Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, September 19, 2006

Masih feeling good...

Baru nak seronok....malam tadi mesin lama pulak macam nak buat hal aje. So stoplah. Tak dapat nak habiskan satu telekong tu.Nasib baik ada yang baru bolehlah diteruskan my ‘production’. Or else kilang tutuplah 2-3 hari. Nasib baik besok pagi dah terbang ke KL sebab hari Khamis ada course kat KL office. So, definitely kedai jahit tutup 3 hari. Tapi masih boleh bawak yang dah siap tu ke KL. Malam2 tak ada kerja bolehlah jahitkan manik2 tu. Seronok betul bila tengok hasil kerja tangan sendiri. Tapi paling seronok bila kita jahit baju, anak2 kita pakai. Kalau jahit baju suami, suami kita pakai rasanya macam kita yang sedang peluk2 dia….Mulalah nak menjiwang sekarang ni.


Sambil2 tengah menaip ni, maklang tengah tengok ‘turenty four’. Hakim sebut turenty four. Malam tadi Paklang dah khatamkan sampai Chapter 8, maklang tidur half way. So, sambil mesin tu jalan, maklang menaip, TV tu on, so banyak lah kerja boleh siap sekali jalan. InsyaAllah....bolehlah siap.


Maklang kalau cerita turenty four ni memang suka sangat. Dah ada 3 musim dengan maklang. 1st dan 2nd tengok kat TV je, so bila tahu ada kat DVD, adek maklang yang kat JB tu tolonglah belikan. Share2 ngan dia sebab dia pun memang ‘hantu’ cerita ni!. Cik Abang pun sama, so menjadilaaa…


Malam tadi sempat jugak maklang berbual2 dengan widaad98. Dapatlah dengar suara dia yang merdu tu. Lama dah rasa nak berbual2. Paklang beritahu ada mail kat mailbox dia sebab maklang guna mail dia. Bila Paklang beritahu malam tadi, terus aje capai talipon dan bual2 lah sat. Tak ada cerita apa2 pun Cuma pasal anak2 je. Lagi pun kami jauh, tak boleh cakap lama2. TQ sebab melayan maklang berbual dan maaf sekiranya mengganggu. Bagus jugak berblog ni, selain dapat pengetahuan pasal family ke atau apa2, dapat jugak berkawan. Tapi kena pilih2 jugak sebab tak semuanya sealiran dengan kita. Ada yang kita boleh get along, ada yang kita jem. So, kena berhati2lah. Tapi setakat ni yang maklang dah jumpa dan berbual, nampak2nya semuanya sealiran dengan maklang. Moga2 orang sebelah sana pun camtu lah hendaknya.nya. Ni pun , Insyaallah ada rexeki nak jumpa UBA hari Khamis ni. Tapi semuanya tertakluk pada masalaa....


Oklah setakat ni celoteh maklang. Ada masa besok boleh update lagi.


Untuk adek Jo….hensem is in the eyes of the beholder....kalau Cik Abang hensem, Jo pun sama jugak lee......tapi.....tapi Cik Abang manis ada lebih sikit je...….Lagipun bak kata Kak Roza she is amazed at the rupa yang begitu sama tu...…he...…he...…Tapi pada maam sure Jo lebih hensem! So, pergilah buat kerja tu, jangan dok tersenyum2 syok sendiri....hidung tu dah kembang semacam!....InsyaAllah we will see you tomorrow!

Bye and Assalamualaikum....

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

11 Comments:

At Tuesday, September 19, 2006 12:09:00 PM, Blogger Sherin de Souza said...

Maklang, alhamdulillahh u r feeling GOOD! Sherin harap that will last long le. :) MMg betul tu Maklang. Ada juga sesetengah blogger yg sealiran dan ada juga yg tak boleh jalan. hehehee. Sherin dapat jumpa seorang blogger-Marlina masa kat seminar hari sabtu lepas. Alhamdulillah-sealiran. heheheheehe. Suatu hari nanti insyaAllah mana tau,dapat jumpa maklang pula.

 
At Tuesday, September 19, 2006 12:53:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

Salam,

maklang, thanks a lot sbb sudi call saya malam tadi..:D

seronok dpt bual2 ngan maklang, tp sian kat maklang nanti sbb kena bayor banyak. ngan saya ni mmg tak boleh ajak cakap sbnrnya, nanti bil jadi panjang hehe.

Ada rezeki kita jumpa. InsyaAllah.

p.s. pembetulan-suara saya besor, tak merdu hahaha.

 
At Tuesday, September 19, 2006 5:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang, syoknya PAklang very supportive dgn hobby maklang. Saya tak sabar nak tunggu anak2 besar. Nak start ada hobby jugak.

 
At Tuesday, September 19, 2006 5:25:00 PM, Blogger maklang said...

Sherin:

Betul...mana tahu ada rezeki, kita akan jumpa, InsyaAllah...


Syikin:

Merdulaah tu suara. Kalau tak merdu tu garau lah pulak!


Mamasarah:

Paklang memang very supportive. Kalau nak barang2 jahitan memang dia selalu layan and tolong belikan. Macam kat dia punya komen tu, kalau gila menjahit ke dia tak kisah...SyukurAlhamdulillah....

 
At Tuesday, September 19, 2006 7:19:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Ni PakLang tulis lagi. Mak Lang tengah tengok cerita Indonesia tu, Hikmah. Sedap juga tapi Pak Lang taklah ikut everyday.

Mak Lang, Mak Johor, Angah dan Maya ikut hari-hari. si Macho tengok cerita Mr Bean, dia kat bawah, jadi nak tengok Hikmah kena kat atas lah.

Pak Lang kat dalam bilik study, tulislah komen ni.

Kak Elle, Besok Pak Lang ke Perth, Ostolia. Naik kapalterbang dengan Mak Lang sampai KL sebab Mak Lang ada kursus kat KL. Pak Lang bertolak malam naik SQ, ke Spore. Tolak ke Perth pukul 1 am hari Khamis. Tidur kat airport dan dalam kapal terbang lah.

Pak Lang tak pernah ke Ostolia ni, jadi prepare nya lebih sikit. Plug untuk barangan elektrik pun tahu jenis I. Di Malaysia dan Spore, jenis G.

Hari isnin nanti baliklah. Jadi 2 hari lah berpuasa di Ostolia. Hari Ahad dan Isnin. Antara benda-benda yang ada dalam plan ialah nak naik ialah keretapi dan bas. Bas dalam downtown is free. Ni yang best.

Pak Lang kalau berjalan-jalan mesti nak naik keretapi dan bas. Masa pergi New City (Kota Baru, Kelantan wei) dulu, Pak Lang dan anak-anak naik beca. Tanya pak cik tu muat tak kami berlima (4 anak dan PakLang aje, sebab Mak Lang di Rantau Panjang). Pak cik tu kata OK, tapi bila dia nak brek beca tu kat round about, macam nak terpatah becanya, sebab kami berat sangat. Kesian Pak cik tu.

Tambang all day ride kat Perth ni macam AUS7.7 perday unlimited. Itu yang dibaca dalam internet. Tapi nanti Pak Lang ceritalah.

Notebook Pak Lang tak bawa, cuma bawa kamera dan pandu-jari aje (Thumb drive). Nanti boleh tulis dalam komen ni dari sana. PC mungkin available gamoknya dari sana.

Antara barang-barang yang termasuk dalam plan yang nak dibeli ialah pinggan-pinggan kecil tu, mangkuk dan cawan especially kat fleamarket. Buku-buku tentang rumah dan kraftangan pun antara idaman nya. Kain-kain tapestry kalau ada, untuk alas-alas ke, untuk buat-buat bantal ke.

Kain-kain untuk baju tu tak nak lah kat sini ada.

Ni nak kemaskan barang. Tour leader tu kata, barang makanan jangan bawa. Kena bawa losen lebih sikit, sebab kering kat sana. Dia pun pesan bawa payong sebab mungkin hujan. Mana pulak Pak Lang nak cari payong yang comel-comel waktu ni. Ah tak payah lah payong. Hujan tu kan air aje.

Baju tebal sikit pun kena bawalah. Jadi Pak Lang bawa kemeja lengan panjang. Pakai lah jacket yang kerja punya. Ada nama kat poket tu, senang nak kenalkan diri.

OK sekian aje dari PakLang.

 
At Tuesday, September 19, 2006 8:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

OK enjoy lah masa di KL dan kalau jumpa Mas kirim salam kat die and kalau makan risolle jgn lupa kita kat sini :)
Pak Lang where will you be staying in Perth? Yes you can buy all those antique stuff at flea market..beli from old couples they are more generous and will reduce the price... just bring multi int sockets kat sana banyak mengunakan 3 pins.
Nak belikan macho baju tees hi-5 kat K-Mart and for the girls hilary duff ke and other teenagers movie kat Big W or Target ade juga kat K-Mart....jgn lupa belikan mak lang naugats(golden boronia)yg best...untuk raya....hahhaa....oppsssss sorry macam kita pulak yg nak pergi:)ok midnight flight SQ .... BILA SAMPAI JGN TERPERANJAT NGAN AIRPORT DIE......

 
At Tuesday, September 19, 2006 8:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Sebelum terlupa selamat menyambut bulan ramadhan pak lang ... makanan melayu dah banyak kat sana ask yr guide bawa ke spencer village - food court makanan sg and malaysia .. penjual nya orang kita tapi rasa tak lah sama katb tanah tumpah mumgkin ramuan susah sikit nak dapat...PL prob will be in the city so ade 2-3 restaurant around Hay St....kepunyaan org sg and malaysian...karache jual nasi bryani and kuih muih and other malay food....se pinggan Aust$7.90,japanese bento halal....

 
At Tuesday, September 19, 2006 9:08:00 PM, Anonymous Anonymous said...

had a chat with my friend kat Perth pak lang weather cooooool temp 19 degrees today rain a bit in the morning.

 
At Tuesday, September 19, 2006 10:55:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang-

When I told my hubby you hantu 24, dia gelak. Dia sekarang dah khatam season 5...ish ish..hangpa semua boleh masuk satu boat!

 
At Wednesday, September 20, 2006 7:05:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

TQ kak elle for the tips...


Dith:

Maklang baru khatam chap 10, paklang dah chap 12 of Season 5. Entah bila nak khatam semuanya tak tahulah...asyik sibuk aje. Cerita ni pulak kena tengok betul2, miss satu part hilang cerita tu nanti!

Naik kapal sedap sikit sebab kalau tak kang sempit, kalau Jo dengan Maam OK, sebab kami ni besau2 belaka!!!

 
At Wednesday, September 20, 2006 7:31:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Kak Elle; terima kasih for the advice, terutama yang kat fleamarket tu. Pak Lang will be staying at Ibis Hotel right in the downtown Perth near Hay and Queen St.

Ingatkan tak nak bawa payong, tapi atas nasihat, Pak Lang pun belilah payong nanti kat KL, masa jalan-jalan dengan Mak Lang tengahari ni.

Dah janji dengan Mak Lang untuk Mak Lang call pukul 9:00 pm nanti. Call dari Malaysia, guna italk (TM) tu 20c per minit. Telekom fixed line 90c per minit. Ni yang Pak Lang tak paham ni. Dua-dua TM punya product. Satu pakai card (ala prepaid) dan satu lagi fixed line. Patut nya fixed line tu lah murah. Ni prepaid pulah yang almost 20% of the fixed line.

Tadi pun dah cakap dengan the-girl-with-many-names (aka kuroshio ke Zangetsu ke apa nama jepun dia) suroh call pak lang juga from rumah nanti. Tak da lah rindu sangat. Mak Lang call dari rumah adiknya di KL nanti.

sekian aje, nanti Pak Lang tulis lagi.

 

Post a Comment

<< Home