Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, October 25, 2007

Honeymoon Tahun ke 16...

Assalamualaikum...


Tak semena2 maklang kena pulak pergi KL. Dalam pada penat pergi balik Kuantan, dapat pulak email dari opis KL mintak maklang attend meeting kat KL hari ni. Pening jugak fikir sebab anak2 seme tengah periksa dan Cik Abang pun kena pergi KL. Pulak tu semua meeting dah elok2 diarrange untuk hari Khamis di Kuantan. Tapi dalam email dari KL tu kata macam mereka mencari maklang dari pagi sampai ke petang. Urgent gitu.... perasan sekejap macam orang penting pulak dalam projek ni...ha..ha...So, kensel seme meeting yang kat Kuantan tu....


Ni pun maklang baru aje habis meeting. Tengah rehat. Tapi trip ke KL ni so far nampaknya memang best. Walaupun sedih tinggalkan anak2 tercinta dengan bibik dan Pak Omar and Cik Yah, maklang rasa best jugak, dapat berhoneymoon sambil bekerja. Mana taknya. Dahlah coincidence dapat berdua2 pergi meeting, meaning trip is being paid for. Lepas tu bila tiba hotel, kami dapat bilik besar ~ bilik yang mintak tak ada ~ so dapat 2 bedroom suite! Mana tak bestnya....

Malam semalam pulak, kami dijamu Makteh dengan udang galah, ikan siakap sumbat bakar dan lemon chicken. Lepas tu ada pulak dessert -doughnut Big Apple dan Kek birthday Ariff. Kiranya penuh perutlaa semalam. Thank you so much to the hosts. Next trip kami ke rumah makngah pulak, tu pun kalau makngah nak jamu leee...betul tak makngah! Tapi maklang ada request...nak makan dendeng, boleh tak???


Lepas tu dalam penat2 meeting tadi, Cik Abang call and beritahu yang ada makan free kat hotel ni. Ada Hari Raya Open House....so, kejap lagi nak pi makan lah ni....Bestkan...dapat jugak jumpa Mak Enon dan Babah...


Nanti cerita lagi eh....

Selamat berhujung minggu!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

12 Comments:

At Friday, October 26, 2007 5:41:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Best jadi orang important ni kan?asyik berjelajah dari satu city to another.

Makan sakan nampak:)

 
At Friday, October 26, 2007 7:14:00 AM, Blogger maklang said...

kak Elle:

Ada best, ada tak best. Kena be fair to all. Pada anak ada responsibility and pada kerja ada jugak. Kalau kita tak berkorban macamana nak maju dalam dua2. ALhamdulillah kak,pelajaran mereka, taklah risau mana....

Nak buat macamana kak...kalau nak lead project, kenalah lead betul2. Jangan berlagak aje lebih, tapi macam tong kosong ! Tak siapa pun pandang nanti...he..he..

 
At Friday, October 26, 2007 9:26:00 AM, Blogger IKHWANI said...

reseki you dan paklang la tu Alhamdulillah..dapat jalan2 free walaupun kerja - kita bekerja ni macam tulah sambil menyelam sambil minum air - janji kerja settle!

anak2 insyaAllah in good hands - jauh2 ni kita kirim doa insyaAllah tak apa2 dia orang tu..

selamat menjamu selera!

 
At Friday, October 26, 2007 10:18:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Bestnya ber'honeymoon'... Jangan lupa bawa kaftan... Longgar dan sejuk.. Senang access maklang.. HEHEHE.

 
At Friday, October 26, 2007 1:43:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

anniversary mak lang ker??

kalau yer..happy anniversary..semoga kekal berpanjangan insya allah...

smalam UBA balik lewat dr opis..kalau tau kat kl, boleh jumper utk hari raya...hehee..nak dtg kerteh lagi tak tau biler kann..kire kat kl punboleh laaa.

 
At Friday, October 26, 2007 3:32:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...syoknya dapat honeymoon berdua-duaan ...sponsored plak tu...hehehe...takde gangguan... :D

 
At Friday, October 26, 2007 8:56:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Amboi Maklang & Pak Lang, selamat berhoneymoon di KL, tolong bagitau Pak Lang, hari Ahad, ada Majlis Hari Raya PPD, jemputlah datang ya

 
At Friday, October 26, 2007 10:31:00 PM, Blogger maklang said...

OO:

Thank you... kami dah balik and betul kata OO. They are in safe hands..

Rezeki...,memang kami tak plan langsung..tu namanya coincident. Only Paklang aje dah arrange meeting dia and he was supposed to go and come back on the same day. Tapi bila maklang kena pergi, he changed his plans!

UBA:

Taklah...anniversary is in a months' time.

Maklang pun balik after 6 and the head was so tepu and was too tired. Luckily dapat enjoy the free dinner malam tu...

 
At Friday, October 26, 2007 10:34:00 PM, Blogger maklang said...

Cat:

You are being naughty eh...

The rest tak payah ceritalah...faham2 le...he..he..he...

Kak lady:

Bak kata OO, sambil menyelam minum air...

Tak ada gangguan! Anak2 call entah dekat berpa kali... biasalah tu...he..he..kalau anak tak call, mak bapak anak yang call!

 
At Friday, October 26, 2007 10:39:00 PM, Blogger maklang said...

Ibusara:

Thank you...InsyaAllah...nanti maklang cakap kat dia...

Ibu Sara bila pulak nak datang ke rumah kami?

 
At Saturday, October 27, 2007 8:16:00 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

MakLang, Make Enon tu masih kerja ke? Rasanya kenallah jugak dgn dia, masa dia kat Kerteh dulu.
Tahun ni, Mak Lang tak buat open house ke? InsyaAllah, kita plan nak buat jugak, tapi mungkin lambat sikit, coz Cik Abang dah pergi offshore, Kena tunggu 2 minggu lagi nampaknya, Kalau buat Deepavali nanti, Mak Lang ada kat sini ke

 
At Saturday, October 27, 2007 8:27:00 AM, Blogger maklang said...

Ibusara:

Mak Enon kerja lagi kat ofis lama dia.

Tahun ni tak sempat kot plus malasnya nak penat2 masak. Kalau Deepavali kami tak ada kat sini sebab on the 6th tu dah ke KL. Maklang ada course kat office KL on the 7th. So, anak2 dan Cik abang akan ikut sekali...cuti2 Malaysia lagi...

 

Post a Comment

<< Home