Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, October 09, 2007

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum



Mungkin ini entry terakhir dibulan mulia ini. Besok pagi atau tengahari, Insyaallah kami akan bertolak pulang ke rumah bapa mertua maklang di Kuantan. Tapi maklang akan menghadiri meeting besok petang dan lusa pagi. Jadiknya trip kami ke Kuantan tu di tanggong kompenilah. Saje buat meeting supaya tak payah nak cuti.


InsyaAllah, kami akan bertolak ke JB hari Khamis pagi. Wan dan Atok dah tunggu tukang masak import mereka. Nak buat macamana, maklang anak sulong jadiknya kenalah ambik responsibility untuk nak masak lauk Raya. Dah berbelas tahun maklang galas responsibilty ni. Kalau maklang tak ada, kesian pulak Wan. Ialah hari Raya kan ramai tetamu yang datang, tu tahun2 lepas laa. Tahun ni Insyaallah pun begitu jugak. Kalau hari Raya pertama , kami biasanya duduk rumah aje. Maklang biasanya yang menghidang makanan semua. Wan and Atok layan sanak saudara. Kadang2 sempat tumis ayam masak serai lagi waktu Raya sebab asyik habis aje. ( Biasanya maklang goreng ayam tu sampai dekat 10 ekor and simpan kat fridge a day before Raya and bila orang datang, maklang tumis kuah dia). Cik Abang pulak buatkan air dan Along dan Angah biasanya tolong2 isi kueh Raya. Kenkadang tak ada rest langsung. Memang lepak. Alang dan Busu pun kadang2 ada rumah, kenkadang ke rumah mertua ( mertua kat Jb jugak, tak sampai 20 minit dah sampai!). So, Wan dan Atok memang mengharapkan kami sekeluargalah.


So, di sini maklang dan kelauarga nak ambil kesempatan, nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua pengunjung blog maklang ni. Kalau ada tersilap bahasa, terusik jiwa, terkasar kata dengan tulisan atau komen2 maklang yang cuma bergurau tu...Ampun dan maaf jua maklang pinta. Kalau yang datang berkunjung tu, sila2lah tinggal jejak. Maklang nak jugak tau siapa pengunjung maklang. Terimakasih di ucapkan kerana sudi menjengah ke sini...

InsyaALlah ada umur, kita jumpa lagi lepas Raya. Entah2 Raya ke 2 ke ke3 dah rajin nak letak gambar Raya. InsyaALlah Kak Elle , kita jumpa Raya nanti!

Selamat Hari Raya dari Maklang, Paklang, Along, Angah, Maya dan Hakim...

Maaf Zahir Batin...

dan berhati-hati di jalanraya...


p/s : Ni update waktu tengah malam bila semuanya dah tidur and maklang baru aje selesai pack baju dan kuih mueh serta sedikit bahan2 unutk dibawa pulang ke JB. Alang kata dia nak buat kueh lagi...I dah surrender dah!

Ni saje nak letak gambar2 before and after...kelakar pulak tegnok. Gambar Paklang tak ada lah sebab dia yang cameraman!

Ini gambar terbaru...
This was taken about 5 years back. Suka tengok gambar ni...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

26 Comments:

At Tuesday, October 09, 2007 11:39:00 AM, Blogger cikdinz said...

salam hari raya mak lang.
semoga perjalanan selamat hendaknya...

 
At Tuesday, October 09, 2007 1:17:00 PM, Blogger YuszTieY said...

selamat menyambut syawal yg akan tiba...lama jugak tuh maklang cuti blog..tak ade la gambo2 masakan n aktiviti maklang utk sementara waktu yer...tak per kita tunggu pic raya dari mak lang sefamily la pas ni..ok SELAMAT HARI RAYA...BAWA KETE ELOK...MOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...AMINNNNN

 
At Tuesday, October 09, 2007 1:35:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ooo..maklang jadi chief memasaklah ye...mcm kak long saya la tu..tapi itu cerita dulu2 masa arwah mak masih hidup..sekarang ni sejak bapak dah ada org baru...suasana pun dah bertukar...iyelah cara mak baru dgn arwah mak jauh berbeza...jadi kitaorang masak la umah memasing..

saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada maklang sekeluarga...saya pohon ampun dan maaf sekiranya ada apa2 yang menyinggung selama ini...

saya pun org johor juga maklang...tapi daerah lain2...dekat aje dengan jb...Salam dan selamat jalan...semoga selamat sampai ke destinasi maklang...

 
At Tuesday, October 09, 2007 1:36:00 PM, Blogger NJ@Goboklama said...

amboi,qisst tengok meriah betul ramadhan ini buat maklang sekeluarga ye, moga Syawal begitu juga.

Salam Aidilfitri utk maklang sekeluarga :)

 
At Tuesday, October 09, 2007 2:23:00 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

meriahnyer activiti maklang rayo ni..apapun nak wish maklang,selamat hari rayo..maaf zahir batin..

 
At Tuesday, October 09, 2007 2:31:00 PM, Anonymous Anonymous said...

selamat hari raya untuk maklang sekeluarga..jb dimana?

 
At Tuesday, October 09, 2007 3:03:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam maklang dari Doha. Lady Bug mengucapkan selamat ari raya & maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa masa ym tau masa calling2 tau bereml. Lady berasa amat sedih setiap kali raya sbb terkenangkan arwah mak & abah. Kurangnye rasa meriah tambah2 lagi jauh diperantauan. Salam pada atok dan wan dan semua keluarga di JB. Lady rindu berkumpul cam dolu2.. :)

 
At Tuesday, October 09, 2007 3:58:00 PM, Blogger Unknown said...

mak lang...tungguuu...jangan pergi dulu....kita salam2 ( lapik tangan hehehee ) dulu....

saya ucapkan mak lang sekeluarga selamat hari raya maaf zahir batin...semoga ceria, meriah, mesra dan di berkati raya maklang...

kalau ada slah silap maaf2kan lah ye...

maklum lah saya nie selalu jer buat silap...huhuhuhu...

selamat!@

idham

 
At Tuesday, October 09, 2007 4:26:00 PM, Anonymous Anonymous said...

entry terakhir dibulan mulia? nak baca lagi... anyway selamat berhari raya... hati-hati semasa memandu yaaa..can't wait to read more post after Raya..

 
At Tuesday, October 09, 2007 5:05:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Mak Lang,

Selamat Hari Raya dari saya di Loughborough, U.K. Tahun ni tahun ketujuh kami berada di perantauan tapi akan balik ke tanahair tercinta akhirnya insyallah pada 31/10/07. Insyallah, ada umur kita jumpa di Terengganu sebab suami saya org Pasir Panjang, saya org Alai, Melaka. Kami nanti akan bertugas di Skudai Johor.

Terima kasih Mak lang sebab terhibur sangat baca blog Mak Lang and keletah anak-anak. Terubat rindu dgn kaum keluarga. Wassalam.

 
At Tuesday, October 09, 2007 5:05:00 PM, Blogger sue said...

Maklang
Salam Aidilfitri..semoga selamat di jalan raya..dan yg penting jgn lupa postkan kat blog ni gambar masak2 maklang...tak dapat rasa, dapat tengok pun jadik..:-)

 
At Tuesday, October 09, 2007 6:14:00 PM, Blogger Syaliza Abdul Rahman said...

Aslmkm Maklang :o)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Have a safe journey to JB.

Take care :o)

 
At Tuesday, October 09, 2007 8:05:00 PM, Blogger Kak Elle said...

saya akan menunggu ketibaan maklang and family pada raya tahun ini...sungguh gembira sekali...tapi rumah sy tak sebesar rumah kat kerteh maklum lah "pigeon hole" tapi istana buat saya:)

selamat bertolak ke kuantan dan jb dan kirim salam saya pada semua yg saya kenal.

SELAMAT HARI RAYA MAKLANG KU MOHON AMPUN DAN MAAF KALAU ADA SILAP DAN KATA2 YG TERGURIS HATI MAKLANG.

 
At Wednesday, October 10, 2007 12:46:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

salam mal lang n family,

selamat hari raya aidilfitri uba ucapkan kepada mak lang sekeluarga. kalau ader salah dan silap, mohon ampun dan maaf...

safe journey and enjoy the holidays... hugs for the tembam hakim...

 
At Wednesday, October 10, 2007 3:12:00 AM, Blogger Ajzie said...

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin..

 
At Wednesday, October 10, 2007 5:35:00 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin utk Mak Lang & Keluarga. Kirim salam kpd keluarga di JB.
Ayam Masak Serai Mak Lang memang specialnya, walaupun dah belajar dgn Mak Lang sendiri tapi still tak sama dgn Mak Lang punya.
Kami sekeluarga akan balik ke Perak pada Rabu malam. Jumpa lagi selepas Raya nanti.

 
At Wednesday, October 10, 2007 7:51:00 AM, Blogger Nur said...

Salam Mak Lang. Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga. Have a safe journey to Kuantan and JB. Jumpa lagi after raya.

 
At Wednesday, October 10, 2007 8:34:00 AM, Blogger 1na said...

Mak Lang,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin :D

Dr :
wana sekeluarga

p/s : haa. betulkan tekaan sy yg pak lang, bro jo dan mak de - adik beradik... hehehe ke sy terlambat tau???

 
At Wednesday, October 10, 2007 9:49:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Selamat Hari Raya Maklang... Cute sesangat anak2 maklang...

 
At Wednesday, October 10, 2007 3:41:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Selamat HAri Raya & MaafZahir Batin utk MakLang & family.

Semoga selamat dalam perjalanan..

 
At Wednesday, October 10, 2007 4:52:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Salam Aidilfitri untuk Mak Lang sekeluarga. I wish you the best of times with your loved ones.

 
At Wednesday, October 10, 2007 5:11:00 PM, Blogger Sya said...

SALAM AIDILFITRI MAK LANG & MAAF ZAHIR BATHIN

 
At Thursday, October 11, 2007 1:25:00 AM, Blogger anggerik merah said...

Selamat hari raya maaf zahir bathin untuk maklang & keluarga.

Drive safely

 
At Thursday, October 11, 2007 5:02:00 AM, Blogger simah said...

selagi mak ada kita berkhidmat utk dia kan? masyaAllah..

saya dan family ni pun nak mengambil kesempatan ini utk mengucapkan slamat hari raya aidilfitri utk mal lang n keluarga...
maaf zahir dan batin :0)

safe journey insyaAllah

 
At Thursday, October 11, 2007 6:40:00 AM, Blogger zino said...

maklang..
selamat hari raya maaf zahir batin..

 
At Thursday, October 11, 2007 8:58:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang dlm gambar masa budak2 kechil lagi muka Hakim tak lari dgn anak Jo Ajim cuma mata Hakim besar sikit *jgn marah eh Jo*...hehe
bulu kening angah macam ziana zain dlm cerita sembilu:)
Along ikut your features and Maya sorang lain but very sweet kalau senyum .... tapi kalau M dgn jelingan mata ....adoiii!!

 

Post a Comment

<< Home