Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, October 19, 2007

Raya..Raya lagi...

Salam...Salam Aidilfitri lagi.....


Kali ni maklang nak letak gambar aje. Cerita sikit2 aje. MEmang biasalah kalau musim beraya ni memang ada sibuk sikit. Tapi Raya pertama yang lepas agak sunyi. Biasanya Raya pertama, family yang pertama akan tiba ke rumah Atok ialah adek bonsu Atok, Wan Pari, yang tinggal kat KT tu. Tapi tahun ni dia beraya di KT dan khabarnya baru aje pulang ke JB petang semalam. Ke rumah mentuanyanya dekat2 sini aje.

Petang Raya pertama tu, ada 3 keluarga sepupu maklang tiba. Entah kenapa macam tak ada mood sangat maklang hari tu. Mungkin keletihan kot. Malam tu badan tak sedap macam masuk angin. Terperanjat agaknya sebab dapat rehatkan badan lebih sikit hari tu. Tapi Syukur, malam tu maklang Ok balik lepas dan sapu minyak panas.

Raya kedua pun tak sibuk mana. Kami beraya kat rumah mak sedara Cik Abang yang cuma sepelaung dari rumah Wan ni. ALhamdulillah suami Mak Enon, cik Aziz dah boleh jalan, cuma percakapan aje masih belum recover. Cik Aziz kena stroke about 6 years ago.

From there kami, ke rumah Tok Busu Din, Abang Wan yang jugak less than 1km from Wan's house. Then ke rumah Tok Busu Zenal, adek Atok yang terletak about 6 houses away from tok Busu Din's house. Lepas tu kami balik, lepak kat rumah aje.

Ini gambar kami sekeluarga masa Raya pertama. Si Ucop merajuk tak mo ambik gambar...
ini keluarga kecil kami. Entah dah keberapa kali ambil gambar tu, ingatkan oklah, bila jadi tengok, si bujang pulak julingkan mata! malas dah nak posing, penat senyum!
anak2 tersayang. ada jugak yang menjeling tu...
Atok dan Wan dengan cucu2 lelaki
Sebelum nak posing. Angah siap pakaikan alang brooch and tudung.
Bujang before solat raya...dah menunggu depan makanan
Saat2 sedih...Wan dan Atok tengah bermaafan...












Setakat ni aje dulu maklang updet...banyak lagi cerita ni....tengah pujuk Along supaya masukkan slide..he..he.he...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

6 Comments:

At Friday, October 19, 2007 12:48:00 PM, Blogger IKHWANI said...

kalau raya time bermaafan memang tak larat..sedih!

 
At Friday, October 19, 2007 1:12:00 PM, Blogger AISHAH roslan said...

Selamat Hari Raya maklang. mohon maaf if ade salah silap. thanks for the 'sambal kacang+ikn bilis'. almond london etc ;)

 
At Friday, October 19, 2007 7:25:00 PM, Blogger Kak Elle said...

alahai kenapa si macho julingkan mata pulak kalau tak cantik gambar family tu kan?

 
At Saturday, October 20, 2007 2:08:00 AM, Blogger aNIe said...

Selamat Hari Raya buat maklang sekeluarga..kak lady baru berkesempatan untuk menjengah sedikit blog kengkawan...

Bermaafan lah kita bersama ye...

 
At Saturday, October 20, 2007 10:24:00 PM, Blogger maklang said...

OO:

Memang sedihkan..

Aishah:

Ok tak sambal tu, masih gareng lagi tak>

 
At Saturday, October 20, 2007 10:26:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

tu yang geram tu..satu gambar dia tersandar, satu gambar dia buat2 tidur, satu lagi dia julingkan mata pulak! Geram...aje:)

Kak Lady:

Selamat Hari Raya jugak untuk Akak sekeluarga...

 

Post a Comment

<< Home