Redang Day 1
Assalamualaikum...
Alhamdulillah kami telah pun selamat pulang dari bercuti di Pulau Redang petang tadi. Memang bestlaa.... Semuanya best...Alhamdulillah...Ada ketawa, ada suka, ada merajuk, ada gaduh, ada melalak. Bak kata orang semuanya adalah...
Pagi Jumaat semuanya bangun awal. Kami bertolak dari Kerteh lebihkurang pukul 7:30pagi. Almaklum, nak kejut budak2 dan nak suruh siap cepat2 ni bukannya senang. Bibik pagi2 dah siapkan nasi goreng untuk bekalan sebab takut anak2 lapar. Roti pizza pun dah maklang siapkan malam sebelum itu untuk dijadikan bekalan jugak. Kami bertolak tanpa sarapan pagi sebab masih terlalu awal untuk nak makan. Jadinya macam biasalah maklang suap Cik Abang sambil dia memandu kereta.
Anak2, sekejap aje lepas tu semuanya gone balik. Sebenarnya mak dia pun sama jugak. Nasib baik Cik Abang OK. Kalau tak mau kami tak sampai jeti on time. Tiba kat jeti tu, Cik Abang lah yang uruskan semua. Beli tiket and check in. Kereta, kami park kat terminal jetty tu. Nasib baik dapat park kat dalam. Kalau kat luar takut jugak sebab tak ada orang jaga. Kalau kat dalam selamatlah sikit and senang hati sikit.
Dekat Terminal Jetty di Shahbandar kat KT
Lambatnya lah ferry ni..Hakim dah boring...tak sabar nak tunggu ferry tiba1
Anak2 dan mak bapa excited sangat....
Tepat jam 10:30pagi kami menaiki Ferry Samudra 3. Oklah Feri tu. Besar. Muat ramai orang and ada CD lagi untuk nak ditonton. Takut betul muntah sebab tak biasa naik feri. Jauh pulak tu. Kalau kat Penang tu Ok, sebab dekat aje, ni sampai 1.5 jam. Kami bawak jugak plastic dan tissues, mana tau ada yang tak tahan nak keluark isi perut. ALhamdulillah semuanya Ok. Sebenarnya maklang, Cik Abang dan 2 anak yang besar dah telan ubat mabuk and panadol sebelum bertolak. Tak kuasa nak pening2. Yang bestnya instead of mabuk, anak2 maklang siap makan bekal lagi. Maklang tak makan, tapi sempat lelapkan mata sat, and tengok CD tu, Oklaa..cerita Ghost Rider.
Tengok bujang tu...excited! BTW tambang kalau ikut Berjaya ni kena RM100/adult and RM 50/child. Tak tau apasal extra Rm 20/ 10 per person, mungkin sebab dia sediakan bus untuk pergi balik dari hotel ke jetty. Kalau ikut biasa is RM80/adult and half the cost for children.
Kat dalam feri..
Angah dah Hakim...Hakim tu berlakon lagi tu...
Kami tiba kat Jetty Redang around 1pm. Seronok rasa. Almaklum the last holiday was so kelam kabut, with Alang nak ke Europe and Aunty Leen bersalinkan Alman, and Alman was in critical condition. Alhamdulillah...this time all went so well and we couldn't ask for more...Syukur Alhamdulillah...Everything went well as planned.
Dari Jetty kami naik bus yang telah disediakan oleh pihak hotel.Sebab bilik belum siap, Cik Abang suruh kami semua makan dulu. Dapatlah kami makan kat hotel. Buffet lunch is RM 32.00 per person. Anak2 below 12 kena half price. (Kami dapat voucher RM 500 for food..tu yang boleh makan kat hotel. Kalau tak mau ghebeh poket!).
Redang....Here we come... Look at all the sengih faces!
Lunch Along...Cam omputeh...
Angah's...
Ayahanda's..omputeh lagi... Saje letak gambar makanan....supaya Zino boleh nengok..he..he..he..
Sedap nya kek2 ni....naiklah berat badan...
Sekejap lepas lunch, Cik Abang left for solat Jumaat sementara kami meneruskan.... makanlah apalagi. Dekat pukul 2:30 barulah bilik kami siap. Masuk bilik, semuanya berehat dulu. Tak ada plan nak pi mana2. Terbaring aje dulu. Rehat. Kami kalau jalan2 tak ada rush rush. Banyak relax laa..
Bujang..all ready for the swim...
Along pun sama...maya pun excited...tak sabar nak terjun...Angah entah kat mana..
Petang tu, lebihkurang pukul 5:ooptg, semuanya dok berendam dalam laut. Jernih betul air. Memang bestlaa air dia. Memang tak jumpa kat pesisiran pantai kat Kerteh ni. Memang jernih and visibility dia dalam 5 kaki tu is so jelas. Maklang sekejap2 float aje atas air tu. Macam terror aje. Jangan tak tau, float pakai pelampong le...Rasa best sangat sebab rasanya entah dah berapa tahun tak mandi air laut!.Malas nak belengas. But surprisingly, it was not that bad. Agaknya pun sebab anak2 dah besar, taklah rasa susah nak kendalikan mereka.
Lepas dah berendam dekat 2 jam, kami naiklaa..Siap2. Mandi2. And lepas tu kami cari makan pulak. Tak bolehlah nak makan kat hotel siang malam sebab kena cermatlah sebab masih ada 2.5 hari lagi di sini. Ada satu kedai makan about 5 mins away from the hotel. Memang tak jauh langsung. 5 mins pun sebab kena naik bukit . Kalau tak 3 mins dah sampai. Dengan confidentnya kami order makanan kami. Maklang order kuey teow hailam, Cik Abang order Mee Bandung, Along order Mee Sup Tomyam. Hakim order Nasi Ayam Halia, Angah order Mee Sup and Maya order Kuey Teow sup. Order spare Kuey Teow Goreng. Ampun dan maaf, semuanya kami makan sebab terpaksa. Tak taulah maklang, biasanya anak2 ni makan tak cerewet, tapi malam tu semuanya tolak2 aje makanan mereka. Along yang biasanya sebat semua, malam tu, tak habis langsung, apalagi Maya. Cuma Hakim aje habis. Kuey teow goreng dan hailam habis pun sebab semua orang dok makan!Sebab semuanya tak kena selera, Cik Abang order pulak satay 10 cucuk. Yang sedihnya, kurus2 aje satay tu, dah harganya buat kami terkejut! 70 sen sebatang! Semua harga makanan yang lebih banyak terbuang tu, termasuk air adalah RM60 lebih! Memang tak puas hati langsung! Memang lah itu kali terakhir kami makan kat situ....
(Gambar...nanti maklang upload eh...sabar..sabar...-- gambar dah upload @ 9:00am, PC maklang kong pulak! Geram betul! Nak kena komplan ngan DELL ni..baru 4 bulan !)..UBA, maklang cerita detail2 ni...kot2 dapat info sebelum nak cuti ni...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Cuti cuti
16 Comments:
salam holiday !!
Redang .. bestnya holiday !! I tak pergi lagi..kalau tak mabuk okaylah... I cukup takut mabuk laut...
best nya cerita maklang kali ni...nak tunggu tengok gambar pulak.Dulu saya suka the sea and sun tapi semenjak kena sun stroke tu dah tak minat....kalau tengok gambar dulu2 I was very tanned asyik ke laut aje.
Sarinah:
Nanti balik ni pergi laa...ni belum part yang best ni...baru sikit2 aje....
Kak Elle:
Memang best betul kali ni gi cuti...apa orang sekarang kata..best gilerrr....ha..ha...syukur alhamdulillah...
Wah! Mak Lang, cuti-cuti Malaysia...
Cepat upload gambar, nak tumpang cuci mata..
Wah ke Pulau Redang.. best nyaaaaaa..
Tak sabar nak tgk picture...
patutlah sunyi blog maklang..rupanya orang g holidays...
kalau harga mahal tapi makanan sedap puas hati kan mak lang...tapi bila mcm ni... eeeeeeeeee gerammm ...
sekarang kat malaysia musim cuti sekolah ker?
the journey sounds fun..
bes nya... cuti baru bermula dah balik dari bercuti ya hehe..
maklang,
Wah bestnya dapat pergi Pulau Redang. Makan kat hotel pun best jugak kan? Mahal tapi janji sedap. Buffet pulak tu. Kalau Cath, 10 round. LOL!
hari ni perut kita meragam...
bestnya jalan2 pi tengok laut...
budak2 la yg paling seronok kan? habis duit pun tak rasa tengok anak2 happy!
mamamia:
gambar dah upload...tapi tak leh semuanya..jenuh tunggu...nanti malam pulak, sambung cerita!
ajzie:
Memang best...best sangat!
Kak liza:
Sebab tu lah tak call akak, kalau tak , sure maklang call mintak buatkan cup cake tu!
simah:
betul tu, kalau mahal tak pe, asal sedap. Tapi ni mahal dan tak sedap...apa nak buat, terima ajelaaa
memang sekarang musim cuti. Di kerteh dah mula dari Jumaat.
Zino:
Aha...cuti baru mula, tapi kami dah balik! Mana tak nya...start pagi2 jumaat lagi!
Cat:
Mana boleh tahan 10 round! Pecah perut! 2 round pun dah pening2 lalat! Kembong perut sebab terlebih makan!
OO:
Kenapa sakit perut lagi..ada apa2 ke?
Take care...jangan renyah2!
Assalamualaikum ML,
Ni RED , saya dah pernah pergi Redang & Perhentian. Pantai utk mandi manda tu elok & banyak lagi perhentian. Dari cerite tu saya rasa ML pi bhg kampung / Berjaya kan. 1 lagi tempat yg OK jugak di bhg laguna. Actually dari Berjaya ke Laguna boleh ikut jungle tracking taklah jauh sgt about 30 min rasenya. Cuma di bhg laguna tak delah warung / restoran semua kena inclusive dgn lodging.
1 more - telekung dah siap belum.
RED:
Lama maklang tak nampak awak. Apakabar? Aha..memang kami gi ke Berjaya. Semuanya K tapi bab restaurant tu tak berapa OK. Kami makan kat otel aje sampai ke balik. Overall memang seronok, nanti maklang cerita in my next N3.
Telekong dah siap, tapi unfortunately, maklang lupa nak lapiskan tebal sampai ke bawah yang macam red nak tu. So, terpaksalah maklang buat yang lain khas untuk RED. Tapikan kalau kaler putih OK kan..
Wah!! Orang tu dah balik cuti-cuti malaysia dah...hubby kak lady barulah nak tanya kitorang nak ke mana cuti ni...heheheh...kalau nak booking untuk pergi tempat best2 pun dah penuh kot hotel2 semua...maklumlah cuti sekolah...
Anak2 ni kalau dpt manid-manda...memang seronok bebenor diorang tu.
Post a Comment
<< Home