Long Service Award -Part One
Assalamualaikum....
Maklang sekarang berada disebuah hotel kat Kuantan. Hotel kat belakang MegaMall tu. Dalam bilik ini cuma ada maklang, paklang dan hakim. Anak yang 3 lagi ada kat bilik 912. Sebenarnya dapat 1 bilik aje, tapi kawan Cik Abang tak jadi nak duduk, mereka kasi bilik ini pada kami. So, legalah sikit.
Malam tadi maklang tiba kat hotel ni lebih kurang jam 11:30pm. Tumpang kawan yang tinggal dekat2 sini. Nasib baik dia ada, kalau tak kesian kat Cik Abang nak ambik maklang. Kuantan - Cherating lebih kurang 40km one way, tak silap.
Kami bertolak dari rumah dalam jam 6:30pm. Tiba kat Cherating dalam pukul 7:20pm. Cik Abang bawak slow sebab banyak kereta. Lagipun hujan all the way. Sesampai aje kat sana, maklang terus carik bilik the organizer untuk nak solat.Selesai solat barulah pergi kat dewan.
Tiba kat Dewan jumpa Manager of Projects. Dia in-charge of all projects all over the world. And he is closely following project yang maklang ceritakan semalam. Dia tegur maklang and I informed him about yesterday's meeting. Dia kata dia pun ada meeting dengan the Client pada hari yang sama, tapi orang yang lain dari Client yang sama. They had a terrible argument on how to do things. Memang pun Client yang dia deal tu semacam sikit. Kalau dia (client) suka the figures,OKlah semuanya. Figures in terms of cost estimation. Kalau dia tak suka dia kata our design is wrong and that is why the cost estimation is so high! (not within the estimate figures yang dia adalaa). Walaupun, dia dah berkali2 kata our work is good. Kesian team kat KL tu. Hopefully things will be better after this.
Dalam pukul 8:30pm barulah start. Mula2 the Area Manager gave a speech, then the Manager of Projects (MOP)dari HQ and then award giving for the 5 and 10 years. Yang 15 tahun dah dapat masa ada award tu di KL 2 weeks back. ( Yang best tu, MOP specifically mentioned pasal the project yang I am handling tu. Bagus, dia kata sebab the Approval process went smoothly..Kembang sat hidung ..ha..ha...)
Makanan was good. Ada 9 Chinese courses. Se'eh perut. Tak dapat nak ambik gambar sebab tak bawak camera and kena duduk dengan the bosses. (Benci aku.!!). Takkan nak ambik gambar makanan kot. Kang dia kata apasal pulak makcik ni??? Mat Saleh (The manager of Projects, tapi isteri dia Melayu- tapi isteri tak datang laa) pun ada pulak tu. Lagipun no cameralah..Memula duduk meja lain, tapi the HR suruh duduk dengan the Bosses sebab kat situ tak ada sorang pun perempuan. Tapi it was Ok lah sebab ada Boss dari KL tu memang dah agak biasa dengan dia. Very nice down-to-earth person. Baik sangat.
OKlah sampai sini dulu. Nak pergi breakfast and nak bawak anak pergi mandi kat swimming pool. ( Sebenarya duduk kat hotel ni macam ada deja-vu feeling aje...teringat masa berkampung kat sini lebih sebulan masa lepas beranak kan Hakim! Now, after 5 years plus after Hakim was born, I can still feel the emptiness at that time. How difficult life was....Tak apalah , masa itu semua sudah berlalu. Bersyukur aje banyak2...alhamdulillah!)
Have a nice wiken. Tunggulah berita bergambar, InsyaAllah hari Ahad akan datang ini. Besok wa malas...and also only on Sunday aje maklang akan jumpa tuan punya camera tu!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration, Cuti cuti, family, Friends
17 Comments:
Have a nice weekend to Mak Lang
syoknya ada internet connection. boleh gak update cerita kan. hope the rest of your holiday is fun.
salam,
erkkk..kenyang perut saya maklang makan 9 jenis makanan tu..hehehe
oho teringat pula tentang Megamall kuantan tu..masa saya kerja dulu boleh kata setiap minggu sekurang-kurangnya ada sekali lawatan sambil belajar ke Megamall tu, biasanya masa lunch time hari Jumaat lah..hehehe.... Bila dah habis study ni dan balik semula ke Kuantan mungkin aturcara lawatan sambil belajar tu mula balik kot ..huhuhuhe..kat Kuantan nun tatau dah nak ke Mall mana...
Anyway maklang, selamat berisitirehat ;)
Mak Lang, Tahniah kerana mendapat Long Service Award. 10 tahun dapat cash ke? So far Nora dah collect 2 gold medals for 10 & 20 years kat company ni. Boleh tambah koleksi kan?...he..he..enjoy your weekend! Seronok nya....
mmg tu kalau duduk semeja ngan boss makan tak kenyang....dek malu:)
tahniah...tahniah...so duit tu nak buat apa?
hehehe....dok dgn boss kalau time makan2 ni memang ler tak best...lagik tak best bila maklang tak boleh amik gambar makanan...jd bila citer makanan sedap2...tak dpt ler kita ni nak menumpang telan air liur...heheheh
tahniah maklang.. belanja kami tau..!!
sya:
tou have a nice wiken too
nisak:
bukan holiday ni...pergi semalam aje. by 6:30 pm Jumaat dah balik Kerteh!
itot:
kalau ke Kuantan tu apasalahnya kalau teruskan ke Kerteh...Sejam setengah aje tu....
nora:
tulah..ingat nak gak beli gelang ke, brooch ke...apa2 laa
asal boleh buat kenangan!
kak elle:
oh..maklang makan kenyang...sampai tak termakan...
duit nya seperti di atas!
kak lady:
makana sedap2 ni tak leh syer ramai2..kang kurang sedap dia...
mulan:
nanti balik sini maklang belanja eh...
mesti panjang cerita dia ni hehe
:) congrats maklang.....:)
bukn senang ....jenuh berpeluh dan berairmata tu...
dan jika maklang ada masa, buat la TAG saya tu ye...:)
idham
tergelak la memikirkan maklang 'mengembangkan hidung' kat majlis tu! HeHe... Congrats!
Tahniah for long service award !!
Ehhh tak shopping shopping ke ?? sebelah je mall tu...
zino:
panjang tu taklah..cuma ada berita bergambar je lepas ni...
id:
Thank you...
Tag ni yang tak larat ni...tak pandai nak tulia apa...nantilah, bila tak de idea nanti!
D:
imaginelaa....best tau kembang kan idung ni...banyak oksijen boleh masuk!
Memang nak tunggu update bergambar dari maklang, mesti best punya.
ahni:
Ni dah letak gambar, dah tengok lom?
Post a Comment
<< Home