Sibuk2 aje...
Assalamualaikum,
Apakabar? Lama tak updet. Hari ni bolehlah sikit. Nak pikir bebanyak pun otak jem le. Malam tadi tiba dari KL 12 lebih. Gitu gini pukul 1 lebih baru tido. Sempat gak jengok blog sebab mata tak leh lelap sebab mandi tengah2 malam. Cik Abang lama dah gone sebab masa dia drive tu, maklang teman takat kol 10 aje. Lepas tu dia kata nak tido, tidolaa. Perut dia dah kenyang makan nasi lauk ayam serai dan telor goreng, kira dah kaw timlaa. Maklang pun bukan tido mati, tido ayam aje. Dengar2 jugak dia dok bercerita ngan Hakim. Kakak2 Hakim semua dah gone. Maya, duduk belakang sekali, awal2 dah tido. Angah dan Hakim sempat gadoh dulu and lepas belikan donut and jajan barulah boleh aman damai. Anak2 ni kalau tak ada makanan memang tak leh baik. Lepas dah penuh perut, baru boleh baik…Sabo jelaa…
Wiken lepas memang sibuk. Hari Jumaat tu, maklang masuk opis. Meeting untuk projek yang maklang dok sibuk2. Meeting ngan arkitek dari negeri kat bawah sana. Kat negeri Itot dan Opah De menumpang belajar tu. OKlah. Sampai ke tengahari baru habis. Hari tu pakai kasut baru. Rasa kaki ni terkepit sampai tak boleh napas. Tak tahan betul. Lepas lunch, maklang balik hotel, tukar kasut and keluar lagi ke Putra J nak jumpa jabatan nak padam api tu. Ingatkan adalah depa2 ni. Tapi kami tunggu satu pun daripada pegawai tak masuk. Sebenarnya kami tak buat temujanji pun, main redah aje. Lepas penat tunggu dekat 1 jam, tak sorang pun muncul, so, kami angkat kaki.
Petang tu lepas balik meeting, maklang naik LRT kat depan AP and terus ke KLseesee. Tiba dah 6 lebih sebab jem laa, apalagi! Dah janji dengan darling I nak jumpa kat kedai ayam dekat2 kedai roti budak lelaki tu. Sebenarnya anak2 dah ada date ngan Mak Enon dan Baba and family nak makan sama. Kan birthday Maya…Sedap. Terimakaseh mak Enon dan Baba…Kenyang perut kami. From makan2 we walked to taman permainan kat2 situ. Seronok tengok anak2 main.
Malam tu kami ke rumah Alang lagi. Of course tak makan sebab dah kenyang gila makan ayam dan minum air bergas. Malam tu. Semuanya gone awal, letih dan kenyang.
Hari Sabtu, Cik Abang ajak jalan2 tengok rumah dan kenderaan. Entahlah minat yang mana satu. Mana boleh nak capai 2-2. Tak tercapai kami…nak membayo nya… Nantilah difikir2kan. Anak2 pulak Alang bawak pergi mandi kat rumah baru dia. Atok ikut mereka, Wan ikut Maklang dan Cik Abang. Balik tengahari makan nasi ayam yang pembantu Alang masak. Cik abang sempat pergi belikan rojak India dan cendol. Semuanya sedap!
Petang dekat pukul 5 kami ke KD. Makteh buat kenduri. Bila sampai semua dah siap. Cepat betul Makteh masak. Tapi sempat jugaklah maklang tolong hiris2 epal untuk nak buat kerabu epal yang tengah popular kat blog Kak liza tu. Sedap gulai daging Makteh. Guna rempah ros yang maklang bawak dari Kerteh.
Kami balik dari situ lewat. Letih betul. Tak usik pun bunga riben maklang. ZZZ lagi sedap.
Hari Ahad, best. Apalagi kalau tak sopping!. Singgah Sogo, ingat nak carik sudu kecik aje. Tapi bila pergi kat department anak2, mulalah memunggah. Dapatlah Maya baju 4-5 pasang, Hakim 2-3 pasang, Ucop ( anak Alang), Adlan & (Alman anak Busu), Hanim , Aziq dan Sopia (anak Pak Ngah) dan tak lupa untuk Najib anak Maklong kat Kuantan. Siap semuanya…Lega kalau dah belikan baju Raya they all ni. Terbanglah RM-RM maklang bulan ni. Nasib baik dapat kutu dan bonus. Taklah effect sangat.
Lebih best bila gi carik langsir pulak. Lagi lebat RM berguguran. Tapi memang dah budget untuk nak carik langsir. Tingkap kat ruang TV yang baru siap tu masih togel lagi. Nak kena jahit before puasa ni. Kalau rajin bolehlah gunting malam ni. Alang lagi sopping sakan. Langsir jugak lee, sebab dia dah nak pindah ke rumah baru next month. Tapi yang bestnya, dia tak bawak wallet dia. Nasib baik, ada kartu maklang, or else, tak ada harapan lee…Malam tu, maklang dok gunting kain dengan Alang. Tapi tak dapat seme sebab kepenatan.
Hari Isnin, pepagi Boss kat topis KL dah call suruh attend teleconference. Sebenarnya maklang dah ada jajni nak jumpa collegue, nak discuss pasal power supply tu. Ingat nak masul kol 1, tapi bila dah kena panggil, pergilah jugak. Keluar rumah Alang 10:30, tiba ka topis kol 11:40. Apalagi kalau tak jem punya pasal. Lemas betul!
Nasib baik sekali sekala aje meeting kat KL. Kalau tak fengsan maklang!.
Itulah cerita hujung minggu. Ini dah masuk opis dah hari ni. As usual lembab le….
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration, Cuti cuti, Kerja
14 Comments:
Maklang...dah beli langsir raya ke...kak lady tak siap apa2 lagik...heheheh
oh maklang baru balik ye? heheehe okeh selamat pulang ke rumah. =)
uihh penuh dan padat betul aktiviti maklang.
bershopping sakan lagi ye maklang...mmg tak sempurna kalau ke KL tak shopping kan?
kak lady:
bukannya langsir raya...langsir yang diperlukan sebab yang ari tu tak jahit2. Ni langsir untuk malam kat area yang baru siap ari tu...
itot:
ye baru balik. Bila balik sini lembik and letih...masa jalan tak ingat! padan muka..:)
kak elle:
taklah shopping sakan...kalau sakan mau abis duit bomus I!..Ni tak sampai pun 20%! He..he..he...
Banyak betul aktiviti Mak Lang. Kalau ikut perancangan I pun nak settlekan baju raya budak2 ni sebelum puasa. Tapi, dah banyak kali tertangguh..
oopps....terlepas plak..
happy birthday maya...
aiyooo..dah shopping sakan nampak!!!
mamamia:
Lega kalau dah siap semenya...tak yah nak sibuk2 lagi...
UBA:
Better late than never kan...
Sakan tu taklah...sebab duit masuk tak sakan!
maklang,
Cath dah rindu sesangat dengan blog maklang. Hari2 kesini, blog x update. Rupa2nya maklang bizi - shopping kat Kay-El.
Alamak, awalnya shopping untuk raya. Ini mesti banyak nak beli ya..?
datang kl ke. nape tak cakap. bleh jumpa kan....
cat:
memang bizi...baju raya seme dah siap...puasa je belum...siap cepat ni bagus sebab nanti bulan posa lagi bizi....nak gak beramal ibadat lebih2 sikit, Insyaallah...
Cik Dinz:
Laa....Cik Dinz nak jumpa maklang ke? Nape tak cakap...
mak lang...
nak tempah jahit langsir raya buleh?
Dah nak posa nie.. sempat ker?
heheheee... saja je. mungkin leh kumpul ramai-ramai. asyik dlm blog jer...
lela:
tempah langsir?????
langsir maklang pun tak berpotong lagi!
cikdinz:
aha...best jugak kan, dapat kompol ramai2..nantilah..lepas raya kalau ada rezeki...
Post a Comment
<< Home