Dah sampai Kerteh..
Assalamualaikum..
Maklang dah tiba Kerteh tadi petang, lebih kurang pukul 6:30pm. Nak bengkok tulang belakang ni. Walaupun tak bawak kereta tapi perjalanan yang memakan masa dekat 7 jam tu memang memenatkan. Ni lepas dah tiba tadi, dok kemaskan baju2, masukkan dalam almari semua. Kiranya dah selesailah semuanya. Baju2 yang tinggal ari tu dah mintak Cik Yah, wife Pak Omar tolong gosokkan dan mintak dia kemaskan rumah jugak. Maklang tinggal bayar aje kat Cik Yahlah. Tapi tak pelah keluar duit sikit asal hati senang bila balik rumah tengok rumah bersih.
Masa di JB, maklang banyak jugak berjalan. Dapatlah cover 3-4,5,6 rumah. Sebenarnya, malas nak jalan2. Cuaca pun tak menentu. Tapi ALhamdulillah dapat cover rumah sepupu2 maklang. Cuma satu rumah aje tak lepas. Tu pu kes sebab dia kerja, jadinya nak keluar waktu malam memang malas lah. Maklang sempat jugak pergi ke Singapore, melawat Kakak Vogue kita dan bapa2 saudara cik Abang. Memang lengoh ari ke Singapore tu sebab cover 5 rumah sekali. Perut lagi lengoh. Tapi pandai2lah...taklah makan banyak2 sangat kat satu2 rumah tu. Nanti maklang akan upload gambar lagi. Ni tak dapat nak upload sebab ada kat PC Along. Dia pun dah tido waktu ni.
Semalam pun, maklang tak kemana. Paksa diri untuk nak siapkan jugak RE Wan yang satu lagi. Alhamdulillah siap...
Besok, akan bermulalah kesibukan dipejabat yang telah ditinggalkan selama seminggu. Pasti sibuk sebab masa maklang bercuti jugak ada jugak yang menyibuk call beritahu pasal projek...Nak buat macamanakan..maklang pun tak kisah sebab hampir selang sehari maklang cek email kat webmail nak tengok progress projek.... Bak kata Cik Abang...maklang ni suka sangat kerja...
Nanti besok kalau Along dah masukkan gambar2 Raya, maklang cerita lagi ok...Selamat malam...
semasa di rumah sepupu maklang...makan mee mamak..boleh tahan...
at last siap jugak set cushion untuk Wan
makan2 lagi..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration
3 Comments:
wow maklang kat rumah sepupu sampai open tables ye?
makan session mmg belum habis nak ikutkan kan?kena diet lagi ni:)
cepat2 upload gambar2 raya tu mesti cantik2....hehehe
Maklang...dah balik kerteh...lepas ni maklang kene serbu kat kerteh pulak...hehehe
Raya ni asyik makan aje kan...abis le badan akak pun naik balik....
Memang beraya sakan Mak Lang sekeluarga ya?
Post a Comment
<< Home