Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, December 13, 2007

Well behaved..

Assalamualaikum...

Kejap aje dah hampir seminggu Cik Abang dah ke Ipoh. Dan kejap aje dah seminggu Atok dan Wan di tanah suci. Alhamdulillah dari sms yang maklang terima dari Atok, mereka sihat dan cuaca pun sedap2 aje. Atok pun kata jalan jem masa nak buat sai. Syukurlah....Tapi as usual Atok punya sms memang tak lengkap. Kadang2 macam terputus tengah jalan. Dan kadang2 terhantar sms kosong. Dan malam tadi entah pukul berapa maklang terima the same sms sampai 3 kali. Sebabnya kalau masa di sini memang payah lah nak terima sms dari atok sebab kami memang terus call aje dia and vice versa. Tak puas kalau ber sms ni...


Sebab maklang busy sangat sekarang ni kat rumah maklang rasa macam tak sempat nak blog panjang2. Nni pun cilok jap sebelum ke ofis. I have to go in a short while!. I still have the telekongs untuk nak jahit manik lagi, only 1/2 way done,.I still have that cushion yang maklang dah masukkan kat entry lepas, tu pun 1/2 way done on the second one, the bags are still not sewn yet, baju sekolah Along dah almost 2 1/2 helai siap ( 2 baju almost done and 3 kain tinggal letak buckle aje) and Angah's baju belum usik pun. Aaaarrggggh....bilalah nak buat. But I am so happy that the kids are all well behaved this time. Not like always, when Abah is not around, the house is like a medan perang. Entah apa yang direbutkan tak taulaaa. Kali ni macam semuanya baik aje. Tak dapat tengok TV sini, boleh dia lebihkurang, Oklah, tengok TV sana and so on. But one thing maklang tahu is because perut semua penuh, tak penat sebab semuanya melepak aje depan TV, kemas bilik pun kenkadang bila maklang balik tengahari pun tak kemas lagi ~ relax habis! Tapi nampaknya adalah jugak ulangkaji pelajaran sebab masa pergi KL baru ni ada belikan buku latihan dan nampaknya berbuat! Yang bestnya 'kedegilan' tu dah kurang le sikit and dada mak dia tak lah sakit sangat.

Bestlah, InsyaAllah, besok malam Cik Abang dah balik. Mesti semuanya suka, tapi mungkin bujang ada sedihlah sikit sebab tak boleh berkepit bawah ketiak mak lagi, bila abah ada...he..he..he..


Kat bawah ni maklang letakkan sulaman bunga tulip, renda kait dan jugak sulaman yang dah letak manik sebagai contoh untuk maklang buatkan kat the telekongs yang maklang jual.


Sulaman bunga tulips yang diminati oleh tulipurple. ( Thank you for calling last nite!:)


Contoh renda yang maklang akan gunakan untuk nak matchkan dengan tulip purple tu. Tak ada pulak renda bentuk tulip! Sowie!!!


Contoh jahitan manik pada sulaman. Ada dalam 11 blocks of this sulaman kat telekong, disebelah bawah...di bahagian atas, tak ada sulaman, cuma renda aje di sekeliling muka.

Dan tak lupa jugak ada gambar jemput2 pisang yang bibik goreng tengahari semalam untuk di bawa ke pejabat.Sekejap aje dah laris...selamat semuanya..mana taknya makanan free...he..he..he...


Selamat berhujung minggu...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

13 Comments:

At Thursday, December 13, 2007 8:48:00 AM, Blogger MAMAMIA said...

Lama tak berkunjung ke Teratak M.Lang ni. Macam2 ada..

Masih jauh lagi utk my kids sampai stage well behaved ni. Buat masa ni,asyik mengurut dada aje.

 
At Thursday, December 13, 2007 8:55:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Nak mintak resipe jemput2 pisang tu boleh..?? Cath memang gila anything with pisang...

 
At Thursday, December 13, 2007 11:07:00 AM, Blogger Kiah Kardashian said...

heran mana mak lang dapat masa for all this???? kasik tip sket heheh.

 
At Thursday, December 13, 2007 11:16:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

kesian maklang,bz betul die...tp kena gak amik waktu rehat gak tau!

 
At Thursday, December 13, 2007 2:37:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wat else can i say :) :) :D :D :D.
itu lah dia....dasat kan maklang nie,agaknye titon pun sebelah mesin jahit n ribbon2 dia agaknye...hehe
well done maklang!

 
At Thursday, December 13, 2007 7:06:00 PM, Blogger D said...

dahsyattt.... alahai, now teringin nak makan cekodoq la pulak!

 
At Thursday, December 13, 2007 9:08:00 PM, Blogger maklang said...

mamamia: budak2 ni hangin, kadang2 elok, kadang2 macam puting beliung!

cat:

Senang aje:

Resepinya:

Pisang lembik 15 biji, di mashkan

gula ikut manis

tepung 3/4 cawan.

Agak2 aje, kalau maklang buat. Cat pun cuba2 lah!

Zakiah:

Biasanya maklang masak untuk makan tengahari waktu pagi, then kerja rumah bibik yang buat, basuh kemas rumah dan gosok baju. Jahit menjahit biasanya waktu malam aje dan wiken. Malam instead of menonton without doing anything, maklang pegang lah jahitan. Kalau tak memang tidor punya. Lagi pulak anak2 dah besar, tak macam Zakiah, anak2 kecik2 lagi...

 
At Thursday, December 13, 2007 9:10:00 PM, Blogger maklang said...

mamaranggie:

Oh rehat tu memang kena ..kalau dah demam kang susah pulak! Thanks!:)

Tulipurple:

TQ...Tq...Tapi taklah tidor sebelah mesin jahit! Tidor kena sebelah Cik Abang, kang merajuk susah pulak...he..he..

 
At Thursday, December 13, 2007 10:15:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Bagus lah maklang budak2 semua well behaved ketiadaan paklang kalau tak nanti pening kepala...dah lah moncong lain pulak kan?

Hakim u kena tido bilik sendiri eh boss dah nak balik tu .... hehehehe

 
At Thursday, December 13, 2007 11:21:00 PM, Blogger zino said...

masa bergerak terlalu pantas.. tahun 2007 pun dah nak habis.. raanya baru je masuk..

 
At Friday, December 14, 2007 11:28:00 AM, Blogger cikdinz said...

cekodok pisang di minati ramai....heheheee....

 
At Friday, December 14, 2007 2:13:00 PM, Blogger IKHWANI said...

sekarang ni hujan, petang2 makan cekodoq pisang sedaaaaap...lama tak buat.

orang kalau dah biasa tak diam ni memang kalau boleh sambil baring pun tangan nak bekerja.

 
At Saturday, December 15, 2007 2:29:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Hakim very understanding, bila abah ada, tak payah suruh, dia dah tidur bilik Angah...tapi rasanya macam liat aje nak pergi..he..he..

Zino:

Memang cepatkan masa berlalu...kiamat dah dekat!

Cik Dinz:

Oh...memang sedap makan waktu-waktu hujan, tapi hari ni panas pulak!

OO:

Kalau dah tak leh duduk diam, nak buek camno??? Mata pun kalau dah bangun pagi, memang liat nak tido balik! he..he..he..

 

Post a Comment

<< Home