Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, July 29, 2007

Busy wiken and busy Sunday..

Assalamualaikum....

Normallaaaa... for me, I am always busy during the weekends. Last weekend, I was busy cooking as well as sewing. Dapatlah siap 4-5 helai tlekong, maklang tampalkan the renda...yang lagi entah berapa helai, tak sempat pegang lagi....

Semalam terajin buat beriani ayam. Bukan apa, nampak daun pudina segar2 kat pasar tani,langsung teringat nak masak nasik beriani. Tapi semalam nasi beriani rasa tak macam selalu sebab kali ini tak guna rempah yang kawan maklang belikan kat Air Hitam or Batu Pahat. Rempah tu memang kelassss. Masak dalam 4 put susu. Bila nasik dah masak, penuh seperiuk. Ayam pulak 1.5 ekor. Saje masak banyak sebab hajat nak bagi kat Kak Yah jiran depan rumah dan Cikgu kat depan rumah. Kak Yah puasa, dan sedang eloklah maklang dapat kasi dia rasa. Tapi cikgu pulak tak ada rumah, so ingat nak hantar pagi tu...tapi dia tak ada rumah. Risau jugak tengok nasi membuak2 dalam periuk. Siapalah nak makan. Along kata dia tak suka, Hakim pun tak suka. Maya pulak banyak mana sangatlah dia nak makan. Nak jaga badan. Abang pun beryani ni kurang. Maklang pun takkan nak habiskan seperiuk.

Mee kuning basah dengan daging for breakfast. Requested by dear Cik Abang..

Beriani ayam
Acar mentah
The whole set ... resepi ada di sini


Tapi..Alhamdulillah...habis semuanya, sampai yang mulanya nak hantar kat Cikgu, tak jadi sebab hujan terlalu lebat petang tu, nak keluar rumah tak boleh, so, habislah budak2 makan. Tak apa, ada rezeki nanti buat lagi boleh hantar kat rumah Cikgu.


Siap masak beriani, maklang buat cheesecake. Yang chill punyalah konon. Tapi nampak the filling tu cair aje. Masukkan dalam fridge dari tengahari sampai ke malam, tak keras2. So maklang experiment laa..masuk microwave nak bakar konon...mana boleh keras, no tepung but ada serbuk agar2 aje, surelah cair...So, dapat idea, maklang letakkan lebihkurang 2-3 sudu tepung jagung, kacaukan dan bakar semula. Alhamdulillah...nampaklah keras sikit...dan bila keluarkan pagi tadi, nampak dah OK. So, maklang parutkan coklat dan hias atas kek tu. Oklaa...tapi budak2 ni tak minat kalau ada limau ni...masam lah...apalaa...tau komplen aje. Tapi Cik abang suka. Nasib baik!


Pagi tadi, buat sambal sotong kesukaan semua. Tak ada idea nak masak apa. Mintak bibik gorengkan ikan kerisi dan buatkan bayam rebus dengan ayam. Then masa bukak fridge, nampak pulak ada mangga muda yang Kak Liza bagi tempohari. Korek2 fridge, semua bahan untuk nak buat kerabu mangga. ada..kesukaan Cik Abang tu. So, siap2 potong semua and biarkan dulu. Bila balik tengahari, maklang foldkan masa nak makan tengahari tadi...sedaaaap makan..kata Cik Abang! Maklang tak berapa, makanlah tapi taklah suka sangat macam Cik abang suka. Cheesecake was our desert...Oklaaa...rasa dia. Kerabu mangga dengan carrot

Bayam rebus with ayam Ini cheese cake maklang yang tak berapa jadi.. A slice for you...

Dan at last buku cerita yang Along dah mintak Busu preorderkan kat JB tu sampai jugak. Total harga buku ialah RM84. Kedai buku Pop pulang kan another RM 16 kot, sebab kedai2 luar jual murah. Kiranya the extra 16 or 14 hinggit tu, buat bayar harga t-shirt laa...(Maklang baru nak start baca buku ke2 pulak)
At last, the long awaited Harry Potter sampai pun, hadiah for Along's birthday.







Petang tadi, ingatkan nak relax laa. Tak sempat lagi naik ke atas rumah, Cik Abang dapat call kata MakNgah and family and Maklong and family with Datok nak singgah. Apalagi, maklang terus aje ke dapur, nak prepare something. Keluarkan ikan siakap dah ingat nak masak, tapi mintak Cik Abang tanya if they all nak makan malam ke? Dia orang kata tak nak. So, immediately, tukar menulaaa...jadi cucur sotong, with popia again.

Setibanya, Makngah kat rumah, terus nampak kerabu and mereka pun meratah kerabu with sambal sotong and cucur sotong. Laku jugaklah makanan. And nampak Maklong makan macam kenyang betul! I am glad that they all enjoyed the food. Cik Abang tok sah ceritalaaa...Baru kata nak diet siang tadi. Nampak sambal sotong, semuanya hilang!
Tetamu kami petang tadi...
Berselera sungguh nampak tetamu jauh dan 'tetamu' dekat makan....


Tetamu kami left about 8:00pm and now here I am updating this blog, sambil2 tengok TV...Selamat berhari Isnin semua.....rajin-rajin kerja..

Best..InsyaAllah besok Atok dan Wan tiba sini...apa agaknya dia bawak balik for us...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

20 Comments:

At Sunday, July 29, 2007 10:29:00 PM, Blogger Kak Elle said...

wah maklang hari2 masuk sini kenyang jadi nya:)
mee goreng tu sedap nampak nya...
cheese cake .... cheese cake... baru tadi I makan kat secret recipe marble cheese cake sedap maklang.

 
At Sunday, July 29, 2007 10:41:00 PM, Blogger maklang said...

Kak elle:

Alhamdulillah kenyang...cam ni baguskan, tak payah makan dah kentang...kalau camni, lama2 kita boleh slimlaaa...tengok gambar je kenyang!

 
At Sunday, July 29, 2007 11:15:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang apa tu kentang...potato eh?
eh dah slim dah turun lagi ....

 
At Monday, July 30, 2007 1:40:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Popiah goreng tu nampak sedap aje.
Nak resipi kerabu mangga, boleh?
Oooo, mee kuning goreng basah - sedaaaapppp.

 
At Monday, July 30, 2007 8:37:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

aha kentang tu potato.

cat:

Nampak aje sedap...rasa belum tentu!

InsyaAllah nanti maklang masukkan resepi nya kat dapur maklang ok...

 
At Monday, July 30, 2007 11:01:00 AM, Blogger Helena said...

mmm.... bestnya nampak cheese cake tu...... Helena nampak macam jadik aje..... hehe

 
At Monday, July 30, 2007 3:53:00 PM, Blogger silversarina said...

macam-macam menu yang sedap-sedap ada kat rumah maklang, rasa macam kat restoran exclusive pulak... sedapnya!!!

 
At Monday, July 30, 2007 7:34:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...banyak2 yang menggoda selera ialah mee goreng tu...sebab memang faveret akak...kalau kerabu tu okaylah...suka kerabu sotong & perut & kacang botor pendek kata semua kerabu..heheheh...

 
At Monday, July 30, 2007 7:53:00 PM, Blogger maklang said...

helena:

Jadi memang jadi cuma tak berapa perfect lagi...kena belajar banyak lagi ni...

Sarinah:

Taaaak laaaah...besa2 aje...jemputlah kemari nanti...

 
At Monday, July 30, 2007 8:12:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Amboi Mak Lang, Baru malam tadi I terjumpa U punya Blog, itupun at I browse thru HanieLiza punya FP, tadi adalah bercerita dgn Naza masa kat office

 
At Monday, July 30, 2007 9:17:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

Mee goreng macam tu sekali sekala aje maklang buat..bila ada permintaan..

kalau kerabu2 ni.....ni memang feberet Paklang.

Ibu Sara:

Oh...ye ke...Terimakaseh kerana menjengah ke teratak maklang...

 
At Monday, July 30, 2007 11:01:00 PM, Blogger Ajzie said...

Mak Lang
Kalau nak rempah brayani BP (Md Shah) info aje pada Azi. Nanti Azi post kan ok...

Salam

 
At Tuesday, July 31, 2007 12:37:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

ML that day kan..konon nak masak laaa... so browse la u nyer blog. just a suggestion, maybe ML nak labelkan as ikan, daging, sayur, seafood, cakes kaaa..and label tu leh access kan blog ML..senang skit nak carik.. pie label ikan jer..sumer menu pasal ikan kuar..kan senang??

tetiba..tetapi maid kata tak yah masak sbb my sis beli lauk...aaa..takder can nak polish skill...

 
At Tuesday, July 31, 2007 3:40:00 AM, Blogger lady bug said...

amboi mak lang.. compund besar leh ler buka stall.. muahaha.. jgn mara mak lang oiii... x terkejar nk buat sume tp ayam serai Lady buat 4 dinner menjadi.. sodap..

 
At Tuesday, July 31, 2007 7:31:00 AM, Blogger maklang said...

Ajzie,

Tak tau pulak tu rempah apa, nanti tanya kat kawan tu...

UBA:

Hajat hati nak gak buat camtu, tapi maklang tak tau nak buat camana. Ajat sikit boleh tak?


Lady Bug:

Compound memang besar...tukang masak tak ada...ha..ha..ha...

Apa kata kalau Lady yang datang sini, jadik tukang masak maklang.

Fot yout info, songket dah beli nanti Wan Fari postkan ke rumah sedara kat KL tu before nak hantar ke u. Kicap Bango pun ada...kerepek, tengok kalau sempat atok beli...They are here now, malam ni on ok???

 
At Tuesday, July 31, 2007 10:33:00 AM, Anonymous Anonymous said...

salam mak lang..bolih mintak resepi cucur sotong tak?

 
At Tuesday, July 31, 2007 7:20:00 PM, Blogger KAK DIEDA said...

lorrrr maklang meh ler antor kat sini sepinggang he he he

atok n wan tu..tinggal kat mana maklang? Bagus sungguh parent maklang ekss, selalu datang menjenguk.

 
At Tuesday, July 31, 2007 8:48:00 PM, Blogger KakNi said...

Blog maklang ni memang meriah dan berwarna-warni dengan cerita makanan dan kraf (jahit menjahit, sulam menyulam)

 
At Tuesday, July 31, 2007 9:52:00 PM, Blogger maklang said...

Enon:

InsyaAllah maklang letakkan, tapi kalau nak boleh jugak pergi kat http://teratakmaklang.fotopages.com. Kat sana ada..

Eida:

Camanalah nak antor...

Atok n Wan tinggak kat JB tapi memang 2 minggu sekali sebab kat sini ada 4 cucu mereka...

 
At Tuesday, July 31, 2007 11:07:00 PM, Blogger maklang said...

salam ahni...

apakabar? lama tak nampak?

Ari tu maklang nak komen kat blog ahni, tak boleh2..apasal entah...

 

Post a Comment

<< Home