Selamat Menyambut Hari Merdeka.....
Alhamdulillah dah 49 tahun dah Malaysia merdeka... Kita yang lahir selepas kemerdekaan ni tak pernah merasa macamana negara kita dijajah dulu dan berharap Malaysia akan kekal aman damai seperti sekarang. Walaupun ada macam2 yang berlaku tapi taklah sampai nak kena perang macam kat the other side of the world.
Syukur bebanyak....
Pagi2 ni, maklang dah dapat dah melawat blog kawan2. Cuma kat Onde je tak dapat nak pergi lagi. Apa ye link ke dia? Siapa yang boleh tolong or OO sendiri yang beri add baru dia. Pindah rumah tu, beri tahule kakak kat sini. Terdeletelah pulak kat HP hari tu, sorry ye...Rindu nak bertandang ke sana.
Sempena Merdeka ni, Maklang pun memerdekakan diri dari mesin jahit dan segala jahitan makalng sejak pukul 10:30 malam tadi. Kalau biasa2 tu dok menjahit sampai jam 11 tapi malam tadi tak larat betul. Akhirnya kerinduaan nak melawat kat blog kengkawan dapat jugak dilaksanakan...Alhamdulillah.
Petang semalam Cik Abang dah mula mengkomen. Si Dhirah meleser sebelah Abah dia masa Abah dia dok mengkomen. Maklang petang2 sekarang ni menonton Hikmah kat Astro tu. Peminat setia dengan Angah dan Maya. Dhirah kata Abah komen panjang berjela....maklang kata sampai boleh buat entry!!! Anyway...TQ so much....semangat I lagi berkobar nak merepek ni. Kalau dulu cuma tulis kat diary je...
Le ni Cik Abang dah pun keluar ke supermarket. Pi cari daging sebab dia nak BBQ lagi. Tak habis lagi mood dia tu...tapi mungkin nak salai aje daging tu untuk nak masak lemak cili padi. 2 minggu lepas masa buat tu, tak puas makan sebab penat layan tetamu. So, kali ni kalau masak boleh lah makan pelan2.
Cuti panjang ni kami tak ada rancang nak kemana2. Cuma nak rehat aje kat rumah. Macam biasa kalau kat rumah ni maklang punya kerja memang banyak le...Mudah2an segala rancangan berjalan dengan lancar. InsyaAllah besok atau lusa ada juga adek2 yang nak ke mari. Tapi tak confirm lagi. Adek2 masa study dulu. Ada 2-3 orang yang nak ke kawasan sini dan ada kemungkinan nak kemari. Mereka ada jugak ajak maklang ke Kontan, tapi MIM tu besarnya....malas betul nak jalan.
Cuaca hari ni best...Sejuk aje. Hujan tadi pagi sekitar pukul 6:00pg. Mintak2 cuaca macam nilah sampai ke petang. Nampak tenang aje...nak2 kat bukit depan rumah ni. Siap ada kabus lagi. So, bolehlah berangan macam kat luar negara. Nak pergi musim2 'kemarau' ni memang tak dapat laa..Nak ikut Cik Abang ke Perth pun tinggal angan2 je....Sedih le....Tinggal 20 hari lagi sebelum dia bertolak. Maybe masa tu Wan dan Atok akan ke sini.
InsyaAllah, 2 minggu lagi Alang dan keluarga akan ke sini. Lama dah Alang tak datang. Ada dekat 1.5 tahun atau lebih. Asyik kami aje ke sana. Maklang dah pesan kat Alang, kalau datang sini, jangan lupa bawak hadiah baju Raya untuk anak2 sedara dan kakak dia yang tersayang ni...he..he..he...
Mintak maap le...Maklang banyak merepek pepagi ni...ni lah salah satu cara maklang nak mememrdekakan penat di badan....
Selamat Hari Merdeka semua dan selamat bercuti!!!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
16 Comments:
slamat menyambut hari kemerdekaan ke-49 neee...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Maklang. Wah BBQ lagi.. Bila nak rasa ni. Ni link ke blog OO yg baru http://ondeonde.efx2.com/
Cantik blog baru dia :)
selamat hari merdeka mak lang!! dah sihat dah semua?=
ML BBQ masih on ke?....penat and lapar baru balik kerja....ok hantar lah baju2 tu kemari nanti I tolong sembatkan hehe....my bro in law ada ke Kerteh dulu ntah2 ade jumpa maklang ... sama lah macam I chinese look.
ok selamat bercuti hari merdeka.Cam mana pos service tu ok tak?
Izhal:
Same2.
Sherin:
Thank you nanti nak linkkan...
Simah:
Alhamdulillah semuanya dah OK. TQ
Kak Elle:
Postal service OK. Tak pelah, tahun ni, maklang jahit sendiri, tahun depan pos ke sana. Tak payah upahkan! Kalau upah Sg $ mahallah...
Baru lepas makan ayam BBQ. PERFECT kali ni... Cik Abang dah graduatelaa buat BBQ ni...
salam merdeka utk maklang sekeluarga
pos barang2 untuk anak2 lah
ML unfair .... jgn cakap pasal makanan BBQ tu .... make my mouth water lah you....nanti termimpi tau
maklang, salai tu macam mana eh? saya seronok beli lamb kat sini - daging dia lembut. masak sekejap je dah lembut.
p/s: saje nak menambah dr comment entry yang lepas - pasal lunch together dgn family. I guess sebab maklang tinggal di kerteh - sempat nak balik ke rumah. everything within reach. kalau wife kerja di KL, husband di Subang - sempat ke nak lunch sekali?
saya pun nak settle down di kerteh lah macam ni!
Zino:
Sama2laa....Berarak ke?
Kak Elle:
Anak2 je ke? Mak dia camana? Kalau tak nak mimpi BBQ....jom datang sini kita BBQ sampai kak elle tak boleh makan lagi!
Mama sarah:
Salai tu bakar aje...kosong with no garam or gravy!. Sedap buat masak lemak cili padi...bepoloh kalau makan! Sodap....
Memang kat Kerteh ni dahlah peaceful, semuanya within reach, InsyaAllah....Alhamdulillah the family bond is better sebab selalu bersama2...Jom settle kat sini, tanah kosong pun banyak, boleh buat rumah besar2....he..he..
hehehehe..rindu kat kita yer???
i am just a click away..click to my name..sampailah ke sana:
ondeonde.efx2.com
p/s: kita tak masak2 apa spesel pun cuti merdeka...kita pi borong buku kat borders.
hehehe Jokontan nak sangat baca apa komen PL bila baca entri HHTA, sampai tanya kita..Ha la ni bole kasi tau dia bole baca.PL dah komen.
OO:
Sudah semestinya rindu kok. Nanti kita gi sana...
Masak sedap2 tu bagile resepi...
EL:
Ooooooh...si Jo pun excited nak dengar komentar PL eh...nanti kita 'desak' dia suruh komen berjela lagi....
selamat bercuti mak lang...cuti2 pun resipi still world lagi ya!
mamarock:
resepi kalau tak world...banyak yang bengot muka nya...tak larat nak layan...he..he...
Post a Comment
<< Home