Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, September 14, 2006

What I do best....

Alamak....bila Paklang dah mula mengkomen, habis dah idea maklang nak bercerita. Ada jugak yang mengkomen, asik2 cerita pasal makan aje. Manalah tak tombam. Habis nak cerita apa lagi ek?


Malam tadi, as usual maklang sulam telekong lagi ( tak habis2..). Lepas solat Maghrib tu, Cik Abang terus mengadap laptop dia dan maklang mengadap mesin jahit tu. Dekat pukul 8:00 malam tu, si Macho masuk kat bilik study cum bilik jahit tu dan terus gi kat Abah dia.


“Abah..Abah janji kalau pukul lapan kosong kosong, Abah nak bagi Akim main kompute? Ni dah pukul lapan satu kosong, Abah tak nak kasi lagi Akim main”


“Alah..Akim ni, Abah nak buat kerja Abah ni..…” Walhal, Abah tu bukan buat kerja apa pun, dia dok menggoogle tempat2 kat Perth, kat mana nak pergi melawat dan kat mana nak menyopping souvenirs. Cara menggogle souvenirs tu macamlah tsunami dah datang…hujan renyai pun belum lagi...…hu....…hu...…hu...…


Abah memang tak tahan kalau Hakim dan mula mendesak. Pening kepala dia, langsung di bagi anak bujang yang macho tu main laptop dia. Kalau biasa2 senang, Hakim main desktop kat bilik study dan Abah atau mak boleh guna wireless pakai laptop. Ni wireless dah kong entah apasal, so kena guna stramyx ajelah. Leceh betul.Sib baik mak tak rebut2 dengan Abah nak guna PC. Nasib baik mak dah minat ke arah lain…


Hakim kalau main PC suka ke game Disney Channel tu. Main kayaking lah, lumba motor lah dan entah apa2 lagi tak tahulah maklang. Yang paling tak tahan tu dia selalu suruh maklang tengok apa yang dia main.


“Mak...mak...tengok ni Akim bawak motor ni…sampai senget2 tapi tak jatuh pun…”


“Ya..ya...mak nampak!” Walhal mata kat mesin jahit. Kalau layan dia mesti tak siap kerja ni kang. Kalau pandang kat PC ni mau terjahit pulak jari2 mak dia ni.


Bila dah pukul sembilan satu kosong, Abah datang balik kat bilik tu. “Alah...…Akim tengah main lagi. Abah nak guna PC nak buat kerja boleh tak?”

“Tak bolehlah Bah…. Akim baru nak main game ni”


Abah pun dengan frustnya masuk kebilik tidur semula. Kesian tengok dia.


Lepas tu, maklang pun menggunakan what I can do best....part pujuk memujuk ni.


Bisik2 kat teling Akim. “Kim..…Kim...…Kalau Akim kasi Abah guna PC, malam ni Akim boleh tidur ngan mak. Akim nak tak?”

Langsung aje dia ngangguk. Dia keluar aje, maklang pun gunalah dulu PC tu nak masukkan entry. 15 mins je. Lepas baru panggil Cik Abang.

Dia pun surprised macamana maklang boleh pujuk anak jantan dia supaya let go of the PC. This is what I do best...pujuk memujuk and nak2 kalau pujuk Cik Abang....So Cik Abang...ada apa2 nak komeng????


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

7 Comments:

At Thursday, September 14, 2006 9:25:00 PM, Anonymous Anonymous said...

abah x komen...dhirah nak komen ley x? tapi x de bende yang nak dikomen except HAKIM JGN MAIN KOMPUTER LAGI!!! ALONG NAK PAKAI LAK!!!!

 
At Thursday, September 14, 2006 9:42:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hahaha .... dah lah ML gi repair lah wireless tu jadi tak payah queue lagi.Oh pak lang ngah cari tempat nak bershopping tanya lah kak elle...shopping mall byk ... nak tees made in australia mahal tapi kalau ade org bawak pergi lah factory die home grown price 30% less macam yg I bagi kat Hakim tu semue special offer price kalau cash payment dpt lagi discount.Most of their stuff made in china ... ML I bolih tinggal ngan Hakim tentang milk and cheese tu kita kena buat perjanjian....hehe....

 
At Thursday, September 14, 2006 9:57:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hahahahaha...tak abih lagi gelak baca komen pak lang kat previous entry..panjang bebenor komeng!

lenkali macam t-jay cakap tu, kena bagi paklang jadi contributor sampingan!

 
At Friday, September 15, 2006 12:55:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..saya n suami gilir2 pulak dlm bab memujuk anak ni. agak2 saya pujuk tak jalan, pas kat ayahnya, begitu juga sebaliknya. kalau dua2 pujuk tak jalan, alamat volume salah sorang naiklah..sonang citor

kak, anak2 kita ni samalah: nutrigen, cheese, coklat - kalau boleh dan2 tu gak nak abihkan. bab cheese tu lagilah, alia yg kecik tu pun blh sekali hadap 2 keping. tu baru 1 thn lbh tu..pening kepalo. kami tak de extra fridge.so selalu guna kuasa vetolah saya hehe.

 
At Friday, September 15, 2006 11:10:00 AM, Blogger zino said...

itu bukan pujuk.. itu gula gula namanya hehe.. ada habuan nak le dia hehe

 
At Saturday, September 16, 2006 12:19:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang,

First of all, nice blog!.

Tak buat agreement awal2 dgn Hakim ke - like "you can play for an hour, then it's Abah's turn again, because this is Abah's laptop and he was nice enough to let you play with it in the first place". Works with my 4 year old. Bukan tang main computer aje, in all other aspects, as in "you can watch this movie until such and such part, then we will turn off the TV". Otherwise, no go. Senang cerita. Tak de tantrums, tak yah nak guna bribery...:-)

 
At Saturday, September 16, 2006 5:31:00 PM, Anonymous Anonymous said...

zino:
rumah saya tak ada habuk la kalau ada sikit-sikit aja lah adik saya marah saya main computar ini


nurhumaira nazarudin

 

Post a Comment

<< Home