik untuk merekabentuk sewer treatment plant, project manager, project engineer, senior project engineer dan maklang sendiri, dan 2 arkitek dari pejabat perancang. Punyalah ramai. Semuanya masuk ke dewan mesyuarat melainkan project engineers dan project manager. Rasa sedikit gementar tatkala masuk bilik mesyuarat sebab ini adalah pertama kali maklang masuk meeting Jabatan kerajaan ni. Maklumlah sebelum ini, pejabat kami hanya mengambil kerja dari brown field aje. So, bila kena kerja green field, kami terpaksa menginvolvekan diri untuk memohon development order ni.

Pihak perancang memulakan presentation mereka dan diikuti dengan pihak Client. Bila pihak Client dah habis bagi presentation, maka the forum is opened to all. Mulalah setiap jabatan kerajaan di tanya oleh ydp (yang di pertua majlis perbandaran)sekiranya terdapat sebarang bantahan dari mereka untuk projek ini diteruskan. Ada jugak soalan2 berbangkit dari a few departments. Nasib baik semua soalan maklang dapat jawab. LEGA. Dan Alhamdulillah pegawai dari planning department bersama ydp sekali menyokong kuat projek ini di beri approval dengan secepat mungkin.

Kami keluar dari bila mesyuarat dengan senyum dibibir dan dengan hati yang berbunga. Syukur sangat sebab tak ada masalah. InsyaAllah by next week kami akan terima the approval letter.

Habis mesyuarat , kami berkumpul untuk berbincang sebentar. Sempat jugak menerangkan kat VP Client mengenai komen2 dari pegawai2 kerajaan dan yang ydp menyokong kuat projek tersebut. Bila VP kata..."That was great...." to maklang, Sedap betul rasa. At least satu hurdle untuk nak menjalankan projek ni dah lepas. Apa yang kami bimbangkan tak terjadi. Habis aje berbincang, maklang pun dapat pulang dengan hati yang sangat senang.


Besok dapatlah nak relax sikit. Client dah balik ke KL dan maklang akan dapat meneruskan tugas macam biasa. Rasanya macam dah lama sangat tak tengok technical things...

Petang besok pulak maklang ada dapat Long Service Award. Diam tak diam dah 10 tahun maklang kerja dengan kompeni ini. Celebration tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Cherating. Cik Abang pulak akan bawak anak2 ke Kuantan sebab ada BBQ dinner di sebuah hotel disana. Lepas dinner tu, Cik Abang akan ambik maklang dan kami akan tidur di hotel kat Kuantan. Semuanya under company expenses.so, kejap lagi nak kena pack baju pulak...

Oklah..selamat malam..sehingga berjumpa lagi....







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

14 Comments:

At Wednesday, June 20, 2007 10:26:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Tahniah for getting the long service award:)

wah best nya ada makan2 lagi free hotel stay semua nya...huh bila makan tu jgn lupakan kita ni kerja bertahun2 hampeh abuk takde.

 
At Wednesday, June 20, 2007 11:23:00 PM, Blogger zino said...

wow.. ni mesti projek jutaan jutaan ni hehe.. tahniah..

 
At Thursday, June 21, 2007 12:29:00 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...selagi masih hidup ni...kerja..kerja...kerja...tak habis2 kan...best makan2 free ni...

Tahniah kerana mendapat long service award....semoga akan bekerja dengan lebih dedikasi dan penuh kesetiaan....

 
At Thursday, June 21, 2007 8:38:00 AM, Blogger oldtown~Smell the Roses said...

Salam kunjung balas...Tahniah dpt award!

 
At Thursday, June 21, 2007 8:58:00 AM, Blogger IKHWANI said...

projek besar la ni kalau sampai kena meeting cam ni.

kesian kita kena jilat skrin pc. hehehehe..ni tengah kacau nesvita for breakfast..

CONGRATS dapat long-service award kita dah dapat last year..agaknya lagi sepuluh kat manalah kita ya? entah hidup entah dah tak ada..

 
At Thursday, June 21, 2007 9:25:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

Long service award ni memang dapat kat yang stay 5/10/20/25 years. Dapatlah sikit duit. Bolehlah tambah collection gelang emas ke cincin berlian ke!

Zino:

Projek ni memang berjuta2la...semua kelulusan kat peringkat negeri aje. Agaknya tak lama lagi kena jumpa peringkat atasan lagi sebab salah satu utility tak dapat confirmation lagi. Masaalahnya negara nak attract investors, tapi ada satu badan swasta tu macam tak nak bagi cooperation. Masaalah betul atas kepala maklang, selagi utility yang itu tak dapat diselesaikan...

kak lady:

kalau cerita pasal kerja memang tak habis.

bekerja memang dengan penuh dedikasi...tapi sekali sekala kena gak blog hop sebab nak hilang kan rasa tension kat opis ni..

 
At Thursday, June 21, 2007 11:08:00 AM, Blogger NJ@Goboklama said...

bestnyer,bestnyer!!! takpela kerja kuat2 dulu,janji pas tu dpt.jenjalan & dpt.bonus,ok aper?

 
At Thursday, June 21, 2007 12:54:00 PM, Blogger maklang said...

OTSR:

Terimakaseh kerana datang sini. Jemputlah mai selalu. Maklang suka tengok gambar cherry tu...

OO:

Memang kesian kena jilat screen PC, tapi I am sure PC pun tak suka!

Project ratus juta..penatnya pun tak terhingga. Tapi bila dapat achieve satu2 milestone tu...seronok dia tak terhingga!

Qisst;

Kalau projek berjaya memang seronok. Tapi nak siapkan projek ni memang lengohlaaa...ni baru milestone pertama. Tapi bila dah reach the first milestone successfully and dapat make everyone feel good ... rasa..Ahh....Bestnya...

 
At Thursday, June 21, 2007 3:13:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Seronok bila ape yg dirancang menjadi. Itu yg buat kita lagi motivated nak buat yg terbaik...

Tahniah atas long service award. Nak mintak satu lah fr my hubby macam ni. Tak aci lah, housewife pun nak recognition....

Selamat bergumbira di Cherating & Kuantan...

 
At Thursday, June 21, 2007 3:43:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Congrats Maklang. Sungguh setia maklang ni dan office maklang pun mesti sayangkan maklang kan?!

 
At Thursday, June 21, 2007 4:32:00 PM, Blogger maklang said...

mamamia:

memang seronok tak terhingga..dan perasaan itu masih terasa hingga sekarang!

mamasarah:

Sebenarnya lama kat sini sebab choices tak ada. Kalau ada pun agak susah sebab nanti kena berjauhan dari family. So, duduk diam2 ajelah.

Kompeni sayang ke tak tu, nanti kita tengok increment and bonus hujung bulan ini..jeng..jeng..jeng...!

 
At Thursday, June 21, 2007 10:31:00 PM, Blogger KakNi said...

Alhamdulillah, lega rasanya bila kerja dah siap dan success pulak tu, tahniah maklang!

 
At Thursday, June 21, 2007 10:35:00 PM, Blogger simah said...

long service award? wah..tahniah yea mak lang.. n have a safe journey...relax relax la pulak lepas ni for a few days... u've earned it definitely :0)

 
At Thursday, June 21, 2007 11:53:00 PM, Blogger maklang said...

ahni:

legalah jugak...tapi lepas ni memang fengsan! bertambah kerja untuk nak mengejar another milestone.

simah:

aha..long sevice award. Ni sekarang kat Kuantan dah...ada wireless pulak. Bestnya...boleh memblog lagi! Thanks for the wishes.

 

Post a Comment

<< Home