Selamat Berpuasa...
Assalamualaikum semua...Alhamdulillah tiba juga Ramadhan yang dinanti2. Ada yang suka dan ada yang berduka. Ada yang suka nak puasa dan ada yang tak ingin nak berpuasa. Ada yang nak puasa tapi tak boleh berpuasa. Nak buat macamana dah fitrah manusia. Mintak2 kita tergolong dalam yang suka nak berpuasa dan moga2 puasa kita diberkati Allah , InsyaAllah...
Anak2 semuanya dah boleh berpuasa. Cuma Hakim aje masih dalam training. Tapi hari ni pun tak tahulah samada dia nak puasa ke tak.Sekejap kang dia kata dia nak, tapi sekejap lepas tu dia kata tak nak pulak. Nak paksa2 kesian pulak sebab umur baru 5 tahun. Harap badan aje besar. Tapi Maya yang halus tu rajin benar berpuasa.Last year pun dia tinggal cuma 2 hari aje.Tu pun sebab dia demam.
Sekarang ni pun masih macam dulu lagi, masih ada ungkapan," Siapa tak puasa maka dia tak boleh nak raya". Dan Alhmadulillah bila cakap macam tu, seolah2 satu semangat untuk anak2 ni berpuasa. Sekarang ni kalau nak upah puasa pun cuma Maya dan Angah. Hakim tunggu tahun depan. Along tak perlu dah upah sebab dah wajib.
Kalau bulan puasa ni maklang memang pening sekali. Nak2 bila nak masak untuk berbuka. Memang biasanya maklang masak. Kalau beli pun kueh2 aje. Tu pun sikit2 aje. Sebab kalau beli banyak2 memang tak habislah jawabnya. Kalau masak tu biasanya nasilah. Senang untuk nak buat sahur sekali. Kalau masak mee, pagi2 besok susah. Lagipun mee tu tak mengenyangkan macam nasi.
Satu hal lagi kalau bulan puasa ni opis selalu organize makan dengan Client. Tapi maklang selalunya turn down aje sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak2 dengan Cik Abang makan dengan Bibik. Cik Abang cuma akan pergi kalau invitation tu untuk sekeluarga. Kalau cuma dia saje, atau dia dengan maklang aje, pasti kami tak pergi. Memang kesian kat budak2. At least bila berbuka bersama tu rasa seronok dia semacam...Best gitu.
Tahun ni kami tak dapat nak sambut first day puasa bersama. Abang nun jauh disana. Tapi ALhamdulillah Atok dan Wan yang dikasihi ada bersama. Alang dan Uncle Jai dengan si Ucop Santorian pun ada kat sini. Tapi mereka akan balik ke KL hari ni.Tak dapatlah nak berbuka bersama. Atok dan Wan pulak akan balik lusa lepas Cik Abang balik sini.
Tak sabar nak tunggu Cik Abang balik.Tiap2 malam kami call dia. Entah berapa lah kena duit fon bulan ni. Sengkek le poket ni...
Oklah nak ke opis ni, kena cepat or else kang petang balik lambat pulak. Alhamdulillah bulan puasa ni, kami dibenarkan pulang awal sejam, tapi waktu lunch tak baliklah. Dapatlah nak masak2 kalau ada 2 jam before berbuka tu.
Untuk renungan semua sahabat2 yang dikasihi...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHYIM
------------------------------------------------------------------------------
ASSALAMUALAIKUM WRB
Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan :
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya(jika masih ada);
* Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka RasuLULLAH saw pun mengamin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah RasuLULLAH saw dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat??? AstagfiruLLAHal azzim…….
If there is a day, There Must Be a night
If there is a black, there must be a white
If there is a mistakes, there must be forgiveness
Mata ini selalu salah melihat....
Mulut ini acapkali salah berucap....
Hati juga kerapkali salah menduga.....
Suamiku, anak-anakku, emak, abah, adik-beradikku, adik-beradik suami ku, saudara-maraku yang dekat mahupun jauh, pelajar-pelajarku, sifu-sifu ku, semua kenalan dan sahabat-sahabatku dan seluruh umat Islam di muka bumi ALLAH ini,
Kumohon kemaafan tidak terhingga, di atas segala kekhilafan yang pastinya ada....
Sekiranya masih ada hutang yang belum selesai, mohon diberitahu secepat mungkin….
===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======
------------------------------------------------------------------------------
MARHABAN YAA RAMADHAN
Assalaamualaikum wrb.
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan doa kita dimakbulkan,
Sungguh cantik kain pelikat, dipakai orang pergi ke pekan.
Bulan Ramadhan semakin dekat, salah dan silap mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup ini berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf lahir dan batin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Ya Rabb, berkati kami pada bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan,
Amin.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1427H
SEMOGA IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN KALI INI ADALAH YANG TERBAIK SEPANJANG HIDUP KITA DI BUMI MILIK ALLAH INI, AMINNN YA RABBAL ALAMIN…...
Wassalamualaikum wrb
Cik Abang, this is for you. From Kak Elle.
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
salam ramadhan utk mak lang n family :0)
Simah:
Same to you too.
Lama tak nampak!
Selamat berpuasa mak lang :)I send pic of oregano pack to u dapat tak?ask PL to buy it cos its cheaper bigger packing.Sunday normal for my siblings visit and since 1st day puasa kena lah masak lebih sikit kesian kan budak2 yg berpuasa and menu today rendang ayam,bergedil and sayur lodeh.
Kak Elle:
Resepi tu cam nak raya dah...Terliur den.
Kak, I could not download, agaknya sebab phone tak canggih kot
yr hp takde mms?ok nanti I use my digi camera and email to you.But lupa where I put the batteries :)rendang ayam tu favourite budak2 kesian jadi bila nampak ade rendang mesti senyum.Kuih muih tu biar adik2 beli kat block sebelah ade bazaar ramadhan banyak lauk-pauk dan kuih muih di jual...tee shirt Hakim muat tak?I told kak lady I will send one for Fareez nanti.
Selamat Berpuasa buat maklang sekeluarga....
Moga Ramadhan yang datang menambah keimanan di dada...dan moga ibadah yang dilakukan mendapat seribu keberkatan dari Allah
Ni PakLang lagi. Hari ni puasa, jadi naik keretapi gi tengok-tengok aje. Oregano tu paklang dah beli, tapi pack kecil kat coles. 20 gram aje. Yang 80 gram tak nampak pulak.
Besok PakLang baliklah, pagi-pagi lepas sahur kena naik bas tu. Bertolak dari Ibis Hotel pukul 5.30. Dari Perth Airport pukul 7.45 sampai Spore pukul 1:00pm.
Lepas tu tengok kalau sempat kejar flight awal to Kuantan boleh lah, tapi Pak Lang dah booked pukul 9 malam punya. Kalau ada seat awal, boleh sampai awal. Kalau tak buka KLIA ajelah.
Nanti minta Mak Lang loadkan gambar minggu depan. Selamat berpuasa semua. Kat sini cooling aje.
selamat berpuasa mak lang sekeluarga.
mak lang selamat berpuasa dan sabor2 le ya...tak lama lagi boleh la complete sefamily berbuka puasa!
salam ramadhan kepada maklang sekeluarga. the time i'm writing you this, mesti paklang dah kembali ke pangkuan keluarga. dah tentu maklang seronok dapat berbuka full house semula.
bagusnya maklang 'berkorban' utk keluarga. tak pergi 'function' demi anak2 ya. salam buat seisi keluarga.
kak elle:
Ph tu ada MMS tapi tak reti nak guna! Maybe kena get consultation from Dhirah. Maklang memang le teramat malas nak baca manual dia.
Thanks!Tee-shirt tu Hakim muat...Boleh buat pakai Raya!
Pak Lang:
Selamat kembali!
Kak Teh:
Selamat Berpuasa unutk Kak Teh sekeluarga...Semoga diberkati Allah sentiasa...
Mama Rock:
InsyaAllah petang besok bolehlah berbuka seklai. Paklang sampai malam ni, InsyaAllah...
MamaSarah:
Kalau terima jemputan tu rasa tak syok, so baik makan kat rumah. Puas hati tengok anak2 buka puasa and makan makanan yang kita masak.
Post a Comment
<< Home