Perihal kerja dan hobi
Assalamualaikum…
Kali ini balik dari KL memang lepak betul. Tambah2 pulak kat opis tak sibuk. Kalau sibuk mungkin taklah rasa penatnya sampai macam tu. Maklang kat opis relax sikit sebab projek yang maklang involve sangat tu dah slow down. Sebabnya, ada masalah besar yang tak dapat den nak tolong. Kesian jugak pada pihak pelabur. Tapi ada jugak yang suka sebab dengan terjadinya ini, syarikat kami akain dapat untung lebih sikit sebab kerja2 yang maklang dah lakukan sebelum ini terpaksa dibuat lagi sekali. Entahlah…maklang tak kisah sangat pasal upahnya, sebab kasihan sangat kat pelabur2 tersebut. Apa nak buatkan…kerja. Kalau dah kena buat, buat ajelaa….dan harap2 akan dapat membuatnya seperti sebelum ini.
Dari tak sibuk masa pagi, jadik sibuk sangat waktu petang tadi. Kena call sana sini nak mintak information untuk projek. Bila dah alih tempat, maka orang yang kita nak kena jumpa pun lain sama sekali. Alhamdulillah ada 2-3 department masih ada connection dengan orang yang maklang pernah deal sebelum ini. InsyaAllah akan memudahkan hendaknya. Dan mintak2 pegeawai2 di selatan Terengganu tak banyak memberi masaalah dan tak sim-mim-ba-wau-ngalah…Moga2 mudahlah segala2nya.... Amin.
Petang tadi sibuk nak arrange for meeting next week. Dan nampaknya orang yang nak di jumpa tu macam Ok aje. Mintak2 perception ni betul. Tadi petang pun dapat jumpa pegawai untuk laluan keretapi . Yang bestnya, pegawai tu datang kepejabate kami instead of kami pergi jumpa dia. Last2 balik dalam pukul 6 lebih sebab meeting start dekat2 5.30pm. Oklah the meeting, banyak dapat information.
Tapi yang bestnya hari ini, maklang sempat jugak nak ajar kawan2 yang terminat pulak nak buat ribbon embroidery. Last Thursday masa maklang ke KL dah dapat belikan mereka jarum2 untuk nak buat ribbon ini. Tapi jarum besar yang maklang beli dulu tu tak ada kat kedai ini. Kedai ini banyak jual barang untuk nak buat patchwork ~ sesuatu yang maklang nak sangat belajar, tapi entahlah bila baru dapat. Dari nak beli jarum untuk kengkawan, maklang pulak yang tergoda nak beli buku lagi….Cantek sungguh sulaman buku ni. Tanya kat Cik Abang dia kata beli aje….So, apalagi.... membeli belah lah maklang. Kedai ni memang dah lama maklang kunjungi dari masa maklang kat KL lagi. Kalau ada yang minat pergilah kat kedai ni. ..Nama kedai ni Cottage Patch. Terletak bertentangan dengan Ampang Point. Ph. No. 03 42563106. Ini ada gambar tuan punya kedai Ms. Alice. Kedai Ms. Alice ni ada jugak buat kelas untuk patchwork. So, siapa2 yang minat boleh lah talipon Ms. Alice.
Ini pulak, my latest ribbons. Still in the process….
Terimakasih kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..>
12 Comments:
Minta2 project baru ni success maklang:)
eh cantik colour merah tu dan juga bunga2 bertaburan tu.
Nanti Mak Lang pulak bukak kedai jual HASIL tangan ek?? D beli je la..
cantik sgt, sgt, sgt ribbon work mak lang tu...saya suka....
maklang,
Patchwork tu apa ke benda maklang?
Kerja2 hasil tangan ni, Cath kurang mahir. ;{
uikss.... ada projek baru...
Hi Mak Lang .... cantiknya roses tu!!!
Nak tanya sikit, where do you get the jarum for the embroidery (yang utk ribbon besar)? I pergi Ampang Point tu adalah lebih kurang 3 kali seminggu tapi tak masuk lagi Cottage Patch ... and the shop has been there berpuluh tahun dah rasanya!!! Bukan apa, takut tergoda and then end up membeli-belah apa yang tak patut!
Bilalah nak sampai seru nak minat projek2 macam ni?
Mak Lang jahit bunga ribbon tu main agak2 aje ke mana nak letak bunga, or ada measurement dia? Curious pulak.....
kak elle:
InsyaAllah, ni pun tinggal sikit lagi, tapi tak larat dah nak buat!
D;
Ok set!:)
drno:
TQ...maklang pun suka yang ini and Alhamdulillah kawan maklang yang tempah tu pun suka sangat2...
Cikdinz:
Biasalah tu, habis satu projek, mulalah satu lagi...cam kat offislaa...
cat:
Patchwork tu alah ptong2 kain and cantum2 tu...Googlelaa and I am sure you will find the answer. Kat US mesti banyak kan...
QOTH:
La...bestnya Queen dekat dengan Cabbage Patch. Maklang beli jarum tu kat sini:
Yee Button,
33, Jalan SS2/55.ph.no.78770072/0049
So, nak mula menjahitlah eh? Maklang ni teringin sangat nak berbual ngan Queen...Ingin...
Mamamia:
Maklang main hentam aje bila jahit ni..rasa2 nampak macam cantek, teruskan, tak cantek, bukak aje and jahit lagi...Selalunya idea datang masa menjahit..
Syukur Alhamdulillah....Allah bagi idea..
Salam Mak Lang, cantiknya roses tu kat kain merah lagi cantik. Saya pun minat patchwork tu..cantik bila kita susun ikut corak kain yang dipotong tapi kena guna mesin apple ke Mak Lang?
Salam Merdeka dari Saya
maklang maklang oi maklang oiiii..
cantiknya bunga ribbon tu.. sungguh geram daku melihatnya.
maklang kalau nak oder bunga2 tu utk sarung kusyen blh tak? berapa agak2 kosnya?
:)
Post a Comment
<< Home