Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, September 11, 2006

Apo nak dikato....

Petang tadi maklang terima e-mail dari senior maklang yang duduk serumah masa belajar dulu. Dia hantar gambar senior2 lelaki masa ada golf tournament 2-3 minggu lepas. Ramai jugak yang pergi main golf tu. One of them is my cousin. Bila tengok gambar depa2 ni macam dah tak kenal. My cousin tu of courselah kenal. Yang kelakarnya tu semuanya dah mengembang, macam kena letak baking soda. Ada tu maklang tak cam langsung. Mulalah perasan maklang jugak yang maintain dari dulu sampai sekarang. Of courselah muka dah nak kedut2 sebab dah tua dah. Tapi kemontelan maklang masih cam masa sekolah2 dulu. Abang2 ni kebanyakkan dah memboroi. Tapi orang kata kalau memboroi tu properous namanya...Betul tak?


Dalam seronok tengok gambar kawan2 lama ni sekali kakak yang hantar gambar tu beritahu yang one of the kawan2 tu dah berpisah dengan isteri dia. Maklang at first tak tahu pun tu husband to my housemate. Lagipun gambar tu tak berapa clear. Bila kakak tu beritahu, menggigil maklang. Sebab masa di Uni dulu dan masa kami serumah dulu, percintaan mereka berdua ni memang hebat. Sampai kami jadi marah sebab phone rumah tu asyik engage memanjang. Al maklum tengah hangat bercinta. Tapi tu dulu, sekarang lain pulak dah jadinya. Maklang kesian kat my exhousemate tu. Tak sangka macam ni akhirnya. Doa2lah moga2 rumahtangga kita2 ni semua akan kekal sampai akhir hayat. Tak nak ada yang tak baik berlaku....InsyaAllah.


Ni tak boleh nak berceloteh panjang2 sebab dah lewat dah ni. Sebenarnya tengah sulam tudung ni. Lagi tadi dah nak masuk blog tapi si Macho nak main game. So, terpaksalah bagi kat dia dulu. Ni dia dah tido baru aman mak dia pulak nak guna PC. Semuanya dah tido. Maybe Bibik belom kot. Maklang nak tunggu bunga sulam tu habis dulu, nanti baru boleh solat dan tidur. Selamat malam semua. Moga2 besok akan menjadi hari yang ceria buat kita semua, InsyaAllah...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

20 Comments:

At Monday, September 11, 2006 11:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

First again....actually tengah watching Hikmah 2 jam.Ingat nak tido awal pasal besok kena bangun jam lima sbb kena pergi one company nak bagi suntikan flu terpaksa sampai kat sana jam 7pagi...2 jam lebih awal dari hari2 biasa...tapi mata ni tak nak lelap pulak and here I am reading...any news of the package ML?

 
At Monday, September 11, 2006 11:25:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Insya'allah perkawinan mak lang akan bahgia keakhir hayat ..amin..

 
At Monday, September 11, 2006 11:56:00 PM, Blogger simah said...

amin....saya pun berdoa agar perkahwinan kita semua bahagia ke akhir hayat..saya tengok bila pasangan yg berpisah..kalu ada anak..diaorang yg teruk sekali menderita hati..kesiannn

 
At Tuesday, September 12, 2006 7:05:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

InsyaAllah package akan tiba sometime this week.


InsyaAllah doakan perkahwinan kami bahagia hingga keakhir hayat...


Simah:

Betul tu...anak2 yang menderita. Mintak jauhkan dari kita semua...

 
At Tuesday, September 12, 2006 8:22:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Wah! Seronok baca pasal ML shopping sakan. Dalam holiday sempat lagi sambung projek tudung.
Kat sini swarovski crystals yang boleh tampal kat tudung & baju tu abt $8-12 depending on size. 1 pct ada 144 biji. Cuba-cuba tampal sendiri kat baju last yr, biar ada lap-lip sikit, by end of the day, dah banyak terabur kat lantai. Hehe

 
At Tuesday, September 12, 2006 9:02:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

moga perkahwinan kita kekal bahagia dunia akhirat ya maklang..

seronok saya baca entri "seronok" tu..sib baik anak2 maklang semua dah besor, tak delah fikir lenguh pinggang nak mendukung or lenguh tangan nak menolak stroller.

kiranya penuhlah barang2 dlm keta akak ya...

 
At Tuesday, September 12, 2006 11:17:00 AM, Anonymous Anonymous said...

saya pun ada kawan yang dulu masa kat uni mereka ni mmg lah loving giler...and the boy tu pendiaaaaam jer..'mat belia' kat orang tu...dua2 kerja same office then tak lama ada sorang pompuan datang..maka jadilah cinta 3 segi..akhirnya my friend ditalaqkan..kena keluar drpd rumah yang baru dibeli bersama 2 anak..tragis bagi saya - mudah2an tak berlaku pada kita insyaAllah kerana cobaan ni tak kira masa kalau nak datang..elok2 nak pencen pun ada jugak angin badai melanda...

 
At Tuesday, September 12, 2006 12:27:00 PM, Blogger zino said...

selagi kita sesama pasangan saling hormat menghormati, saling percaya mempercayai, saling maaf memaafkan,saling bertolak ansur dan sebagainya..inshaAllah perkahwinan itu akan terus mendapat berkat dan berpanjangan..

 
At Tuesday, September 12, 2006 1:50:00 PM, Blogger Mama Rock said...

similar case to my best friend too...takde lah cerai but dimadukan, kesian :(

 
At Tuesday, September 12, 2006 4:55:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Wah, Maklang bila siMacho dah tidur, baru lah boleh kerja. Tak dengar cerita PakLang ke? dia waktu tu dah tidur dah.

Paklang dah 3 hari pergi kursus safety kat kertih juga. Jadi penat ada sikit lebih, tidur sikit awal lah.

Kalau dulu masa nenek nya ada, kalau kata pergi kursus, akan disoal balik. "apa ni tak pandai-pandai ashik pergi kursus aje"

SiMacho sekarang nak abah mandikan pagi-pagi. Sebabnya satu hari Ahad lepas, tengah dia melalak sebab penat masa bibik mandikan, Sang Bapa pun masuklah dalam bilik air tu. Sang Bapa berTanya dengan suara yang keras dan kasar "apasal menangis, nanti abah mandikan"..

Jadi si Macho ni dek terperanjat, tak jadilah nak menangis. Tapi Sang Bapa tak pulak marah. Cuma bercerita-cerita dengan si Macho masa mandikan dia. Si Macho ni pun dapat lah satu idea. Kata nya "Akim nangis sebab nak abah mandikan. Nanti besok abah mandikan ye".

Jadi besok dia menangis lagi dan Sang Bapa pun naik lah untuk mandikan dia. Dia pun tak lah menangis lagi. Sekarang ni Sang Bapa dah terperangkap kena mandikan siMacho. Ni dah masuk hari yang ke3 Kalau tak dia menangis dan buat manja-over dia pada bibik.

Dah lah Sang Bapa jadi tukang cebok. Ni kena jadi juru-bersiram untuk putera siMacho. Sekali-sekali lucu, tapi kadang-kadang geram juga Sang Bapa. Asyik kena jadi tukang cebok aje. Ni kira naik pangkat lah.

Sang Bapa si Tukang Cebok sekarang dah jagi Sang Bapa juru Bersiram

Sekian lah sahaja coretan dari SKT.

Ni masa balik rumah awal, si- sulong-yang-banyak-nama tu ada kat rumah, tengah main komputer, cit-cat dengan sapa-sapa entahlah. PakLang pun minta laluan untuk tulis sikit. Dah lama tak komen kat MakLang punya blog.

 
At Tuesday, September 12, 2006 5:03:00 PM, Anonymous Anonymous said...

x de paper yang nak dikomen...sesaje nak memenuhkan kotak komen...

 
At Tuesday, September 12, 2006 5:09:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Tudia ML, PL minta mc part cebok mencebok.hehehe.

Dhirah,Mak Teh tak katam lagi baca resepi jepun.Tak belajo bahasa jepun masa sekoloh dulu.RAsanya lambatle nak tunggu Mak teh buat. Anyway kalu datang lagi sound-soundke Pak teh kot-2 dia pandai cakap jepun dapatle makan miso soup dan sushi.hehehe

 
At Tuesday, September 12, 2006 5:09:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Anon atas tu mak tehye.

 
At Tuesday, September 12, 2006 5:27:00 PM, Blogger maklang said...

Adah:

Projek tudung tu kena jalan jugak sebab bila dapat bayaran duit tudung tu boleh joli lagi...

Syikin:

Biasanya kalau Cik Abang ada, dia akan bawak budak2 pergi makan ke, ke tempat mainan ke supaya makalng boleh shopping senang2. Taklah sibuk dengan budak2. Ni Cik Abang gi kerja, kenalah heret semuanya sekali.

Kereta taklah penuh sebab barang tinggal kat rumah Alang sebab Wan nak datang ke Kerteh besok, dari KL. Nasib baik or else payah gak nak sopping sakan!


Onde:

Tulaa..yang diam2 n yang bahaya. Harap2 kita tak jadi gitukan, InsyaAllah...


Zino:

InsyaAllah tu yang kami pratikkan...moga2 berkekalan selamanya, dunia dan akhirat...


MR:

Memang kesian kan...tak guna nak salahkan sape2 dalam kes ni, kalau sisusami tak layan orang lain, masakan boleh sangkut pulak...


Cik Abang sayang...

Wah....boleh bukak blog. Hakim memang sayang mak dia...tersangatlaa...sayang.

Tak pelah suruh cebok je...kalau dia suruh masak unutk dia tiap hari mau Cik abang pengsan. Tu tidur awal sebab tak nak layan isteri dia....Tu kena tanya tu...


Dhirah:

Memang awak tak layak lagi nak komeng...ni kisah orang2 tua!


Mak Teh aka EZ:

Wokeh...nanti kami nak Chinese and Japanese next trip ok???

 
At Tuesday, September 12, 2006 7:15:00 PM, Blogger maklang said...

Pakcik BTB:

Entahlah...rasa cam tak percaya aje sebab mereka tu dulu bercinta sakan....seram sebenarnya...takut dengar kes2 berpisah ni...

 
At Tuesday, September 12, 2006 7:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

TO:Antie L or kak L


thank you very much !!!!

FROM:
FAEZIN / ANGAH

 
At Tuesday, September 12, 2006 7:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

TO:Antie L or kak L


thank you very much !!!!

FROM:
FAEZIN / ANGAH

 
At Tuesday, September 12, 2006 7:44:00 PM, Anonymous Anonymous said...

saya pun selalu berderau darah atau meremang bulu roma bila dgr bab orang berpisah. semoga Allah pelihara kita semua.

 
At Tuesday, September 12, 2006 8:02:00 PM, Anonymous Anonymous said...

I hope Along ,angah,maya and macho likes the ole2 aunty send ... nanti kalau pergi holiday lagi you all will be on my lists as my nephews and nieces...hehe....
To Faezin you are welcome and hope you are happy with it ... kalau tak cukup nanti abah pergi Perth suruh die beli banyak2 ok?

 
At Tuesday, September 12, 2006 8:29:00 PM, Blogger maklang said...

BTB:

Ialah tu Pakcik BTB. Bila baca yr entry memang rasanya you are a very tough person...banyak betul cabaran. Doa2lah semuga perkahwinan kita semua diberkati Allah, InsyaAllah...


Angah:

Mak rasa tu untuk Auntie Elle.


Mamasarah:

Entah kenapa memang rasa camtukan bila baca bab2 camtu. Nak2 kena kat kawan2 yang pernah rapat dengan kita. Ni semua dugaan Allah kepada kita, samada kita kuat atau tidak melaluinya...

Kak Elle:

Thanks so much....Anak2 teramatlah suka sangat. Esp si Over tu. Thanks again...

 

Post a Comment

<< Home