Mas dah sampai Kerteh....
Assalamualaikum...
Semalam sibuk. Pagi2 mintak tolong Cik Abang ke pasar. List all the things to buy sebab Maklang tak ikut. Lepas tu, maklang terus aje ke dapur nak masak soto. Bibik dah siap rebus nasi impit malam sebelumnya. Rasanya macam tak cukup masa aje, sebab agak2 Mas nak tiba lebih kurang kol 10pg. Kang Mas tiba, Maklang tak mandi lagi. Bau sup aje...Tu tak leh tu!. Alhamdulillah dapat msg dari Mas kata dia akan tiba lebih kurang pukul 12:00tghari. So, maklang dapat masak dengan selesa.Bibik aje yang tolong. Budak2 entah kat mana. Tapi tak banyak mana pun kerja. Bergedil dah siap lepas tu mintak tolong along carik2kan ayam. Then siang taugeh.
Tepat pukol 11.30pg call Mas. Masa tu dah siaplah masak, baru boleh call. Mas kata dia dah lepas bandar Chukai, so agak2 akan tiba in 1/2 hr ajelah. Tapi bila maklang dah kemas my bedroom (lambat kemas sebab bujang menginap malam tu!) and dah siap mandi semua, Mas tak tiba2 pun. Masa call dia mula2 tu dah bagi landmark semua camana nak tiba rumah maklang. Bunyi macam confident aje boleh tiba. Sebab rumah ni tak susah nak carik. Tapi kalau 12:15 tak tiba2 lagi, ni mesti ada yang tak betul. Dan betul pun, Mas dah sampai ke Paka...kesian dia. Mintak dia patah balik and Maklang jumpa dia kat Mc D. Yelah sekarang ni tengah banyak buat jalan. So, kena ikut jalan dalam, kalau tak kena U turn jauh sangat.
Akhirnya Mas sampai rumah maklang. The first time I met her was about a year ago. Masa tu Mas belanja maklang makan. We got close instantly. Mas ni rajin bercerita. Ade aje...OK back to cerita semalam. Masa Mas tiba, Angah dah siapkan buat welcome drink buat Mas dan best friend Mas, Dodie. Ramah kedua2nya dan rasa macam dah kenal lama sangat.Seronok berbual. Lepas dah minum welkam drink ( maklang tak teringat pun nak ambik gambar!) dan dah makan Oreocheese 2 biji seorang, Cik Abang pergi solat Jumaat and masa tu kami pun makanlah soto beramai2. Cik Abang tak ada so tak le segan sangat adek2 kita nak makan.Seronok semalam. Kami saje2 buat2 lupa ambik gambar, sebab takut nanti kak Elle, terasa tak seronok sebab tak dapat join kami. Lepas makan semuanya lepak2. Maklang rasa Mas dan Dodie, tidur. Maklang pilak lepas dah solat, sambung menjahit ribbons maklang and Alhamdulillah tinggal sikit lagi aje then dah boleh sambung jadikan beg.
Lepas Asar, maklang buat lagi bergedil. Yang tengahari tadi dah tinggal beberapa bijik je lagi. Sedap sangat tengok Mas makan, tu yang buat lagi. Bibik pulak gorengkan risolle. Kami makan kat terrace luar sambil menikmati angin petang. Lepas tu, maklang buat roti tuna dan cinnamon. And tak ambik gambar jugak, sebab nanti kak elle terliur , payah pulak kang!
Malam lepas maghrib, kami makan soto dan teringat birthday Mas, so kami nyanyilah lagu birthday kat Mas. Tak payah tiup lilin sebab 3 kali blackout, entah tak tau kenapa. Enjoy betul tengok they all makan. Sedap ke tidak tak taulah tu... Gambar tak ada pada maklang. Mas ada ambik gambar, tapi tak taulah of dia nak masukkan kat blog dia tak.
Tapi best part malam tu was when we gathered in the TV cum exercise room. Mas and anak2 dok tengok High Shool Musical Part 2 sambil masing2 depan laptop, Mas Yming ngan Kak Elle , I think. Maklang pulak macam tak habis2 berbual dengan Dodie. Bual apa lagi kalau tak pasal our crafts. Memang secocok dengan jiwa maklang. Seronok jugak kalau dapat joinkan my crafts dengan Dodie's. Mesti best....Mana taukan ini jalan nak besarkan 'business' kami.
This morning, Mas and Dodie dah bertolak ke Pulau PErhentian and from our last conversation a few hours ago, Mas sounds seronok...Hopefully they will enjoy their vacation. InsyaAllah by Tuesday, they will be back here and nak pujuk suruh duduk sini lagi...
Lepas Mas dan Dodie dah bertolak tadi, Maklang, Cik Abang dan Maya pulak bertolak ke Kuantan nak tengok Makde. Sempat jugak kami belikan sedikit hadiah buat baby dan untuk orang2 Kuantan. Sebelum tengok Makde, maklang sempat ke Wad yang pernah Hakim tinggal selama 72 hari tu. Maklang tanya keadaan baby Makde sebab sekarang baby pun kat situ. Doa maklang muga2 baby Makde capat sembuh, InsyaAllah...
Lepas dari hospital, kami ke rumah Datok and dalam pukul 4ptg, kami bertolak balik...
Kat bawah ni maklang letakkan gambar2 yang kami ambik pagi tadi...
Masa breakfast nasi lemak sambal sotong tadi pagi
Gelap pulak gambar maklang ambik ni. Masa nak bertolak tadi. Tengok bendera berkibaran tu...Puas maklang cari gambar yang maklang ambik hari tu...
Lagi keropok lekor
Ni seperiuk keropok lekor...panas ni...
Tengok berposing tu....
Syok....besok tak kerja!!!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
9 Comments:
ala maklang saya tak jeles lah...mmg bukan rezeki saya nak makan bersama:)
tu lah tunggu tiket kapal terbang tak sampai2 kalau tak mmg dah makan semeja agak nya....hahaha
takpe2 hari ni pun saya makan best 2 juga:)
kak elle:
lauk pauk kak elle lagi sedap...jauh banding dengan apa yang kami makan...
saje nak kacau...bila lagikan...
memang, kalau ada rezeki, kita jumpa pulak nantikan...
maklang,
Cath pun nak cuti-cuti kat Pulau Perhentian. My hubby dah lama idam nak ke sana. Maybe we will go there on our next trip back to Malaysia. Lama lagi tu... ;(
oh keropok lekor... rindunya..
syoknya tetamu maklang tu. harap2 nanti sampai masa kami jadi tetamu maklang pulak.. he he..
(^_^)
salam merdeka sekali lagi..
Maklang,
Tak putus2 org dtg rumah ye. Boleh buat bed and breakfast lah gini, :p
Selamat menyambut Ramadhan!
lapo lak tengok keropok lekor tuh..hari tuh buat keropok lekor sendiri...tapi lainlah rasa ngan yang mesia nya...buat hilang windu ngan keropok lekor bolehlah...
cat:
kalau ke Pulau Perhentian, nanti jangan lupa singgah rumah maklang eeh...
mulan:
keropok lekor tu memang sedap...
kalau mulan nak datang nanti beritahu maklang laa nanti bolehlah kita main masak2 eh...
zino:
salam merdeka jugak..
dith:
Alhamdulillah...syukur ada jugak orang nak singgah. Dith bile nak datang lagi..bed and breakfast? Ok jugak, tapi kalau for friends is..bed and breakfast for free...he..he...
hanny:
nak buat camana kan ..jauh2 ni mana nak cari keropok lekor kan!
Post a Comment
<< Home