Selamat kembali Cik Abang Sayang....
Sekejap aje dah 5 hari. Kalau nak kata tak terasa yang Cik Abang is not around, memanglah tipu. Kalau dia tak ada memang senyap sikitlah...Suara dia garau dan kuat. Nak2 bila tengah marah kat anak2. Tapi ni jarang2. Tapi even bila dia cakap suara dia kuat...macam ala2 dee jay radio tu....
InsyaAllah tengahari ni sampailah dia kat Singapore. Dalam 1pm agaknya, tengahari flight ke KL pukul 2 lebih and then ke Kuantan about 9pm. Mintak2 dia dapat ambil earlier flight dari KL ke Kuantan tu. Tapi dekat sangat dengan flight dari SQ tu tiba. Takut tak sempat aje. Tapi nasib baik ada lounge untuk beristirehat. Kalau tak capek bangat.
Anak2 excited sangat Abah nak balik. (Macam mak anak tak excited!). Si Minah Over tu sibuk kata Abah belikan dia Kangaroo kecik - anak patung agaknya. Yang lain2 tak tahulah Abah belikan apa. Tapi pastinya menarik. Dia kata ada beli keychain dan serba sedikit souvenirs. Tapi memandangkan tukaran duit terlalu tinggi tak banyaklah yang dia beli. Lainlah kalau ke Indonesia, duit dia jadi juta2...boleh berangan jadi orang kaya!
Semalam masa buka puasa, kami buka kat ruang tamu kat depan. Rasa seronok pulak buka kat depan tu. Lega sikit sebab ruang tu besar sikit. Anak2 tanya apasal makan kat luar. Maklang kat tak ada ape. Bila buka ni makan ramai2 jadinya kena tempat luas sikit. Biasanya kami makan kat dapur. Dan selalunya tak bersama. Jadi tak apalah sempit sikit. Tak ada masak apa sangat cuma buat Ikan cencaru sumbat belakang, sayur campur dan telor goreng masak tomato. Lepas tu buatkan anak2 bubur jagung dengan sagu mata ikan. Budak2 memang suka ni. Lagipun paling senang. Satu tin susu cair, 2-3 sudu gula pasir, 1 tin sweetened jagung dan 3-4 sdb sagu mata ikan. Tambah air 2 cawan supaya tak berapa pekat. Kalau nak wangi letak daun pandan. Letak atas api perlahan dan didihkan sampai sagu kembang. Kalau terpekat pun tak apa sebab rasa macam puding. Cubalah mana tahu ada yang gemar....
Oklah nak siap gi opis.Till later...
Selamat kembali Cik Abang sayang...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
8 Comments:
No 1 ....eh eh eh abah balik hari ini .. ML mesti gembira gila kan? pejam celik dah pun PL pulang.Hmm.....mesti banyak juga yg PL beli untuk tersayang... betul tu ML duit aussie ni skg tinggi juga jadi nak membeli kena betul2 kira exchange nya tapi kalau holiday take it as 1 to 1 aje lah.OK have fun with whatever PL belikan :)
Ni PakLang tulis lagi,
Kali ni kat Changi pulak, baru sampai. Tadi kena excess baggage juga. Timbang punya timbang, satu beg aje, 38kg. Kenalah 5 kg excess at AUD25/KG, dah dekat harga perak dah. Kena AUD125. Nak buka pun apa yang boleh dibuangkan. Semuanya dah pek. Lagi pun hand luggage tak boleh lebih dari satu. Tapi orang nya baik-baik. Cakap pun manis aje. Tak ada apa, cakap aje. (hei, puasa!).
Suka paklang kat orang ostolia ni. Kalau baca dari suratkabar semua nampaknya macam sombong aje. Tapi by average, semua nya OK.
Nanti kena tunggu lama sikit kat KLIA tu sebab macam maklang kata cepat sangat waktu tiba 4.05 pm dan waktu bertolak ke Kuantan 4.55. Dengan kastam dan immegresen, dan kena check in balik satu beg besar tu, tak sempatlah gamoknya.
Besok Pak Lang cuti lagi, nak buka beg. Hari ni tibe kertih pukul 12 atau 1 am lah, sebab kena naik taxi lagi 2 jan dari Kuantan.
Kat Changi ni pulak internet yang kat belakang tu, kat pokok buluh kena tutup pulak. Puas lah nak mencari yang lain. Renovation pokok buluh tu agaknya. Ni tulis kat tingkat 2. Time limit 15 minutes aje, lepas tu dia terus logoff. Kalau nak sambung, save dan log on balik lah. Tapi ISP connection tak ada, tak boleh nak nak load gambar ke apa.
Kak Elle, terima kasih atas semua input dan feedback. Bumbu tu semua yang spenser punya, tapi packet kecil.
Jumpa lagi dilain kali. Sekian, nanti paklang tulis lagi.
waaahhh.. tak sabar tunggu gambar2 paklang di perth.
ASM ML .... I guess by the time your manage to read this msg pak lang is already home with all the goodies.I spoke to him when he was on transit in sg almost at 2pm and he did mention abt being 5 kg excess..wait till you hear between me and my niece I was lucky cos my friend ade kenalan ngan SQ airport staff kat Perth so I was given 70kg max.*whew*....max for hand luggage is 7kg perhaps pak lang should have taken some out..and on top of that I bawak haversack!!!hahaha....tu lah ghairah nya bila bershopping tak ingat dunia:)I fwded Kay's email to you dapat tak?
ooohhh mak lang, sure excited nak berbuka sama cik abang :)
Kak Elle:
Banyak jugaklah dia beli. Benda2 kecik. But the best were ceramic timbles. Cute sangat. Kebetulan before he left for Perth I was looking for the Stainless Steel timbles sebab my jari dah kematu dek tercucuk jarum sebab jahit manik. But of course the ceramic timbles were for perhiasan only.
Thanks again for the info on Perth and I did get the mail that you've forwarded to me.
Paklang:
Selamat baliklaaa..We are happy to have u back home and thanks a lot for the timbles etc.
Mamasarah:
Hari ni dia tak kerja, maybe dia akan load gambar2 tu.
Mamarock:
Biasalah tu. Bila dah cukup ahli baru seronok bebetul!
MakLang ... selamat berpuasa to you and family. Wah agaknya bila PakLang dah balik, barulah berselera MakLang makan!
Thanks for the bubur jagung recipe ... nak try lah petang ni :-)
QOTH:
Welkam. Tu resipi hentam tapi Dhirah suka sangat2. Berselera makan tu yang bahaya...tambah2 lah kg I yang liat2 nak ilang nih...
Post a Comment
<< Home