Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, October 14, 2007

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri buat semua. Pada yang menghantar sms yang tak berbalas tu maklang mintak maaf le...tapi paham2 le..maklang pun sama, menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf semuanya. Bukan maklang seorang tapi dari semua ahli keluarga maklang. Juga pada yang mengkomen pada entry yang lepas yang maklang tak sempat nak balas komen2 semua.


Sejak balik ke Kuantan, 2-3 hari lepas, maklang memang sibuklah teramat sangat. Tapi yang bestnya masa di Kuantan, maklang seronok sebab tak payah nak masak. Semuanya ditanggung beres oleh Wani. Thank you Wani. Maklang rasa kenyang betul ari tu. Mana taknya semeja makanan Wani hidangkan!




Hari Khamis kami bertolak ke JB lepas maklang selesai meeting. Lambar pulak meeting habis. Akhirnya dapat jugak kami bertolak lebihkurang pukul 10:45am. As usual budak2 ni kalau nak balik JB memang terexcited lebih. ALmaklum balik JB bukannya selalu. Kami singgah sebentar kat rumah mentua Pak Chu kat Kg. Bertemu Jodoh. Dapatlah kami menunaikan solat Qasar Zohor dan Asar. Sementara tu dapat jugak Cik Abang meluruskan badan. tengah sembang2 sambil melihat buku2 RE


Ni Pak Chu dengan Brianna. Besar dah dia...


Ha....sempat Cik Abang meluruskan badan. Sibujang malu nak lama2 kat sini sebab seluar dia tak boleh zip! Boroi sangat.
Terbaring sat sambil bebrual dengan PAk Chu. Maklang pulak yang kelakarnya sempat betulkan baju Brianna yang tak siap. ( Mak Chu dah hantar tempah tapi tailor tak sempat siapkan!) Kami tiba di Jb hampir pukul 5:00ptg. Bila tiba aje, maklang terus ke dapir dan terus aje toilomg Wan MEmasak sebab tau ajelan budak2 ni kalau makana mesri nak macam2. Alhamdulillah by the time buka, semuanya dah siap. Sempat jugak mintak Busu belikan murtabak 3 keping. A must bila balik Jb sebab memang tak dapat kalau kat Kerteh. Murtabak Singapore kan memang best in the world! Tapi belinya kat Larkin aje!Lepas buka, kami mula menganyam ketupat.
antara ketupat yang selesai dianyam
Aunty Leen pun tolong. Busu tolong lepas balik Terawikh. Maklang pukul 11:30 dah tidur. Busu dan Aunty Leen siap menganyam ketupat pukul 3:3opg. Dapatlah 120 pieces.


Hari Jumaat tu pun sibuk jugak. Bangun pagi, maklang terus aje menjahit. Kusyen Ribbon embroidery Wan tu, as anticipated, maklang cuma dapat siapkan sehelai aje. Alhamdulillah siap. Wan tolong jahitkan renda keliling kusyen tu. Lepas siap menjahit, maklang pun turun untuk nak memasak. Nasib baik Bibik dah siap blend bawang semua. Kalau tak lagi ambik masa, dah kopek bawang semua. Pagi tu goreng ayam dan dan mula nak merendang. Dapur pulak buat hal~ tak ada gas laa, tak boleh nyala laa...macam2. Last2 pukul 1:30pm baru dapat letak rendang atas api. Aunty Leen dan Dhirah were incharge untuk nak isi ketupat. Ketupat pun naik atas dapur at about the same time.


ketupat sedang direbus




Busu tengah sibuk nak rebus ketupat



rendang dalam kuali

Sambil rendang tu nak masak, sempat jugak maklang pergi shopping kat Metro depan rumah. Terpaksa pergi sebab nak belikan seluar Cik Abang. Kebetulan masih sale dan ada pulak credit kat card maklang. Terpaksa pergi, kalau tak siapa pulak nak menyain card tu. Kalau tak kosa jugak nak pergi. Maklang tak beli apa2 pun.

Balik dari Metro, rendang tak masak lagi.Sempat jugak tolong Aunty leen buat cornflakes bakar tu. Memang sedap.
cornflakes madu

lagi almond london dari kerteh, baru nak kena coat sebab kehabisan bekas.







Petang tu masak untuk buka, nasi goreng kampung aje. Boleh makan dengan rendang yang hampir nak kering tu. Oklah malam tu, lepas dah selesai kat dapur, nak kena gosok baju pulak. Lepak betul! Rasanya macam tak boleh nak gerak dah!
My latest RE . Specially made for ibunda tercinta. Alhamdulillah siap jugak.

kueh raya


Hari Raya pertama.


Macam tahun2 lepas. Lepas Subuh aje, maklang dah lentang lentung kat dapur. Maklang memang tak suka nak kejut orang bangun tolong sebab everybody penat. Biarlah, kalau dah tersedar, nanti siapa nak tolong akan tolong. Bibik pagi2 dah bangun mop lantai dan tengah potong sengkuang untuk nak dimasak lodeh. Masak memasak selesai sebelum semuanya ke surau untuk solat Sidilfitri. Syukur semuanya dapat menjamah makanan sebelum ke surau.


Balik surau, as usual, sessi bergambar...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

11 Comments:

At Monday, October 15, 2007 2:01:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Thank you for sharing your Raya experience with us.
Meriah-nya raya kat kampung, kan???
Ketupat tu, kalau Cath dapat makan... hmmm hmmm hmmmm...!!!

 
At Monday, October 15, 2007 6:41:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Salam lebaran maklang...terrer juga chef import Wan ni ye?apa nak buat macam u I pun anak sulong terpaksa lah membuat ni semua...tapi tempat wan tu ada byk yg menolong.

Hari pertama raya I wa so tired kalau bolih mmg nak zzzzzzzzz awal tapi masih ada visitors sampai jam 10mlm...dah tu nak mengemas lagi..sampai lah jam 12.30 baru dpt tido.

 
At Monday, October 15, 2007 6:55:00 AM, Blogger maklang said...

cat:

kalau cat kat sini maklang jemput makan sekali...

kak elle:

walau only 2-3 family yang datang, penatnya tak leh nak cakap. Cuaca pulak panas ya amat, letih jadiknya. Keluarga kami tak ramai, jadiknya tak sibuk sangat laa...

 
At Monday, October 15, 2007 11:56:00 PM, Blogger Mulan said...

selamat hari raya maklang..!!! maap zahir batin ya.. january kita jumpa di kerteh la. hubby report duty 2 jan 2008. hope takde tangguh2 lagi..

 
At Wednesday, October 17, 2007 12:48:00 AM, Blogger demonsinme said...

Madam ML:

A belated Eid Mubarak to you and your wonderful family.

 
At Wednesday, October 17, 2007 6:51:00 AM, Blogger zino said...

meriah nya raya hehe

 
At Thursday, October 18, 2007 9:26:00 AM, Blogger Queen Of The House said...

Meriah sungguh raya Mak Lang dengan semua hidangan yang sedap-sedap. Dah tu, pergi beraya di Singapore pulak tu!!! Wah, memang best!!! Selamat hari raya!

 
At Thursday, October 18, 2007 2:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

seronoknyer mak lang..meriah betul..

 
At Thursday, October 18, 2007 10:43:00 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, salam lebaran. dah balik ke kerteh ke?

 
At Friday, October 19, 2007 8:32:00 AM, Blogger maklang said...

mulan:

maklang tengah berangan nak gi HCMC ni...bulan 11 free tak?

Nanti dah duduk Kerteh...boleh lah datang rumah maklang. Nanti duduk Kat Rantau Laut ke Rantau Paya?

Demonsinme:

Wah...dah balik...camana perantaun di sana...pasti menyeronokkan...

Selamat Hari Raya ...maaf zahir batin!

Zino:

Alhamdulillah meriah...cuma belum dapat duit raya lagi...he..he..

 
At Friday, October 19, 2007 8:34:00 AM, Blogger maklang said...

QOTH:

biasa2 aje kak...kat Singapore ramai sedara belah Cik Abang...

mama ranggie:

Biasa2 aje..yang seronok nya anak2, tak habis2 kira duit!

Mamarock:

I kat JB lagi...awat tak calling2 boleh jumpa!

 

Post a Comment

<< Home