Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, August 12, 2007

Sukan Tahunan Tadika Petronas 2007

Assalamualaikum


Macam maklang kata dalam N3 yang lepas...hari Sabtu yang lepas memanglah tersangatnya busy...tapi dalam maklang busy sempat jugak maklang siapkan jahitan bunga ribbon untuk Kak Arni. Tapi masih belum dijadikan beg lagi. InsyaAllah besok kalau sempat maklang nak disiapkan. Dah lepas siap jahit jan manik2 tu, maklang turun kebawah, dan disebabkan tak memasak pagi semlam sebab ada makanan dari Wan Pari, maka timbullah perasaan nak membuat kuih cara berlauk. Caranya sama macam roti jala cuma letakkan the batter dalam acuannya dan masak atas api kecil . Letakkan jugak daging yang telah digoreng kering bersama daun bawang dan daun sadri dan bawang goreng bersama potongan lada merah

kueh cara berlauk


Lepas solat kami sekeluarga ke padang sekolah Hakim. Along yang ada periksa hari Ahad pun mengekor sama. Dia pun sama seronok nak tengok adek kesayangan dia bersukan. Lagi pun tahun ini tahun terakhir kami tengok sukan ini. Lepas ini tak ada lagi dah...

Kami pergi bawak tikar dan bekalan makanan sebab dirumah tak makan pun. So, kami picnic bawah pokok...Cik Abang dalam baju Walkathon yang dipakai masa ada Larian Wakathin anjuran SKRP.tengah picnic kat bawah pokok



dikhemah rumah kuning sebelum kawat dan lintas hormat

muka boring sebab panas sangat
boring betul dah nikakak tengah melayan adek yang kehausan


Menunggu bacaan ikrar
Semangat kesukanan
Hakim seronok sangat masa Chicken Dance ni. Last year masa orang senam robik, dia keras kejung kat atas padang.
Mula nak berkawat
Hakim seronok sebab ditugaskan pegang bendera rumah kuning. Tahun lepas pun dia bawak bendera...sebab dia besar!
Hakim sedang menerima hadiah...Mentanglah dah menag...berjoget dia...

Merajuk sebab Hakim tak kasi dia main belon
Hakim baru menerima medal dia...



Wah...nampak medal tu...Dia menang Johan...Tu yang dah boleh senyum tu


Sebenarnya gambar tak ikut sequence...tapi pahamkan...

Dan untuk tidak menghampakan Zino, maklang letaklah jugak gambar2 masakan hari ini...
Nasi lemak pagi tadi
Mee Ladna...tak puas hati, masak dalam terkejar2..


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

19 Comments:

At Monday, August 13, 2007 12:20:00 AM, Blogger demonsinme said...

MADAM ML:

Tak dapat masuk? Tak tau la pasal...network atau server problem ko?

Nanti say try tanya dak IT.

 
At Monday, August 13, 2007 2:05:00 AM, Blogger Mulan said...

alaa hakim... cute betoll..

ya ampun maklang... tak dapat nak jejak maklang masa balik hari tu. lepas je hubby kena balik vietnam, mulan ni terkejar2 kl-kuantan-kl nak settle byk benda. drive pun bagai nak rak, tak check lagi saman polis/jpj ni.. kl-ktn 2 jam je tau, tak sedar langsung kaki dok press je..

 
At Monday, August 13, 2007 5:45:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Memang Hakim paling tinggi dalam pasukan rumah kuning ya... Hensem your son.

Nasi lemak tu, Cath will give anything to have satu bungkus.

 
At Monday, August 13, 2007 7:09:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Dapat juga masuk blog eh maklang?kenapa byk muka boring kali ni kat gambar2 tu...Maya merajuk pulak.

yum yum cara berlauk tu:)

 
At Monday, August 13, 2007 7:52:00 AM, Blogger maklang said...

demonsinme:

Dah dapat masuk...sebenarnya bukan masaalah apa pun...maklang aje yang tak tau tekan kat mana, bila dah cuba try test the cursor everywhere, baru dapat!

Mulan:

Hakim cute macam mak dan abah dia..the right mixture...he..he...

Maklang ni tiap hari duk tunggu, phone call ke, sms ke, tapi tak ada pun...Tiap hari cuba resepi baru, takut2 mulan tiba...tapi hampa...

Cat:

Jawapan kehenseman Hakim tu maklang dah jawab kat Mulan...

Kalau tukar ngan beg LV boleh kaaa?? Maklang kasi nasik lemak 3 bungkus!

Kak Elle:

At last kak, tunggu kejap lepas tu, eh..elok pulak. Cepat2 publish...gambar taklah banyak mana pun...

Ingat besok pagi nak buat cara tu lagi...tapi bibiklah kena tolong bakar, so that tak terkejar2. Lagipun besok, rancang2 nak buat soto ayam...tengoklah camana nanti..berangan memang tak habis!

 
At Monday, August 13, 2007 9:46:00 AM, Anonymous Anonymous said...

baru perasan bole komen pulak.

Apasal muka pak lang herot beerot tu.Sama boring macam hakim.hehehe.

Hakim paling tinggi dan besar ke kat tadika?

 
At Monday, August 13, 2007 10:18:00 AM, Blogger Xuera_lar said...

Hemm...kuih cara berlauk pulak....ini pun peberet saya...maklang tolong tulis resepi dia...hihihi..

 
At Monday, August 13, 2007 11:28:00 AM, Blogger cikdinz said...

bebudak mmg suka aktiviti mcm nih. memula je boring, pastu tak hengat dunia....

mak ngan ayah dia seronok ke ?

 
At Monday, August 13, 2007 12:47:00 PM, Blogger maklang said...

el:

Patut tak pernah nampak awak komen, ingatkan awak tak sudi...

eh jemputan dalam sms tu rumah no. 4 tu untuk seme ke??

Ada lagi yang lebih besar dari Hakim...Tapi Hakim paling besar kat klas dia rasanya...

Paklang tu tengah menguyah kot...maklom lah bekalan banyak..ada nasi ambeng, ada buah2an, ada kacang..picniclah katakan...he..he..he..

arejue:

Kalau nak buat cara berlauk, ikut resepi roti jala kat blog dapur. Tapi daging minch yang digunakan tu, digoreng dengan sedikit garam dan kalau nak sedap lagi letak sedikit rempah kari atau ketumbar.

Whipped cream tu cap Anchor. Sebenarnya any whipped cream will do. Sorry , maklang jawab lambat!

Cik Dinz:

Mak Bapak pun sama, suka...sebab nak sorak supaya anak lari kuat2...berbaloi hilang suara, sebab Hakim dapat Johan!

Cik Dinz pun pasti suke jugakkan...

p/s: Lama tak datang sini???

 
At Monday, August 13, 2007 2:10:00 PM, Blogger silversarina said...

wah....sebab panas sampai hakim masam je ekkk.. bestnya sukan..makbapak yang lebih excited bila tengok sukan anak-anak...

 
At Monday, August 13, 2007 3:19:00 PM, Blogger Minahsongeh said...

Wah,

Mak lang tabik spring. Kita tak pernah buat kueh cara. Nak try jugak. Selalunya kalau minah buat kueh melayu tak menjadi sangat- tak pandai.

 
At Monday, August 13, 2007 4:11:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

kalau mas suker koay teow ladna dr mee...

ooo..dah beso yer hakim...tahun depan std 1 yek..

 
At Monday, August 13, 2007 7:27:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Selama ni I ingatkan Hakim dah sekolah rendah... So, sebaya dgn my 3rd lah.

 
At Monday, August 13, 2007 7:46:00 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Memang best..mak bapak yang terlebih excited...tapi maklang sedih sebab ni lah anak terakhir bersekolah tadika...Nangis I...


Minahsongeh:

Maklang pun karang2 buat kueh tradisional ni...Alhamdulillah jadik ni...Syukurlaaa...


UBA:

Hakim tu tak besar...tapi comei cam mak dia...


mamamia:

Sebab tulaah manja sangat sebab dia masih tadika...

 
At Monday, August 13, 2007 9:38:00 PM, Blogger aNIe said...

Hakim memang nampak besar...belum lagi berdiri sebelah Fareez...memang tenggelam habis...hehehhe..seronok nampaknya dia tu...

 
At Monday, August 13, 2007 10:06:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

samalah kalau mak Hakim diri sebelah mak Aeez...tenggelam mak aeez...he..he..he...

memang seronok..mak and bapak seta kakak dia pun happy...

 
At Tuesday, August 14, 2007 12:04:00 AM, Blogger zino said...

apa acara bujang kecik tu masuk? hehe...

terima kasih kerana berjaya buat zino terliur hehe

 
At Tuesday, August 14, 2007 8:08:00 AM, Blogger pB said...

Salam Mak Lang ...

nak tak besh ni kalau masuk blog mak lang pagi pagi...
mesti otomatik , perut berbunyi bunyi..

lenkali nak masuk umah mak lang, kena makan kenyang kenyang ..

ha ha ha

kuih cara berlauk...
pb suker yang boh gula tu ...

dia punya acuan ada , dah berjaman jaman kat umah tu, tapi tak pernah sekali pun pB cuba....

 
At Tuesday, August 14, 2007 8:46:00 AM, Blogger maklang said...

zinO:

bujang masuk acara slalom? Entah betul tak ejaan dia...

PB:

Perut lapar tu tandanya anda masih sihat..he..he...

malang pun suka yang ada gula tu..nak2 kalau dia cair dalam mulut...sedaaaapnya....

 

Post a Comment

<< Home