Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, August 22, 2007

Redang Day 3 and 4 ~ Goodbye Redang

Assalamualaikum…

Hari ke3 di Redang semua except si bujang excited sebab nak pergi snorkelling. Malam sebelum tu Hakim tak boleh tidur sebab dia takut nak pergi snokelling. Kejap2 tanya. Kalau nanti Hakim tenggelam macamana.?Maya pulak kata kalau Hakim tenggelam nanti Maya tak ada adeklaa…and Hakim cakap pulak, kalau mak gi snorkelling siapa nak jaga Akim. Kejap dia nak ,kejap dia tak nak. Pening maklang dan Abah dia menjawab segala soalan2 dia. Last2 kami kata, kalau dia tak mau tak apalah duduk aje kat dalam boat tu.

Pagi tu kami semua siap awal. 8:30 pagi semua dah ready sebab dah janji nak gi snorkelling at 9:30am. Takut jugak kalau lewat nanti gareng pulak muka ni. Lepas aje sarapan pagi kat hotel, semuanya bersiap nak snorkelling. Maya merajuk, entah tak tahu kenapa. Biasalah tu…ngantuk agaknya…tak cukup tidur!
Breakfast omputih


Merajuk....

Angin Maya baik semula bila nak siap pakai vest. Suka2 hati aje , kejap merajuk, kejap baik. Maklang lagi dia merajuk, lagi maklang kacau dia. Gelihati nengokkan dia.
Semua dah ready untuk snorkelling.



Kami book satu speed boat untuk kami sekeluarga aje. OK jugak. Orang tu kata sewa for 3 jam adalah dalam RM300. Kira Oklah sebab dapat untuk sekeluarga and tak payah tengok orang2 putih yang dah macam tak ada kain nak tutup tubuh tu. Macam2 pesen. Kami lawat 4 tempat untuk nak snorkelling dan dapat pusing pulau. First place was so seram. Sebab nampak dalam sangat. Maklang duk tahan kaki kat tangga boat aje. Memang suspense sebab tempat tu memang dalam. Tapi , MasyaAllah memang indah betul. Allah Maha Besar. Dengan all the corals and fishes, macam tak percaya. Ikan swimming around and very colourful. Maklang tak tengok lama, suspense. Hakim pun takut. Yang 3 orang tu and abah dia aje enjoy. Kami tak lama kat situ sebab memang seram. Dalam sangat. So, Fizzy, pemandu boat tu bawak kami ke Marine Park. Marine Park, jauh beza dengan the 1st place. Kotor and air dia agak berkeladak sebab terlalu ramai orang. By this time bujang dah boleh ketawa2. Seronok sebab naik speedboat. Sekejap aje kat Marine Park, Fizzy bawak kami ke Pulau Paku. Kat sini, maklang berani lah sikit. Lepaslah pegangan dari boat dan snorkel agak jauh dari boat. Hakim pun by this time dah enjoy sangat2.

Mula2 takut konon...peluk maklang masa boat tengah laju...Waa...dah seronok ...atas darat pun pakai goggle..
Tengok penyu.. tengok bujang tu...
Semua dah masuk dalam...mak lang terpaksa sacrifice sebab goggle maklang maya dah kebas..
maya sampai terlelap...








soup minum petangsempat bergambar lepas makan petang
orang2 kenyang...ceria aje muka masing2...


Sambil2 tu dapat jugak menjahit lagi. Perut pun masih kenyang. Dekat pukul 5:00ptg kami mandi laut pulak. Seronok. Angah pulak merajuk sebab Hakim tak nak pinjamkan goggle dia pada Angah. Padahal goggle tu Angah yang punya. Naik dari laut maklang , Hakim dan Maya berendam pulak kat pool. Yang bestnya boleh masuk dengan baju yang kita pakai tu. Tak payah nak berswimming suit. Lifeguard dah beritahu maklang on the 1st day lagi…Tu yang best.

Malam tu semuanya macam nak pengsan. Mabuk satu macam. Perasaan macam terbuai2. Pegang sudu , sudu jatuh, nak minum pun air tak masuk mulut. Hanyut betul!

Semua tidur awal. Badan sakit2!

Next am semuanya bangun lewat. Lepas solat sambung tidor. Bfast pun pukul 9pg.
bujang tunjuk thumbs up lagi...puas hati makan kat hotel!
Lepas bfast kami bergambar disekitar kawasan hotel.
Depan tempat makan Restaurant the Palms
Dekat Pool
Dekat tepi pantai

Depan Pool lagi



Dekat kawasan hotel...cantek
lagi kat kawasan hotel


Gambar disekitar kawasan hotel

terlelap..penat lah tu...ni dah on the way nak balik ke Kerteh..
merajuk sebab tak dapat yoyo...camana mak nak belikan..harga nya RM22.00 se yoyo. Kejap main lepas tu buang...










nak naik bus ke jetty...bye redang...








Then pergi belikan tshirt for Hakim. By 12:00 kami dah keluar dari bilik. Bills Cik Abang dah settlekan the night before.Goodbye Redang... We will come again, InsyaAllah....















Seronok betul cuti kali ini…Alhamdulillah…

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

12 Comments:

At Thursday, August 23, 2007 7:21:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Best membaca nya ... banyak juga membelanja eh maklang untuk satu family?takpe lah duit bolih di cari tapi happiness se family tu yg paling syiok.

Cepat2 tarok gambar nak tengok juga:)

 
At Thursday, August 23, 2007 10:06:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Gambar nak naik bas, bye Redang tu - semua muka masam aje. Sedih kan nak tinggalkan Pulau Redang tu.
Next time, Cath balik Malaya - nak bawa hubby & anak2 gi snorkling kat Redang lah...

 
At Thursday, August 23, 2007 10:23:00 AM, Blogger IKHWANI said...

woh, snorkelling ni nak kena pandai swim kan? kalau kami - out lah yang ni semua tak tau swim!

 
At Thursday, August 23, 2007 4:03:00 PM, Blogger Mulan said...

syok kan maklang. 2 years back kami pi sana. same hotel la rasanya. hubby pi diving pagi petang siang malam, kami kat pantai & pool je.. nice hotel kan.. semua ada.. harga pun reasonable.. jeles la.. rasa nak pi lagi..

 
At Thursday, August 23, 2007 4:14:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Bestnya mak lang pergi Pulau Redang ni. Sekarang ni cuti sekolah ke? Anak2 kat rumah tengah prelim exam...so cuti seminggu september ni pun takde rancangan. Maybe Disember nanti.

Bila nak cuti ke Spore pulak?

 
At Thursday, August 23, 2007 5:38:00 PM, Blogger D said...

oooh... rindunya nak holiday kat pulau Malaysia! Eh, ondeonde, nak snorkel tak payah pandai berenang, pakai life-jaket je cukup.. kalau scuba diving tu lain la!

 
At Thursday, August 23, 2007 8:08:00 PM, Blogger aNIe said...

Last sekali kak lady naik speedboat & snorkling ialah hampir 10 tahun dulu...memang seronok dpt tengok ikan2 yang berenang2 di kaki kita dlm laut tu...

Anak2 maklang pun nampak seronok ...alhamdulillah...rasa puashati bila dpt bawak anak pegi jenjalan...

 
At Thursday, August 23, 2007 9:10:00 PM, Blogger simah said...

wah snkorkeling? bestnyaaaaa...!!

gambar angah angin tu mahal mak lang! hahahaha...kuat menyakat jugak yea mak lang ni :0)

 
At Thursday, August 23, 2007 10:41:00 PM, Blogger Kak Elle said...

kenapa banyak yg merajuk?
tengok tu muka sampai merah padam lepas snorkelling....eh maklang tak turun ke?

 
At Thursday, August 23, 2007 11:22:00 PM, Anonymous Anonymous said...

tak sabar laaaa...nak pie holiday nie....

 
At Friday, August 24, 2007 7:04:00 AM, Blogger maklang said...

kak Elle:

Total cost termasuk ferry, makan2 and boating semuanya kena dalam RM1K plus je...bilik dapat complimentary...

OKlaah...we had so much great fun.

Cat:

You will enjoy it so much!

OO:

Maklang manalah pandai berenang. Anak2 pun tak berpa! Asal ada life vest tu, InsyaAllah Ok...best oo..baru tau betapanya alam didalam laut ( walau dah tengok kat TV) dan betapa Allah Maha Kaya!

 
At Friday, August 24, 2007 7:07:00 AM, Blogger maklang said...

mulan:

pergi jangan tak pergi! Memang best!

Nora:

Meman tengah cuti sekolah...Singapore tu memang nak pergi, tapi tak tahu bila lagi!Doa2lah...mana tau ada rezeki dapat nak pergi!

D:

Kalau rindu balik sini cepat2laa...mesti best punya!

 

Post a Comment

<< Home