Dah balek
Malam tadi Cik Abang call entah berapa kali agaknya barulah maklang tersedar dari tidur. Letih sangat agaknya. Malam2 tu dok menjahit and then tengok 24 yang tak khatam2 tu. Lelap mata dekat dekaaat pukul 12:00am. Tak larat nak tunggu. Sedar2 aje phone kat sebelah telinga tu bunyik.
“Assalamualaikum…Tolong bukak pintu Abang dah sampai!”
Dalam pisat2 tu, maklang offkan alarm dan terus turun kebawah nak bukak gate rumah dan pintu masuk. Seronok jugak Cik Abang dah balik, tapi memang mengantuk sangat2. Cik Abang memang excited laa nak tunjuk apa yang dia beli.
So, dalam mata pisat2 tu and ngantuk tu, tengok jugaklah apa yang Cik Abang beli. Tak banyak barang sangat sebab duit Ostolia mahal. Almost kali tiga duit kita. Mana boleh tahan. Ada jugak souvenir dia beli untuk kawan2 dia dan ada jugak untuk anak2 dan isteri dia ni. Banyak2 tu yang paling maklang suka sekali are the Ceramic Timbles tu. Dia kata dia belikan memang especially untuk maklang sorang. Sebabnya kebetulan masa dia nak pergi hari tu, maklang dok sibuk cari timble untuk nak pakai kat jari yang dah kematu sebab jahit manik kat telekong dan tudung2 tu. Tapi timbles tu mahal jugak , sebijik dekat 4-5 inggit. Dia beli 6 , dah dekat 30 hinggit. Kat timble tu ada gambar kecik2, tempat2 di Ostolia tu. Maklang suka jugak kat Ceramic plates yang ada gambar asli Ostolia tu.Apa kenama dia Abroghini(?-spelling) Memang suka gantung2 kat dinding rumah tu. Satu lagi yang best, dia belikan gelas kecik untuk nak buat souvenir. Petang nanti nak kena susunlah dalam lemari.
Tak puas lagi nak berbual dengan Cik Abang sebab nak kena gi opis. Petang ke malam nanti lepas terawih agaknya baru ada masa nak cerita panjang…
Lega Cik Abang dah balik. Petang ni buka cadang nak buat nasi ayam. Ni all time feberet. Lagipun Angah dah lama request suruh masak nasi ayam. Mintak2 sedaplaa, InsyaAllah…
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
wah, Paklang dah balik. Maklang oun happy je bunyi nye. Syok kan?
Selamat Berpuasa Maklang. Sedap makan nasi ayam tu, jgn lupa berikan resepinya.
Maklang dah happy pak lang balik. Boleh berpuasa & bersahur dengan semua.
pendek kata apa saja yg cik abang beli tu semua nya maklang suka hehe
sempat lagi nak buat nasi ayam tu.. kami ni kalau masa kerja nampaknya tunjuk je lah.. sampai rumah dah pukul 6.30 kalau jem lebih sikit lagi le lewat..
nasib baik anak dara kat rumah tu dah boleh harap masak nasi..dan jerang air..
selamat menjamu selera :) esok lusa, saya pun nak buat nasi ayam lah.
yum yum best nye chicken rice my feberet tu.Bagus lah pak lang dah balik macam2 agak die beli sampai 5 kg excess:)PL beli naugats tak?The last my sister pergi in June I masih simpan 1kg assorted untuk raya.We bought special price @ A$19/-per kg kalau kedai abt $24-28 dollars.Raymond Tan the owner is our family friend who migrated there to set up the factory...the last trip I went he came to deliver them at my friends house for me 6kg worth of naugats to bring back...kat sini semue hantu naugats.
The children must be happy mestiu dapat banyak stuff kan?
mak lang masak mesti sedap punya tambah la dengan cik abang dah balik..mesti ni nanti menyanyi nanyi sambil masak :0)
Sherin:
Pasal resepi, no prob. Nanti, InsyaAllah makalng tuliskan.
AM:
Alhamdulillah....dah depan mata!
Zino:
Alhamdulillah kat sini masih sempat masak. Buat kueh pun sempat kalau rajin. Tulah kenikmatan duduk kat kampung2 nih...
Mama Sarah:
Selamat ayam dua ekor...LAku nasik ayam tu semalam. They must be very hungry!
Kak Elle:
Cik Abang beli macam2. Hakim tak sabar2 nak pakai baju yang Abah dia belikan!
Simah:
Manalah sempat nak masak sambil nyanyi. Terkejar2 aje...
salam,
alamak 4 entries saya tertinggal..sabor jeklah..tapi dah khatam dah hehe..
selamat berpuasa ya maklang..
bestnya cik abe dah balik..siap ole2 gitu.
tq resepi bubur tu ya..boleh try insyaAllah..
Ni Pak lang tulis waktu lepas office sementara nak tunggu buka.
Barang-barang semua dah buka. Gambar pun dah masuk dalam notebook ni. Tapi nak download kat blog ni deyan tak berapa reti. Dah minta siKuroshiousawa-with-many-names tu ajarkan. Tapi loading almaklumlah, lembab bin selow. Nanti PakLang suroh dia ajelah masukkan dalam either flikr atau photobucket.
Tengok gambar dalam flickr dan photobucket tu pun lembab. Mungkin PC ni yang banyak benda-benda siKurusawa tu download kan, jadi lah lambat..
Paklang dapat juga pergi fleamarket (kat Canning Vale). Ni berjangkit dari Alang-MakLang lah ni. Dulu paklang asyik kata alang ni, sekarang berjangkit sikit sikit. Pak Lang dapat beli 2 piring kecil dan satu teko ceramic besar. Teko tu AUD2 aje. Tu yang best tu.
Untuk anak-anak biasalah, topi, tshirt, key chain dan setoking. Cari yang wool made in ostolia. Satu AUD4, beli 5 pcs untuk Bapa Johor, bapa kuantan, siKurusawa tu, dan untuk Paklang 2 pcs. Semua sama kaler hitam. Untuk sedara-sedara pun ada, tapi bila jumpa nanti waktu ziarah, bagilah.
Pak Lang beli juga loceng, 4+ 2 pcs. Yang 4 tu termasuk kiriman kawan office. Dia suka loceng. Tadi kat office dah bagi dia. Tapi eksyen pada dia yang 2 lagi tu lagi best, Made of brass, diameter dalam 3". Beli kat Maritime Museum, macam loceng kapal lah. Nak letak kat luar rumah, supaya orang datang boleh tarik loceng aje.
Timble tu made of ceramic, tapi macam untuk ibu jari kaki. Jari kita ni memang lah besar, tapi timble tu lagi besar. Ke memang timble tu pakai longgar-longgar. Setahu paklang, timble kena pakai ketat-ketat sikit, supaya tak jatuh.
Kita manalah tahu pakai timble ni. Paklang buka puasa makan rojak petis, mak lang buat. Kat sana tu makan juga rojak nya, tapi sikit aje. Tahu sekeping, taugeh sikit dan timun sikit, kena aud4. Ada gambar dia, nanti si-Kurushiosawa tu loadkan.
Sekian aje untuk kali ni
paklang, bukan ke thimble ceramic tu utk perhiasan ke? kalau the real thimble baru dia ketat, besi or getah tebal?
ya ke? hehe tu andaian semata-mata.
sure sedap nasi ayam tu, especially makan ngan pak lang ek?
Post a Comment
<< Home