Kisah Raya 2007...
Salam….
Kali ni maklang nak habiskan cerita masa Raya. Nak paksa jugak menaip ni sebab kalau tak nanti basi cerita Raya. Kalau ikutkan memang malas nak update sebab badan keletihan. Maklang sebenarnya baru balik dari Kuantan. Sejak projek dah pindah Kuantan ni, banyaklah kena meeting kat Kuantan. Nak buat macamana kan, carik makan. Meeting petang tadi pun maklang baru dapat tahu pagi tadi masa call jabatan tu. Kalau tak pergi hari ni entah bilalah pulak dapat jumpa dia. Paksakan diri jugak and Alhamdulillah all yang involve dapat pun attend the meeting. Balik dari situ maklang sempat singgah buat grocery sat. Sampai rumah agak lewat dekat 7:30pm, sampai Cik Abang mencari2 isteri dia ni sebab bila dia call entah berapa kali, Maklang tak angkat fon. Bukannya apa, battery kong. Last2 dia call 2-3 kawan maklang yang buat projek yang sama, just to get the fon number of the engineer (Saiful) yang pergi meeting ngan maklang. Bila dia call si Saiful tu and dapat tahu isteri dia OK, baru lega. Yang kelakarnya si Saiful yang got excited sampai kata… waa…sekali sekala kena cam ni kak…baru kita tahu dia sayang kita ke tak….Ampun laaa Cik Abang, it was unintentionally sebab battery tu kong. Tapi maklang dah beritau dah yang nak buat grocery sat. Agaknya yang buat dia panic was bila dia dapat tahu yang Saiful dah tiba ofis and wife dia tak tiba2 rumah lagi…Tapi Alhamdulillah I am back home safely. Oklah so much about that...Kita cerita pasal Raya lak….
Raya 1.
Dah cerita kan…
Raya 2.
Raya 2 was a rest day as usual. Maklang started on my 2nd RE and around 11am, maklang and paklang dan anak2 ke rumah Mak Enon, adek Datuk Kuantan. Rumah dia dekat sangat ngan rumah Wan. Lepas dari sana, kami melawat Tok Busu Din dan Tok Busu Zenal. Lepas tu kami lepak kat rumah sampai malam…Malas dah nak gerak!
Raya 3.
Hari ni memang teramat sibuk. Tok Busu dah call earlier to inform that he will be coming dengan anak2 and cucu2 dia. Before tunggu mereka datang, maklang sempat sambung RE maklang. Then Maklang and Alang memasaklah mee hailam buat family Tok Busu.
Lepas Tok Busu balik, sepupu Maklang dari Singapore sampai. Bertiga aje. Suami dan anak dia sorang. Anak yang sorang lagi kerja. Maklang goring pulak mee goring ~ lebih kurang cam mee mamak pulak
Lepas tu, kawan maklang masa kindergarten~ Hani~ datang dengan husband dia. Alang goreng lagi mee macam mee mamak.
Lepas tu, family Tok Busu Din dah beritahu nak datang malam pulak. Habis idea nak masak mee apa, maklang hentam goreng mee lada hitam 2 ½ bungkus. Letak jugak mee mamak yang masih ada sepinggan hidang lagi. Alhamdlulillah selesai semuanya.
Pukul 10:00 malam tu, anak Tok Busu Din yang bungsu datang pulak. Dia terlambat sebab pergi sambut mertua balik dari Umrah. Sebab dah tak ada apa nak serve, maklang keluarkan bubur nasi yang tak berusik sejak tengahari sebab semuanya kenyang makan mee. Banyak jugak dia makan sebab lain dari yang lain.
Raya 4.
Paling best sebab kami melepak kat rumah. Tak kemana2. Menjahit sambil tengok cerita kat TV. Tapi pagi tu, maklang dan Paklang sempat jugak pergi memborong bukus kat gedung buku Harris. Puas hati. Adalah dekat 20+ buah buku kami borong. Termasuk anak punya buku sebab bila dengar nak gi kedai buku, semuanya nak ikut. Kacau betul! Dahlah dekat seminggu duduk sebilik. Nak romantic2 dengan darling pun tak ada chance!
Petang Wan Pari datang. Maklang served cucur udang geragau aje. Licin. Nak2 makan masa hujan hujan ni and panas2 pulak cucur tu..mana taknya...
Raya 5.
Best lagi…Gi Singapore ke rumah Kak Elle tersayang. Macam2 Kak Elle masak. Kalau boleh nak makan banyak, tapi perut kata…bersabarlah…sebab masih banyak rumah nak di lawati. As usual, kalau jumpa Kak Elle ni, memang lah segala benda and macam2 benda maklang dibekalkan. Anak2 pulak macam tak kisah aje ngan aunty Elle. Ialah dah macam Wak sendiri…Ye tak kak? Dapat jugak bertemu Doc glamour kita, Dr. Adah. Anak2 as usual tak sudah2 kira duit Raya…naik pening maklang.
From there, we visited 4 rumah lagi sampai dah tak terlarat nak makan. Sedap2 makanannya, tapi yang kami noticed, hampir setiap rumah hidangkan kami udang besar2 and fresh2!
Along was sooooo happy sebab dapat hp baru. Jangan tak tahu, dah lebih setahun dia dok mintak hp maklang. Tapi kali kesian ada lebih so, belikan hp baru. Tapi guna duit Raya dia separuh and kena tolong mak kerja2 kat rumah selama setahun! Ha..ha...seronok bully dia. Tapi sebab she has been a good girl, so upah ada lebih laa..Alang pun tumpang semangkok!
Raya 6:
Kami pergi rumah sepupu2 maklang. Tu pun dah petang baru decide. Si Alan ikut maklang so, puaslah ngusik Si Alan. Takut dia, kena bawak balik ke Kerteh. Sampai at one point dia nangis sebab semuanya menyakat dia. Gelihati maklang. Yang si Ucop pulak kena usik pasal Hantu Tonggi! Nanti maklang cerita pasal ni kat N3 lain, insyaAllah.
Raya 7:
Best lagi…Bermalasan di rumah, sambil menghabiskan the RE. At last siap. Alang pulak sibuk buatkan Kek Lapis Holiday Inn untuk maklang nak bawak balik. Malam lepak lagi…sambil dok geromol si Alman yang makin tembam tu. Geram rasa macam nak berbaby lagi tapi Alang kata dah tak boleh dah…dah tuwe! Pinjam2 anak orang ajelaa…
Raya 8:
Paling menyedihkan….nak kena balik Kerteh….the rest dah cerita….
Itu sajelah kisah Raya maklang sekeluarga serba sedikit…
(Gambar upload later. Blogger slow sanga!)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration
16 Comments:
maklang,
Kalau boleh, Cath nak belikan anak perempuan Cath tu handphone. Tapi sekolah tak bagi bawa handphone. If not, kejap2 Cath call & check on her... 5 minit, call lagi. Dan lagi. HEHE.
maklang mmg best dapat berjumpa hari tu lepas rinduuuuuuuu...anak2 maklang tu dah macam anak2 sedara saya juga sampai berepa kali tersasur guna perkataan wak:)
kek lapis holiday inn tu kek apa eh?
wah... mak şang ni raya on the move ajer ni..saya baca pun dah penat..tapi baca cerita mak lang ni ajer best ja saya bayangkan raya mak lang.. ceria ajer.. siap pi rumah kak elle lagi.....udang besar? raya orang hidang udang ker? bestnyaaaaaaaaa
tak sabar tunggu gambar :0)
Mak Lang, seronoknya cuti raya, sampai ke Singapore
Mak Lang selamat kembali bekerja
cat:
kat sini pun tak boleh bawak hp. Tapi along tu nak yang ada MP3 semuanya..entahlah budak2 sekarang ni...
Kak Elle:
Kalau nak tengok Kek Lapis holiday Inn tu ada kat blog masak. Letak milo and horlicks. Sedap!
Lepaslah rindu kan...
Simah:
Udang kat Singapore murah kot...memang ceria. Budak2 lagi ceria. Makan tak berhenti...maklang dan Alang yang penat, asyik kena masak aje...ha..ha...
Ibu Sara:
Seronoklah jugak...tapi budak2 seronok lagi sebab dapat duit Raya in Singapore dollars. Dah ajak ke sana lagi raya tahun depan!
Sya:
Sama2...
waaaahhh... jauh maklang beraya. seronok baca journey raya maklang sekeluarga. nanti next year turn saya pulak la. sini raya kejap je. pastu life macam biasa.
seronok tengok gambar raya maklang ni..meriah jer..memanglah penat jadi tukang masak tapi seronok tengok makanan tu habis, ye tak?
Salam Mak Lang yang jelita...
OD nak ucapkan SHRAMZB. he he he.... nak koi rayaaaaaaa... nak gak koi raya.
Semoga Mak Lang dan keluarga diberkati ALLAH, berbahagia dan sukses selalu. Amin dan mwah mwah.
Madam ML:
Hehehe camtu la ceirta raya setiap tahun kan? Tapi takpe Mak Lang, banyak pahala Mak Lang dapat dengan mengembirakan keluarga di Syawal.
Alhamdullillah saya selamat sampai dari BARAT pada Syawal kedua. Ada gak follow entry Mak Lang masa kat sana, and guess what? Ia menambahkan kasih dan rindu saya pada Mak saya sampaikan bil tipon saya mencecah RM5xx.
Barakalahu min kum.
meriah sungguh raya maklng n family...ramai tamu n jalan sakan...wawawawwwwwaaaaaaaaaaaaa...n9i yg tak sabo nak balik rayua mesia nihhhhhh
mulan:
next year Raya, sure puas berjalan kan...
OO:
Biasa aje OO. Kita kerjanya melayan anak2 le...and anak2 sedara jugak! Wan relax abis masa kami di sana...seronok!
Opah De:
Muah..Muwah..Mwah....alaaa...maklang tak pandai eja laa...
OD Ok tak? Berapa inggit dapat duit Raya tahun ni?
Demonsinme:
Alhamdulillah dah balik dengan selamat dan sihat...
Maklang pun seronok Demons enjoy baca N3s maklang...
Terimakasih kembali...
Yus:
Tak yah nangis2..kan ada suami dan anak2 tercinta bersama....
Mak Lang, cantik gambar2 yg Mak Lang ambil, boleh ajar kita macamana nak edit gambar keluar macam tu
ibusara:
ampun..ampun...maklang tak buat sendiri tu..Dhirah yang buat. Nanti mintak tolong ngan dia lepas exam ni eh...
Post a Comment
<< Home