Semangat ku terbang...
Gambar lama....entah kat mana pun dah lupa...tapi pastinya tengah bercanda di tepian pantai....
Tak tahulah apapasal. Rasa macam tak ada mood aje nak berblog. Mungkin semangat dah terbang dengan Cik Abang yang jauh nun di sana. Hari ni belum dapat khabar lagi dari dia. Agaknya sibuk berjalan2. Ada sms kat dia tadi petang tapi masih belum berbalas. Bimbang jugak ni.
Kami tiba dari KL lebihkurang jam 4:40pm tadi.Dari rumah sepupu tadi naik cab. Malas nak susahkan orang so ambik cab aje dari rumah dia ke KL Central. Oklah tapi jalan jam sikit. Tiba kat situ lebih kurang 8:30am. Bas bertolak jam 9:00am. Sambil tunggu2 tu dok berbual dengan penumpang2 kat situ. Dia kata dia datang melancung dari Jakarta, on honeymoon agaknya.Tadi masa dah naik bas tu rasa, Oh...adventurous jugak aku ni...Maklumlah dah lama tak naik bas. Sorang2 pulak tu. OK jugak. Masa perjalanan lebihkurang 1 jam. Mula2 taklah rasa pening, tapi bila bas dah mula nak sampai atas tu, dengan jalan pusing2 rasa mabuk jugak. Cubalah lelapkan mata, tapi tak mau pulak dia.Bas berenti kat Skyway tu. So, maklang tunggulah Alang. Sambil2 tu baca buku 'Willow' tu. Sedap jugak, tapi sayang tak boleh continue lagi. Ada 3 helai telekong belum sulam dan enam helai telekong belum letak manik. Rasa macam nak pengsan. Semua nak pakai raya. Entah sempat entah tidak. Tapi doa2kanlah ye...sambil2 menjahit ni dapat jugak nak mengkhatamkan Al-Quran. Nampak2nya bulan puasa ni nanti, kena puasa bloglaa...
Paklang Ok kat Perth tu. Malam tadi dah call.(Ni tulis pagi 23.9.06 pulak) Dia kata seronok. Kalau ada rezeki, nak jugak bawak kami ke sana kata dia. Tapi maklang rasa down lah dia tak ada. Semangat ku bagai dah terbang bersama dia....Che waaah...jiwanglaak ni...
Selamat menunaikan ibadah puasa semuanya...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
Salam,
maklang..mmg semangat tu akan terbang rasanya bila yg tercinta tak de bersama.
SALAM RAMADHAN dan selamat berpuasa.
ML don't worry sekali2 ni bagi lah PL chance nanti bila die balik mesti banyak ole2 for you and family.I hope Kay is free to meet up with him,she didn't reply my email pun.PL ade sms on his first day before going to Kings Park.
Untuk mak lang sekeluarga selamat menyambut ramadhan al mubarak.
ML alang tinggal kat KL ke Genting?
Selamat Menyambut Ramadhan untuk mak lang sekeluarga.
Kesian Mak lang rindukan pak lang..Tapi tak lama kut
Ni Pak Lang tulis lagi. Kali ni tulis dari kat downtown Perth. Baru hari ni program sendiri.
Kepada Mak Lang, Pak Lang pun rindu juga. Nanti karang malam talipon macam biasalah.
Ni Pak Lang nak cerita aktiviti hari ni. Hari ni dari pagi tadi naik keretapi ke Clarkson, lepas tu patah balik sampai Joondalup. Tambang nya AUD7.70 untuk satu hari perjalanan. Pak Lang pun naik lah keretapi. Dah tu turun naik pulak bas, pusing-pusing tengoklah suburb Perth. Sempat juga ke pandai Scarborough dapat lah mencecah kaki kelautan Hindi. Ombaknya besar, tapi air nya bersih.
Kat sini semuanya aman sikit dari hingar-bingar. Tapi banyak retirees. Pak Lang tinggal kat Hotel Ibis.
Semalam makan kat Restoren Singapore, tapi seafood mee dia tak berapa sedap. Seafood pun tak banyak, mee kuning dia besar dari yang kat Malaysia. Mee dia banyak! Tukang Masak dia, makcik-makcik dari Malaysia ke Singapura ke tak tahulah. Tapi makan agak mahal, sampai AUD12.00. Tapi tu masuk dalam package travel ni.
Hari ni lunch sendiri. PakLang belilah sayur salad yang dah siap campur AUD 4.95, beli juga Kraft Thousand Island, sebotol kecil AUD 3.90, roti AUD 1.65, potato CHIP AUD 3.95 dan philadelphia cream cheese. Buah pear pun mahal juga AUD 3.80 per Kg, tapi Pak Lang beli 4 biji aje. Tadi dah makan, kenyang juga. Ada banyak lebih, untuk malam karang, dan lunch besok.
Kalau makan kat kedai pun rasa tak berapa best.
Semalam dan hari Khamis, semua travel agent punya program. Pak Lang pergi Mandurah (75 km keselatan Perth), naik boat keliling perumahan tepi air, cantik juga. Lepas tu makan kat Cicerellos fish and chip. Tapi cili sos tu dah habis (orang Malaysia, memang hahtu cili sos), nak minta kena tambah duit sendiri), jagi tak jadi lah tambah.
Pergi dengan travel agent ni hektik sikit. Masa first day tu tak sempat masuk hotel. Terus dari airport, pergi breakfast and terus ke Caversham park, tengok Kangaroo dan binatang-binatang lain.
Group Pak Lang ni banyak orang Cina (21 orang semua nya), tapi baik lah sebab jenis tak eksyen. Ada tu tak tahu langsung cakap orang putih. Cakap melayu pun tak berapa reti, jadi kita belasah aje Melayu with slang cine mah! Lai, lai. Ini jamban tak boleh lamah-lamah ah, sikijap aje. Pangsai sudah mahu tulun. Ai yah! (Translation..Dah nak terberak dah, minta tolong cepat sikit)
Ni tak habis cerita hari pertama lagi. Bertolak dari Singapore pukul 1:20 am (Ye, pagi!) tiba kat Perth 6:30, dengan immigration, custom keluar dalam 7:00, lepas tu tunggu orang lain lagi. 3 Peserta trip ni tak lepas, kena hantar directly balik. Tu yang tinggal 21 orang. Asalnya 24. Tak tahulah kenapa. Alice the tour leader (Agent) pun tak tahu.
Tidur masa dalam kapal terbang tu tidur ayam aje. Baru nak lelap, dia bagi Sandwich (sedap juga, intinya sambal udang besar dan telur dada). Ingat kan ni late dinner, rupanya snak aje, tambah dengan Mars Bar dan air oren.
Lepas tu dah lelap mata pukul 4:30 am makan breakfast pulak. Menu nya nasi lemak, sambal udang besar, telur dadar, kacang dan ikan bilis. Timun tak ada. Lain ada buah-buahan, yogat, kopi dsb.
Manalah nak lalu makan pukul 4:30 am. Tapi tak-lalu pun habis lah juga.
Tiba di Perth, keletihan tapi semangat lah datang Ostolia kan.
Pergi tour terus.
Tengahari makan nasi, lauk udang (macam buttered prawn, tapi sos dia tak banyak, kering aje), ikan gorang dengan sos kicap, sayur sawi dan buah tembikai. Tembikiai kat sini nama aje mahal, tapi macan ayu aje.
malam paklang makan lah allupurinol tu nasib baik bawa. Tapi entah, udang dah proses tak ada pulah uric acid berlebihan.
Makan dari travel agent ni tak lah sama dengan yang Jo belanja. Ni asal kenyang aje. Kalau tak mana nak untung.
Ni internet cafe ni nak tutup. Semua nya tutup awal kat sini. Malam tak kemana lah. Tunggu mak lang talipon. Semalam mak lang tak talipon lama sebab ada orang datang.
Pak Lang dah beli hadiah. Yang best nya Oregano, Rosemary dan herb yang lain tu murah lah dari McCormik yang kat Malaysia, jadi Pak Lang pun beli 2,2,2,1,1, kat Coles di Scarborough (tepi Pantai tadi) Sampai orang kat kaunter bayar tu kata, is these on sale?. Tak adalah cuma murah sikit aje. AUD 0.85 for 20gram punya botol. Yang botol biasa tu rasanya 10 gram aje.
Tulah saja untuk hari ni. Besok sambung lagi. Dari Pak Lang, salam untuk semua. Nanti Pak Lang cerita Freemantle pulak
PL nak beli oregano beli yg dlm packet lagi murah its 80gm for $2.50 brand spencers..lagi pun senang nak pack nanti.Lupa nak bilang PL suruh bawak chilli sauce packet kat sana mmg kena bayar for chilli sauce...PL mlm pergi lah burswood tengok macam mana casino die org ....hehehe....kalau nak retire Perth lah tempat nya ... semue slow pace..enjoy yr stay while it last.
Syikin:
Selamat berpuasa jugak. Selamat bersahur malam nanti.
AM:
Selamat berpuasa...Moga2 usaha kita diberkati Allah, InsyaAllah.
Kak Elle:
Eh...blog ni macam kak elle sorang aje yang baca....seronok maklang baca pasal tips dari kak elle dan cerita dari paklang. Memang rindu meh...Tak sangka pulak bila bukak tadi nampak paklang yang tulis. Terus tak jadi nak gi mandi. Masuk komen dulu!
Abang:
Baguslah beli herbs tu, banyak2 pun tak apa esp the oregano tu. Kan anak2 suka makan pizza dan spaghetti. Basil tak ada ke?
Sorry ler ML sebetul nya I have nothing to do so balik2 baca your blog ... I know Perth well kan dah selalu ke sana.So PL nak bawak you all lain kali kan ... bilang PL pergi GoldCoast lah the children will enjoy more there with movie world,sea world,water world.Been there twice teringin nak pergi lagi kalau bolih.....hehe....
abah!!! beli cheese!! nnt boleh buat mac and cheesse!!! yey ley makan pizza!!
Kak Elle:
Apa pulak nak sorry...maklang suka kak Elle rajin masuk sini. Kalau akak tak masuk, tak ada orang nak masuk...he..he..
Maklang ucapkan terimakaseh banyak2lah aatas all the info.
Dhirah:
Abah kata dia tak paham apa awak nak!
Salam Ramadhan dan selamat mengerjakan ibadah puasa. Moga kita berada dalam kerahmatan dan keampunan Allah SWT...
Mula puasa tanpa PL nampaknye...
Kak Nong:
Selamat berpuasa jugak Kak...
Moga2 puasa kite terpelihara, InsyaAllah...
Post a Comment
<< Home