Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, December 10, 2007

Masa dah tak ada...

Assalamualaikum…


Hari ni kerja taklah sibuk mana. Cuma kena IDC* aje. Ada yang tak ada kena mengena dengan discipline maklang pun disuruh IDC. Manalah tau , kerja2 nak buat jalan, buat vessel ni seme. Kita orang listrik aje. Kalau suruh yang itu boleh lah kita check sikit2.

Dah 2 hari ni, sunyi sikitlah. Si Shah cuti sebab isteri dia bersalin hari Jumaat lepas. Ingat lagi masa malam Jumaat lepas, Shah call maklang kata yang isteri dia dah pecah air ketuban. Masa tu kat dalam bas. Dia panic sampai dia call maklang. Dia pun tak tahu apasal tak aleh2 isteri dia jadi cam tu. Tak sangkalah tu sebab sepatutnya due lagi 3 minggu. Panik sekejap si Shah. Maklang pun suspense jugak sebab masa tu dia masih ada almost 2 hrs before sampai ke destinasi. Memang tujuan dia nak hantar wife dia balik kat rumah mentua, tapi tak sangka baby nak keluar cepat. Hari Khamis masa maklang dan Shah di symposium tu, isteri dia pun ada sama. Itulah…kita plan aje, yang tentukan Allah jua. Alhamdulillah tengahari Jumaat, dapat sms dari Shah yang wife dia dah selamat bersalin to a baby girl, 2.39kg. Ni dah balik rumah dah agaknya.


Malam tadi maklang kena tinggal lagi. Cik Abang dah ke Ipoh ada kursus satu minggu. Kami hantar dia nak bus malam tadi and at around 5:35am dapat sms kata dia dah sampai. Syukur selamat. Bimbang jugak sebab sekarang musim hujan. Hakimlah yang paling seronok sekali bila abah dia tak ada sebab dia tak sabar2 nak tidur dengan mak. Dari hari Sabtu dia dah tanya bila abah nak ke Ipoh. Budak sorang ni memang tak kasi chance punya. Pantang ada opportunity, mesti nak tido-mak. So, malam tadi Angah, Maya dan Hakim berkampung kat bilik maklang.


Tadi pagi lepas solat Subuh, maklang tak masak. Macam biasa, kalau cik Abang tak ada, maklang mintak bibik aje yang masakkan. So, instead of memasak, maklang menjahit baju sekolah Along. Dah siap gunting petang semalam. Punyalah lambat nak siapkan sehelai. Dari jahit tepi hingga ke sanmbung baju, it took me about 1 jam. Mesin jahit tepi buat hal. Jahitan dia tak senonoh! Mintak2 besok Cik Wan betul mesin punya orang dapat datang kat rumah untuk nak betulkan. Senang lah sikit, Insyaallah.


Sekarang ni memang maklang is pressing for time. Besok dah Selasa. Ada 2 lagi baju Along dan 2 lagi baju Angah nak kena jahit. Ada telekong nak letak manik. Kalau boleh nak siap sebelum Raya haji. Sebabnya, tuannya dah kata nak masa Raya Puasa, tapi tak sempat. Takkan Raya Haji pun tak sempat. Kusyen ada lagi satu nak jahit. Beg ada 5 lagi nak sambung. Memang fengsan!. So, malam2 cik Abang tak ada rumah ni, bolehlah maklang concentrate sepenuh masa untuk nak habiskan kerja sebelum maklang ke KL lagi minggu depan! Rasa macam dah tak ada masa spare dah ni....Tak boleh main2 lagi!!


Sejak tau bibik tau buat pulut panggang ni, kami mintak bibik buatkan. Sedap. Pakai serunding daging yang beli masa raya Puasa lepas. Sedapkan kak Elle, serunding daging tu. Kalau di Indonesia, mereka letakkan inti ayam, seperti kat dalam gambar bawah ni. Namanya lemper. Sedap!

Pulut panggang a.k.a lemper versi Malaysia.


Ini lemper (versi Indonesia)



Sempat jugak maklang siapkan RE ni masa maklang di KL minggu lepas ~ kawan tempah.



Konon2nya nak buat serieslah ni..tempahan jugak ni..


*Inter-discipline check


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

8 Comments:

At Monday, December 10, 2007 6:17:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Cantik pulak RE yg bunga keladi tu, nampak simple but nice. Kalau tengok RE Mak Lang, mestinya tergoda habis...

 
At Monday, December 10, 2007 7:31:00 PM, Blogger Kak Elle said...

wah si macho tu tak bagi peluang lansung eh maklang...hehehe takpe lah kang maklang pulak yg sunyi mlm2:)

mmg sedap kalau dapat makan serunding daging tu dgn pulut...mengidam dah ni...hahaha

 
At Monday, December 10, 2007 10:34:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

samalah ngan anak2 saya, pantang kalau ayahnya tak tidur kat bilik.mesti sibuk nak tidur ngan saya.

moga ibadah haji wan dan atuk dipermudahkan. amin.

bestnya dpt hadiah lucky draw tu...durian runtuh namanya hehe.

 
At Tuesday, December 11, 2007 8:46:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

SERONOK ANAK2 MAKLANG DAPAT TIDO NGAN MAK LANG KAN!?

 
At Tuesday, December 11, 2007 9:20:00 AM, Blogger maklang said...

Ibu sara:

Kalau nak tempah boleh jugak...

kak elle:

memang pantang si macho tu...tak bagi chance!

serunding daging dan pulut tu memang sedap!

Syikin:

Terimakaseh doakan Wan dan Atok. Dan terimakaseh kerana ucapan tahniah...dan rezeki...:)

Anak2 memang cari chance aje tu...

mamaranggie:

memang seronoklah tu, sampai kita pergi kerja pun they tak sedar2 lagi. Dah solat tido balik!

 
At Tuesday, December 11, 2007 10:36:00 AM, Blogger KakNi said...

Penat baca entry Mak Lang ni, rasa macam banyak benda nak kena settle kan tapi tak pe lah Mak Lang, buatlah one by one, don't too rush... take care...

 
At Tuesday, December 11, 2007 6:01:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sungguh menjilat jari itu pulut panggang..untung maklang dpt bibik serba bley.yer lah,kalo buka blog pasal bibik2 nie...sure mcm2 n3 yg bley diletak..hehe
maklang,nnt kite contact ek.pasal tempahan tu.
cantik cantik itu RE!!

 
At Wednesday, December 12, 2007 10:52:00 AM, Blogger cikdinz said...

nasib baik nama dia lemper. kalu nama dia lamper, mesti ramai tak nak makan....heheheeee....
anyway, mmg best lah kak lang...

 

Post a Comment

<< Home