Busy lagi...
Assalamulaikum
Badan rasa letih lesu, mata mengantuk tapi terpaksa jugak datang kerja hari ni. Kalau nak ambik MC boleh aje, tapi malas memandangkan besok ada teleconference. Banyak nak kena jawab tu. Tapi setakat ni lebih kurang dah well prepared nak jawab apa. Tinggal nak type weekly report aje. Ni kena nak siap hari ni jugak, Insyaallah…
Dah 2-3 hari ni busy tak menentu. Kat opis dan kat rumah. Hari Isnin lepas, lepas aje balik kerja ada kawan datang. Sebenarnya yang kawan tu, husband dia. Pernah bekerja dalam satu project. Husband dia Client Opis maklang. Entah satu hari masa maklang pi servis kereta kat Kuantan, terserempak dengan isteri dia. Masa tu maklang tengah jahit manik kat telekong. Dia berminat. Tapi that was like 4-5 months ago and maklang rasa, oh tentu dia tak minat kalau tak mesti dah call nak tempah (maklang ada kasi dia my hp. No). Tapi 2 malam lepas maklang dapat call dari satu no. yang memang tak familiar. Mula2 malas nak call, tapi sebab hati berkata2 takut opismate yang call, maka maklang pun call semula dan dia perkenalkan diri. Memang lah maklang ingat lagi… (kira2 tak tualah sangat maklang ni..masih ingat lagi..he..he..he…)
So, petang Isnin tu mereka datang bersama kakak mereka. Maka tertempahlah 2 pasang telekong lagi dan sebuah beg ribbon tu…Nasib baik beg ribbon tu dia kata, bila2lah boleh siap. Maklang pun kalau boleh tak nak ambik banyak2 sebab masih ada dua beg lagi nak disiapkan lagi. Mintak2 sempat before puasa ni, InsyaAllah. Tapi tak taulah. Dah 2 malam tak pegang jahitan sebab sibuk and malam tadi pulak tidur cepat sebab letih. Tiba dari KT lepas meeting dengan Jabatan pembinaan dekat pukul 8:00 malam. Pukul 10:00 mlm dah lepak. Memang rasa letih bebear, walhal bukannya drive pun. Agaknya sebab pagi sebelum tu dah berpanas kat site!
Lepas meeting tu dalam pukul 5:30 sempat singgah kat Pasar Payang lagi nak beli acuan kuih cara lagi. Beli lagi 3. Hari tu ada satu aje, lambat sangat siapnya. Ni ada 2 of each ( satu bunga dan 2 oval ) senang and cepat sikit nak kerja. On kan 2 stove sekalai jalan. Dapat jugak belikan Maya kaftan 3 helai dan sehelai kain pelikat Hakim. Kesian tengok budak2 ni, sorang nak macam mak ( Maya berkain batik – so belikan kaftan) dan Hakim nak macam Abah ( pakai pelikat). Gelihati maklang!
Apa2 pun, ni maklang letakkan gambar makanan lagi.
Nanti kalau ada masa maklang masukkan gambar kami makan durian malam semalam.
Kueh cara berlauk untuk pagi semalam. Alhamdulillah dapat kasi kat jiran baru dan Cikgu Zihan...jangan tak tahu..pinjam tepung kat Zihan sebab malam tu lepas Cik Abang keluar baru teringat tepung habis. Nasib baik ada Zihair..InsyaAllah nanti nak beli tepung untuk nak ganti!
Soto untuk makan tengahari. Gambar kabur sebab Along yang ambik...menggigil agaknya sebab perut tengah lapar dan tak tahan nampak makanan. Masa tu dah dekat pukul 3:00 agaknya...lepas balik sekolah..
Ni gambar kada'. Breaakfast Isnin Omellete (spelling?) with mushroom and cheese..
Ni kada' jugak...lunch Chilli crab...nanti letak resepi kat blog masak..tapi bila??
Ni pun kada'...lunch Isnin, tauhu jepun with udang...laku gilerrr lauk ni...
Pergedil before goreng dengan telur...dekat 1.5 kg agaknya kentang dia...selamat semuanya...
Terimakaseh kerana Mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
4 Comments:
Bolih pas kat I satu acuan tu eh?
Bukan main byk nya makanan ....
Tu arrrrrrr bukan main banyak makanan kat sini.. terliur azi..
Mak lang, azi nih tgh sibuk lagi nak cari acuan kuih cara kat sini..lum jumpa2...hihi..
Kak Elle:
Boleh aje...tapi tak berbaloi nak pos sebab harga pos lebih mahal dari harga barang. Kalau akak datang sini, nanti maklang belikan, InsyaAllah...
ajzie:
Takkan kat JB tak ada kot. Cuba carik kat kedai2 buat kueh tu...mesti ada. Kalau tak cari kat Pasar LArkin.
tumpang lalu maklang .... kat pasar Larkin tak jual tu semua dah cari....cuma Trengganu ngan Kelantan yg banyak ni semua....kalau maklang jln2 nampak yg tembanga tolong belikan ye and simpan sampai kita bertemu.
Azi mungkin kat Muar or Melaka ada kot.
Post a Comment
<< Home