Komplot Sorok...
Dua tiga hari ni kat office dah sibuk semula. Kat rumah macam biasa ajelah , kalau tak duduk menyulam, menjahit manik kat telekong. Kalau tak pun sembat baju2 kurung pulak. Ada sebakul tu kat bilik tempat maklang menjahit. Tu pun masih nak gatal tangan nak gunting kain2 yang baru beli kat KL tempohari. Takut tak cukup masa aje nak menyiapkan semuanya, kalau boleh sebelum puasa. Ada 3.5 helai telekong lagi nak kena sulam. Ni Angah dan Along pulak, tak tahulah if dia nak ke pakai baju dari pilihan kain yang beli kat KL tu. Kalau nak tambah kerja lagilah.
InsyaAllah Atok dan Wan tiba besok. Mulanya ingatkan hari ni mereka sampai, tapi tadi Wan kata tak jadi sebab Atok ada appointment dengan Dr kat UH besok pagi. InsyaAllah tak ada apa aral, tibalah tu besok.
Tadi pagi iye2 maklang masakkan daging salai masak lomak cili padi dengan belimbing buloh untuk Atok dan Wan. Tup tup Atok kata tak jadi pulak sampai hari ni. Tak apalah , nanti bakar daging lagi this weekend InsyaAllah, boleh masak lagi. Lagipun ada sikit aje daging tu. Terperanjat jugak masa tengok tadi. Apasal ada sikit sangat daging tu. Seingat maklang masa masukkan kat Tupperware ice cream yang 1.5 liter tu last week, penuhlah. Tapi bila Bibik dah potong petang semalam ada sikit aje. Tanya kat bibik and dia kata si Angah dok makan aje. Entah bila dia bedal, tak tahu pulak. Yang heran tu, dia tau pulak kat mana kita simpan. In fact, kalau nak makan apa2 kalau tak makan cepat2 memanglah selamat semuanya.
Kalau dulu2 cik Abang rajin jugak beli coklat untuk nak makan sebagai pemanis mulut lepas makan nasi. Alah kalau makan pun sikit2 aje. Potongkan kecik2 then letak kat Tupperware, so bila nak makan tu ambiklah 1-2 potong kecik. Tapi kadang2 tak sempat apa2 petang tu semuanya dah gone. Bukan tak kasi makan, tapi budak2 ni kalau makan tak ingat orang lain. Selagi ada, selagi tu dia tala....Memang tak boleh tahan kalau macam ni selalu.
Satu lagi kalau beli cheese. Kalau yang 24 pieces tu kalau tak control sekali dia bedal 2-3 keping sorang. 2 hari dah selamat. Kalau Hakim boleh makan sampai 5 keping sekali. Tak larat wooo. Sebungkus cheese sekarang dah berapa hinggit. Kalau dua bungkus dekat RM 20 dah kot. Hakim pulak boleh bedal 5 keping sekali jalan. Dia buat macam biskut. Ratah macam tu aje. Sama kes jugak kalau beli Vitagen atau fresh milk. Sekali Hakim minum mesti nak 2 botol. Lagi banyak dia nampak dalam fridge lagi sedap dia togok. Kadang2 tu marahkan jugak. Kalau fresh milk sekali dia minum sampai setengah kotak besar tu. Kesian Cik Abang, everytime dia makan dia punya cereal (nak diet konon), mesti kehabisan susu.
Last2 kami komplot sorok makanan yang rasa2 dia orang terlalu suka tu kat fridge kat wet kitchen kat luar rumah tu. Kalau kat situ cheese boleh tahan sampai 2 minggu. Sempatlah maklang nak masakkan mereka omellette with cheese and mushroom untuk bekal mereka sekolah.
Apa mau buat, anak2 sendiri. Anyway, we enjoy feeding them. Bila cerita pasal anak2 susah makan ni, maklang selalu kata,’ Kalau anak saya pulak, kena cari ubat supaya berhenti makan....!’
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
10 Comments:
haha ...makanan kena sorok eh? biarkan mereka makan nanti bila sakit baru nak tanya nak makan apa?
Daging salai tu macam mana ek ...ML I can finish 20 pcs cheese in 4 days and togok fresh milk 1 kotak besar everyday...yum yum....nanti bila pak lang gi Perth suruh die beli fruities cheese sedap mak lang esp peach and nuts ....letak atas toasted bread for breakfast..best...
Rajin wan angan atuk selalu dtg ke Kerteh ...
alahai maklang..
bab cerita daging salai masak lomak cili padi dengan belimbing ni yg tak tahan ni.. meleleh air liur.. hehe
den kalau nak makan daging salai ni kono poe kek mardi sinun tu.. ada satu gerai hari2 ado daging salai e..
A. DIET
Macamana lah Pak Lang nak kurus. Berat bertambah naik, melampaui batas. Bila nak diet makan cereal, selalu susunya tak ada. siMacho dah tala habis.
PakLang biasanya makan cereal tu jam 6 pm, dan malam tu suppose tak makan lagi. Tapi entah ek, cereal ni tak mengenyangkan macam nasi. Nanti pukul 10:00 cari lagi nasi. Full blast pulak tu, bukan 2 atau 3 sudu nasi macam orang diet. Baik tak osah diet,sekali aje makan malam. Kalau diet, kena makan dua kali.
Tapi hajat hati masih mau slim, sampai 70kg. Tekak aje yang nak makan.
B. BARBEQUE
Tadi daging salai tu bukan tenderloin, jadi daging keras lah. Kalau Pak Lang bakar kat BBQ (yang baru buat tu) pakai Tenderloin. Cepat masak dan lembut. Tapi kalau masak lomak ni, OK juga pakai daging liat, sebab memula bakar (aka salai), lepas tu masak lagi dalam kuah lemak. Tak lah jadi lembut sangat.
Hari Sabtu ni nak bakar lagi. Bakar daging dan ayam. Pak Lang sekarang kalau hidupkan api charcoal tu tak lah susah sangat macam mula-mula dulu. Hari tu bakar ikan tongkol (orang putih panggil TUNA), ikut stail orang putih, sedap lah juga. Buat kan fillet (ambil isi aje, sama kulit dia, tanpa tulang) dan bakar. Satu ekor ikan tu dapat lah 4 pieces fillet. Tapi kepalanya Mak Lang simpan lah nak masak apa tak tahu lah den.
Tapi Mak Lang ada punya pantang, kalau dah bakar daging dan ayam, tak boleh campur ikan-ikanan (seafood lah). Ni orang mana punya petua deyan tak tahu. Kalau nak bakar seafood, tak boleh campur ngan daging. tak elok. (apa benda yang tak elok tu pun deyan tak tahu...) jadi tak da lah nak bakar ikan, sebab nak makan daging. Hari Sabtu ni daging, dan ayamlah.
C. SiMacho
Pak Lang nak pakai computer ni pun si Macho tak bagi. Dia dah nak main game. Dah janji dengan dia pukul 7:30 dia boleh main. Tapi sampai pukul 9:00 tak habis lagi.
Pak Lang nak browse hal-hal kerja sikit, dia tak bagi. Mak Lang pun apa lagi, gunakan semua ilmu yang ada, bribe lah, "kalau akim bagi, nanti Abah boleh buat kerja dia kat bilik study tu dan akim boleh tidur dengan mak. Temankan mak tidur masa abah kerja." Apa lagi si Macho ni terus kasi Sang Bapa pakai computer. Kalau dapat tidur mak, si Macho ni cair. Apa saja asal dapat tidur ngan mak. Ni yang panjang tulis entry. BEREBUT.
d. penutup
bakar ayam dan bakar daging
nak campur ikan, pantang penghulu
Nukilan ni Mak Lang nye geng,
sekian, eden nak tidur dulu
Kak Elle:
Orang nogori panggil daging bajar tu daging salai. Sodap kak kalau masak lomak cili padi...
So, kak elle tak leh lah duduk ngan Hakim, sebab berebut cheese ngan susu aje nanti.
Zino:
Memang sodap...tapi kat Hi way kak Seghomban tu ado satu gorai jual masak lomak ni kan. Masak lomak siput, ayam dan macam2 ado.
Cik Abang:
Habislah modal den nak cerita hari ni...dah kena tulis pun..OKlah, den nak mandi dulu, nak poie kojo ni...See u later...
Hehehe..Mak Lang, kelakar jugak Pak Lang. Bagaimana rasanya jadi rebutan ni?
bestnye rumah maklang meriah dengan telatah anak2 yang tak kisah dengan makan, ada sesetengah tu susah nak makan, semua tak nak, mcm ni bagus la, tak rugi pegi shopping..:-)
rasanya dah lama tak melawat teratak maklang ni
He he,
Panjangnya Paklang Comment.
Mebbe Paklang boleh jadik guest contributor.
sape lak keluarge si Lang nih?? Rasenye mak n bapak den ade name (bkn lang le pastinye).... a'a bah, kalo bli laptop satuh agi, abah amik ar laptop itam nih, dhirah amik laptop baru. best ckit... tapi jgn gi layan aweks pepagi...nanti ade masok spital kang... bia dhirah je on pepagi nak donlot anime2 yang best2...abah tido je eh... klaka ar pantuh abah tuh...
bye nak wat fanfic ar.. besh ckit
MAklang cerita daging salai lagi! isykh. berapa kali dah mak lang buat, saya tak try pun lagi.
tapi saya rasa macam daging kat sini dah tak payah salai dulu. masak je dah terus lembut. Lagipun, rasanya kalau bakar dulu nanti jawapnya jadi mcm rumah maklang lah kot - sedar2 dah tinggal sikit! ada orang bedal dulu.
dhirah dhirah tengah tengok anime apa sekarang ni? dah tengok Full Metal Alchemist?
Adah:
Yang jadi rebutan tu PC ke maklang ye??? Maklang pun tak sure!
BTB:
Waa...ini sudah lebey eh...ngajo Paklang berawek2 pulak...Ish...Ish...
Jo:
Biasalah tu...lain kali kalau maklang malas nak buat entry, suruh Paklang aje yang tulis.
Dhir:
Thank you for backing mak...Pakcik BTB tu memang nakal sikit, Nanti jentik jari dia ngan piat telinga dia sebab ajar Abah bukan2!
Mamasarah:
Memang meriah sentiasa...Kenkadang sampai pening kepala!
Eh...kenapa bila maklang nak comment kat blog mama, dia tak nak terima?
Post a Comment
<< Home