Selamat Menyambut Kemerdekaan dan Selamat Datang Adek UBA...
Assalamualaikum,
Rasa2nya dah dekat 2 minggu maklang tak masak full blast punya. Last week sibuk and this week lagi sibuk. Nak buat macamana, kerja punya pasal. And bila balik ke rumah melepek semacam. Macam masa hari Selasa lepas, masa baru balik dari KL tu, pergi pulak ke pasar malam sebab lauk dah nak habis. Lepas balik tu maklang dok siang ayam and ikan and sotong. Lepas2 dah siang2 ikan tu, maklang rasa dah tak terdaya nak tarik tulang sotong tu. Macam tak ada tenaga langsung. Melepek…. Lepas dah solat Maghreb, ingat2 nak lah relax sambil jahit, tapi tak sempat apa, langsung panjat katil, and immediately gone with the mimpi…Isyak pun pukul 2:00pagi. Itulah orang kata dah tua ….eh..eh..dah lama….
Hari ini pulak kat pejabat sibuk sangat2. Kalau boleh maklang nak lekatkan Telefon kat kiri kanan telinga ni. Phone berdering tak berhenti, tapi sempat gak intermission , bual2 dengan Wan sat dan Makteh. Sempat jugak nak cilok masuk blog maklang. Tapi tak banyak pun orang yang komen, so taklah perlu nak membalas….
Tengahari dapat pulak sms, dari Cik Abang kata Makde dah selamat melahirkan seorang baby boy. Berat 2.4kg. Alhamdulillah mak and baby selamat. Petang pulak dapat tahu baby masuk kat NICU, tempat Hakim jadik ketua darjah dulu. Harap2 baby makde taklah teruk macam Hakim. Doa kami sekeluarga semuga MakDe and baby cepat2 boleh keluar dari hospital. InsyaAllah hari Sabtu ni nak pergi melawat MakDe.
Sebenarnya maklang ni baru aje lepas buat kueh Oreo cheese atas permintaan UBA. Bibik pulak tengah rebus nasi impit sebab nak buat soto. Ialah bukan selalu Mas nak datang sini kan….So, orang nak datang ni kita masak lah sekadar yang boleh. Bibik pun dah siap buat risolles untuk Mas. Insyaallah bolehlah buat minum petang nanti.
Since dah lama tak masak, and tak ada gambar masakan, maka hari ini maklang letakkan 2-3 jenis masakan yang maklang masak hari ini…
Kacang panjang, kentang, carrot,tempe dan tauhu goreng, sayur campur for today.
Gulai lemak cili padi telur dengan belimbing buluh
Dah ready dah my Oreo cheese untuk menyambut kedatangan Mas and her friend.
Lagi oreo cheese.
Selamat malam dan selamat menyambut Merdeka…Merdeka!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration, cooking, Friends, Work
13 Comments:
uuuwwaaaah saya pun nak juga maklang itew oreacheesecake and risolle:)dan juga soto ayam .... uba special tu masakan yg di siapkan....tak aci tak aci tak cai....hahaha
maklang have fun with UBA and her friend visit esok...
salam merdeka maklang..
Maklang..you are so creative, gifted. Macam mana lah I nak jadi mcm you ni? Boleh bagi tips sikit tak. I tak kreatif masak macam you and Kak Elle. Tolong!!
kak elle:
ha..ha.ha...itulaah..orang ajak join sekali tak nak!!!. he..he..he...
tak apa nanti kalau kak elle datang sini, InsyaAllah maklang masak jugak...so, nak tempah dari sekarang ke nak makan apa2?
zino:
Pergi berarak tak ni? Maklang berarak ngan piuk belanga...tak sabar nak jamu tetamu!
Zlaa:
Alaaaah...Zlaa...Maklang ni hentam aje. Apa yang terasa nak masak, masak. Sedap ke tak tu, tak kiralaa...
Alhamdulillah dapatlah masak sikit2 untuk family dan kawan2...Rezeki Allah beri!
janji maklang kalau saya datang saya nak ayam bakar,ayam BBQ,ayam serai,ketam,sotong,cheese cake,chcolate cake,roti corn-beef,cara berlauk,ikan bakar.....byk lagi list tapi dah lupa nanti kalau ingat msg lagi.....hahahaha...termakan ke saya tu semua???
relax maklang main2 aje....apa org rumah serve saya makan dgn gembira...rezeki jgn di tolak!
kak elle:
Rasanya dah boleh start masak dari sekarang..panjang list tu..InsyaAllah..InsyaAllah nanti maklang masak, tapi kalau list panjang camtu kenalah kak elle tolong and maklang kena ambik suti panjang tu...kalau tak habis nanti bawak balik singapore, bekalkan, OK tak?
nak tolong tu bolih maklang tak susah...tolong makan dan terus mengembang....haha
maklang,
Oreo cheese tu nak sikit boleh?
Nak tanya - bekas cup oreo cheese tu beli kat mana? Cute sangat..
Salam Merdeka Mak Lang :)
Makan-makan merdeka tu ... terliur ni ...
maklang..
org kelumpo nak tempah masakan tu boleh tak hehe
uiskkkk...salam mak lang..selalu dtg sini..ari ni tinggai jejak...jeles betui la..tgk makanan..jalan2, cuti2...heeee..seronoknyer.........
jun nk kopok lekor j..hehehe
kak elle:
kalau dah kembang nanti kita tolong pancitkan eh...
cat:
Kalau nak oreo cheese tu jomlah datang sini...Mas dah rasa..tanya dia sedap ke tak?
Bekas orep tu, Sya yang kasi kat maklang a few months ago. Tadi pun maklang beli lagi sebab yang Sya kasi tu dah nak abis...
bunga rampai...
Lama tak nampak? Kemana menghilang?
zino:
Sila tulis di kertas atau mail pesanan tu..nanti maklang balas, kasik gambar aje boleh ?
Jun:
Laaa...Buat apalah tak tinggal jejak selama ni...maklang suka kalau orang tinggal2 jejak ni...terimakaseh kerana melawat...
Post a Comment
<< Home