Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, September 16, 2006

Dimana kan ku cari ganti.

Salam untuk semua,

Ni Pak Lang pulak yang tulis hari ni. Pak Lang jadi penulis jemputan. Mak Lang seperti biasa tengah busy dengan dia punya tudong.

Buat sulam pada tudong nya,
lepas tu bersihkan sulam kat belakang tudong nya,
lepas tu jahitkan manik yang cantik di tudong nya
lepas tu tampalkan batu kristal tu pada tudong nya
lepas tu baru lah boleh hantar pada customer nya.

Lepas tu ulang balik chorus tu sekali
dan sekali lagi sampai 15 kali...
mana lah Mak Lang tak busy.


Jadi macam puisi pulak. OK tak.

Hari ni PakLang nak cerita
hal hari ni, hal-hak kita.
Nak merekodkan apa yang terjadi.
sebab MakLang is busy, tak ada entry
Hari ni.


Kaki Paklang ni sakitlah sikit,
uric acid ada tinggi sikit
Allupurinol tetap makan, 300 mg per day
Pak Lang tak tinggal..every day

tapi hari ni Pak Lang buat BBQ
Untuk lunch bagi isteri, anak and mentua ku
mungkin makan daging sikit lebeh,
itu pasal kaki ada sikit sakit, wei.

Lepas lunch tadi bedenyut denyut
tapi Pak Lang tahan, baring terus hanyut
mata ku lelap tidur pun sudah,
surak kabar habis dibaca, majalah pun dah

tapi kaki paklang masih sakit.
Mungkin sampai esok, kena tahan lah sikit
Voltaren ada, didalam peti
tak nak makan, eksyen - simpan dalam hati

Besok agaknya pulih lah kembali
sakit kaki Paklang ni sekali lagi
Dah lama jadi macam ni
Makan kena jaga setiap hari

Oh angin sampaikan lah salam ku ini
pada pembaca yang mengenali
Hari ini MakLang tak ada entry
Ni PakLang sebagai ganti

Sekian, jumpa lagi dilain hari
Nukilan orang yang sakit kaki







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

20 Comments:

At Saturday, September 16, 2006 4:45:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aduhlah ada orang sakit kaki;
menagih dan meraih simpati

macho! ubat tak makan, namun tak lut;
yang mujarab - rehat dan urutan maklang je kot?

 
At Saturday, September 16, 2006 4:47:00 PM, Anonymous Anonymous said...

p/s: kepada mak lang yang busy menjahit.

saya upgrade ke blog beta. tu yg menyusahkan ramai pihak! sorry. tapi kalau nak tinggalkan komen, caranya di kotak comment tu:

choose either 'Other' or 'Anonymous'

maaf. sebarang kesulitan amat dikesali.

 
At Saturday, September 16, 2006 5:26:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mama sarah:
saya tak faham lah kalau begitu saya nak pergi dulu adik saya marah sebab saya main computar ni bay bay

 
At Saturday, September 16, 2006 6:42:00 PM, Blogger maklang said...

mamasarah:

Waktu siang ni maklang habiskan masa dengan menjahit tempahan tudung. Nasib baik ada pengganti nak tuliskan entry, kalau tak bersawang le 2-3 hari...Kena TQ kat cik Abang.

Sakit kaki dia tu cikit2 je...saje nak manja. Karang malam2 baru boleh urut kaki dia tu...

memang susah nak masukkan komen, so pergi baca jelah. InsyaAllah kalau ke situ lagi, maklang akan cuba lagi...


Maya:

Asyik berebut PC aje ngan adek dia...

 
At Saturday, September 16, 2006 6:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Hello pak lang :)wah bukan main lagi merayu ngan pantun lagi....
alloporinul tu sebagai control aje tapi makanan high pureen tu yg nak di jaga.Walau bagaimana pun hope you feel better soon...nie asyik ber BBQ hantar lah kat sini sikit...kempunan habis ....hahaha....kirim salam mak lang angan anak2 ok?

 
At Saturday, September 16, 2006 6:51:00 PM, Anonymous Anonymous said...

emak yu memang suka jahit dah 10 org tempah tudung tu tau!!!!!!

 
At Saturday, September 16, 2006 7:06:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Faezin you tolong your mom tak? tolong lah nanti dia bagi upah :)are you still enjoying your Roxy wallet?

 
At Saturday, September 16, 2006 8:18:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Waalaikumsalam...Nak makan BBQ mai sini le...SEDAAAAAP...

Angah:

Kalau Angah tak tolong pun mak tak kisah asal Angah buat aje homework tu...

 
At Saturday, September 16, 2006 8:26:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Jauh sangat nak makan BBQ kat sana nanti I ask my sis buatkan kat condo dia....angah bagus lah buat homework belajar pandai2 ok dapat kerja baru bolih kawin :)

 
At Saturday, September 16, 2006 8:39:00 PM, Anonymous Anonymous said...

not bad a puisi from orang yang tengah sakit kaki..amacam? getting better ke?

 
At Saturday, September 16, 2006 10:49:00 PM, Blogger mizzwanda said...

uishh sakan gak paklang eh berpantun pantin..hehe!oo sakit gout ka..hmm sure kena pantang ja mkn kan..takpa2..m.lang kan ada!hehe sure sakit2 tu lega bila tgk muka m.lang.ahaks

 
At Sunday, September 17, 2006 11:33:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

Paklang, cubalah berbekam. InsyaAllah boleh kurang.

salam untuk maklang ya.

 
At Sunday, September 17, 2006 1:30:00 PM, Blogger Idham said...

:) SALAM PAK LANG...

semoga kaki sembuh kembali.
jaga makan tu ye...ubatnya sekali

salam kpd anak2 dan isteri.

idham

 
At Sunday, September 17, 2006 2:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang and Paklang,

Nampak gaya Maklang tgh gear up for the raya, busy menjahit sampai tak sempat serba serbi!

Paklang, muka sama , sakit pun sama! hehe

 
At Sunday, September 17, 2006 5:10:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aramak!!! abah berpantun??? banyak salah!! kalo pantun, sebutan belakang kene sama cam a.b.a.b!!!! hahaha ....best gak abah berpantun skali skala!! best akim blom balik..ley main kom

 
At Sunday, September 17, 2006 8:30:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Angah marah cerita pasal angah...


Onde:

Sakitnya sikit je...kalau sakit teruk mana boleh nak berkarya...

Mizzwanda:

Kalau tengok muka je tak baik kot...makan kena pantang gak! he...he...

Syikin:

Waalaikumsalam...


Id:

Thank you...Nanti kena suruh jaga makan sikit.


Kak Roza:

Memang tengah lengoh menjahit. Mata pun dah kelabu...


Nasib baik kale kulit lain2, or else terkeliru maklang kang...mau kena kejar dengan maam! *wink*

Dhirah:

Pi belajar ...ni pun mamat tu tengah tunggu. Nak komen pun payah!

 
At Sunday, September 17, 2006 9:18:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, suruhlah Pak Lang banyak minum air kalau tak mau makan Voltaren.

 
At Sunday, September 17, 2006 9:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Angah aunty elle minta maaf berbanyak2...lain kali tak sebut nama angah lagi ....maybe sebut nama macho bolih tak? :)

 
At Sunday, September 17, 2006 9:45:00 PM, Blogger Lollies said...

hebat sekali

 
At Monday, September 18, 2006 7:03:00 AM, Blogger maklang said...

Adah:

OK nanto maklang cakap kat dia..


Kak Elle:

Angah tu memang cam tu...hot main2 je...


Lollies:

Apa yang hebat? Puisi tu...macam puisi ke???

 

Post a Comment

<< Home